BAB 15

Humor Completed 22641

“Syuhada tetap nak masuk UIA” bentak Syuhada. dia menjeling kearah Haris yang berada di sisinya. Lelaki itu tidak mengerti kekecewaannya dan sat ini dia sangat membenci Haris kerana mengetawai berita buruk yang baru diterimanya itu.

Mungkin bagi Haris hal ini remeh kerana dia hidup senang dengan segala kemewahan yang dimilikinya tapi bagiku, inilah satu-satunya peluang untuk aku mengubah nasib kedua ibu bapaku serta adik-adikku, dan sekarang peluang ini hilang dengan hadirnya surat ini.

“Sama je mana-mana pun sayang” pujuk Haris. Haris duduk di sofa Syuhada terdiam. Haris melihat wajah Syuhada yang kelihatan sedih dengan berita yang bari disampaikan olehnya tadi. Dia jadi kasihan. Menyesal pula mengetawakan Syuhada sedangkan sepatutnya dia tidak harus berbuat begitu demi menjaga hati Syuhada.

“Nah, ambil surat ni. Buat buat bungkus nasi lemak. Kalau tak masuk U, Syuhada jual je nasi lemak pagi-pagi kat depan sana tu” Haris bangun dari duduknya dan memberikan surat itu kepada Syuhada. Sempat dia menjeling ke arah
Syuhada yang masih lagi bersedih.

Surat itu Syuhada ambil dan membaca isi kandungannya.

“Haris!!!!!” jerit Syuhada geram. Dia hampir menangis apabila mendengar khabar tidak baik dari Haris itu tadi.

Tetapi setelah membaca isi surat rasmi tersebut, Syuhada menjadi marah. Kalau boleh bertukar hijau jadi Incredible Hulk, sekaranglah masanya. Perbuatan Haris yang telah menipunya tentang isi kandungan surat itu membuatkan Syuhada
benar-benar marah.

Haris ketawa terbahak-bahak. Apa lagi, dia segera menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa amukan Syuhada. Gadis itu mengejarnya dengan bersungguh-sungguh. Haris gembira dapat mengenakan Syuhada. Sesekali Haris berpaling ke
belakang untuk melihat wajah masam mencuka milik Syuhada yang masih mengejarnya untuk membalas perbuatannya tadi.

Tanpa terduga, tiba-tiba Haris tersadung di laman depan rumahnya. Dia jatuh terguling-guling di rumput yang tumbuh menghijai di laman. Dan saat itulah, Syuhada berhenti di hadapan Haris dan bercekak pinggang.

“Dah dah, abang penat kena kejar” beritahu Haris. Dia mengelak daripada dipukul oleh Syuhada.

Syuhada tercungap-cungap kepenatan.

“Tak baik awak tipu orang” bentak Syuhada.

“La, abang gurau je” balas Haris. Dia menghulurkan tangannya untuk ditarik oleh Syuhada tapi Syuhada tidak mengendahkannya. Haris bangkit sendiri. Dia membersihkan seluar pendeknya yang kotor terkena tanah dan rumput.

“Mama dengan papa mana?” soal Haris tiba-tiba.Syuhada melilau-lilau mencari kelibat kedua orang mertuanya itu.

“Kita berdua je ni?” soal Haris. Sengaja dia mahu mengusik Syuhada.

Hati Syuhada tiba-tiba berdegup kencang. Mereka hanya berdua? Di mana mama dan papa? Tangan Syuhada menggeletar. Haris ni bukannya boleh diharapkan. Datang mood gilanya, entah apa yang bakal dilakukannya.

“Nanti, dah masuk U, abang tak benarkan Syuhada tinggal kat hostel” tiba-tiba Haris bersuara.

“Suka hati sayalah” bentak Syuhada. Dia mengelakkan diri daripada Haris.

“Eh, mana boleh. Abang pun boleh bersuara dalam hal ni. Syuhada kan isteri abang” balas Haris. Haris memperjuangkan buah fikirannya. Memang betulpun, dia ada hak atas Syuhada.

Walaupun mama dan papa tidak tahu yang mereka tidak tidur sekatil tapi sekurang-kurangnya setiap hari dia pasti dapat melihat Syuhada. Lainlah pula kalau Syuhada tinggal di hostel nanti. Siapa pula yang akan menjaga Syuhada?

“Eh gelilah!”

“Amboi, jual mahal. Dulu masa abang ngorat senyum je memanjang. Sekarang bila dah dapat abang, macam ni Syuhada buat kat abang” sambung Haris. Dia mengejar Syuhada yang meninggalkannya.

Syuhada tersenyum lucu. Ada ke patut dia cakap macam tu. Macam dia tu anak dara je.Perlahan, dia menerima Haris sebagai suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience