Jemput minum walid. Irah bancuh teh o khas datang dari cameron Highlands untuk walid. Sapa Munirah lalu meletakan secawan aie teh o itu di atas meja Haji Darus. Alhamdulilah, hubungan rapatnya dengan walid sudah seperti seorang anak dan ayah. Walid selalu sahaja menjadi pendengar setia segala masalahnya yg dihadapinya. Munirah senang mendapat nasihat daripada walid sesungguhnya dia adalah orang yg berpengalaman.
Terima kasih..Syukur alhamdulilah..Senang walid ada menantu bekerja sekali. Dapat juga setiap hari ada orang bancuhkan air. Yg ni istimewa dari Cameran kan?? Haa, macam mana percutian kamu berdua?? Jangan kata yg anak walid tu asyik buli kamu ja. Kata walid seronoknya melihat wajah berseri Munirah hari ini. Pasti percutian itu berjalan dengan lancar sekali. Dapat juga mereka berdua eratkan hubungan yg terjalin ini lebih mendalam lagi. Tiada yg lebih gembira hati seorang bapa bila melihat kebahagian milik anak dan menantunya ini.
Ermm..Kurang sikitlah abang kacau Irah. Dekat rumah selalu. Bosan sangat agaklah duduk rumah sengsorang tu..orang ajak datang sini tak nak pula. Ngadu Munirah dekat bapa mentuanya ini. Biar Azhar kena berleter dengan Haji Darus nanti sebab selalu saja membulinya. Munirah tidak pernah mengadu dengan sesiapa kecuali dengan walid saja. Hubungan rapatnya denga walid tiada sesiapa yg tahu kecuali Azhar sendiri. Bernanah telinga Azhar kalau walid mula membuka mulut. Dari A to Z Azhar kena bertahan.
Haishh..macam-macamlah Azhar tu. Siap dia nanti walid kerjakan. Erm..Munirah rasa bahagia berada dalam keluarga walid?? Maaflah kalau walid bertanya soalan sensitif macam ini. Walid dah anggap Munirah macam anak kandung walid sendiri. Walid sayangkan Munirah dan Azhar. Kamu berdualah penyeri kehidupan keluarga walid. Perkara yg lepas biarlah berlalu. Usah kita kenang lagi. Walid terima baik buruk kamu berdua. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Ujar Haji Darus masih menanti jawapan Munirah ini. Haji Darus dapat rasakan yg Munirah sudah redha dengan semua yg berlaku ini. Perlahan-lahan dia mahu berubah dan membuka hatinya semula menerima diri Azhar sebagai suaminya. Pandangan itu hanya dibalas senyuman sayu sahaja. Dirinya masih tidak dapat memberikan kata putus lagi. Layakkah dirinya menjadi pendamping hidup Azhar selamanya? Layakkah dirinya wujud dalam hati dan jiwa Azhar. Itulah yg selalu bermain di fikirannya. Munirah masih buntu.
..................................................................
"Assalamualaikum"
Selepas mendengar salam dipanggil dari arah luar pagar depan rumah, Segera Azhar melihat siapakah yg datang ke rumahnya pada waktu sekarang. Tergopoh dirinya menutup gulai ayam kampung yg sedang di masaknya itu untuk Munirah. Bergegas Azhar menekan pintu pagar automatik di luar. Apron masih lagi kemas di pakai di badannya.
Daddy..panggil Eisya dan berumur 3 tahun itu kepada Azhar. Terbutang mata Azhar apabila melihat Mira dan Eisya sudah berada di depan pintu rumahnya ini. Tergapai tangan Eisya untuk meminta Azhar mendukungnya. Azhar terus menyahut dakapan itu kerana kasihan melihat Eisya begitu gembira sekali untuk berjumpa dengannya.
Buat apa dekat sini?? Asal tak pergi rumah Bonda saja? Soal Azhar rasa bersalah mahu menjemput Mira masuk ke dalam rumahnya. Mereka berdua bukannya mahram takut nanti jirannya berkata apa pula. Lagi pun Munirah masih lagi belum pulang je rumah. Apa pula yg dikatakannya nanti. Fikiran Azhar mula serabut memikirkan hal ini. Akhirnya dia mengajak Mira duduk sahaja di gazebonya itu. Sudah cukuplah dari tidak menjemput langsung.
Saya dah beritahu Irahlah yg saya nak datang ke sini..Dia tak beritahu abang ke? Nah..ambil lah saya masak sendiri tau. Ayam masak lemak cili api. Beritahu Mira sambil menghulurkan bekas makanan itu kepada Azhar. Pandangan Azhar terus beralih ke arah lain apabila mendengar yg Mira sendiri beritahu Munirah untuk datang ke sini. Jadi selama ini mereka berdua membalas mesej tanpa pengetahuannya. Apa yg sedang Munirah lakukan dibelakangnya ini. Sejauh mana hubungannya dengan Mira. Adakah semua ini ada kena mengena dengan bonda? Berfikir Azhar sejenak.
Abang...Dengar tak apa yg Mira kata ni..Munirah mana? Tanya Mira selepas Azhar termenung jauh sahaja di situ. Kelibat Munirah pun ia tidak nampak sejak sampai ke sini. Teringat yg ia sudah memaklumkan kepada Munirah untuk datang ke sini tadi.
" Semekom..Irah. Harini boleh saya datang ke rumah awak? "
"Waalaikumsalam. Owhh kak Mira.. datanglah..abang Azhar ada saja dekat rumah."
"okey. thanks tau. nanti nak beri ia kejutan sedikit. "
Mesej itu tidak dibalas oleh Munirah lagi. Bibirnya mengukirkan senyuman girang. Dengan bantuan dari Munirah ini mungkin hubungannya Azhar akan lebih erat lagi.
Munirah pergi kerjalah..Sebab tu saya tak jemput awak masuk ke dalam dulu. Nanti apa pula orang katakan. Ujar Azhar tidak memandang langsung ke arah Mira. Dia melayan Eisya saja yg sedang bermain dengan anak patungnya itu. Mira menarik muka sedikit apa yg dikatakan oleh Azhar kepadanya. Lelaki di hadapannya ini sudah banyak berubah. Tidak pernah lagi Azhar menaikkan sedikit suaranya seperti ini. Memang benar kata Bonda Azhar sudah berubah sejak berkahwin dengan Munirah. Mira mahu berkenalan lebih mendalam dengan Munirah. Jika benar Munirah adalah perempuan yg tidak baik kenapa ia rela sahaja Azhar akan berkahwin lain. Bukankah ia sebagai isteri akan pertahankan semua ini. Apakah mungkin Munirah memang tiada hati langsung dekat Azhar? Berfikir Mira sejenak.
Tut..tut..kedengaran telefon Azhar berbunyi terus mematikan lamunan Mira. Azhar memberikan Eisya semula kepada Mira untuk mengangkat panggilan itu sekejap.
Assslamualaikum sayang..napa call abang ni?? Sayang dah nak balik ke?? Nak abang pergi ambil sekarang?? Bersuara Azhar riangnya selepas menjawab panggilan dari Munirah itu. Dia berjalan di sekitar kolam untuk menikmati panggilan dari isteri yg tersayang. Mira terus diam apabila memdengar semua ini. Dia memandang sahaja gelagat Azhar cuba membuatnya cemburu seketika.
waalaikumsalam..Arr abang..Harini Saya balik dengan Kak Farah sajalah. Kebetulan Kak Farah nak lalu jalan situ juga nanti. Bolehkan?? Pinta Munirah lembutnya selepas mendengar suara Azhar juga dalam keadaan mood gembira. Munirah masih tidak tahu jika Mira sudah berada di situ atau belum. Biarlah semua ini bukan kena mengena dengannya pun.
Alah..abang baru nak pergi ambil sayang nanti..oklah..Balik cepat sikit tau. Jangan singgah mana-mana. Abang nak makan tengah hari dengan sayang. Ada menu favorite sayang abang masak. Ujar Azhar mengizinkan saja isterinya ini pulang dengan rakan sekerja. Pada masa yg sama ia tidak boleh membuat Mira balik dahulu. Dia mesti cari peluang yg lain untuk Mira balik sebelum Munirah pulang nanti.
Oklah..nanti saya balik cepat. Bye..Balas Munirah tergagapnya lalu matikan panggilan itu dulu tanpa menunggu Azhar membalasnya. Dia mengeluh perlahan lalu menyambung kembali kerjanya itu. Dibuang jauh perasaan ingin tahu tentang Mira dalam fikirannya.
Ehh..belum aku jawab lagi dah letak ermm..Nasib badanlah Azhar..Nguman Azhar sendiri lalu meletakkan kembali telefonnya di dalam poket seluar. Dia sudah tidak tahu malu berbual apa lagi dengan Mira. Kerana terpaksa dirinya pergi juga melayan Mira yg sedang bermain dengan Eisya.
Munirah senang saja berbual dengan kak farah di dalam keretanya. Sedikit banyak mereka berdua sudah bergaul rapat. Kak farah juga selesa berkongsi kisah hidupnya dengan Munirah. Kak farah akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan pilihan hatinya seorang anggota polis. Tidak sabar Munirah mahu menghadiri majlis pernikahannya nanti.
Okey dah sampai..Ingat tau sabtu nanti..datang dengan En Azhar. Jangan tak datang pula. Nanti akak tak nak kawan dengan Munirah. Ugut Farah ke arah Munirah yg sedang bersalaman dengannya itu.
Iyerr..Inshallah..Nanti Irah datang. Kena pujuk big boss dululah. Jawab Munirah lalu memberikan senyuman manis ke arah kak Farah. Mata Farah tertarik dengan susuk tubuh seseorang yg amat ia kenali yg berada di depan rumah Azhar itu.
Ermm..Irah..itu bukan ke..Belum sempat Farah bertanyanya laju sahaja Munirah membalas.
"Mira"
Ehh engko ni adik..biar betul?? Dah kenapa dia ada di sini?? Soal Farah sudah tidak duduk senang melihat Mira berada di rumah Azhar sedangkan Munirah tiada di sini. Entah sejak bila Mira sudah berada di sini.
Ermm..Irah dah tahulah..sokay. Irah minta diri dulu ehh..Terima kasih tolong hantarkan Irah..Assalamualaikum. Hati-hati drive tau. Ujar Munirah terus berlalu pergi sebelum Farah mula bertanya lebih lagi. Kalau boleh ia tidak mahu libatkan orang lain dalam urusan rumah tangganya. Mengeluh Farah apabila melihat senyuman sayu yg diukirkan Munirah.
Munirah..Munirah..kenapa hati kau terlalu baik?? Nguman Farah sebelum meluncur pergi dari perkalangan Rumah Azhar. Dia membunyikan hon kereta apabila Azhar mengangkat tangan ke arahnya.
.....................................................................
Sorrylah ehh kalau bilik saya berselerak sedikit. Tak sempat nak kemas pagi tadi. Butakan mata je lepas masuk sini. Bersuara Munirah selepas Mira juga mahu menumpang solat sekali dengannya. Munirah membawa Mira ke biliknya kerana biliknya sahaja ada tandas dalam bilik. Lebih elok jika Mira menumpang sekaki. Azhar berada di ruang tamu menjaga Eisya. Pada masa yg sama dia juga mencuri lihat ke arah Munirah yg berbual rancak sahaja dengan Mira. Hairan Azhar sejak bila Munirah sudah akrab dengan Mira.
Ohh tak pe..biasalah. Bilik perempuankan? Jawab Mira memberikan senyuman kelat kepada Munirah. Tidak tahu kenapa Munirah selesa saja berbual begini dengannya sedangkan dia tahu yg Mira hanya mahu memikat hati Azhar semula. Mira melangkah masuk ke dalam bilik Munirah. Kelihatan kemas sahaja biliknya ini. Hanya buku dan beberapa dokumen sahaja yg berselerak di atas meja belajarnya. Munirah berlalu pergi ke arah balkoni untuk membuka sedikit tirainya. Selalu sahaja Azhar berpesan supaya membuka tirai biliknya sebelum pergi kerja. Munirah tidak langsung mendengar nasihatnya itu. Wangian perfume berbau segar di dalam bilik Munirah. Gadis ini memang pandai menjaga penampilan diri. Teka Mira.
Nah..gunalah telekung ni..saya masuk ke dalam tandas dulu ye?? Ada apa-apa yg kak Mira perlukan lagi?? Tanya Munirah setelah memberi telekung berwarna ungu kepada Mira. Sambil itu tangannya sibuk sahaja membuka tudung di kepala dan meletakkan tudung yg sudah dipakai itu dalam bakul pakaian yg belum dibasuh. Tergamam Mira melihat sahaja gelagat Munirah seperti biasa di depannya. Mira melihat rambut Munirah yg lurus itu dilepaskan ke bawah. Manis sahaja rupanya walaupun tidak memakai tudung. Diri Munirah lebih sopan berbanding dirinya. Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan dirinya ini.
Kak Mira ok tak ni?? Ada apa-apa yg Kak Mira perlukan lagi?? Soal Munirah semula selepas melihat Mira hanya menundukkan pandangannya ke bawah sahaja. Munirah melihat dirinya jika ada apa-apa yg pelik di badannya itu.
Huh?? Ermm..tak ada rasanya..Terima kasih. Ujar Mira lalu meletakan kain telekung itu di atas katil Munirah. Dia juga menanggalkan perlahan shawl di kepalanya itu. Munirah hanya mengangguk tanda faham dan berlalu pergi ke arah tandas dahulu.
Ya allah..berikanlah aku kekuatan..Bismillah.. Nguman Munirah sebentar lalu menadah tangannya untuk mengambil wudhuk. Lupakan sejenak urusan dunia dahulu. Dalam beberapa minit berada di dalam tandas akhirnya Munirah keluar sambil berjengket kakinya yg masih terasa sakit sedikit. Mira tergamam lagi apabila melihat kulit gebu Munirah yg berwarna kuning langsat itu. Maklumlah Munirah melipat lengan baju kurungnya ke paras siku menampak bentuk tangannya yg ada kesan parut sedikit.
Tandas dah...kosong..Cakap Munirah meleretnya apabila melihat rambut panjang Mira yg berwarna kemerahan itu. Ini adalah pertama kali ia melihat diri Mira yg sebenarnya. Mira terus mengukirkan senyuman kelat. Faham yg dirinya ini pelik dari orang lain.
Maaflah saya...Belum sempat Munirah berkata Mira laju saja membalasnya.
Sokaylah..Before ni saya memang freehair. Baru nak masuk 3 bulan saya pakai tudung. Memang orang lain akan pelik bila first time nampak saya macam ni..Bersuara Mira sedihnya bila semua orang yg tidak kenalinya melihat dirinya dalam keadaan begini. Munirah terus rasa bersalah lalu pergi memeluk tubuh Mira. Terkedu Mira apabila Munirah memeluknya.
Jangan rasa malu. Kak Mira adalah golongan yg sudah terpilih. Syukur Alhamdulilah. Semoga sentiasa beristiqomah selalu. Ujar Munirah lalu meleraikan pelukan itu. Air matanya dikesar laju. Tidak mahu Mira melihat keadaannya begitu.
Saya tunggu akak siap dahulu. Kita solat berjemaah. Tambah Munirah lagi terus memakai kain telekungnya. Dia memberikan senyuman girang kepada Mira. Mira juga membalas senyuman itu. Tidak tahu kenapa hatinya tersentuh dengan segala kebaikan Munirah tunjukkan kepadanya. Sememangnya Munirah adalah gadis yg baik. Jauh dari simpang orang yg telah menilai dirinya hanya dari luaran sahaja. Setelah selesai Mira mengambil wudhuk. Munirah datang mendekatinya. Munirah mengikat kemas rambut Mira yg panjang itu. Lembuh sahaja sentuhan tangan Munirah memakaikan kain telekung kepada Mira. Mira membiarkan saja dirinya diperlakukan begini oleh Munirah. Ia sangat suka Munirah mengambil berat dirinya yg masih mentah tentang ilmu agama. Solatnya pun jarang. Sekali sekala saja bila terasa nak lakukan. Munirah tidak langsung melihat semua itu. Yg penting Mira cuba berubah ke arah yg lebih baik sekarang. Dirinya sebagai saudara sesama islam perlu menunjukkan teladan yg baik saja. Mereka berdua menunaikan solat secara berjemaah. Merdu sahaja setiap babit ayat yg diatur oleh Munirah walaupun sayup saja kedengarannya. Sesungguh Hati Mira sangat tersentuh dengan semua ini. Dia mahu belajar lebih mendalam lagi dengan Munirah.
Munirah..awak memang tak tidur sekali dengan Azhar?? Tanya Mira sambil tangannya sibuk sahaja melipat kain telekung itu. Pergerakkan Munirah terus mati apabila Mira bertanya soalan itu kepadanya. Dia memandang lama wajah Mira terus memberikan senyuman kepadanya.
Kak Mira lihatkan bilik ini??..Hanya saya saja yg tinggal di sini. Tak perlu risaulah..Kami tak pernah tidur bersama lagi. Bersuara Munirah terus senyumannya mati di situ. Disangkut kembali kain telekungnya di dalam almari. Mira hanya mengangguk tanda faham. Mungkin benar apa yg dikatakan oleh Munirah itu. Dia tidak menyangka yg Munirah tidak mempunyai apa-apa perasaan langsung dekat Azhar walaupun sudah lama mereka berdua duduk serumah. Cincin perkahwinan pun ia tidak pernah nampak di jari manis Munirah. Pelik sangat masih wujud pasangan suami isteri seperti mereka berdua. Hati Mira mula terbelah bahagi. Perlukah ia meneruskan semua ini. Masih ada lagikah rasa cinta Azhar untuknya. Entah semuanya masih tertanya.
Share this novel