10

Romance Completed 132660

Telefon bimbit Hazim yang asyik bergetar di tepi meja katil dipandang sedetik. Hana kembali memejam mata apabila terasa bahagian dalam pehanya dicium Hazim. Hana mengetap bibir menahan rasa.

Rambut Hazim diusap perlahan sebelum wajah Hazim didongakkan.
"Baby, phone you.. mungkin ada perkara urgent.."

Hazim melepas keluhan kecil apabila aktivitinya terganggu. Sepatutnya dari awal dia tutup sahaja telefon itu supaya tiada yang mengacau privasinya pagi ini.

"One minute." Hazim bangun mendapatkan telefon, dahi Hana dicium pantas.

Hana menarik semula selimut menutupi bahagian bawah tubuh yang terdedah. Pandangan dihantar ke arah Hazim yang berjalan ke luar balkoni bilik.

"Azim ada hal sikit. Esok dah balik. Azim sekejap aje kat sini."

Sekejap sahaja berita kepergiannya ke negara jiran diketahui umi Hazim. Tidak hairan memandangkan ramai yang suka memerhati gerak gerinya.

Sesekali Hana melihat Hazim meraup wajahnya. Jelas dia menarik muka sambil bercakap di corong telefon. Apa lagi yang menganggu fikirannya kali ini.

"Fine. Tapi Azim tak janji. Kenapa umi tak suruh je dia uruskan sendiri? Dia yang nak sangat kahwin kan?" Hazim menggaru kepala yang tidak gatal. Macam-macam hal lah kau Mona!

"Umi tak nak kecewakan aunty Rubiah. Dia nampak terlalu berharap. I know you don't want to do this. But ayah dah terlanjur berjanji dengan parents Mona. Umi tak dapat nak membantah." nada Noor kedengaran juga kecewa di hujung talian. Sesungguhnya dia hanya menurut kata si suami.

Hazim diam tanpa balasan. Pandangan ditala pula ke arah isteri yang baru dinikahi. Hana tersenyum manis dari atas katil, sedikit sebanyak menenangkan hatinya yang sedang gundah. Mahu sahaja dikhabarkan tentang Hana kepada uminya ketika ini, namun dia bimbang orang tua itu mati terkejut!

"Hazim, are you there?"

"Yeah, Azim dengar. Nanti Azim balik sana Azim jumpa umi. I've got to go. Love you."

"Okay. Take care sayang. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Langkah lemah diatur kembali ke pangkuan Hana. Katil dipanjat dan Hazim melabuhkan kepala di atas peha Hana. Tangan Hana diambil dan dibawa ke bibir, menghadiahkan ciuman di situ.

"Sayang are you okay?" tanya Hana.

Hazim mengangguk sahaja, membiarkan sebelah lagi tangan Hana mengusap rambutnya. Setiap sentuhan gadis itu ke atasnya ibarat magis. Mampu memberikan dia ketenangan yang tidak dapat dia ungkap dengan kata-kata.

Hana juga membisu tatkala Hazim termenung sejenak memandang siling. Tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Stay with me, Hana. Promise me." gumam Hazim tiba-tiba sambil matanya tetap memandang Hana.

"I promise you abang. I will always stay by your side." tutur Hana yakin.

Hazim terbangun dari pembaringan mendengar Hana memanggilnya dengan panggilan 'abang'.

"Panggil lagi sekali?" Hazim memaut bahu kecil Hana untuk mendekatinya.

"Abang.." sebut Hana sambil tersenyum kecil. Entah mengapa dia teringin memanggil Hazim begitu.

"Abang suka. Sounds lovely. Keep it on."

"Okay then, abang."

"How bout you? Abang nak panggil you .... Ati? Boleh sayangku Ati?" dagu Hana dipaut sambil dia memanggil Hana dengan panggilan baru.

Hana gelak kecil bila dipanggil begitu. Belum pernah ada yang memanggil dia 'Ati'. Ada-ada saja Hazim ni.

"Kenapa gelak sayang? Tak sedap ke nama tu?"

"Taklah. Okay je. Ati tak kisah." Hana menghentikan tawanya.

"Alright. Tapi abang je yang boleh panggil macam tu okey?"

"Yelah abaaangg " hidung Hazim ditarik, menyeringai lelaki itu dibuatnya. Padan muka.

"Sakittt sayanggg. Penyet hidung mancung abang!"

"Penyet-penyet pun Ati tetap sayang." pipi Hazim dicumbu manja. Sayangnya terhadap lelaki itu tidak pernah luntur.

"I know. Penyet pun abang tetap handsome kan?"

"Nope. Because i love you. I love you no matter how you look. Promise me you won't leave me too, Hazim." kali ini Hana pula menagih janji.

Kedua tangan Hana mengunci kemas wajah Hazim. Biar tiada ruang untuk lelaki itu mengelak.
"I won't. I promise."

-

Mona bengang apabila mendapati Hazim tiada di Malaysia hari itu. Patutlah tidak dapat dihubungi jejaka pujaannya itu. Dah la pergi tak diberitahu, malah Hazim bersikap lepas tangan bab perancangan nikah mereka.

"Ada kerja apa pulak anak umi tu kat sana? Jangan-jangan saja dia nak lari dari Mona." Mona menayang muka masam di hadapan Noor.

"Hal business la tu. Dia dah nak balik pun. Sabar ya." mahu tak mahu perlu dipujuk jua bakal menantunya.

"Orang call bukannya nak angkat. Penatla Mona asyik nak pergi cari dia sampai kat office. Tak bagi kerjasama langsung!"

"Mungkin dia tak biasa. Mona faham-faham la Hazim tu macam mana. Sabar la sikit, beri dia masa." pesan Noor.

Geram pula mendengar Mona membebel fasal anak lelakinya. Engkau yang paksa-paksa dia, memang lah dia tak suka!

Mona mendengus halus. Demi mendapatkan Hazim Ikmal, ditebalkan mukanya melayan sikap acuh tak acuh lelaki itu. Selagi hasratnya belum tercapai, selagi itu dia akan mengejar Hazim.

Sejak zaman remaja lagi dia tergila-gilakan Hazim, pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian putera tunggal Noor itu.

Sehinggalah kini dia menjadi seorang model terkemuka, Hazim masih buta untuk menilai perasaannya.

Walaupun sering terpalit gosip liar dengan beberapa lelaki ternama, tiada suatu pun di antara mereka yang berjaya menawan hati Mona. Kebanyakkannya cuma dijadikan batu loncatan dalam karier. Yang dia mahu hanya Hazim Ikmal seorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience