47

Romance Series 93218

“Abang!!!" Laungan Aayra berkumandang di seluruh pelosok rumahnya. Telefon bimbit di tangan serta merta terlepas dari genggamannya.

Harraz berlari laju menuruni anak tangga. Suara laungan isterinya sebentar tadi benar - benar mengejutkannya. Hatinya mula diserang perasaan kurang enak. Dia mencari - cari kelibat Aayra di seluruh pelosok rumahnya. Tiba - tiba matanya tertancap ke arah satu susuk tubuh yang sedang berteleku di atas lantai bersama juraian air mata.

“Ya Allah, sayang!! Kenapa ni? Sayang ok tak ni?" Soal Harraz cemas. Hilang segala rajuk yang berbekas di hatinya selama ini sebaik melihat keadaan isterinya yang sedang menangis teresak - esak itu.

Harraz menarik tubuh Aayra ke dalam pelukannya. Dia cuba menenangkan keadaan isterinya yang masih tidak henti - henti menangis. Hatinya semakin tidak keruan. Berkali- kali dia cuba menyoal Aayra namun tidak satu pun soalannya dijawab.

“Sayang, istighfar banyak - banyak. Tenang ok? Tarik nafas dan lepaskan perlahan - lahan. Then ceritakan kepada abang apa sebenarnya yang terjadi. Kalau sayang keep menangis macam ni, macam mana abang nak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Dan macam mana pula abang nak tolong sayang." Pujuk Harraz lembut.

Aayra akur. Perlahan - lahan dia mengesat air matanya lalu kepalanya dibenamkan di dada bidang Harraz. Dia cuba menumpang kekuatan diri yang ada pada suaminya. Setelah keadaan bertukar sedikit tenang, Aayra mengangkat wajahnya menghadap Harraz. Wajah lembut suaminya ditenung lama.

“Sayang baru dapat call dari hospital. Nurse bagitahu keadaan Ramona semakin kritikal sekarang. Mereka terpaksa lakukan pembedahan untuk menyelamatkan bayi yang berada di dalam kandungannya tu. Jika tidak, kedua - duanya akan pergi buat selama - lamanya, abang." Luah Aayra dalam sedu.

Harraz terpaku saat mendengar berita itu. Hatinya turut dirundung perasaan sebak. Perlahan - lahan dia menarik tubuh Aayra kembali ke dalam pelukannya. Harraz tahu Aayra sangat memerlukan dirinya saat ini. Dia cuba menyalurkan kekuatan yang ada untuk isterinya.

“Abang bawa sayang ke hospital sekarang ok? Mungkin Ramona sangat memerlukan sayang sekarang ni. Sayang naik atas dan pergi siap. Sebelum tu kita singgah rumah mummy hantar anak - anak. Dekat sana ada bibik yang boleh tengokkan dia orang." Ujar Harraz dalam memberi cadangan.

Tanpa banyak bicara, Aayra pantas mengangguk setuju. Dia segera berlari ke atas untuk menukar pakaian. Segala kelengkapan anak - anaknya turut disediakan di dalam sebuah beg khas. Bagi Aayra, dia perlu segera sampai ke hospital. Dia tidak mahu terlepas dalam mengetahui setiap perkembangan Ramona. Apatah lagi dia pernah berjanji dengan Ramona untuk berada di sisi wanita itu di saat bayi di dalam kandungannya itu dilahirkan. Mengingatkan perkara itu,hati Aayra menjadi semakin sebak.

******************************************

Aayra dilihat mundar mandir di hadapan pintu bilik pembedahan. Pelbagai perasaan begitu menghantui dirinya pada saat ini. Sesekali dia dilihat meraup - raup wajahnya cemas. Harraz yang sejak tadi menjadi pemerhati dari jauh segera mendapatkan isterinya. Bahu Aayra dipaut erat. Sebagai seorang suami, dia turut merasai kerisauan yang melanda hati isterinya itu. Namun begitu, dia tidak mahu dilihat lemah di hadapan Aayra. Saat - saat begini Aayra sangat memerlukan kekuatan darinya.

“Sayang, banyak - banyakkan selawat ok? Berdoa kepada Allah agar semuanya dipermudahkan. In shaa Allah, Ramona dan bayinya akan selamat." Nasihat Harraz lembut.

“Sayang takut, abang. Sayang takut kalau - kalau Ramona tu tak kuat nak melawan semua ni." Luah Aayra perlahan.

“In shaa Allah, sayang. Abang yakin dia mampu. Lagipun dia dah buktikan kepada kita semua betapa dia sangat kuat dalam menempuhi penderitaan dia selama ni kan? Jadi abang percaya, Ramona pasti boleh melawan semua ni. In shaa Allah, dia akan selamat." Pujuk Harraz lagi.

Aayra mengangguk perlahan. Jauh di sudut hatinya, dia tidak henti - henti mendoakan kesejahteraan Ramona dan bayinya di dalam. Semoga akan ada kejaiban yang akan berlaku nanti.

Sedang mereka menunggu dengan penuh sabar, tiba - tiba Ezmal dan seluruh ahli keluarganya muncul di situ. Yasir juga tidak terkecuali. Namun wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kosong. Mereka dilihat saling bertukar - tukar salam sebelum masing - masing duduk menantikan khabar berita dari doktor.

Hampir dua jam mereka menanti, akhirnya pintu bilik pembedahan itu terbuka. Muncul seorang doktor dan dua orang jururawat di sisinya. Aayra dan Ezmal segera berdiri mendapatkan doktor tersebut. Mereka tidak sabar untuk mengetahui keadaan Ramona dan bayinya.

“Doktor, macam mana keadaan Ramona? Bayi dia? Mereka semua selamatkan?" Soal Aayra laju.

Doktor di hadapan mereka itu tidak menjawab. Wajahnya juga sudah kelihatan sedikit sugul. Akhirnya perlahan - lahan doktor muda itu menggelengkan kepalanya.

“Maaf, Puan Aayra. Kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Puan Ramona. Malangnya Allah lebih menyanyanginya. Tetapi bayi Puan Ramona selamat dilahirkan. Sekarang bayinya sedang dibersihkan oleh jururawat kami. Sebentar nanti jururawat kami akan serahkan bayi itu kepada Puan Aayra dan suami untuk dikhamatkan." Jelas doktor muda itu panjang lebar.

Mendengarkan berita itu, Aayra langsung terduduk. Tubuhnya kaku. Hatinya langsung dipanah perasaan sebak. Tidak semena - mena air matanya deras mengalir membasahi pipi. Esak tangisnya semakin kuat kedengaran memenuhi ruang itu. Harraz turut berasa sebak melihatkan keadaan isterinya. Namun perlahan - lahan dia memeluk tubuh Aayra erat.

“Abang!! Mona dah takde, abang. Mona dah pergi tinggalkan sayang. Mona dah pergi buat selama - lamanya abang!!" Rintih Aayra teresak - esak.

Tan Sri Zamir dan Puan Sri Elise saling berpandangan. Melihatkan keadaan diri Aayra yang meratap sedih seperti itu membuatkan hati mereka juga turut dilanda rasa sayu. Ezmal dilihat sudah terduduk meraup wajahnya. Kelopak matanya turut dibanjiri air mata. Manakala Yasir pula dilihat begitu tenang menerima berita ini. Namun begitu, dia juga tidak ketinggalan dari mengalirkan air mata kesedihan. Sesekali dia dilihat mengesat matanya dengan menggunakan hujung jarinya.

Keadaan sayu yang menyelubungi diri mereka berlanjutan hampir 15 minit lamanya. Seketika kemudian muncul seorang jururawat bersama seorang bayi di pangkuannya. Semua pandangan kini tertumpu ke arah jururawat itu.

“Maaf menganggu. Saya datang ni sebab nak serahkan bayi ini kepada Puan Aayra. Ini bayi perempuan Puan Ramona. Sebelum arwah Puan Ramona menjalani pembedahan tadi, arwah ada amanahkan kepada saya untuk serahkan bayi ini kepada Puan Aayra. Bayi ini saya dah selesai membersihkannya. Jadi bolehlah sesiapa yang ada dekat sini mengikhamatkan bayi ini." Ujar jururawat yang bernama Sarina itu.

Aayra menggagahkan dirinya untuk berdiri sambil dibantu Harraz. Perlahan - lahan dia mengatur langkah mendekati bayi yang dikendong jururawat itu. Sekali lagi air matanya mengalir laju saat bayi itu bertukar ke pangkuannya. Pipi merah bayi itu dicium bertalu - talu. Suasana sebak telah menyelubungi semua yang berada di situ.

“Boleh saya yang ikhamatkan bayi ini?" Soal Ezmal tiba - tiba.

Kini semua tumpuan tertumpu ke arah Ezmal. Semua seakan tidak percaya dengan permintaan Ezmal itu. Namun tidak bagi Aayra kerana dia tahu sedikit sebanyak Ezmal pasti akan merasa bertanggungjawab ke atas bayi itu walaupun bayi itu bukan darah dagingnya sendiri. Perlahan - lahan bayi perempuan itu diserahkan kepada Ezmal lalu Ezmal menghalakan bayi itu ke arah kiblat. Sesaat kemudian bergema alunan suara Ezmal mengikhamatkan bayi perempuan itu dengan tenang. Sekali lagi situasi itu mengundang suasana sayu dan sebak bagi semua yang berada di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience