Matanya perlahan-lahan terbuka. Wajah kakitangan hospital menyapa pandangan. Macam mana dia tahu? Sebab baju diorang warna putih kut.
"Anak mama dah sedar."
Ayat pertama yang dia dengar. Kenapa kepala dia terasa sakit? Apa yang dah jadi?
Datin Aina tidak dapat menahan air matanya dari membasahi pipi yang sedikit berkedut dek dimamah usia. Mak mana yang tidak sedih jika menerima bahawa anaknya kehilangan hampir semua ingatan akibat kemalangan yang dialami. Anak lelakinya, Haiqal kemalangan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Dia akan pastikan Haiqal menjadi lebih baik selepas ini. Ya. Dia akan pastikan.
"Haiqal. Haiqal ingat mama? Tahu nama mama?"
Haiqal yang baru sahaja membuka mata itu hanya mengangguk mengiyakan. Datin Aina mengucap syukur. Mujur anaknya masih mengingati dirinya sendiri. Dia juga mengharapkan anaknya itu melupakan semua perkara yang dia pernah lakukan.
-
Rengekan bayi yang diletakkan di atas katil itu menarik perhatian Syafiqah yang baru sahaja usai mandi. Dia sudah panik melihat anaknya yang sudah merengek menangis seperti meminta susu badan.
Usai mengenakan baju t-shirt, dia terus menyusukan anak lelakinya itu. Alangkah baiknya jika anak ini mempunyai bapa yang baik. Namun semua itu hanyalah sekadar angan-angan yang agak mustahil untuk Syafiqah capai.
Daniel Haziq.
Nama yang indah untuk untuk anaknya namun tidak untuk status. Anaknya yang berstatus anak luar nikah itu menyukarkan Syafiqah membesarkan anaknya itu. Pasti ada sahaja manusia yang mencacinya. Dia bersyukur keluarganya masih dapat menerima.
Dia turun ke tingkat bawah rumah. Puan Jita yang baru sahaja menuang air teh ke dalam cawan untuk sajian sarapan pagi mereka sekeluarga.
"Dah bangun rupanya. Makan lah dulu. Mama ada something nak cakap. Ayah kamu takda sarapan sekali. Dia main golf dengan Dato' Tajudin."
Syafiqah hanya mengangguk. Biarlah. Punggungnya dilabuhkan ke bangku meja makan dan mi goreng yang dibuat oleh ibunya disuapkan di dalam mulut lalu dikunyah. Sesekali menyisip air teh yang baru sahaja dibancuh.
Usai makan, dia dan ibunya duduk di ruang tamu.
"Kamu ada tahu pasal Haiqal? Haiqal Haziq?"
Nama itu. Nama yang membuat masa depannya menjadi gelap dan maruah yang hilang sekelip mata. Dalam satu malam. Semuanya hilang.
"Tak. Kenapa dengan dia?" soalnya kembali acuh tak acuh.
"Dia baru sedar dari koma. Kamu tak pergi melawat?"
"Tengok lah macam mana. Dia dekat hospital mana?"
"Hospital Jerung."
(nama rekaan)
--
"Kamu buat apa dekat sini? Nak gaduh dengan Haiqal? Mentang-mentang dia rosakkan kamu."
Hati Syafiqah sudah berasap mendengar kata-kata dari Datin Aina. Dia sudah menggepal penumpuk.
"Dia sepatutnya jadi suami saya. Mak cik takda hak nak bantah sebab dia sendiri yang rosakkan saya. Tak perlu kut sokong anak buat benda jahat."
Datin Aina terdiam dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Syafiqah. "Masuk lah. Jangan sesekali ingatkan dia pasal benda yang pernah berlaku."
Syafiqah tidak menggeleng dan tidak juga mengangguk. Pintu bilik ward ditolak olehnya dan Haiqal yang masih tidur itu menyapa pandangannya. Jujur, kalau boleh dia nak lempang tapi dengan keadaan lelaki itu sebegitu dia matikan sahaja niat. Terpaksa dia berlakon baik dahulu.
"Haiqal. Bangun. Awak dah okay?"
Perlahan-lahan mata lelaki itu terbuka dan memandangnya. "Kau siapa?"
Pertanyaan itu membuatkan Syafiqah terdiam. Macam mana ni? "I'm your girlfriend kut."
"I have a girlfriend? Muka macam kau ni? Teruknya taste aku dulu. Hm. Nevermind. I don't care. Asalkan kau datang melawat. Nama sapa?"
"Syaf."
Syafiqah mendengus. Sukahati dia je face shaming aku. Kepala bapak dia lah.
-
Share this novel