Prolog

Romance Completed 441367

CINTA harus memiliki. Hanya orang menyerah yang mengatakan bahwa cinta tak harus memiliki. Itu sebabnya ada kata-kata rindu, setia, cemburu dan patah hati. - Mario Teguh.

Wanita itu tersenyum setelah bibirnya selesai membaca bicara bijak seorang motivator kelahiran Indonesia . Menurutnya, kata-kata itu teramat benar, memang ayat itu ayat yang bijak. Jika kamu benar-benar sayang, maka, pertahankanlah. Jangan lelah mengejar, jangan pernah berputus asa selagi kamu cinta.

'Jikalau kau cinta, benar-benar cinta...jangan katakan, kamu...tidak cinta. Jikalau kau sayang, benar-benar sayang, jangan...'

Eh, ternyanyi pula!

Spontan dahinya ditepuk bersama serautan wajah penyanyi Judika yang menghiasi benaknya ketika itu; salah seorang penyanyi popular yang memiliki suara lantang, nada yang tinggi, malah, lagu-lagunya juga sudah banyak mendapat tempat dalam hati para peminat. Sebut sahaja Judika, siapa tidak kenal?

Lagi dahinya ditepuk. Mengapa dia harus menghuraikan perihal tentang Judika? Okey, stop!

Bersama kuluman senyuman manis di bibir, Hazura kembali memfokuskan otaknya kepada pekerjaan yang sedang dilakukan sedari tadi. Sekeping demi sekeping bill pesanan para pelanggan disemak lalu dicatat masuk ke dalam komputer. Seperti itulah rutin pekerjaannya seharian.

Pelbagai kisah duka, pahit manis diharungi sehingga dia kini mampu duduk di bangku itu. Dari berniaga makanan di tepi jalan, kemudian menyewa gerai. Dari menyewa gerai, Hazura kini berjaya membuka beberapa buah restoran, namun, sudah tentu dengan pertolongan sepupunya, Hafiz. Tanpa lelaki itu, dia juga tidak akan berjaya. Pendek kata, Hafizlah yang menjadi tulang belakangnya selama ini.

Hidup di sebuah tempat baharu tanpa mengenali sesiapapun, sebenarnya bukanlah hal yang mudah buat Hazura sekeluarga. Semua itu mengambil masa yang agak lama untuk mereka menyesuaikan diri dan hati. Sedar tak sedar, tiga tahun telah berlalu. Naqil Iskandar juga sudah membesar menjadi seorang anak yang sangat comel, tetapi...nakal dan degil. Kedegilan itu barangkali kerana mewarisi sikap ibunya ketika mengandung. Setiap hari, ada sahaja yang akan diperbalahkan oleh anak beranak itu, namun kesudahannya, tetap Naqil yang menang. Kerana apa? Sudah pasti kerana anak itu sentiasa akan dimenangkan oleh bapa saudaranya sendiri. Geram bukan?

"Hai ummi, jauh benar menung? Teringat kat duda tua yang nun jauh di sana ke?"

Hazura tetap juga tersenyum simpul, dia bahkan tidak melatah mahupun terkejut. Usikan itu sememangnya sudah biasa didengar dan dihadam. Malah, usikan itu teramat benar dan tepat buat perasaannya yang sebenar. Walau bertahun-tahun sudah berlalu, tidak pernah sekalipun Hazura melupakan perihal bekas suaminya.

"Hidup aku tak akan lengkap kalau tak membayangkan muka hensem dia, Fiz. Oh my duda!" semakin Hazura melayan, dilengkapkan pula dengan aksi tangan terlekap pada dada.

"Oh my duda! Menyampah!" Hafiz mengajuk bersama cebikan bibir meluat, sebelum terselang pula dengan gelak tawa lucunya.

Pada pandangan Hafiz, semenjak berjaya merangkul gelaran janda yang terhormat, tahap kegatalan Hazura terhadap dudanya semakin sahaja berlebihan. Entah apa pula akan terjadi nanti jika lelaki itu ada di depan matanya? Berani ke 'idak'?

"Daripada kau menyibuk dengan hal aku, lagi baik kau pergi jemput Naqil sekarang, Fiz. Karang jem pula jalan."

Dari riak nakal, semerta Hafiz menjadi serius. Jika hal yang dibualkan adalah tentang anak buah kesayangannya, jujur, dia tidak akan pernah ambil enteng.
"Awal lagi. Sekolah Naqil tu bukannya jauh pun, pecut 10 minit, dah sampai." ujar Hafiz sambil melirik ke arah jam tangannya. Lelaki itu ralit memerhatikan Hazura setelah itu. Air liurnya ditelan, bersama helaan nafas tenang. "Haz..."

Hazura yang sedang menaip huruf dan angka pada papan kekunci komputer segera menoleh. Mendengar dari nada suara Hafiz sahaja dia sudah mengagak, ada hal penting dan sulit yang hendak disampaikan oleh sepupunya itu.

"Aku ada...berita baik. Baik kot." Hafiz tertawa nipis sambil menggaru kepala. Dia sendiri buntu untuk membuat kesimpulan terhadap pemberitahuannya nanti. "Aku tak tahu kau akan rasa baik ke tak tapi bagi aku...baik walaupun macam kejam sikit."

"Berita baik? Berita baik apa pula tu?" soal Hazura dengan rasa penasaran. Jangan kata yang sepupunya itu sudah menemui pengganti Nasha. Ah, tak mungkin! Hazura tahu, sampai ke saat itu Hafiz masih lagi menyimpan perasaan sayang terhadap Nasha. Buktinya, hari-hari dia bercurian menghendap laman sosial media wanita itu.

"Syed Ibrahim. Aku dengar, bekas bapa mentua kau sekarang ni...sedang sakit tenat kat hospital."

"Sakit tenat? Dia sakit apa, Fiz?" tidak terkejut, tidak gembira, tidak juga sedih. Tenang sahaja Hazura menyoal kerana dia sendiri tidak tahu apa perasaan yang seharusnya dia rasa saat itu. Tidak mungkin dia mahu bergembira di atas penderitaan orang lain walau sekejam manapun perbuatan lelaki tua itu terhadapnya suatu ketika dahulu.

"Sakit tua agaknya. Lagipun, dah sampai masanya untuk orang tua tu bertaubat. Banyak duit sekalipun, kalau hati hitam, jiwa sakit pun tak ada guna! Kekayaan tak akan pernah menjamin umur yang panjang." sempat Hafiz memberi ceramah panjang lebar dengan perasaan geram.

Siapa yang tidak akan sakit hati jika memikirkan perbuatan orang tua itu dulu? Kerana kekejamannya itulah membuatkan Naqil sehingga kini tidak mengenali ayah kandungnya sendiri.

"Haz, kau...kau fikir tak apa yang aku fikir?" Hafiz cuba menarik perhatian wanita itu kembali bersama segaris senyuman licik. Dia tahu, walaupun Hazura terlihat tenang dan tidak kisah, tetapi wanita itu sebenarnya sedang memikirkan...sesuatu. Mungkin?

"Fikir apa pula?" Hazura berdalih tanpa mengalih pandangannya dari skrin komputer. Dia sebenarnya tidak selesa membincangkan hal lain selain daripada urusan perniagaan di tempat awam. Mujur sahaja pelanggan tidak ramai ketika itu.

"Fikirkan cara-cara nak...pikat hati duda kau semula!" Hafiz mengekeh, namun tidak kuat lantaran bimbang tawanya akan mengganggu selera para pelanggan yang datang. "Aku plan, nak buka satu lagi cawangan restoran kita kat Shah Alam. Dah cari tapak dah. Kita pindah balik sana erk?"

Kata-kata Hafiz membuatkan Hazura diam seketika, seolah-olah sedang keberatan hati.

"Sekolah Naqil macam mana?" soalnya walau tahu pertanyaan itu teramatlah tidak logik.

"Laaa, bukan Naqil masuk university pun. Takat taska, berlambak-lambak kat sana!"

"Iya tak ya juga erk?" Hazura tersengih lalu mengetap bibir. "Kau beria sangat Fiz. Dah bosan jaga aku dengan Naqil ke?" Hazura menjeling nakal, sebelum memicingkan mata dan telinga tanda tidak sanggup mendengar bebelan yang akan dimuntahkan oleh lelaki bermulut pedas itu nanti. Tahu mulut sepupunya itu tajam, masih juga suka mengusik!

"Bosan nenek moyang kau! Tiga tahun aku jaga korang dengan penuh kasih sayang. Pernah aku mengeluh?! Aku ni pun ada perasaan, nak juga berumah tangga. Ada anak yang comel macam Naqil. Untung-untung, orang tua tu tengah tenat, mana nak berdaya lagi untuk buat hal. So, kita kena gunakan kesempatan ni untuk pulang ke sana semula. Faham?" tidak sudah Hafiz berleter sedang Hazura pula, masih berdekah suci.

"Jangan kata yang kau nak..."

"Ya, aku nak cari Nasha semula. Kau cari duda kau, aku cari bekas girlfriend aku! Aku tak kira, sama ada kau bersetuju ataupun tak, kita semua akan pindah balik ke sana. Urusan bisnes kat sini, jangan risau. Tahulah aku uruskan!"

"Ibu ayah?"

"Ibu ayah kau awal-awal lagi dah pesan dengan aku minta dihantar balik ke kampung. Kau jangan risau, keadaan dah selamat dah sekarang ni. Selagi ada...Pak Cik Luqman." ujar Hafiz dengan yakin.

"Kalau kau dah...kata macam tu, apa boleh buat. Aku...terpaksa setuju jugalah! Terpaksa tahu tak? Terpaksa!" ujar Hazura sambil bercurian menguntum senyum.

"Terpaksa nenek kau! Sukalah tu kan, jumpa duda tua!" Hafiz menjeling.

"Eh, mestilah. Oh my duda!"

"Oh my duda! Eee, meluat aku!"

**********

"Macam mana dengan papa?" Tuan Rafique yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi ruangan tamu rumahnya hanya tersenyum nipis. Secawan teh yang dihulurkan oleh isterinya lantas disambut lalu diteguk dengan cara yang sangat perlahan. Memang dia sengaja meniru pergerakan siput babi, biar wanita itu parah menunggu lama.

"Hubby, sengaja kan!" Fatin membentak lantaran geram dengan sikap nakal suaminya. Lelaki itu jika sehari tidak menyakat, memang tidak dapat hidup agaknya!

"Apa? Aduhhh!" Tuan Rafique yang sudah tidak dapat menahan tawa spontan berdekah di tempat duduknya. Mengaduh bukan kerana sakit, cuma terkejut sahaja saat Fatin dengan tiba-tiba sahaja menghempaskan punggung dengan kasar pada pangkuannya.

"I tanya, papa macam mana?!" sekali lagi Fatin menyoal dengan tampang yang sebal. Namun, biar sebal, tetap sahaja hatinya sayang.

"Kenapa nak tahu? Bukan baby berdendam sangat ke dengan papa? Sampai tak sudi nak datang jenguk. Sama je dengan mama tu." dengan selamba Tuan Rafique memuncungkan bibir ke arah ibu mentuanya yang sedang bermain dengan cucu kesayangan, tidak jauh di situ. "Kata tak nak ambil tahu, tapi...hari-hari tanya." Tuan Rafique menambah lagi dengan senyuman nakal.

"Mama dengar tu, Rafique!" dua insan itu serentak mengekeh ketika suara kasar Puan Sharifah Hamnah mencelah masuk ke dalam perbualan mereka. Bukan main tajam lagi jelingan Puan Sharifah Hamnah.

"Dah-dahlah marah tu, ma. Cucu mama tu pun dah nak masuk setahun setengah dah. Takkan mama nak tunggu keluar seketul lagi baru mama nak maafkan papa."

"Kamu cakap senanglah! Yang menanggungnya mama. Mama tak percaya yang papa tu dah berubah! Rasa percaya mama pada dia dah lama mati."

"Mama..." Tuan Rafique bangkit setelah menghela nafas. Lokasi ibu mentuanya dituju sebelum duduk bersimpuh tepat di hadapan wanita tua itu. "Mama, papa...papa sakit betul-betul ma. Papa perlukan mama. Hari-hari papa tanya mama kat mana. Jangan lambat sangat lembutkan hati tu ,ma. Karang...mama juga yang menyesal." ujar Tuan Rafique satu-persatu. Dia tahu, walaupun Puan Sharifah Hamnah tidak memandang ke arahnya, namun wanita itu mendengar, malah mencerna setiap perkataan yang dia ungkapkan sebentar tadi. Tangan ibu mentuanya digenggam, sempat juga memberi ciuman pada dahi Nisa sebelum tubuhnya dibawa berdiri.

"You pun sama, sayang. Jangan ego sangat. Jadi apa-apa nanti, jangan pula kata hubby tak ingatkan." giliran Fatin pula yang disekolahkan. Sama seperti Puan Sharifah Hamnah, Fatin juga ikutan diam setelah itu. "Hubby naik dulu. Malam nanti, hubby dengan Abang Is nak ikut ceramah agama." ujar Tuan Rafique sebelum berlalu pergi meninggalkan ruangan itu.

Semenjak menjadi seorang duda yang berjaya, kini, Tuan Hayrill Iskandar amat menjaga hal ibadahnya. Hati tua itu sudah terlalu tawar untuk berumah tangga lagi. Bukan tidak pernah didesak, malah pernah juga Fatin dengan Tuan Rafique sengaja membawa kenalan-kenalan wanita mereka menemui lelaki yang sudah terlalu matang usianya itu. Namun, tetap tidak berjaya. Mungkin kerana sudah tiga tahun menduda, membuatkan hati Tuan Hayrill Iskandar menjadi kental, beku dan reda sereda redanya.

**********

"Haz, aku dah jumpa taska dah untuk Naqil. Taska tu ala-ala sekolah agama. Pendidikan agama ditekankan sejak bayi. Bagus untuk anak kau, biar roh-roh degil kau yang dah melekat dalam badan Naqil tu berjaya dihalau nanti." selamba sahaja Hafiz membahan adik sepupunya. Harun bersama isterinya yang turut bersantai di dalam ruangan tamu itu, serentak tertawa meleret.

Hazura pula yang ketika itu sedang bergerak ke sana sini untuk mengejar pergerakan Naqil lantas mendengus. Sudahlah hatinya teramat geram dengan perangai anaknya yang selalu mengelak ketika mahu disuap, kini, ditambah pula dengan kata-kata Hafiz yang menyakitkan. Mahu sahaja dia membaling pinggan ke arah wajah lelaki yang tertayang tanpa riak serba salah itu.

"Naqil, makan sayang! Dah-dahlah lari tu." Hazura yang mula kehilangan rasa sabar itu terus membebel. Tercungap-cungap nafasnya menyertai larian anak tunggalnya.

"Makan sayang, makan. Penat ummi mengejar. Tinggal sekeping je badan ummi kamu tu nanti! Jangan kata abah kamu, entah-entah orang gila pun tak sudi nak pandang dia nanti." Hafiz mencelah selamba. Namun, dia laju mencapai sebiji bantal untuk menutupi muka sebaik sahaja melihat Hazura bangkit mahu membaling sudu makan Naqil ke arahnya.

"Mulut kau, Fiz! Eeee! Padanlah tak laku!" Hazura mengecam saking terlalu geram.

"Kau tu, laku ke?"

"Memang sekarang tak laku, tapi aku pernah laku! Sampai ada anak seorang ni haa! Kau ada?!"

"Memang tak ada, tapi nanti akan ada!"

"Isshh, korang ni! Gaduh-gaduh juga, Naqil ke mana?" Rasma yang mula menyedari kehilangan cucunya mula bangkit, diikuti juga oleh Harun.

"Ya Allah, anak aku! Semua ni salah kau, Fiz. Ajak aku bergaduh tak tengok masa!" Hazura sempat membebel sebelum meletakkan pinggan ke atas meja.

"Manalah aku tahu budak tu nak buat hal! Ikut sangat perangai ummi dia ni!"

Keempat-empat insan itu mula menggerakkan kepala ke kiri ke kanan dengan perasaan kalut. Tidak perlu susah mencari ke ruang lain selain dapur kerana mereka pasti, Naqil sudah pasti akan berada di situ. Jika tidak peti sejuk, maka meja singki yang akan dipanjatnya.

"Naqil, astaghfirullahalazim budak ni! Turun!"

Nah, benar sekali tebakan Hazura! Tubuh kecil yang sedang berdiri bersama sorakan riang di atas meja singki itu laju disambar. Jika terjatuh, jangan diharap yang kakinya akan selamat.

"Turun! Ummi kata turun!" lagi Hazura mengarah sambil mendatangi titik dirian anaknya.

"Nanak tuyun! Nanak tuyun!" Naqil menjerit dengan serautan wajah nakal namun, ketika melihat pergerakan Hazura yang semakin dekat, tangannya laju didepangkan ke arah Hafiz tanda meminta tolong.

"Sini sayang, sini. Kawan dengan pak cik je." Hafiz laju merampas tubuh anak buahnya sebelum dibawa lari meninggalkan kawasan dapur itu. Berapi-api sampai ke telinga perasaan Hazura ketika itu, seperti itulah yang akan terjadi setiap hari. Hafiz tidak akan pernah sesekali membiarkan Naqil dimarahi, apalagi dijentik oleh ibunya sendiri.

**********

"Alhamdulillah, dapat juga kita ikut sampai habis ceramah ni kan, bang?" Tuan Rafique menarik nafas syukur. Wajah abang iparnya dipandang sekilas, tenang sungguh tampangnya.

"Banyak ilmu agama yang kita dapat. Abang pun rasa bersyukur sangat." ujar Tuan Hayrill Iskandar, mengiakan.

Langkah mereka dibawa menuju ke arah tempat meletak kereta yang sedikit jauh, kerana ramai juga pengunjung yang turut datang pada malam itu. Maklumlah, malam terakhir.

"Semua kat dalam rumah tu, sihat ke?"

"Alhamdulillah, sihat bang. Abang jangan risau, abang tu yang kena jaga diri."

"Abang okey je. Ada masa nanti, abang ingat nak singgah jenguk Nisa. Rindu pula dengan budak tu." Tuan Hayrill Iskandar tersenyum sendiri, gemas geram memikirkan kecomelan anak saudaranya.

"Makin nakal budak tu bang. Suka menggigit, melawan. Ganas macam mummy dia. Sebab tu saya masukkan dia awal ke taska tu, biar dia biasa sikit." Tuan Rafique tertawa panjang.

"Budak, biasalah. Lagipun, masih kecil lagi tu. Cepat sangat dia tu besar. Rasa macam baru je semalam korang kahwin." ujar Tuan Hayrill Iskandar masih dalam senyuman. Namun, beberapa detik setelah itu, senyumannya langsung memudar; pudar sebaik sahaja teringatkan sesuatu. "Kalau anak abang ada lagi, mesti...dah jadi abang dah pada Nisa. Mesti...dua-dua nampak comel." menggeletar nadanya. Air mata yang mula menitis laju diseka, dia enggan dirinya tertewas dalam mainan perasaan sayu. Walau kisah duka itu sudah berlalu 3 tahun lamanya, namun, tipulah jika Tuqn Hayrill Iskandar mahu mengatakan yang dirinya sudah terlupa. Bayangan bekas isteri tirinya ketika membawa perut, tidak akan pernah lupus dari dalam benaknya. Sesaat pun tidak akan pernah, kerana perasaan sayangnya masih terlalu kuat buat wanita itu walau sekeras apapun mulutnya menidakkan.

"Alhamdulillah, orang-orang yang terpilih sahaja yang akan mengalami ujian sebesar ni. Allah tak kejam, bang. Allah tahu abang kuat. Anak abang sedang gembira kat taman syurga sekarang ni." Tuan Rafique memujuk lembut sambil menepuk bahu abang iparnya.

Tq readers, muahhh!

Share this novel

Norma Hassan
2023-12-17 14:06:59 

a71.8.. ????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????(?:::!.

Norma Hassan
2023-12-17 14:06:59 

a71.8.. ????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????(?:::!.

Norma Hassan
2023-12-17 14:06:59 

a71.8.. ????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????(?:::!.


NovelPlus Premium

The best ads free experience