Bab 56

Romance Completed 207871

"Morning En. Caden" sapa jururawat.

"Morning. Pagi ni macam biasa ke?" soal jururawat tersebut.

Sejak Intan dimasukkan ke hospital, membersihkan badan dan menukar pakaian sudah menjadi rutin harian Caden, pagi dan petang.

"Macam biasa. Nanti dah siap saya letak tempat biasa" jawab Caden.

"Bertuah isteri Encik, dapat suami yang ambil berat macam ni" ucap jururawat tersebut lalu meninggalkan bilik itu.

Caden seperi biasa, sambil membersihkan badan dan menukar pakaian, dia akan bercerita dengan Intan.

Macam-macam cerita yang disampaikan termasuk perkembangan kes Cleine.

Caden mahu Intan tahu semua perkara yang berlaku setiap hari walaupun hanya dia yang bercakap tanpa balasan dari Intan.

Sedang Caden ralit membedakkan pada wajah Intan, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan di celahan pintu yang ditolak.

"Eh, Encik nak masuk ke?" soal jururawat tadi.

"Tak, saya singgah sekejap sahaja." jawab Tuan Rahman.

Tak jadi Tuan Rahman hendak melangkah masuk.

"Saya nak tanya sikit boleh?" soal Tuan Rahman pada jururawat yang ingin melangkah pergi.

"Boleh. Tanya apa?"

"Er.. Selalu ke lelaki tu tunggu anak saya di wad?" soal Tuan Rahman.

"Oh, Encik Caden. Hari-hari ada di wad. Awal pagi dah sampai, dah tengah malam baru balik. Esok datang lagi. Macam tu la rutin dia."

Terkejut Tuan Rahman apabila mendengar apa yang diberitahu itu.

"Bertuah Encik dapat menantu macam Encik Caden" kata jururawat itu lagi.

"Saya tak faham" kata Tuan Rahman pula.

"Bertuahlah, bukan semua suami sanggup bersihkan badan isteri, tukar pakaian siap urutkan kaki dan tangan lagi."

"Lepas tu mengaji Al-quran, sedap suaranya. Hari-hari pulak tu. Mana nak cari lelaki macam tu sekarang ni" tambahnya lagi.

Terdiam Tuan Rahman.

Salah ke tindakan aku nak mereka berpisah? Tuan Rahman berkata dalam hati.

Pintu ditolak sedikit, dan diperhati lagi. Dilihat Caden sedang mengurut kaki Intan dan menggerakkannya supaya otot tidak keras.

Intan, bangun cepat nak.. Rintih Tuan Rahman.

Tidak jadi hendak masuk. Langkah terus diatur pulang.

+++

Petang itu, sementara menunggu Carlos sampai, Caden mengurut lembut kaki dan tangan Intan.

Kata doktor, bagus untuk pengaliran darah dan juga membantu menggerakkan otot-otot agar tidak kaku.

Ralit Caden mengurut lengan Intan.

Pintu bilik dibuka, terjengul Carlos bersama pakaian kerja yang masih tersarung di tubuh.

"Intan macam mana hari ni?" soal Carlos pada Caden.

"Masih sama" ucap Caden pada Carlos.

Masuk hari ini sudah sebulan Intan diam kaku di atas katil. Setiap hari beginilah rutin Caden dan Carlos.

Carlos akan menghantar Caden ke hospital dan kemudian baru ke hotel.

Balik kerja pula, Carlos akan singgah di hospital hingga dua belas malam dan baru pulang bersama Caden.

Hospital sudah menjadi rumah ke dua buat Caden dan Carlos. Caden hanya akan ke hotel sekiranya dia diperlukan. Lain-lain semua diserahkan pada Carlos.

Sepanjang Intan berada di hospital, Tuan Rahman ada beberapa kali datang melawat Intan dan tiap kali bersua muka dengan Caden, pasti perkara itu yang akan diingatkan.

Carlos menghampiri Intan dan dilabuhkan duduk pada kerusi di sisi kiri katil.

"Hai pretty. Lamanya dia tidur. Tak nak bangun ke?" tegur Carlos pada Intan.

Menjeling Caden pada Carlos.

Ketawa kecil Carlos dengan jelingan Caden. Begitulah tiap kali bila Carlos memanggil Intan dengan panggilan pretty.

"Pretty tengok, ada orang jealous." ketawa-ketawa Carlos.

Caden tahu, itu semua hanya untuk membantu agar Intan cepat pulih.

Caden kemudian keluar dari wad, memberi peluang pada Carlos untuk berbual-bual dengan Intan.

Caden tahu, hubungan Carlos dan Intan agak rapat sebelum ini.

"Pretty.. Awak tahu tak. Tuan Rahman nak Caden ceraikan awak.."

"Dapat tak awak bayangkan perasaan Caden"

Sengaja Carlos menceritakan perkara itu pada Intan walaupun dia tahu Intan tak mungkin ingat dengan apa yang diceritakan ini apabila dia sedar kelak.

"Awak bangunlah, pertahankan cinta awak dan Caden. Saya dah tak sanggup melihat Caden yang dah tak macam dulu"

"Saya nak awak dan Caden bahagia.."

"Tapi.. kalau awak tak nak bangun pun tak apa, biar Caden terus merana."

"Tak apalah pretty, ikut suka awaklah nak tidur selama mana tapi jangan nanti awak menyesal bila Caden dihalau jauh dari awak nanti" semakin rancak Carlos berkata-kata.

Selama ini hanya kata-kata manis sahaja diucapkan pada Intan, mana tahu jika kata-kata begini akan membuatkan Intan terjaga.

"Saya keluar dulu. Esok saya datang lagi. Itu pun kalau saya rajin."

"Hari-hari datang pun bukan boleh berbual dengan awak. Saya saja yang bercakap seorang"

"Oh, lupa nak bagitau. Bilik rehat Caden dah ada housekepper lain datang bersihkan. Muda, cantik pulak tu. Sesuai dengan Caden."

"Hari-hari dia masakkan lauk kampung untuk Caden makan di bilik rehat"

"Awak tak risau ke pretty?"

Sengaja menambah api.

"Saya takut kalau awak tidur lama sangat, nanti ada orang lain pula yang rampas Caden dari awak."

"Iye lah.. Awak bukan boleh buat apa pun. Nak layan Caden lagi la tak boleh kan."

"Dari tunggu awak yang tak tahu bila nak sedar, baik cari yang lain"

Ayat yang Carlos gunakan semakin menyakitkan hati.

Maaf Intan, bukan niat saya.

"Eh, okeylah. Saya balik dulu pretty"

"Sembang banyak-banyak pun, bukan awak dengar"

"Sii.. aappaa yaanngg.. beerrannii nak raampaas Cad deenn darii. sayyaa?" tersangkut-sangkut ayat yang keluar.

Carlos yang ingin melangkah pergi, terhenti di situ.

Terkebil-kebil matanya mencerna apa yang didengar.

Aku salah dengar ke?

"Sii.. aappaa?"

Laju tubuh dipusing.

"Pretty!" jerit Carlos apabila melihat mata Intan terbuka luas.

Caden yang berada di luar bergegas masuk apabila terdengar jeritan Carlos.

Sebaik pintu dibuka, dilihat Intan tajam memandang Caden.

"Sayang..." seru Caden lalu tubuh itu dipeluk erat.

"Alhamdulillah.. Sayang dah sedar" ucap Caden bersama kucupan bertalu di wajah Intan.

"Ssiiaappaa?" soal Intan lagi.

Caden yang tidak faham, memandang Carlos di sebelah.

Tergeleng kepala Carlos. Kalau tau macam ni, awal-awal lagi Carlos dah guna teknik itu. Tersenyum Carlos.

Tidak lama Dr. Dani masuk bersama beberapa orang jururawat membuat pemeriksaan terhadap Intan.

"Alhamdulillah. Intan dah sedar cuma masih lemah" ucap Dr. Dani.

Caden kemudian mengambil air suam dan disuap menggunakan penyedut minuman pada mulut Intan.

Pasti dahaga.

Carlos yang dari tadi berdiri di hujung katil, bergerak ke sisi katil sebelah kanan.

Manakala Dr. Dani dan jururawat telah pun keluar.

Intan menoleh pada Carlos.

"Siapa?" soal Intan pada Carlos. Perlahan sahaja suaranya.

"Siapa apa?" soal Caden pula.

Intan menoleh pula pada Caden dengan pandangan yang tajam.

"Siapa housekepper bilik rehat abang?" serak suara Intan bertanya.

Berkerut dahi Caden kerana tidak faham.

Tiba-tiba kuat Carlos ketawa. Berair hujung matanya.

"Kalau saya tahu, awal lagi dah saya cakap perkara tu" kata Carlos yang masih dengan ketawa yang bersisa.

Share this novel

liyana
2021-02-13 22:30:49 

pandai carlos buat sakit hati sampai sedar2 terus marah


NovelPlus Premium

The best ads free experience