Rate

Bab 5 Kibar Bendera Perang

Romance Completed 278243

Anis tergesa-gesa memasuki gerbang sekolahnya, inilah kali pertama Anis Umairah terlambat bangun dari tidurnya. Nasib baik Anis sempat solat subuh Walaupun waktunya sudah dihujung tanduk.

Anis berlari anak-anak menuju ke kelasnya, tanpa ia sedari...

Brakkk!!!

"Ehhh, tiada mata ke?"

Suara seseorang terpekik membuatkan Anis terkejut.

"Alamak, maaf cikgu saya tidak sengaja." Ucapnya sambil tertunduk.

"Lain kali hati-hati kalau berjalan." Sahut suara itu lagi sambil memungut buku-buku yang berterabur di atas lantai lorong pejalan kaki bahagian sekolah.

Dengan pantas Anis menolong memungut buku-buku tersebut dan mengembalikan kepada tuannya.

"Aik, kamu lagi?" Sahut Adib terpekik pelan melihat Anis yang tidak sengaja melanggarnya.

Muka Anis merah padam kerana menahan malu.

"Minta maaf Cikgu!!" Kata Anis tertunduk melihat kemarahan Adib terhadapnya.

Adib jadi kesal sendiri.

"Kamu boleh kembali ke kelas."

"Hurmm... kalau saya tau Cikgu sombong ni tak payah saya bantu tadi." Ucap Anis pelan sambil membetulkan letak cermin matanya seraya meninggalkan Adib yang masih bengong ditempatnya menuju ke kelas.

"Kamu!!" Teriak Adib tertahan.

Hati Adib menjadi panas, Adib belum pekak lagi. Masih jelas Adib dengar apa yang Anis ucap sebelum berlalu pergi.

"Tidak apa, nak kibar bendera perang dengan saya ya." Sahut Adib pada dirinya sendiri dengan matanya yang tajam melihat Anis yang makin menjauh dari pandangan matanya.

Anis langsung duduk dikerusinya setelah sampai dikelasnya.

Setelah bell masuk berbunyi, sir Adrian selaku guru yang mengajar bahasa English sudah menuju ke kelas Anis.

"All stand up, good morning sir." Semua murid berdiri setelah ketua kelas iaitu Yunus memberi arahan.

"Okay, good morning. Everyone can sit in their seats." Ucap sir Adrian.

"Thank you sir."

Semua murid pun duduk dengan tertib.

"Welcome class." Sahut sir Adrian pada murid-muridnya.

"All right, the schoolwork you gave me yesterday was ready?" Tanya sir Adrian pada semua murid.

"Yes sir." Semua murid menyahut serentak.

"Thank you, before we start the class. Anis please collect all the activity books on your friend's desk." Sahut sir Adrian pada Anis.

"Okay sir."

Anis langsung berdiri dari duduknya menuju ke meja rakan-rakannya untuk memungut buku-buku aktiviti bahasa English. Kemudian Anis meletak buku tersebut diatas meja guru.

"All right, all students take out their textbooks. Open page 10. Anis, please read it to the class." Kata sir Adrian.

Anis pun membaca setiap yang diarahkan oleh sir Adrian. Setelah selesai pelajaran bahasa English, peralihan guru pun berlaku.

Masa kedua pula diisi oleh subjek sejarah, semua murid diarah menuju ke perpustakaan mencari bahan rujukan untuk membuat kertas kerja folio.

Anis langsung bergerak bersama Aina Natasha iaitu rakan yang duduk bersebelahan dengan Anis, mereka menuju ke perpustakaan sekolah bersama-sama.

Kring kring kring
Kring kring kring

Bell rehat berbunyi, semua murid pun terus keluar dari perpustakaan setelah selesai meminjam buku rujukan sejarah yang dikehendaki. Anis masih setia di bilik perpustakaan mencari buku-buku yang ingin dia baca. Setelah meminjam beberapa buku untuk dibawa pulang, Anis mengambil sebuah novel sebagai bahan bacaannya. Dia duduk bersandar dibalik deretan rak-rak buku.

"Hurm, masa keempat nanti Cikgu sombong yang masuk mengajar." Batin Anis berbicara.

Dia menepuk dahinya pelan sambil menyimpan semula buku yang dibacanya, berhajat untuk kembali ke kelas. Anis berjalan tertunduk dengan beberapa buah buku ditangannya.

Dari kantin sekolah, Adib boleh melihat tingkah aneh Anis seakan-akan dia saja yang hidup di planet bumi ni. Anis tak menghiraukan orang-orang yang berlalu lalang ditepinya. Adib cuma menggeleng pelan.

Kring kring kring
Kring kring kring

Bell masuk pun berbunyi, Anis sudah duduk manis dikerusinya. Ustaz Ahmad yang mengajar subject Agama Islam akan masuk, masa perpindahan kelas untuk pelajar yang non muslim berlaku. Ustaz Ahmad pun masuk ke dalam kelas setelah semua pelajar muslim telah masuk di kelas 5 Sains. Kelas Anis bergabung subjek Agama dengan kelas 5 akaun.

Setelah 2 masa berlalu, kelas subject Agama pun berakhir. Semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing.

Adib masuk ke kelas Anis bersama buku teks dan buku rujukan ditangannya.

"Semua murid berdiri, selamat pagi Cikgu" ucap ketua kelas 5 Sains pada Adib.

Semua murid pun ikut berdiri.

"Baik, selamat pagi semua. Semua boleh duduk." Sahut Adib dengan penuh wibawa.

Semua pelajar pun duduk teratur ditempat masing-masing.

"Baiklah, kerja sekolah semalam sudah siap ke? Tanya Adib pada pelajar-pelajarnya."

"Sudah cikgu." Semua murid 5 Sains menyahut serentak.

"Okay, ketua kelas tolong kutip semua buku-buku aktiviti."

Yunus pun dengan cekap menuju dari meja ke meja memungut semua buku aktiviti matematik. Lalu ia meletakkan diatas meja guru.

"Baiklah, buka buku teks korang muka surat 15. Aina tolong baca apa yang diminta."

Aina pun berdiri dan membaca apa yang Adib arahkan. Setelah itu ia duduk semula.

Adib memberi penerangan berkenaan pelajaran hari itu. Setelah itu duduk semula dikerusi meja guru.

"Baiklah, sekarang sila kerjakan dibuku latihan matematik aktiviti dimuka surat 16 dan 17, saya bagi kamu masa selama 30 minit." Adib memberi arahan kepada semua murid.

"Alamak banyaknya Cikgu, baru masa cuma 30 minit saja?"

Kelas menjadi riuh, tak menyangka akan Menjawab aktiviti matematik.

"Banyak betul Cikgu."  Tanya salah satu murid dengan wajah kesal.

"Waktunya terlalu singkat."

Beberapa murid kurang puas hati.

"Ada yang keberatan?" Adib mengangkat sebelas alisnya. Walau dalam kondisi mengancam pun, Adib tetap terlihat tampan dan berwibawa.

"Tidak Cikgu!" Suara murid bersamaan, keadaan langsung menjadi sunyi. Walau ada beberapa murid tak rela, tapi mereka tetap diam. Tiada lagi keluhan pelajar kedengaran. Mereka tak menyangka setegas ini Adib mengajar.

Adib tersenyum puas, dia memperhatikan sekeliling kelas. Setelah dirasanya sudah aman, Adib mengeluarkan seketika handphone melihat-lihat what'sup rakan-rakannya. Dia rasa tidak ada yang penting, Adib menyimpan semula handphonenya didalam poket seluarnya.

Anis, gadis itu menunduk dengan wajahnya yang kemerah-merahan, tidak berkutat dengan alat tulisnya. Kelas itu seperti tak bernyawa, semua tak dihiraukan olehnya. Saat semua murid mengerjakan latihan, gadis itu seolah-olah tidak peduli. Sesuatu pandangan asing bagi Adib. Adib menunggu Anis bergerak, tapi langsung tiada pergerakan yang terjadi.

"Kenapa gadis ni boleh mendapat biasiswa, tapi kerja sekolah pun tidak dibuatnya." Batin Adib berbisik.

Adib mengambil pen marker yang ada diatas mejanya, dibalingnya tepat dikepala Anis.

Tukkk!!!

"Awh..!"Anis mengadu kesakitan sambil menggosok pelan kepalanya. Anis tergagap langsung berdiri, melihat Adib yang menatapnya tajam.

Suasana kelas menjadi hening.

Lepas makan ni, ada ayah nak cakap sikit dengan Adib." Sahutnya dengan tegas sambil menyantap makana "Adib datang ke sini sebentar dekat ayah, ada ayah nak cakap benda penting. Harap Adib boleh jadi anak yang mengenang jasa." Adib mengerutkan dahinya sambil mendekati kedua ayah dan ibunya. "Ada apa ayah?" "Sebenarnya, Adib ayah sudah jodohkan dengan anak kawan ayah sejak kecil lagi." Ucap Encik Amri hati-hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience