“HAIH… meleret kau senyum? Pelik,”
Satu sapaan menghentikan lamunan Izam yang sedari tadi menatap skrin telefon bimbit miliknya. Bila menoleh, dilihat Razim sedang elok capai katil untuk dijadikan tempat duduknya. Dari lagak, Razim macam baru sahaja habis mandi. Tuala dileher sesekali digunakan untuk lap rambutnya yang masih basah itu. Izam senyum lagi.
“Baru habis mandi ni, dari main futsal ke?” soal Izam kecil.
Razim angguk tanpa riak. “Care to share your good news?” pinta Razim kecil.
“What good news?” Izam balas dengan pertanyaan tanda kurang faham maksud dari Razim.
Razim senyum senget. “Dude, jangan main soalan dengan aku, boleh?” sinis nada Razim dengan kepala yang tergeleng-geleng.
Yes! Bukan dia tidak tahu, dia sengaja taknak ambil tahu. Dia kenal Izam, lambat atau cepat je Izam akan share sesuatu dengan dia. Jenis Izam yang penuh dengan taktik, mungkin orang lain sukar untuk faham kawannya yang seorang itu. Kalau bukan sebab kenal dah lama, mungkin dia penuh dengan bermacam-macam andaian tentang Izam.
Izam ketawa kecil. “Kau nak tahu part mana?” saja dia nak tengok reaksi Razim.
Razim hembus nafas kecil sebelum bersuara. “People talk. You’re approaching someone and… siapa?” soalnya kecil.
“Lana,” pendek saja jawapannya.
Lana – satu nama yang kedengarannya sangat familiar!
Razim diam. Sedikit berfikir. Ada sesuatu yang dicari pada nama itu. “Erm… Lana. You’re not mean Lana which is Lana Alina, I hope?” teragak-agak mencari kepastian.
Izam tepuk lembut. Tidak berbunyi tapi cukup membuat riak pada muka Razim berubah. “5 points,” ucap Izam kecil dengan senyuman yang masih sama – tenang.
Membulat mata Razim. “You’re joking righ now,” seakan tidak boleh dia terima yng Izam sedang cuba untuk kenal Lana.
Lana Alina. Siapa yang tidak kenal gadis itu? Mungkin Razim tidak mengenali secara dekat gadis itu. Cukup dari cerita-cerita orang saja sudah boleh digambarkan yang gadis itu sememangnya seorang yang ego dan sombong. Tidak pula dia pernah lihat Lana Alina secara depan-depan, tapi dia boleh bayangkan yang gadis itu sememangnya cantik dan punya tarikan.
Still, Lana Alina is not the right person!
Izam geleng. “Aku serius,” senyuman masih lagi terukir dibibir.
Razim mengeluh sedikit keras. “Dalam banyak-banyak, kenapa mesti dia?” protes Razim dengan riak sedikit kusut.
Sungguh dia tidak menjangka yang Izam akan terbabit dengan skandal Lana Alina. Izam yang dia kenal bukan jenis senang-senang untuk dihampiri. Aura dinginnya saja sudah cukup untuk menolak kehadiran manusia yang dianggap stranger.
Then, there is Lana Alina!
“Just… I’m interested to know her,” selamba bicara Izam membalas Razim.
Razim dah raup muka. Sungguh dia keliru. “Dude, banyak lagi yang lebih baik,” nada Razim kedengaran seakan merayu.
“But I’ve already set my eyes on her. I just not interested to any other girls than her,” jelas Izam kecil.
“Why her? What did she do?” soal Razim masih tidak puas hati dengan pilihan Izam.
Izam diam. Anak mata tepat pandang Razim. “Then, what did she do to you? Kenapa kau tak suka dia?” pertanyaan berbalas pertanyaan. Ada sesuatu yang buat dia tidak faham dengan sikap Razim saat itu.
“She did nothing,”
“Then?” pantas saja Izam bertanya lagi.
Razim keluh kecil. “She rejects everyone. She rejects all the confession. That’s what I’ve heard. Takkan kau nak kecewa lagi?”
Izam angkat kedua belah keningnya. Dia mengharapkan satu penjelasan yang diluar jangkaannya, tetapi penjelasan Razim sungguh membosankan. “Kalau pun dia reject semua orang, apa kena mengena dengan kau? Kenapa kau tak suka dia?” masih mencari penjelasan dari Razim.
“She’s a bad omen!” cukup keras nada Razim tanda yang dia ambil serius perkara tersebut! Soalan Izam sikit pun tidak dipedulinya. Misinya adalah untuk menghalang Izam dari meneruskan rancangan bodohnya itu.
“You’re not god, Razim,” nada Izam bertukar serius. Dingin. Pandangan mereka berbalas. Masing-masing tidak ingin beralah. “I do't even care pasal cerita murahan yang dijaja sana sini pasal dia. I choose her because that’s what I want,”
“Dude,”
“Baik buruk seseorang, kita tak layak untuk ukur. Kau dan aku sama-sama manusia biasa yang dicipta. She is no different,”
Razim pandang anak mata Izam, dalam. Dapat dilihat yang Izam bersungguh dengan keputusannya kali ini. Once he made his mind, he will never leave till the last part. Untuk beberapa ketika suasana hening di antara mereka, keluhan erat kedengaran dari Razim. Dia kembali mencapai tempatnya.
“Aku nak kawan je, kan? Apa yang kau nak risau sangat?” Izam kembali bersuara.
“Sebab dia Lana Alina,” ringkas Razim membalas.
“Sebab dia Lana Alina, itu yang buat aku berminat,” ujar Izam kecil.
Sejujurnya, dia ada alasan lain kenapa dia memilih Lana Alina. Insiden yang lebih kurang tiga bulan lepas menemukan dia dengan Lana Alina. Sebelumnya, dia tidak kenal dan tidak pernah dengar tentang Lana Alina. Apa yang menarik tentang Lana Alina adalah selepas itu – his research.
Razim mengeluh nipis. “What will you do kalau dia tolak?” soal Razim.
“Who said dia tolak?” ayat Izam cukup menarik minat Razim.
Hmm?
Riak yang dingin tadi kini bertukar tenang. Senyuman kembali terukir di bibir Izam. “She’s not that trouble. She just…,” ayat Izam tergantung. Seakan ada sesuatu bermain di kotak mindanya.
“She just?” Razim ingin tahu.
Izam geleng. “Too early to judge. I will take my time to play with her,” telefon biimbitnya ditatap kembali.
“Aku bagitau dia, aku nak kawan. Dia tak tolak tapi… she test me,” jelas Izam kecil.
“Test?”
“Dia nak tengok kalau aku boleh dapatkan contact number tanpa dia sendiri bagi,” nada Izam kedengaran sedikit kecewa. “Though I hoping for something big,” Izam menggeleng beberapa kali dengan keluhan yang tipis.
Razim gelak tiba-tiba. “Means dia tak kenal kau,”
“Kalau dia kenal, kau rasa aku peluang tu ke nak dekat dengan dia?” senyuman Izam jelas kelihatan sinis.
Razim jungkit bahu dengan mulut sedikit dimuncungkan. “Tapi dia rapat dengan Tisha, right? Tisha knows you,”
“Then, I looking forward for your assistance,” muka tak beriak disua kepada Razim.
Hmm?
“Tak faham,”
“Part Tisha, aku taknak ambil tahu. So, thank you in advance,” jelasnya kecil.
Razim diam. Cuba dicerna apa yang Izam cuba sampaikan. “Kejap… kau nak aku rapat dengan Tisha?!” Razim terjerit kecil. “Jangan cakap yang I’m gonna be part of your plan,” hati sudah mula rasa tidak selesa
Ditempat, Izam siap buat muka comel dengan senyuman segaris.
“Hell, no!”
Share this novel