Hijau!!

Drama Series 421991

Esoknya aku lihat Arif sudah tiada. Entah jam berapa dia pulang. Malam tadi, dalam keresahan aku terlena juga. Mujur la aku tak mengigau, merangkak naik atas dia.

Aedy dan Joy berkurung dalam bilik tak keluar keluar. Bunyi bunyian mereka aku tenggelamkan dengan alunan lagu dari MixFm sambil menyelesaikan baju yang baru dicuci. Baju Arif yang kucuci semalam sudah kering. Aku dekatkan pada hidung, mataku tertutup menikmati bau perfume yang masih lekat.

"Haaa! Semalam tak nak peluk cium orangnya. Jual mahal konon. Kan hari ni terpaksa cium baju je", sergah Joy menyakat aku. Kurang asam!

"Tu majikan aku la Joyah. Takkan ada dia nak pandang aku. Lagipun aku bukan perempuan penggoda macam drama melayu petang petang tu. Asal boss je, nak tangkap jadi laki. Tak kira la laki orang ke atok orang ke, yang penting dia dapat", balasku menyidai kain.

"Sebab ada kes macam tu la, mereka buat cerita", bidas Joy.

"Ada ke rupa aku cam si penggoda dalam drama?? Rupa Nura Lisa ni layak jadi maid je dalam drama. Satu lelaki pun tak pandang", balasku pula, menyidai seluar seluar kecil yang tak berapa nak kecil pun sebenarnya.

Joy mengambil gelas kosong dan diisi dengan air, diberi pada Aedy di sebelahnya, yang hanya berboxer. Sama je dua dua. Dengan pakaian dalam je merayau dalam rumah, kalau baru bangun tidur. Kadang kala hanya bertuala.

"Aku sebagai lelaki, aku tahu dia suka kau", celah Aedy menggaru dada tak berbulu setelah habis diteguk air tadi.

"Jangan nak mengarut Aedy. Aku bobbit kau nanti", kataku memberi amaran tanpa memandang padanya. Walaupun dah lali, dah boleh hafal di mana tahi lalat pada tubuh Aedy tapi aku tak sanggup nak pandang lama lama. Mata aku nakal, bukan muka Aedy je aku pandang nanti.

"Aku tau la", ujar Aedy cuba menyakini aku. Entah apa yang mereka bualkan semalam.

"Itu kata kau. Dia dah ada orang lain, dia cakap kat aku awal awal dulu. So cut it off", bidasku tanpa sengaja memberitahu Arif sudah berpunya.

"Seriously? Dan kau tak nak try langsung? Rugi la Nura. Walaupun dia tak la sekacak Aedy tapi dia menawan tau", kata Joy menggelengkan kepala. Dia sibuk memukul telur untuk dibuat telur hancur. Lapar la tu. Entah berapa round malam tadi, aku tak kira. Aku tidur mati.

"Menawan taik kucing la. Berjambang, dah tua pulak tu. Aku nak cari yang lebih kurang umur kita je. Lagipun aku tak nak jadi perampas", nyataku mengelak dari terus digasak dengan idea Arif sebagai kekasih.

"Kalau dia ada orang lain, buat apa dia boleh ada di rumah ini semalam? Kenapa tak spend time dengan sweetheart dia?", soal Aedy. Aku sekadar mampu mengangkat bahu, tak tahu.

Telefonku berdering nyaring dari dalam bilik, mereka kutinggalkan bagi menjawab panggilan. Selepas memberi dan menjawab salam, terus saja Nuha bertanya, "kak, kau dah beli belum? Lagi dua minggu je ni".

"Sudah. Kan aku dah janji, mesti la aku tunaikan. Aku balik nanti aku bawak sekali". Tau sangat apa topik yang nak dibincangkan.

"Kau balik bila? Jangan hari nikah aku pulak. Kosong dulang tu nanti. Nak bergambar macam mana". Beriya Nuha bertanya, takut sangat takde isi dalam dulang hantaran.

"Aku balik awal la. Balik lambat membebel la mak nanti", jawabku dengan yakin. Padahal cuti pun belum tentu lagi.

"Ha, tau pun. Baju kau dah beli belum?", soal Nuha ketawakan aku tentang bebelan mak.

"Baju apa pulak?", tanyaku cuak. Aku tak tahu apa apa pun pasal baju.

"Baju kenduri la. Jangan kata kau lupa". Suara Nuha berubah nada. Sungguh aku tak ingat. Aku mengelak dari menjawab soalan itu

"Baju mak dah siap?".

"Dah. Dah sebulan tergantung dlm almari. Kau dah beli ke belum ni?". Aduh budak ni, dia u-turn juga tu pasal baju aku.

"Akuuu... aku..", jawabku sambil menggaru belakang telinga. Nak menipu, berdosa.

"Kau jangan macam2 kak. Karang kau sorang je warna lain. Aku tak bagi masuk gambar famili. Tak cantik", ugut Nuha. Tahu aje aku belum beli.

"Yelah.. kau kirim gambar baju mak. Nanti aku cari warna tu. Macam macam la kau ni, nak bertema bagai. Tanduk tak nak sekali?", bebel aku, mengeluh pun ada.

"Tanduk apa?", soal Nuha kehairanan.

"Tanduk unicorn. Ada lekat kat cekak, buat hiasan kepala. Boleh aku beli sekali jap lagi", jawabku bersahaja. Kering.

"Hahahaha... mengamuk mak nanti". Berderai tawa Nuha. Aku tahu mesti dia bayangkan rupa kami semua bertanduk satu di atas pelamin.

"Kak, baju tu beli dua pasang". Nuha mengingatkan aku.

"Apsal dua?". Sungguh aku tak ingat tentang perbincangan baju. Mesti masa aku merajuk, mereka berbincang tentang baju dan tema.

"Satu masa aku nikah. Satu masa hari besar tu", jelas Nuha teruja.

"Ala.. nikah tu aku pakai baju lama je la", jawabku perlahan. Antara dengar dengan tidak. Tapi dengar juga dek Nuha.

"No no. Tak leh. Kan dah cakap hari tu, masa nikah baju warna babyblue". Ha!! Babyblue pulak?? Tah apa apa warna.

"Haihh.. kau ingat aku banyak duit ke? Kau sponsor la aku", rungutku membayangkan duit dalam akaun semakin menyusut.

"Ala ngada kau kan?? Mak cakap kerja baru kau ni gaji besar".

"Ermmm... tak de la besar mana", jawabku jujur. Ada la lebih dari gaji semasa di Select. Tapi aku nak juga menyimpan sikit. Namun nampak gayanya, harapan tinggal harapan.

"Kak...", seru Nuha.

"Mmmm... nak apa?", jawabku malas. Tau mesti ada benda nak diminta. Lembut semacam je nada panggilan.

"Pinjam tujuh ratus". Terus aku menekup mata dengan tapak tangan. Aduhhh.. duit lagi.

"Nak buat apa?", tanyaku sambil cuba menahan diri dari mencarut.

"Nak bayar mak andam", jawab Nuha perlahan. Mungkin ada orang disebelahnya.

"Bukan sekali pakej ke?"

"Mak andam pakej tu accident dua hari lepas. Patah tangan. Aku kena cari mak andam lain. Dah jumpa tapi dia mintak bayar cash", jelas Nuha. Memang mengambil kesempatan di sebalik kesempitan orang. Mahal betul bayaran mekap sekarang.

"Tujuh ratus tu dik oii. Kenapa tak refund kat pakej tu?", soalku sedikit panas.

"Ala kak, tujuh ratus untuk nikah dan bersanding. Pakej tu diorang refund bila dah selesai majlis. Boleh la kak....", pujuk Nuha. Tak sampai hati untuk berkata tak. Ini hari besar Nuha.

"Nanti aku bayarkan la", jawabku sambil terbaring menutup mata. Terngiang ngiang bunyi mesin atm di telinga.

"Kak, bank in la dulu. Dia mintak deposit separuh. Takde deposit, kira tak serius. Nanti dia amik job lain, sapa nak mekap aku", rayu Nuha. Memang aku rancang nak bayar usai setiap kali mekap.

"Ala, kau ni. Aku kan ada", kataku berseloroh.

"Tak nak. Dulu kau mekap aku jadi rupa mak lampir". Ehh.. sedap mengutuk aku. Tapi memang pun, masa tu ada acara apatah di sekolah. Mujur ada cikgu kebudayaan tolong menyelamatkan keadaan.

"Ye lah. Aku bank in jap lagi. Kau kat mana ni?", soalku bila terdengar suara mat pakistan menyebut - yini kecil sikit makcik. Sana besar. Harga tarak banyak beza. Ambil sana la makcik.

"Kat bandar, mak nak beli karpet baru. Dia kata yang lama tu, dah bau hapak. Pastu, mak cakap...". Aku dah agak dah!

"Lagi sejam kau check account", kataku sebelum menamatkan perbualan.

Aku terduduk. Aduh, sakit dada ni walaupun bercakap dgn Nuha tak sampai sepuluh minit. Berdenyut2 kepala.

Aku mencapai tuala dan bergerak ke bilik air melepasi pasangan yang sedang asyik bercinta. Makan pun bersuap suap.

"Kau nak ke mana ni? Pagi pagi dah nak mandi", tegur Joy. Memang pun, selalunya kalau hari cuti aku mandi tengah hari.

"Nak pergi bank".

"Kenapa?". Berkerut dahi Joy. Aku ni kalau hujung minggu akan memerap di rumah saja.

"Transfer duit kat kampung", jawabku lemah.

"Kenapa tak online banking je?", soal Aedy.

"Belum buat", jawabku ringkas.

"Meh aku tolong. Nanti kau bayar balik kat aku", kata Aedy.

"Tak pe Aedy. Aku nak pergi beli baju sekali. Macam macam la. Dia yang nak kawin, aku yang haru biru", keluhku.

"Ha... jangan lupa baju kenduri Yati. Kita bridemaids kena pakai baju tone maroon", ujar Joy mengingatkan.

TIDAKKKK!!!!

*********

"Dah bangun?". Salam takde, morning wish takde.. terus tanya macam tu. Dah la suara serak macam baru bangun tidur.

"Dah la".

"Kau kat mana ni? Bising sangat bunyi enjin".

"Nak melintas pergi Kenanga", jawabku menunggu lampu untuk pejalan kaki bertukar warna dari merah ke hijau.

"Buat apa?"

"Jumpa boyfriend. Boss pergi la dating dengan cinta hati boss". Malas aku nak layan.

"Ni jantan mana pulak? Tinder?"

"Tak. XVideos".

"Kau ni tak serik serik kan?". Aku matikan panggilan. Aku nak fokus pada apa yang aku nak beli. Mesti ikut bajet yang aku dah tetapkan.

Rambang mata aku melihat betapa banyaknya baju tergantung, macam macam warna, macam macam fesyen. Namun bila mengingatkan yang aku masih belum jamah apa apa lalu aku ke Old Town dulu. Segelas soya sejuk dan Ipoh Chicken Hor Fun menjadi  santapanku.

"Mana pornstar tu?"

Aku berpaling. Huh, dia ni takde kerja ye?

"Pergi toilet. Boss, jangan lupa pukul lima ada meeting". Aku sekadar mengingatkan sambil terus menikmati makanan.

"Toilet mana? Aku nak jumpa dia", kata Arif membuka kaca mata Raybannya.

"Jangan sibuk hal saya boleh tak?", kataku rimas.

"Tak boleh. Hal kau, hal aku jugak. Apa apa jadi, kau call aku minta tolong". Ehhh.. mengungkit pula orang tua ni.

"Apa apa je la boss ni. Jangan lambat petang ni, nanti dapat kat orang lain pula job tu", balasku menjeling pada Arif yang sedap menyedut air soya aku.

"Kau cari apa kat sini?", soal Arif melihat keluar kedai, banyak kenderaan lalu lalang.

"Cari baju la..takkan nak cari ikan pula. Dah sini jual baju kan?", jawabku sinis.

"Nak beli shirt dan jeans lagi?", balas Arif mengangkat kening. Aku mencebik.

"Tak. Shopping untuk kenduri Yati dan adik saya. Macam macam la diorang ni. Saya kena beli 3 baju berlainan warna, ikut tema kononnya", luahku dengan tiga batang jari aku tunjukkan padanya.

"Kawin style sekarang kan memang macam tu". Arif menyedarkan aku akan hal semasa.

"Saya kawin nanti takde nak bertema tema. Menyusahkan. Banyak belanja. Pakai je apa yang ada".

Arif mengekori aku dari satu kedai ke satu kedai lain. Aku agak hampa kerana bila warna dan fesyen yang cocok dengan seleraku, tiada saiz. Bertambah rimas bila Arif tiada tanda tanda nak beredar.

"Boss, lagi sejam tau appoinment tu. Tak nak pergi ke?", soalku menahan geram.

"Aku tunggu kau la. Kau habis shopping, kita pergi la sekali", jawabnya membelek baju yang tersarung pada patung.

"Laaa... saya takde kena mengena pun", ujarku menyedarkan dia dan mengusirnya secara tak langsung.

"Siapa kata takde? Kau pembantu aku kan".

Aku tau aku dah tiada alasan.

"Dah habis shopping? Kata nak beli tiga. Ni baru satu".

"Tak berkenan. Yang berkenan takde saiz", ujarku penuh kehampaan.

"Kita cari tempat lain esok. Buat hari ni cukup satu. Jom kita pergi meeting pulak. Cari job", pujuk Arif.

*******

Usai perbincangan dengan pihak tv swasta untuk program terbaru, hari sudah agak lewat. Namun disebabkan perut aku berbunyi agak kuat di dalam kereta, Arif singgah dulu di restoran makanan segera untuk pandu lalu. Dia pun lapar juga aku rasa. Aku tak nampak pun dia makan dari tadi, kecuali bun ikan bilis yang dibeli sewaktu mengisi minyak sebelum ke stesen tv tadi.

Arif memakir kereta di tempat biasa kawasan perumahanku. Dari situ, boleh nampak rumah sewa aku dan Joy. Beg kertas berisi makanan tadi dibuka dan dihulurnya burger serta air padaku.

"Terima kasih. Saya balik dulu ye".

"Takkan nak balik dah? Teman la aku makan. Kalau balik pun, ada ke Joy kat rumah?", tanya Arif padahal dia nampak tiada cahaya di rumah itu. Aku menggeleng.

"Malam minggu selalunya pergi clubbing tu. Tidur rumah Aedy", jawabku akan kebiasaan Joy.

"Haa.. kita makan dulu dalam kereta. Habis makan, baru la kau naik". Aku mengangguk lemah dengan cadangannya. Yelah, dia dah temankan aku meronda di KWC siang tadi. Sekarang giliran aku teman dia makan.

"Memang selalu kau tinggal seorang?"

Aku mengangguk tak dapat nak menjawab, mulut penuh berisi ban dan daging.

"Tak takut?"

"Sebelum tidur, saya buka semua lampu". Arif tertawa kecil.

"Nak aku hantar naik atas tak lepas ni"

"Tak pe la. Boss pun dah penat seharian teman saya shopping". Aku menolak, kertas bungkusan burger tadi aku renyuk dan kusumbat ke dalam beg kertas berlogo M. Aku tersandar kekenyangan.

"Esok nak pergi pukul berapa? Aku ambil kau", tanya Arif menyedut air soda.

"Tak payah. Saya boleh pergi sendiri", balasku. Aku tak nak menyusahkan dia. Arif menghela nafas panjang.

Arif menyendengkan badan untuk membuka dashboard. Aku tau dia nak mengambil rokok yang tersimpan di situ. Terasa bahang tubuhnya walaupun pendingin hawa terpasang.

Ketukan di tingkap aku membuatkan kami berdua terkejut. Cahaya dari luar menyilaukan mata kami. Tak semena mena, tangan Arif di pahaku dan ya, tubuh kami rapat.

Tingkap disebelah aku, Arif turunkan.

"Maaf. Boleh tunjukkan kad pengenalan dan kad nikah?"

Share this novel

Nurul Abdullah
2019-11-06 20:16:07 

kenapa chapter ni tajuk hijau?

UdangGalah
2019-11-03 00:28:43 

Joy dengan Aedy yang lama melekat. Tetiba Nura dengan Arif pulak yang kena.

Hani
2019-11-02 23:48:23 

jeng jeng


NovelPlus Premium

The best ads free experience