Bab 13

Romance Series 4350

“Honey, I’m going to outstation again.” Khairul memberitahu ketika kami bertemu pada suatu pagi. Kami keluar bersarapan bersama di kafe biasa tempat kesukaan kami untuk bersua.

“Bila tu?” Aku menyoal sambil menghirup jus epalku.

“Esok.” Jawapan Khairul mengundang riak kelainan diwajahku. Esok merupakan ulangtahun percintaan kami yang pertama.

Sudah setahun kami bercinta namun Khairul takkan bersama denganku pada esok hari. Hatiku agak terusik.

“Berapa hari event tu?”

“Empat hari.” Jawapan darinya membuatkan aku diam saja. Khairul diam dan menjamah sarapannya dengan perlahan. Aku memerhatikan tingkahlakunya. Tidak ada perbezaan apa-apa pun untuk membuatkan aku menaruh rasa sangsi yang keterlaluan terhadapnya.

“Sayang, okey tak ni?” Khairul tiba-tiba menyoalku.

“Okey. Kenapa?”

“Sayang diam aje tak cakap apa-apa.” Khairul merenungku. Aku tunduk sambil merenung gelas minumanku. Entah bagaimana untuk aku luahkan perasaan hatiku kini.

Aku tak suka jika dia berjauhan denganku. Aku rasa sunyi dan terasing sekali. Pastinya kekasihku ini akan sibuk dengan kerjayanya dan tidak menghubungiku untuk tempoh yang agak lama. Empat hari itu merupakan tempoh yang agak panjang bagiku.

“Nanti B akan call Sayang. This time B akan luang masa untuk Sayang, okey?” Khairul tiba-tiba memberi janji. Aku melirik kekasihku sekilas.

“Boleh percaya ke ni?” Aku menyoal.

“Iye, sayang.”

“Jangan nanti salah dail nombor telefon maksu pulak.” Aku menjeling namun Khairul tiba-tiba tersedak. Aku menoleh dan terus mengerutkan dahiku. Khairul segera minum dan tampaknya dia tersedak agak teruk tadi sehinggakan wajahnya kemerah-merahan sambil dia terbatuk-batuk kecil.

“B ni kenapa?” Aku menyoal tak senang.

“Sayang, please jangan macam tu lagi. Teruk B tersedak tau! Aduh..." Khairul menepuk-nepuk dadanya sambil dia masih terbatuk kecil.

.
. .

Entah bagaimana mahu aku gambarkan perasaanku kini. Marah, bengang, kecewa dan yang seangkatan dengannya semuanya ada didalam diriku kini.

Gara-gara aku terlihat beberapa keping gambar Khairul yang kelihatan agak mesra bersama maksunya di wall fac Khairul. Gambar berkenaan dari Fac maksu namun telah ditagged ke page Khairul. Geramnya apabila melihat gambar maksu Khairul memaut bahu Khairul, duduk bersebelahan berdua dan seterusnya gambar mereka ketawa bersama beberapa rakan lain. Kenapa pulak maksu boleh ada sekali dekat event di Terengganu?

Khairul tak ada beritahu aku pun semasa dia menelefonku malam semalam. Kami berbual panjang ditalian. Pelbagai perkara yang Khairul bicarakan namun tak ada langsung berkaitan dengan maksu. Tapi gambar-gambar yang aku lihat tadi adalah sebaliknya. Aku benar-benar marah kini.

Sudah empat hari Khairul di Terengganu dan esok dia akan pulang. Sudah pukul 11.00 malam kini dan aku pasti jika aku menelefon Khairul kini belum tentu dia akan jawab.

Entah.. aku tak tahu bagaimana keadaannya kini. Sedang sibuk mengemas barang atau masih belum selesai segala tugasnya disana. Namun bukan soal kerjanya yang aku fikirkan kini. Mindaku mula memproses tentang perkara yang bukan-bukan. Entah dia sedang memadu asmara dengan maksu atau mereka sedang berseronok di mana-mana. Ahhh, aku benci berfikiran begitu!

Aku tidak dapat menahan perasaanku lagi. Segera aku mengambil telefonku dan menelefon Khairul. Agak lama juga aku menunggu untuk mendengar suara Khairul ditalian. Setelah lima kali aku mendail nombornya barulah Khairul menjawab panggilanku. Adakah dia dan maksu…?

“Kenapa lambat jawab called?!” Entah bagaimana nada suaraku kini aku tak tahu kerana fikiranku sedang berkecamuk kini.

“Sayang, kenapa ni? B tengah tidur tadi. Penat sangatlah.” Khairul bersuara dengan serak. Benar dia sedang lena tadi tapi tidur dengan siapa? Soalan begitu pula timbul dibenakku.

“Penat dengan maksu ke? Buat apa dengan dia kat sana?!” Suaraku mula meninggi.

“Sayang cakap apa ni?” Khairul menyoalku.

“Kenapa maksu ada kat sana pulak?!” Aku mula marah. Hening seketika.

“B, cakaplah! Kenapa diam?!!” Aku mula menjerit kini.

“Sayang, kenapa ni? Kenapa marah sangat ni? Tiba-tiba je nak marah!” Khairul juga mula meninggikan suara.

Aku semakin geram kini. Jika saja aku punya sayap, ingin saja aku terus terbang mendapatkan Khairul pada waktu ini. Aku tak nampak keadaannya bagaimana kini. Dengan siapa dia berada sekarang? Riak wajah maksu yang ketawa jahat begitu menghantui mindaku kini. Aku seolah-olah ternampak tangan maksu memeluk erat leher Khairul.

“Jawablah orang tanya! Kenapa maksu ada dekat sana sekali?!” Aku menjerit lagi.

“Ni tiba-tiba naik angin tak tentu pasal ni, kenapa? Tak payah jerit-jeritlah, B bukannya pekak.” Khairul memarahiku.

“Habis orang tanya tak jawab-jawab!” Aku mendengus geram.

“Maksu ada sekejap je semalam. Lepas tu dia balik.”

“Dah kenapa dia ikut sekali ke sana?”

“Mana B tahu dia nak datang sini.”

“Jangan nak menipulah cakap tak tahu!”

“Memang tak tahulah. Nak tahu sangat pergilah tanya dia sendiri.” Jawapan Khairul benar-benar menyakitkan hatiku. Entah apa yang dia cuba sembunyikan dari diriku.

“Semalam takde pun cakap dia ada dekat sana. Tiba-tiba ada gambar dengan dia sekali, bukan main mesra peluk bahu semua. Seronok sangat ke menggatal kat sana tu?!”

“Menggatal apa benda pulak? Jangan tuduh bukan-bukan boleh tak?”

“Tak tuduh apanya kalau dah terpampang gambar mesra awak dengan dia kat FB tu!” Aku melepaskan rasa marahku semahunya. Nafasku turun naik dengan deras. Suasana senyap ditalian.

“Hello! Cakaplah, kenapa senyap?!” Aku melenting. Masih senyap. Aku melihat skrin telefon bimbitku. Panggilanku sudah ditamatkan. Bencinya!

Aku segera mendail kembali nombor telefon Khairul namun hampa seolah-olah telefonnya telah dimatikan. Aku cuba menghubungi Khairul berkali-kali sambil mundar-mandir berharap supaya Khairul segera menjawab panggilanku.

Akibat rasa marah yang teramat sangat aku menghempas telefonku ke atas katil. Entah telefon Khairul kehabisan bateri atau dia sengaja mematikan telefonnya, mungkin kerana tak mahu aku mengganggunya.

Aku naik keatas katil dan mengambil semula telefonku. Aku cuba menghubungi Khairul lagi namun tetap hampa.

Setelah agak lama, aku mula terasa penat dan mula baring dikatil. Aku tak dapat tidur walaupun waktu sudah menjengah ke pukul 1.30 pagi kini. Aku masih tidak berpuashati kerana masih tidak dapat menghubungi Khairul. Entah sudah berapa ratus kali aku menghubungi Khairul namun aku masih tidak berputus asa.

Aku mula menghantar pesanan ringkas kepada Khairul namun semua mesej tidak dibaca langsung oleh Khairul. Rasa marahku semakin memuncak kini kerana tidak dilayan oleh Khairul. Ahh, betapa sakitnya rasa cinta ini. Rasa cemburu benar-benar membunuhku.

Sedang aku menaip mesej yang entah keberapa tiba-tiba bergema panggilan masuk dari Khairul. Pantas aku menjawab.

“Sayang, sorry handphone B off tadi, bateri habis..”

“Awak memang saja, kan? Saja letak telefon! Entah tengah buat apa dengan maksu dekat sana!” Belum sempat Khairul menghabiskan kata-katanya aku terus menghamburkan rasa marahku yang masih belum habis.

“Saya buat apa dengan maksu dekat sini? Jangan pandai-pandai main tuduhlah!” Khairul meradang.

“Kalau saya ni lelaki lain lalu sebelah pun bukan main awak marah! Ni awak dengan makcik sendiri pun boleh tahan jugak ye!”

“Jangan mengarut bukan-bukan, boleh tak? Esok awak tunggu je saya balik. Saya nak tidur ni, esok nak drive lagi.” Khairul merungut-rungut ditalian. Memang kalau dah marah takde dah panggilan B-Sayang!

.
. .

Khairul masih belum tiba sedangkan aku sudah seperti cacing kepanasan walaupun suhu aircond didalam kafe agak sejuk. Hatiku yang masih panas sejak dari malam semalam masih membara sehinggakan dudukku tidak kena seolah sedang berada diatas duri saja.

“Sayang..” Khairul mendatangiku dan duduk didepanku. Aku menjeling dengan memeluk tubuhku. Aku terasa benci melihat wajahnya.

“Sorry lambat sikit. Jalan jammed ada accident dekat highway tadi.” Kata-kata Khairul aku balas dengan jelingan saja. Alasan. Itu yang bergema dibenakku.

Khairul duduk bersandar dikerusi dan melepaskan keluhan berat. Aku tak peduli bagaimana keadaannya sekarang. Walaupun aku sedar dan tahu dia mungkin kepenatan kerana memandu jauh dari Terengganu namun aku tidak peduli. Rasa sakit hatiku mengatasi rasa kasih dan kasihanku kepadanya.

“Sayang dah makan ke?” Khairul bertanya dengan lembut. Namun aku masih dengan keras hatiku. Aku tak mahu jawab soalan yang tidak penting begitu kerana masih punya soal lain yang lebih penting untuk aku tahu.

“Macamana maksu awak boleh ada dekat event semalam?” Terus aku menyoal Khairul.

“Dia datang situ dengan kawan dia. Tiba-tiba saja muncul.” Khairul jawab dengan perlahan. Aku merenungnya tajam. Cuba mencari kejujuran.

“Tiba-tiba muncul boleh pulak bergambar mesra macam tu?” Aku masih tidak berpuashati. Khairul mengeluh lagi sambil menjeling keliling kafe. Khairul menggamit pelayan. Seketika kemudian seorang pelayan kafe datang dan Khairul memesan minuman untuknya.

Kejam kerana aku tidak bertanya sedikit pun tentang keadaan dirinya namun bagiku dia yang lebih kejam kerana sengaja menyakitkan hatiku.

“Kelmarin masa called takde sikit pun nak bagitau pasal maksu tu.”

“Okey, maksu datang kelmarin petang tapi sekejap je. Lepas tu malam B called Sayang dan semalam dia takde datang dah. Entah dah balik ke apa B tak ambik tau.”

“Takkan awak tak tahu? Boleh tak jangan nak menipu saya?” Aku terus menduga.

“B memang tak tahu. B kat sana pun sibuk dengan kerja nak uruskan event. Masa dia datang tu sekejap je masa B tengah rehat. B duduk minum sekejap lepas tu sambung buat kerja balik.” Wajah dan nada suara Khairul tenang saat bercerita.

“Dia datang kelmarin habis kenapa baru malam semalam dia upload gambar dekat FB? Cerita mana satu yang betul ni?” Aku masih tidak berpuashati.

“B tak tahulah apa masalah dia baru nak upload gambar tu semalam dekat FB. Sayang boleh tak jangan tuduh macam-macam dekat B?”

“Macamana saya tak tuduh kalau bukti dah ada? Memang awak ada sekali dengan dia, kan?”

"Ye, memanglah ada sekali tapi duduk sekejap aje pun. Bukan macam apa yang Sayang sangka.”

“Saya tak percaya.” Aku berkata muktamad.

“Demi Allah, B memang tak buat apa-apa dengan dia. Cuma duduk sekali minum lepas tu borak-borak. Itu je.” Khairul cuba memujuk dengan memegang tanganku. Aku menarik tanganku dengan kasar. Khairul tersentak.

“Okey B salah. B minta maaf.” Khairul akhirnya beralah. Aku mengeluh berat. Rasa marahku masih bersisa.

Tiba-tiba telefon Khairul berbunyi. Khairul segera memeriksa telefon bimbitnya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut. Aku memandangnya dengan curiga.

“Siapa called? Girlfriend mana pulak?” Aku menuduh.

“Bukan girlfriendlah. Sayang ni kenapa?” Khairul seolah rimas.

“Habis yang payah sangat nak jawab saya tanya tu, kenapa?”

“Maksu called.” Demi saja mendengar begitu rasa marahku kembali memuncak. Aku bangun dan Khairul turut sama bangun. Aku mahu melangkah pergi namun Khairul menahan dengan menarik tanganku.

“Pergilah layan perempuan tu! Kau cakap takde apa-apa tapi belum apa-apa sibuk called kau, kan?!” Aku menepis lengan Khairul dan mula memarahinya. Bahasaku terus berubah kasar.

Segera aku melangkah menuju ke pintu depan kafe. Sakitnya hati aku kini. Tiba dikaki lima diluar kafe, Khairul menarik tanganku dengan agak kuat. Hampir aku terjatuh dan membuatkan aku bertambah marah dengan Khairul.

“Kau nak apa lagi?! Tak payah tarik-tarik aku macam nilah!” Aku menjerit. Riak wajah Khairul mula bengis.

“Kita tak habis bincang lagi tapi kenapa nak lari-lari macam ni? Macamana nak settle?!” Khairul memarahiku.

“Daripada aku sakit hati menghadap kau, lebih baik aku blah.”

“Apa benda yang nak sakit hati? B dah begitahu dia datang sekejap aje. Apa lagi yang tak puashati? Dah tadi dia nak called, mana B tahu! B pun tak jawab called dia, kan? B tak layan dia pun, tapi Sayang tetap jugak nak marah. Apa lagi B nak buat?”

“Eh, kalau awak memang jenis playboy, baik kita putus ajelah.” Khairul terkejut dengan ucapanku.

“Putus apa pulak ni?” Khairul cuba memegang tanganku namun aku cepat-cepat menepis. Aku terus menanggalkan rantai tangan permberiannya dan aku membaling rantai tangan itu ke tepi kaki lima. Aku benar-benar marah kini. Aku rasa mahu lari jauh dari Khairul.

Khairul terpempan dengan tindakanku. Dia segera mengambil kembali rantai tangan tersebut dan menarik tanganku menuju ke arah keretanya.

“Saya nak balik!” Aku cuba menjarakkan diri namun Khairul pantas memaksaku untuk masuk ke dalam kereta dari tempat duduk pemandu.

“Sakitlah!” Jeritku namun Khairul terus menolakku. Sebaik sahaja aku duduk dikerusi penumpang hadapan, Khairul duduk dikerusi pemandu dan segera memandu keretanya entah mahu kemana.

“Boleh tak jangan buat perangai macam tadi? B tak sukalah!” Khairul menjerit memarahiku. Dia menghentak kuat tangannya ke stereng.

“Saya lagi tak suka awak menipu saya!” Aku menjawab.

“B dah terangkan benda betul tapi Sayang tetap jugak nak salahkan B sampai nak putus semua. Besar sangat ke salah B?!”

“Ye, memang besar!”

“B dah minta maaf. Apa lagi yang tak cukup? Nak B merayu macamana lagi, hah?” Aku diam sambil menahan amarahku.

“Okey, kalau tak suka B rapat dengan maksu, okey B tak layan dia. Tapi Sayang tetap jugak nak mengamuk marahkan B. Kenapa kita perlu bergaduh macam ni? B dah layan Sayang masa outstation tapi Sayang tetap tak puashati jugak. B tak tahu kenapa maksu nak up gambar dan tagged B. B tak ambik tahulah semua tu! Tak ada apa benda pun jadi dekat sana antara B dengan dia, kenapa susah sangat nak percaya?”

“Sayang, pleaselah. Tolong jangan mengamuk macam ni.” Suara Khairul mula reda. Namun wajahnya tetap tersisa gejolak marahnya.
Khairul tiba-tiba memberhentikan keretanya ditepi jalan. Entah dimana kami berada kini aku pun tak tahu.

“Sayang, please say something. B tak nak nanti Sayang hilang lagi macam dulu. Please jangan gaduh lagi macam ni.” Khairul memujukku. Aku masih berdiam diri. Mindaku mula berfikir dengan waras kini. Aku merenung Khairul cuba mencari kejujuran. Aku menghela nafas payah.

“Saya nak balik.” Aku bersuara perlahan. Aku seakan mahu menangis kerana sebak. Aku tidak menyangka yang kami akan bertengkar dengan teruk begini sehingga Khairul menolakku dengan kasar tadi dan aku tak tahu jika pergaduhan tetap berterusan entah apa lagi yang akan terjadi.

Khairul kembali memandu. Dia senyap sehinggalah tiba didepan rumahku. Aku segera keluar dari kereta dan masuk kedalam rumahku. Sebaik saja aku menutup pintu, aku menangis semahunya. Aku rasa teramat pilu dengan kesakitan dihatiku. Rasa cemburuku benar-benar membuatkan aku hilang diri aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience