BAB 22

Romance Completed 67139

              “MAK JAH, masak apa? Kenapa tak panggil Ara tolong?” Adara berjalan mendekati Mak Jah, pembantu rumah peribadi Aiden yang diupah untuk membantu Adara di rumah tersebut. Sudah berapa kali Adara kata tak mahu, tetapi suami dia tetap berkeras.

Tak mahu Adara melakukan kerja rumah seorang diri katanya. Siapa suruh beli rumah besar-besar.

“Cik Muda pergilah rehat. Mak Jah dah nak siap masak dah ni.” Mak Jah menolak sopan pelawaan Adara untuk menolong memasak. Lagipun sudah menjadi tanggungjawab dia menyediakan makanan untuk majikannya.

“Mak Jah, berapa kali Ara cakap. Panggil je Ara bila Aiden tak ada. Bukan dia tahu pun. Ini rahsia kita berdua tau.” Hasut Adara dengan nada berbisik. Matanya dijeling beberapa kali pada sekeliling. Risau Aiden berada bersama mereka.

Mak Jah tersenyum kecil. Kepala dianggukan saja. Tahu niat isteri majikannya itu baik. Selama beberapa minggu dia bekerja dengan Aiden, dia dilayan dengan baik sekali.

Waktu kerjanya hanya pada waktu pagi sahaja. Sebelah malam pula dia dibenarkan pulang. Bayaran yang diberikan pun lebih dari cukup.

“Cik Muda... ” Panggil Irsyad menarik perhatian Adara. Adara menoleh ke arah Irsyad. Mak Jah pula meneruskan kerjanya.

“Kenapa, Irsyad? ” Tanya Adara ingin tahu.

“Tuan Aiden panggil Cik Muda. Dia tunggu dalam bilik bacaan.” Irsyad membalas sepatah.  Adara mengangguk faham.

“Okay. Thanks, Irsyad. ” Irsyad melemparkan seukir senyuman sebagai balasan. Dia meminta diri untuk pergi dari situ selepas menyampaikan pesanan Aiden.

Adara mengatur langkah ke bilik bacaan. Kakinya menaiki anak tangga mahu naik ke atas. Mata diliarkan mencari kelibat suaminya. Hairan apabila dicari Aiden tiba-tiba.

Rambut panjang hitam miliknya sehingga paras pinggang diikat sanggul. Mahu kelihatan kemas di depan Aiden. Jangan tanya kenapa. Dia sendiri tak tahu kenapa dia berbuat demikian.

Pintu besar bilik bacaan milik Aiden kini dalam pandangan. Adara mempercepatkan langkah. Rasa ingin tahu sebab Aiden memanggilnya. Padahal hari-hari jumpa.

Adara mengetuk pintu terlebih dahulu. Tombol pintu dipulas. Adara menjengulkan kepalanya dahulu sebelum masuk. Pandangan matanya jatuh pada Aiden yang sedang sibuk bekerja di meja.

“Nak apa panggil?” Tegur Adara melangkah mendekati Aiden. Wajah tegang dan serius Aiden bertukar tenang apabila melihat wajah Adara. Adara memberhentikan langkah mahu melihat fail-fail yang bertimbun di atas meja suaminya.

“I just want to see you, sweetheart. ”

Aiden menarik Adara mendekat pada tubuhnya. Tangannya dilingkarkan pada pinggang Adara. Tindakannya membuatkan Adara terduduk diatas riba Aiden. Tubuh Adara serta-merta keras seperti mayat.

Rasa kekok. Awkward. Canggung. Semua ada.

“Relaks, Adara. I just want you keep close to me, Angel. I'm not doing anything without your consent. Promise.”

Aiden mengusap lembut sisi tubuh Adara. Mahu memujuk isterinya untuk selesa dengan dirinya. Dia takkan buat apa-apa yang akan menyakitkan Adara.

Never. Ever.

“Okay.” Pendek saja balasan Adara. Tahu Aiden takkan mengapa-apakan dia seperti yang dijanjikan suaminya tadi.

Dia mula membiasakan diri dengan sentuhan suaminya. Perasaan kekok tadi hilang. Kini diganti dengan perasaan selamat apabila berada dekat dengan Aiden sebegini.

Aiden yang merasakan tubuh Adara yang tidak lagi tegang seperti tadi tersenyum nipis. Sebelah tangannya masih mengusap lembut sisi tubuh isterinya. Sementara sebelah tangannya lagi sibuk menandatangan beberapa dokumen penting yang dibawa oleh Irsyad.

Multitasking is one of his skills.

“Banyak lagi ke kerjanya? ” Tanya Adara perlahan. Matanya memerhatikan saja tangan berurat Aiden yang sedang sibuk menandatangan.

Aiden bergumam mengiyakan. Matanya sibuk meneliti setiap satu persatu perkataan yang tertulis pada dokumen dihadapannya. Meremang bulu roma Adara apabila terasa dada Aiden yang bergetar apabila bergumam sedemikian.

“Nak tolong boleh?”

“No. Just stay with me is more than enough dear.”

Adara memuncungkan bibir apabila tak dapat menolong. Nak tolong pun tak bagi. Huh. Matanya menjeling beberapa batang pen yang berada di atas meja suaminya. Dia tersedar sesuatu.

“Ini bukan pen aku ke? Patutlah cari tak jumpa! Kau curi eh.” Tuduh Adara melulu apabila menemui pen hitam kegemarannya diatas meja Aiden.

“Lain kali jangan tinggal merata-rata.” Pesan Aiden dengan nada biasa. Adara membuat muka jengkel. Dia mengambil pen tersebut segera. Cuma dia pelik bagaimana terdapat sekotak pen lagi disitu.

“Yang tu siapa punya pen? Bukan aku tinggal satu je ke?” Tanya Adara pelik. Baru sedar pada hari dia menandatangani kontrak kahwinnya bersama Aiden dia tertinggal pen tersebut.

“It's yours now. It's your favorite pen right? So take them. I don't need it.” Aiden memberikan sekotak pen tersebut kepada Adara. Tahu jenama pen tersebut adalah kegemaran isterinya jadi dia sengaja beli lebih untuk diberikan pada Adara.
Adara tersenyum suka.

Oh yeah, benda free siapa je tak suka?

Aiden menundukkan sedikit kepalanya mahu melihat wajah Adara yang sedang tersenyum. Membuatkan dia tersenyum sekali.

“Really sweetheart? Simple things like that makes you smile so bright? I should do more then.”

“Mana ada senyum.” Nafi Adara tak mahu mengaku. Muka dimonyokkan.

“Yes, you are.” Pipi Adara dicium Aiden sekilas. Adara tak dapat menahan senyuman apabila diserang begitu. Habis merah wajahnya menahan malu.

“See, I told you.” Aiden tersenyum kemenangan.

.

.

.

            “DANI, kau buat apa dekat sini? Aiden cari kau. ” Tegur Rasyid, salah seorang kawan sekerja Dani yang bekerja bersamanya di bawah Aiden dahulu. Riak muka terkejutnya tak dapat disorokkan apabila melihat Dani kembali selepas diburu oleh Aiden beberapa bulan ini.

“Aku tahu. Sebab tu aku dekat sini. Untuk hancurkan dia.” Dani tersenyum sinis. Dia memberikan isyarat kepada Ray untuk memecah masuk ke dalam salah satu pusat bekalan senjata milik Aiden di hadapannya kini.

Rasyid  segera menghentikan tindakan Dani. Tahu niat Dani sekarang . Dirinya sedia maklum apa yang telah terjadi antara Dani dan Aiden sebelum ini daripada anak buah Aiden yang lain.

“Lepaskan aku, Rasyid. Kalau kau nak hidup, lepaskan aku. Aku tak nak cederakan sesiapa. Jangan halang aku.” Dani memberikan amaran. Rasyid langsung tak mengendahkan.

“Apa kau nak buat Dani? Jangan buat benda bodoh. Kau sendiri tahu Aiden macam mana. Jangan cari nahas dengan setan tu. Kau nak mati awal ke?”  Rasyid cuba mengingatkan Dani. Mahu menghalang Dani daripada apa-apa rancangan yang berada di kepalanya.

“Hidup mati aku bukan urusan kau. Jangan halang aku. Tak faham bahasa ke? ” Dani merentap tangannya daripada pegangan Rasyid. Tubuh Rasyid yang menghalang laluan di tolak ke tepi.

“Dasar pengkhianat. Kau tunggu sampai aku bagitahu Aiden pasal ni. ” Rasyid mengacukan pistol ke arah Dani. Picu ditarik bersedia mahu melepaskan tembakan. Dani tersenyum mengejek.

“Aiden takkan tahu. Kalau kau mati, Rasyid. ”

Bang! Bang! Bang!

Tiga das tembakan dilepaskan. Darah merah mula keluar dari mulut Rasyid tanpa henti. Luka tembakannya turut mengalami perkara yang sama. Matanya terbeliak memandang ke arah Dani. Tubuhnya tersungkur pada tanah tidak bernyawa lagi.

Dani memandang sepi tubuh Rasyid yang tidak bernyawa. Langsung tak merasakan apa-apa. Dia menolak ke tepi mayat Rasyid menggunakan kakinya di hujung sudut kawasan itu. Mahu menyorokkan mayat Rasyid. Dia berlalu pergi tanpa merasa menyesal.

“Rest in peace, dude.”

-

-

-

           “AIDEN, tak penat ke? Rehat la.” Pujuk Adara cuba memujuk Aiden berehat. Rasa berpinar-pinar matanya melihat segala patah perkataan yang dibaca oleh Aiden dari tadi. Robot ke apa?

“Just one more, Adara.” Jawapan sama diberikan oleh Aiden untuk sekian kalinya. Tangannya mengambil sebuah lagi dokumen untuk diteliti. Adara mengeleng kepala tanda tak membenarkan.

“No, stop. Kau kena rehat. Nanti sambunglah balik.” Adara meletakkan semula dokumen yang diambil oleh Aiden tadi. Lalu, diletakkan pada tempatnya semula. Aiden mengerutkan wajah.

“Adara, aku nak habiskan hari ni. So, we can go to the Italy. Kau nak jumpa mama kan?” Aiden mengambil semula dokumen tadi. Mahu menyiapkan segala urusannya sebelum membawa Adara ke negara Eropah itu.

“Still no. Itu alasan. Jangan guna nama mama. Kalau tak, aku keluar. Aku tak teman kau.” Adara berura-ura bangun dari riba Aiden yang terasa selesa itu. Pantas saja, Aiden menarik pinggang Adara semula.

“Fine, woman.” Aiden menyimpan semula dokumen yang diambil tadi di tempatnya. Adara tersengih kerang melihat Aiden yang mendengar kata.

Secara tiba-tiba, Aiden menarik getah rambutnya membuatkan rambut panjangnya terlerai dari ikatan.

“Hei! Apa ni? Bagi balik.” Marah Adara geram. Aiden meninggikan tangannya ke udara. Menyukarkan Adara mencapai getah rambutnya semula.

Adara segera turun daripada riba Aiden. Kaki pendeknya menyepak kaki panjang Aiden mahu membalas dendam. Aiden hanya memandang Adara bersama senyuman mengejek.

Adara berjalan ke arah sofa. Mulut bergerak-gerak mengutuk Aiden yang suka sangat membuli dia. Rambutnya ditiup kasar tanda marah. Tangan disilangkan ke dada.

Aiden berjalan menuju ke laci mejanya mahu mengambil sesuatu sebelum mendapatkan Adara semula. Merajuk lah tu.

“Sayang, merajuk ke?” Aiden mengambil tempat sebelah Adara. Tangannya bermain dengan rambut isterinya.

“Apa sayang-sayang? Bak sini getah tu!” Adara menarik tangan Aiden tetapi gagal. Ish!

“Tak boleh. Jangan ikat rambut dah. Sini.” Aiden memusingkan tubuh isterinya supaya membelakangi dia. Rambut Adara diambil lalu disepit dengan pengepit rambut yang diambil dari laci meja tadi.

“Done.” Aiden segera meletakkan kepalanya pada atas riba Adara. Adara menunduk melihat wajah tampan Aiden yang sudah memejam mata. Rambutnya yang disepit kemas oleh Aiden dipegang tanda tak percaya.

Dari mana Aiden belajar semua tu pun dia tak tahu.

“Aiden, tepilah.” Adara mengacau Aiden yang sedang menutup mata. Tangannya bermain-main pada wajah Aiden untuk pertama kalinya.

“I'm trying to rest, angel.” Aiden menangkap tangan Adara yang merayap pada wajahnya. Tangan Adara diletakkan pada dadanya. Dia menyembamkan wajah pada bahagian perut isterinya.

“Mengada.”

“No.”

Adara menarik tangannya dari dada Aiden. Tangannya naik pada rambut hitam keperangan suaminya. Menggosok rambut lebat Aiden yang terasa lembut pada tangannya.

Dengan sengaja dia memberhentikan tindakannya mahu melihat reaksi Aiden.

“Kenapa stop?” Rungut Aiden tak puas hati. Kelopak matanya dibuka. Menjeling Adara dengan pandangannya. Adara tersengih.

“Ei mengada sangat kenapa?” Ejek Adara. Dia membalas pandangan suaminya bersama senyuman mengejek.

Aiden membuat muka jengkel. Tangan isterinya diletakkan pada rambutnya semula. Dia menyembamkan wajahnya pada tubuh isterinya.

“Shut up woman, just do that again don't stop. Then, I tell you why.”

Adara tersenyum lebar. Tangannya kembali menggosok lembut rambut Aiden seperti yang dimahukan suaminya. Sejak bila mengada pun tak tahulah.

“I become like this just because of your touch, sweetheart. That's why.”

Sorry for the late update Happy reading<333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience