18 : Ayu Dan Aniq

Drama Series 5510

            TERLIHAT Ayu berjalan kehulur kehilir cemas di rungan menunggu di hospital. Debaran gelisah kian lega setelah diberitahu oleh jururawat bahawa keadaan Puan Salina mula stabil namun perlu ditahan di wad beberapa hari. Itu saja sudah sedikit ubati gelisahnya.

Ketika dirumah, Puan Salina pengsan akibat darah tinggi kerana terlalu terkejut dengan kabar orang kampung yang mengatakan bahawa mereka menjumpai mayat seorang lelaki ditemui berhampiran hutan senda loka.

Puan Salina sangka yang mayat itu adalah anak lelakinya yang hilang tetapi bukan. Mayat tersebut dikatakan semula merupakan seorang pendaki yang jatuh dari jurang.

Lemah Ayu melabuh punggung di kerusi berhampiran. Sembab matanya kerana menangis lama. Adik adik dijaga oleh jiran mereka.

Sedang termenung lama melihat lantai bagai nak tembus. Tak perasan ada seseorang dikerusi sebelahnya.

"Ambil ni."

Tersentak Ayu sekejap lalu tersenyum tawar kepada Rafael yang hulur sebotol air mineral kepadanya.

Botol disambut. "Terima kasih..."

Rafael lirik kejap gadis di sebelahnya. Dia faham situasi sekarang bukan hanya dia yang risau, malah gadis di sebelahnya sekarang lebih menderita kerana membimbangkan banyak perkara. Abang, umi, Bella dan adik adiknya yang masih kecil. Dalam masa yang sama dia turut simpati.

"Jangan fikirkan sangat. Segalanya dah di urus. Doakan mereka berdua dapat bertahan dengan selamat. Sekarang kau fokus saja jaga adik-adik kau. Dia orang masih kecil, mereka ada kau saja sekarang ni." tulus saja nasihat dari Rafael.

Ayu menunduk. Hanya Tuhan saja yang tahu bahawa dia hanya pura pura kuat depan adiknya kerana tak mahu tunjuk lemah. Kepada siapa lagi mereka nak bergantung kalau bukan dia? Dia perlu kuat untuk adik dan umi.

Air mata yang hampir tumpah lekas dikesat. Sebaris senyum dilemparkan. Ayu tak berani pandang Rafael disebelah.

"Terima kasih... kurang sikit risau lepas awak cakap macam tu." ujar gadis bertudung biru itu.

"Hmm." Rafael buang muka ke arah lain.

Masing masing diam mengunci mulut. Tengggelam dalam fikiran bercelaru.

"Aku dah report polis pasal kehilangan dia orang." suara garau Rafael memecah sunyi antara mereka meskipun ruangan itu masih bising dengan suara orang ramai.

"Oh, Terima kasih sekali lagi..."

Terlihat mereka berdua masing masing kekok untuk berbual kerana ini kali kedua mereka bercakap. Sekali ketika di rumah. Itu pun Rafael tanya dimana terletak tandas. Susah kalau dah dua-dua Introverted.

"Aku tahu ni bukan masa sesuai. Tapi boleh aku tanya..." Rafael sengaja beri jeda dengan muka serius. Wajahnya penuh penasaran.

"Boleh saja. Tanya la." balas Ayu tersenyum lembut.

Rafael agak serba salah kerana takut dicop busybody pulak. "Aku perasan Aniq layan kau macam nak tak nak. Kau dengan abang kau tu ada masalah ke?"

Air muka Ayu tampak berubah. Cepat ditutupi dengan senyuman. Peka dengan persekitaran juga pemuda bernama Rafael Louis ini. Sebenarnya dia sudah biasa dengan sikap dingin Aniq. Kerana sudah bertahun lamanya Aniq masih belum maafkan dia walaupun sudah beribu kali dia meminta maaf. Mungkin abangnya makan hati benar dengan dia.

"Macam mana eh nak cerita. Panjang cerita dia..." tersengih Ayu garu kepala yang tak gatal.

"Tak apa, cerita saja."

Ayu agak geli hati melihat wajah penuh tanda tanya dari Rafael. Sama seperti temannya Bella. Dia senang ada yang ambil berat, dia tak pernah anggap mereka busybody atau apa apa saja.

"Dulu masa awal sekolah menengah. Abang long sebenarnya boleh dikatakan famous juga la. Saya yang selalunya jadi posmen surat cinta dari pelajar-pelajar perempuan yang minat dekat dia." tersenyum Ayu pabila teringat akan kenangan yang satu itu.

Ternaik kening Rafael seperti tertarik dengan cerita tersebut. "Dulu? Sekarang?"

Ayu terdiam sejenak lalu menyambung ceritanya. "Sekarang mereka nampak macam makin bencikan Aniq. Atau lebih tepatnya takut..."

IMBAS KEMBALI 5 TAHUN LALU~

Dengan paras rupa yang kacak dan sikap kekanakkan dan nakalnya membuatkan seorang pemuda bernama Aniq Mikael diminati ramai gadis. Tambah pula dia termasuk dalam 'Tiga Putera Tertampan' di sekolah itu. Bunyi konyol bukan? Tapi itulah gelaran yang diberi oleh para pelajar perempuan. Luthfi yang paling terserlah kerana memiliki banyak kelebihan baik dari pelajaran, rupa, jawatan tinggi mahupun sikapnya yang baik hati. Muaz juga termasuk, kenapa? Entah la. Mungkin dari rupa, berpotensi dalam permainan sepak takraw dan terkenal dengan sikap yang tak pernah didekati mana-mana perempuan.

Pap!

Luthfi meletakkan tiga buah kamus tebal di atas meja. Dia baru selesai mengemas buku di perpustakaan ditemani dua sahabat yang langsung tak membantu. Leher dipanjangkan tercari cari seseorang. Rasanya tadi ada di sini. Kat mana pulak ghaib?

Muaz yang sedang tidur di atas meja berbantalkan beg dipandang.

"Az!"

"Hmm... Apa?" jawap Muaz masih terlentok kepala atas meja.

"Mana Aniq? Takkan ponteng pulak. Aku baru lepas kejap." walau berkata begitu Luthfi masih tercari cari Aniq. Tak boleh dijangka kawannya itu, kemarin baru saja masuk bilik disiplin atas sebab ponteng kelas. Ponteng pula kat kantin duk berborak dengan makcik kantin.

Tanpa angkat muka, Muaz menunjuk ke arah pintu perpustakaan tanpa membalas.

Luthfi lihat ke arah yang ditunjuk. Kelihatan Aniq sedang bercakap dengan seseorang. Disebabkan terhalang pintu jadi tak nampak tapi Luthfi yakin itu pelajar junior.

"Lagi?" Luthfi hampir tepuk dahi. Tujuan dia ajak mereka datang tolong bantu mengemas tapi boleh pulak seorang tu meluah perasaan depan pintu. Sudah biasa menyaksikan momen luah meluah perasaan dari adik-adik junior.

Sementara itu di situasi Aniq...

Aniq bersandar dari sisi pada pintu yang terbuka. Tangan diseluk dalam poket. Dua gadis didepannya dipandang malas.

"Kau berdua nak apa sebenarnya ni? Panggil aku lepastu dari tadi diam. Tak faham betul dengan orang perempuan ni..." ujar Aniq tanpa berlapis.

Kedua gadis didepannya tampak berat mulut nak katakan sesuatu membuatkan Aniq sedikit geram.

"Apa?Cakap la. Aku bukan tunggul kat sini." suara ditekan membuatkan kedua gadis makin gementar.

"Sebenarnya... tadi kita orang terserempak dengan Mastura. Kami tegur la sebab nampak macam dia baru lepas menangis. Dia cakap dia kena reject dengan abang Aniq. Er, betul ke?" gadis yang sedikit berani itu memberanikan diri bersuara namun seperti gementar ingin katakan lagi.

"Oh pasal perempuan tu. Jadi kenapa? Kau berdua nak aku bercinta dengan dia? Baru puas hati? Huh! Malas aku. Bagitahu dia, cari saja orang lain. Aku tak minat benda macam ni." dengan berlagak Aniq tersenyum sinis. Hairan, makin ditolak makin ramai perempuan minat kepadanya.

Kedua gadis itu masih dengan reaksi wajah yang gelisah dan serba salah.

"Bukan itu maksud kami. Sebenarnya, tadi kami nampak Mastura berdiri seorang diri atas atap bangunan blok B." kedua gadis ini berpandangan sesama sendiri sebelum menyambung.

"Nampak macam... nak bunuh diri."

Jelas Aniq kaget mendengar itu. Mukanya serius bercampur khawatir. "Blok mana?"

"Blok B, senior!" laung kedua gadis tersebut setelah Aniq tergesa berlari pergi.

Suasana petang ketika itu menjadi huru hara kerana ada pelajar perempuan yang berniat untuk terjun  dari bangunan tingkat 5 tersebut.

"Mastura! Jangan la macam ni! Dosa besar bunuh diri!"

"Mas jangan buat kerja gila! Ingat mak ayah kau kat rumah tu!"

"Kalau ada masalah, cerita dekat aku Mas! Jangan buat macam ni! Ramai yang sayangkan kau!"

Ada yang kalut panggil guru, ada yang tukang nasihat yang melaung dari bawah dan yang lain hanya mampu lihat dengan cemas. Tidakkah jadi kes bunuh diri?

"Astaghfirullah al azim... apa yang budak tu pikir? Haish!" istighfar panjang Ifah yang turut berada di bawah.

Ayu di sebelahnya hanya diam membisu. "Apa yang abang long cakap dekat Mastura kat atas tu?" ngumamnya.

Dia membimbangkan sesuatu. Dia cukup kenal dengan mulut lepas Aniq yang tanpa sedar menyakiti perasaan orang lain. Apa mungkin disebabkan Aniq, Mastura berniat ingin terjun bangunan. Apa yang berlaku sebenarnya? Banyak tanda tanya.

"Arghh! Mastura terjun! Mas!"

Tiba-tiba suasana menjadi makin haru biru mendengar teriakan para pelajar. Ramai yang mengerumi Mastura yang tertiarap atas tanah dengan berlumuran darah.

Ayu sontak tutup mulut dengan tangan akibat terlampau terkejut. Tak disangka gadis itu benar benar terjun. Lututnya yang sudah lemah tak sanggup untuk mendekati mereka yang mengerumi Mastura.

Ayu teringatkan abang longnya yang masih ada di atap atas yang sama. Perlahan-lahan dia lihat ke atas.

"Abang... apa yang abang dah buat?" getus Ayu sendiri terpandang Aniq mula melihat ke bawah dengan reaksi tercengang seperti yang lain.

Mata-mata dibawah memandang Aniq sesuatu. Fikir mereka mungkin Aniq katakan sesuatu yang membuat gadis itu terjun. Nak tuduh Aniq tolak tak boleh kerana mereka lihat sendiri jarak jauh antara kedua itu. Beberapa pelajar mula membisik buruk sambil melihat ke arah Aniq yang masih terpaku di atas.

Beberapa hari kemudian seperti yang dijangka. Ramai mula berbicara buruk kepada Aniq kerana lelaki itu bersama Mastura ketika masa kejadian.

Aniq tak hadir ke sekolah kerana demam. Mereka mengatakan Aniq nak larikan diri dan tak rasa bersalah langsung di atas kematian Mastura.

Ayu berjalan seorang diri. Dirinya turut dijauhi dan dikucil kerana semua orang tahu bahawa dia adik kembar kepada Aniq. Hanya Ifah yang masih sudi berteman.

Ketika melintasi laluan untuk ke kantin. Ayu melintasi beberapa kumpulan kecil pelajar yang bicara buruk serta pandang tajam kepadanya.

"Abang dia yang bunuh Mastura kan?"

"Haah, ingatkan bagus sangat dengan rupa dia tu. Menyesal pulak pernah confess kat Aniq!"

"Kan... mujur lah aku memang dari dulu tak minat si Aniq tu. Dah la kerek."

"Dah sah-sah kemarin sebab mulut puaka dia buatkan Mastura sakit hati. Kesian sungguh..."

"Dah la korang mengata dia. Dengar adik dia, tak pasal bunuh kita pulak. Dasar pembunuh. Huh!"

Ayu tersenyum tipis mendengar setiap bait kata yang mengumpat. Tangan digenggam mengumpul kekuatan dan kesabaran. Ya, disebabkan Aniq dia sudah dibenci dan dipulaukan semua orang.

Tika pulang dari sekolah. Terus Ayu meluru mendapatkan Aniq yang baru bangun dari baringan. Kelihatan abangnya masih lemah dan lesu kerana demam.

"Dik-"

Pang!

Aniq sentuh pipi yang berbirat pedih habis ditampar gadis itu. Jelas dia tersentak dengan tindakan tersebut.

"Apa yang abang dah buat?! Kau tahu, kat sekolah semua bencikan aku! Ini yang kau nak kan?!" tempelak Ayu lantang membuatkan abangnya sekali lagi terpempam. Mungkin tak sangka kerana ini pertama kali Ayu bersikap kasar begini.

Aniq tak mampu katakan untuk tenang adiknya yang memberontak melempar habis barang di biliknya.

"Ayu... kau pun fikir aku yang bunuh Mastura? Jangan dengar kata dia orang. Aku kat atas tu pun untuk tenangkan dia juga. Tak sangka..." ujar Aniq lembut dengan langkah longlai menghampiri adiknya.

Bahu yang disentuh Aniq ditepis kasar. Pandangan Ayu amat tajam menikam. Rasa marah dan benci datang membuak-buak membuatnya tak sedar dengan perkataan dari mulutnya sendiri.

"Entah dari segi apapun, tapi aku yakin disebabkan mulut kau Mastura bunuh diri. Kau sendiri tahu yang dia sukakan kau. Jangan buat b*d*h depan aku lah!" turun naik dada Ayu menahan amarah yang membuak. Sungguh dia amat bencikan abangnya tika ini.

Tempik tiba tiba Ayu membuatkan Aniq terdiam meskipun pemuda ini masih tak sangka adiknya bersikap begini.

Jari telunjuknya Ayu tunjuk tepat ke muka Aniq. Senyum sinis yang penuh amarah diberi.

"Aku malu ada abang macam kau. Kenapa la ditakdirkan aku ada kembar seteruk kau. Kau buat aku muak la, pembunuh... sampai bila-bila pun kerja bunuh orang. Ingat tu!"

Terpempam. Air muka Aniq berubah. Dia pandang tajam tepat ke anak mata Ayu yang masih sinis.

Aniq terdiam buat beberapa saat sebelum ingin menapak keluar dari bilik. Sungguh ayat-ayat itu bagai belati tajam yang menusuk tepat ke jantungnnya. Sebenci itukah Ayu kepadanya? Seteruk itukah dia?

"Kalau seluruh dunia sekalipun yang bencikan aku, aku tak kisah. Tapi kalau dari mulut orang yang lahir, membesar bersama dengan aku... Tak apa abang maafkan. Tapi aku tak boleh lupa sampai bila-bila." serius suara Aniq menuturkan itu sembari berjalan pergi tanpa berpaling lagi.

Meninggalkan Ayu yang sendirian tercengang di situ. Tak lama tiba tiba Ayu teresak menangis menyesali perbuatan dan perkataannya yang menggores.

"Apa aku dah buat ni? Abang... maafkan Ayu... Ayu cuma terlampau marah. Ayu tak bencikan abang long... maafkan Ayu..."

Itulah punca dari sikap dingin Aniq kepada Ayu hingga ke hari ini. Aniq mungkin sudah memaafkan tapi kata kata itu terlalu sakit untuk dilupakan begitu saja bagai debu yang ditiup angin. Namun tanpa sedar Aniq sendiri cuba untuk meredakan hubungan mereka, hanya saja kerana ego.

End Flashback~

Rafael lirik Ayu disebelahnya yang terus menunduk dan berwajah mendung. Dia tak nak komen lebih-lebih terhadap cerita antara dua  beradik itu kerana dia dengan adiknya sendiri pun renggang hubungan.

"Awak rasa dia masih bencikan saya tak? Saya... tak sanggup dibenci adik beradik sendiri. Saya betul menyesal kalau ingat balik apa yang saya dah cakap. Kalau masa boleh diundur semula, sumpah saya takkan saya macam tu. Saya tahu dia lebih tersiksa." sebaris senyum nipis Ayu gariskan sekadar tenangkan hati yang gundah. Air mata bergenang ditahan sebaik mungkin.

Rafael menunduk ke arah lantai kosong juga. Keluhan halus kedengan dari bibirnya.

"Sekalipun dia benci kau, benci tu takkan lama. Apa-apa pun aku sebagai seorang abang juga, aku tak rasa Aniq bencikan adik dia. Mungkin ego atau dia kekok nak bercakap dengan kau semula."

Ayu senyum sebaris tapi kali ini agak ikhlas. Tak pelik kata-kata keluar dari mulut Rafael kerana pemuda bermuka dingin itu juga seorang abang.

"Betul ke?" mata bundar Ayu bersinar. Ada harapan cahaya kah untuk dia perbaiki semula hubungan dengan abang long?

"Itu kau kena dengar dari mulut dia sendiri. Apa apa pun kau cuba la usaha cari topik berbual dengan Aniq." nasihat Rafael ikhlas.

Ayu balas dengan senyum.

********

BELLA melilau ke sekeliling ruangan yang dikatakan 'bilik' nya.

"Tadi bukan main banyak aku tengok bilik yang ada. Sekali dia bagi gudang lama kat aku. Dah la paksa aku tidur sini, bagi pula tempat macam stor ni. Tak perikemanusiaan langsung!" bebelnya sendiri agak tak puas hati.

Mencekak pinggang mencari sesuatu. Gudang itu benar benar sempit, kotor, berhabuk dan tampak lama.

"Hah, sekarang ni aku nak tidur mana? Takkan la lantai kot, tak pasal tidur berpeluk dengan tikus." menyebut tikus membuatnya makin seriau pula.

Tak banyak barang dalam stor itu melainkan barangan lama seperti kerusi yang dah patah, radio rosak, dan mudah cerita benda yang sudah lama dan rosak.

Penyapu disudut dinding dicapai lalu menyapu habuk pada lantai. Atas lantai saja lah tempat boleh tidur. Terangak-agak dia merebah diri. Berbantalkan lengannya sendiri. Lengan ditampar kerana di hinggap nyamuk.

"Aduh... baik aku tidur luar. Dengan nyamuk lagi. Hish!" rungutnya sungguh tak selesa. Tak lena tidur diganggu nyamuk.

Tapi dia sedar kalau tidur di luar lebih bahaya. Mungkin ada haiwan-haiwan buas. Siapa tahu kan. Selesa tak selesa dia paksakan diri juga untuk lena.

Mata dicelik semula. Dada yang berdegup tak normal disentuh. Sebenarnya dari tadi ketika sampai di kampung ini lagi Bella merasa tak sedap hati. Dia merasa pelik melihat orang orang disini. Namun cepat diusir sangkaan buruk yang datang. Tak apa, bertahan saja esok dia akan pulang. Tapi boleh percaya ke Tun Seroja itu?

Entah mengapa fikiran menerawang jauh.

"Kau tak cari aku ke, Aniq?" ngumamnya perlahan tanpa sedar.

Bella ketuk kepalanya sendiri. "Tch! Pasal kau la aku tersesat kat tempat entah pape ni. Aku balik ni, siap kau! Huh!"

Dalam keadaan marah dan kesal dia tertidur juga.

*******

Aniq dibawa ke sebuah bilik diperbuat dari kayu. Melilau matanya melihat sekeliling. Sangat bersih dan cantik. Dia lihat kepada Delima yang berdiri didepan pintu bilik.

Dia sebenarnya menolak namun gadis itu amat memaksa dia untuk bermalam di sini. Terpaksa la dia akur kerana dia sendiri sungguh penat dan sakit badan. Dia tahu jika mencari tengah malam ditengah hutan tebal dan gelap begini menyukarkan pencariannya. Aniq cadang mahu tidur dan kumpul tenaga sebaik mungkin untuk terus mencari Bella esok pagi.

Aniq terundur setapak bila Delima menghampirinya lalu menyentuh dada bidangnya dengan penuh menggoda. Tangan itu ditepis kasar. Jelas riak Aniq berkerut tak selesa.

"Apa kau buat ni?"

Delima masih tersenyum menggoda. Hati begitu berkenan kepada pemuda kacak didepan ini. Jari runcingnya sentuh bahu Aniq.

"Aku cantik bukan? Setakat ni tiada lagi lelaki yang tolak aku. Apa kau tak mahu berkahwin denganku, Tuan?" gemersik suara Delima terus goda kerana yakin dengan kejelitaan yang dimilikinya. Siapa saja tak terkenan dengannya, hampir separuh lelaki di kampung itu minat padanya.

Makin berkerut muka Aniq. Sungguh tak selesa. Dia menjauh lalu menuju ke arah tempat tidur. Tampak riak Delima tersentak mungkin tak sangka lelaki ini tak terpesona sikit pun dengan rupanya yang menawan.

"Maaf. Aku cuma nak cari kawan aku. Nama dia Bella, kalau kau nampak dia bagitahu aku." ujar Aniq serius tanpa pedulikan Delima yang mula mencuka.

Delima kepal tangannya sakit hati kerana ditolak mentah-mentah. Tambah pula disebut nama perempuan lain. Bella? Dia tak terkejut, malah dari tadi dia tahu lelaki ini sedang mencari seseorang.

"Aku mahu tidur." kata Delima menyilang tangan bersama muka masam. Ala merajuk minah ni.

"Haa ok. Pergilah." selamba Aniq menjawap namun agak hairan kerana perempuan itu hanya berdiri tegak di tengah bilik. Kata nak tidur, keluar la kan.

Delima mendengus tak puas hati. Tanpa banyak cakap terus dia merebah diri di sebelah lelaki itu lalu memeluknya membuatkan Aniq terkejut beruk.

Automatik ditolaknya Delima dari memeluknya. Sontak Aniq bingkas bangun. Berdiri bulu roma. Asal dengan perempuan miang ni hah?! Gatal betul!

"Apa kau ni?! Main peluk pulak. Aku dah ada awek lah! Kau jangan dekat dengan aku, kalau tak aku panggil minah tu. Kejap lagi dia muncul macam jin. Haa... takut la kau." lantang Aniq pertahankan maruah nya dari dipeluk. Erk!

Muncung sedepa mulut Delima tak puas hati. "Siapa nama perempuan tu? Mesti dia buruk orangnya. Huh! Cantikkan aku dari dia. Rosakkah mata kau? Perempuan cantik depan mata, kau masih ingat wanita lain. Tak perlulah kau nak berlakon setia. Aku tahu kau malu sebab kau tak kenal aku kan. Tak apa kau duduk saja sini, lama kelamaan kau kenal aku. Kita kahwin." tersengih Delima membayangkan angannya.

Tersenyum sinis Aniq. "Rambut dia karat, mata dia warna coklat, hidung dia ala mancung, muka dia macam minah celup, dia suka panggil aku malaun, dan... aku suka dia. Apa? Tak puas hati? Tak apa mari kita bincang dalam mahkamah. Apa kat sini ada mahkamah? Kalau tak ada aku boleh buat." sengaja Aniq nak menyakitkan hati perempuam itu. Apa kejadah baru jumpa dah ajak kawin. Gila namanya. Tahu la dia hensem.

" Kau... " Delima turun dari katil lalu memandang tajam kepada Aniq yang seolah mencabar kemarahannya.

"Akan aku buat kau tunduk di kaki aku. Jangan kau cabar keturunan dari Tun Seroja ini." usai mengugut begitu Delima keluar dari bilik bersama wajah tegang dan hentak kaki.

Aniq cuma jeling sekilas lalu duduk semula di birai katil kayu yang ada disitu.

Bibirnya terlakar senyum sinis. "Huh, nak kahwin dengan aku konon. Kau tak kenal Aniq Mikael anak jantan Siti Salina ni. Tak ada maknanya aku nak kahwin dalam hutan."

Tubuh tinggi lampainya direbah. Sambil mulut mengata Delima lama kelamaan matanya tertutup juga. Akibat dari penat dan mengantuk.

Bertahan la Bella. Aku akan cari kau walau kau menyorok dalam lubuk gua sekalipun. Aku dah janji dengan dia akan jaga kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience