sembilan belas

Romance Series 207093

Sedang Khalish duduk termenung seorang diri menghadap tasik buatan itu, seseorang menegurnya.

"Assalamualaikum.." lembut sapaannya kedengaran.

Khalish mengalihkan pandangan pada si empunya diri.

"Waalaikumsalam.." jawabnya perlahan.

"Boleh Qis duduk sini dengan abang?" Qistina bertutur sesopan mungkin.

Khalish mengalihkan punggungnya ke hujung kerusi, menjarakkan kedudukan mereka. Qistina pula pantas duduk di kerusi itu, jarak antara mereka dipisahkan dalam dua orang di tengah-tengah.

"Qis tak sangka pulak boleh jumpa abang dekat sini.. Maaflah Qis tak dapat hadir ke majlis abang sebab Qis kene hadiri kem bimbingan di sekolah."

Qis memulakan perbualan tanpa dipinta. Khalish hanya mengangguk mengiakan sambil memeluk tubuh, wajah Qis tak dipandang. Dia hanya melihat ke hadapan bagai orang tak berperasaan.

"Jadi.. macam mana dengan Shira tu? Okay?" Qis cuba berlagak biasa, tapi pada masa yang sama dia mahu tahu juga perkembangan hubungan Khalish dan perempuan perampas itu.

Kalau bukan Khalish mahu berkahwin dengan Shira, mesti Khalish sudah setuju menerima cadangan dia untuk jalinkan hubungan pertunangan semula. Tak sangka pula wanita lain yang memperoleh Khalish.

"Tak." sepatah dijawab Khalish.

Qistina mengeluh perlahan, dia akan gunakan imej gurunya sebagai cara untuk mengorek rahsia rumah tangga Khalish. Mesti.

Salahnya juga kerana menolak Khalish pada awalnya, sudahlah berlagak, sombong, dingin dan Khalish memberitahu Qis bahwa dia hanya seorang kerani saja.

Sangatlah tak bersesuaian dengannya, sebab itulah dia memutuskan rancangan pertunangan mereka. Tapi apabila dia mendapat tahu sebaliknya, Qis bertekad akan dapatkan Khalish balik.

Untuk kepentingannya sendiri... Penyakit Khalish? Bukannya mati pun.. Baik hidup senang saja dengan hartanya dan dapatlah juga statusnya naik pada pandangan orang sekeliling jika dapat bersuamikan Khalish.

"Abang ada problem ke dengan Shira? Kalau abang tak kisah, InsyaAllah Qis boleh bantu abang apa yang termampu."

Qis memujuk halus. Lembut. Orang seperti Khalish perlu gunakan kelembutan barulah dia akan mempercayai seseorang itu.

Sebab itulah sejak dia tahu Khalish adalah pengurus kewangan sebuah syarikat besar, Qis terus meminta maaf padanya dan selalu menghubungi Khalish bertanyakan khabar walaupun lelaki itu bagaikan acuh tak acuh saja dengannya.

"Entahlah.." Khalish mengeluh berat. Masih tak memandang Qis.

"Tak baik kita mengeluh.. kalau abang ada problem, kongsilah. Manalah tahu Qis boleh bantu setakat yang mampu. Kuranglah sikit beban abang." Qis mencuba lagi. Lebih lembut.

Khalish mengeluh kecil sebelum memandang gadis bertudung labuh itu tanpa perasaan.

"Saya tak tahu perasaan saya pada dia.. saya tak faham." perlahan suara Khalish.

Dia tak pernah rasa sebegitu seumur hidupnya, rapat dengan Shira buatkan dia panik, jantungnya berdegup kencang tiba-tiba.

Dia tak sukakan perasaan dan keadaan itu, sebab itu jugalah dia selalu mengelak dan tak mahu rapat dengan Shira.

"Bang.. Qis rasa kan, baik abang solat tahajjud. Mohon petunjuk dari-Nya. Kalau abang tak cintakan dia atau tak ada apa-apa perasaan pada dia.. Qis cadangkan abang terus terang je pada dia. Tak baik menipu dia dan diri abang sendiri.."

Qis menggunakan imejnya sebagai seorang guru untuk membuatkan dia peroleh kepercayaan Khalish.

Slow and steady..

Dia akan pastikan Khalish melihatnya kembali. Mesti.

"Tapi abang kene rangka ayat dululah. Qis ni perempuan, jadi Qis berfikiran macam perempuan yang lain.. perempuan ni memang sensitif sikit, jadi abang cuba berlembut dengan dia. Cakaplah perasaan sebenar abang pada dia yang abang tak sukakan dia.."

Tuturnya lagi, lembut. Khalish hanya mendengar saja tanpa niat mahu menyampuk. Entahlah menyampah? Bosan? Atau tekun? Qis hanya meneruskan saja watak baiknya.

"Kita ni hidup di dunia berpasang-pasangan... semuanya dah diaturkan sempurna oleh Dia. Dan bukan semuanya baik belaka. Mungkin jika bukan perkahwinan pertama abang ni berkekalan... ada lagi seseorang yang lebih baik dari Shira yang menunggu abang kemudian."

Wajah beku Khalish ditatap Qis lembut. Khalish menoleh pada Qis, berbalas pandangan.

"Cuba abang kongsi pada Qis.. apa yang abang tak suka pada isteri abang tu? Hmm?" Qis berlagak selamba bagaikan kaunselor.

Khalish berfikir sejenak, Ya.. dia perlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya dan membantunya. Mungkin Qistina pilihan yang tepat.

Seorang anak didikan ustaz ustazah, seorang guru yang lemah-lembut dan sopan santun segala bicaranya. Sangat menutup aurat dan berakhlak baik.

Tapi... Khalish masih tak mempercayainya seratus peratus.

"Baiklah.." jawabnya sepatah.

Qistina semakin lebar senyumannya, tak disangka-sangka dia akan berjaya. Dia cuba berlagak biasa.

"Apa yang abang tak suka tentang dia? Shira tu tak elok ke?" Qis memulakan langkahnya.

"Dia... elok je." diam. Agak sukar mahu berbicara dengan Khalish si Schizo itu, Qis bersabar.

"Am.. dia tutup aurat? Solat? Mengaji?" Qis cuba menembak sisi buruk isteri Khalish. Barulah dia dapat membandingkan dengan dirinya yang semestinya jauh lebih baik.

"Dia... okay je dalam tutup aurat. Solat.. tapi mengaji.. entahlah." Khalish menjawab jujur.

Sememangnya bagi pandangan dia, Shira seorang yang menutup aurat.. tapi tidak sempurna sangat.

Contohnya dia selalu menyinsing baju lengan panjangnya memperlihatkan tangan sedikit, tak selalu memakai stokin mahupun handsock.. dan tak bertudung labuh, sekadar cukup syarat saja.

"Okay je? Mana boleh macam tu.. seorang perempuan mestilah menjaga auratnya sesempurna yang mungkin terutamanya bila dah berkawin. Dosa dia.. dosa abang juga tau."

Qis cuba memburukkan Shira secara berselindung.

"Kalau dia tak nak tutup aurat baik-baik.. means dia tak jaga kehormatan dia sebagai isteri abang.. maksudnya dia tak hormatkan hak abang dengan sewenang-wenangnya mendedahkan perhiasannya pada yang bukan mahram."

Qis rasa bagai bercakap seorang diri tanpa balasan mahupun reaksi dari Khalish, tapi dia masih meneruskan bicaranya.

"Kalau mengaji pula.. Seseorang yang tak menyentuh al-Quran selama 40 hari, pintu rezekinya boleh tertutup tau..susah nak dapat hidayah Allah.. Mungkin sebab tu jugalah abang tak seberapa berkenan dengan perangai dia.. kan?"

Qis makin lantang bersuara.

Khalish pula mula terfikirkan Shira, tak pernah wanita itu meninggalkan solat di depannya. Belakangnya.. entahlah. Mengaji? Dia tak tahulah pula sebabnya dia tak pernah berjumpa Shira memegang kalam itu.

'Baikkah isteri begitu? Sedangkan tuntutan tuhan dianggap remeh.. mampukah dia menjadi isteri yang baik untuk aku?'

Otak Khalish mula diracuni tanggapan negatif daripada percakapan ilmiah Qistina, dia mula menilai Shira.

Seorang yang bingit...banyak bercakap..bukan.

Terlalu banyak bercakap.

Seorang yang tak tahu malu? Tak janggalkah dia peluk seorang lelaki yang dia tak rapat seperti aku? Atau.. dia sudah biasa begitu?

Memang tak dinafikan, Shira memang seorang yang bersosial. Pergilah ke mana-mana saja, senang saja dia membuat rakan. Sedangkan ahli keluarganya pun sudah rapat dengannya bagaikan sudah kenal bertahun-tahun.

Shira juga berfesyen orangnya.. tapi macam yang dia katakan tadi, bukanlah semuanya baik. Kadang-kadang Shira akan memakai seluar yang agak fit begitu juga baju yang mengikut curve badannya.

Tapi bagi Khalish, dia tak perlukan seseorang yang bertutup litup sangat sehingga berniqab bagai. Dia sukakan outfit Shira.

Tak keterlaluan dan bergaya.

Agak lama juga dia berbual dengan Qis, actually bukan berbual..dia lebih banyak mendengar sebenarnya.

Kemudian Shira menelefonnya dan mereka berbual sebentar.

Tiba-tiba Qistina terkejut apabila Khalish meninggikan suara.

"Nanti aku baliklah!" Khalish tampak agak kusut. Dia mendengar sebentar kata-kata Shira sebelum dia menamatkan panggilan tanpa sebarang pamitan.

"Kenapa bang? Ada problem ke?" Qis berlagak 'caring'.

Khalish hanya menggelengkan kepala. Phone disimpan di dalam kocek sebelum dia bangun perlahan.

"I need to go. Assalamualaikum." dia menoleh sekilas pada Qis sebelum melangkah pergi.

Qis mahu memanggil Khalish tapi dibatalkan niatnya saja apabila lelaki itu bagai tak akan menoleh kembali.

'Haish.. dia nak balik ke? Jumpa bini dia? aku harap rancangan aku menjadi...' desis hatinya.

Khalish menaiki keretanya, bukan rumah yang dia tuju tapi cinema. Dia memang akan luangkan masa berseorangan di tempat itu jika punya masalah. Rimas. Kusut.

Cerita horror dan adventure saja yang akan menjadi pilihannya. Romance? Dia tak faham..

Selepas waktu maghrib, dia solat di surau dan ke office pula pada malam itu. Niatnya pada mulanya hanya mahu mengambil fail kerjanya saja tapi dia sudah terlajak membuat kerja di office.

Maklumlah workaholic.

Jam 11pm.

Khalish baru teringat akan Shira di rumah, dia mengambil fail dan terus pulang. Perut yang langsung tak berisi sejak petang tadi mula berkeroncong.

'Mesti dia membebel nanti.. haih.. malas betullah nak dengar bebelan dia tu..' Khalish merungut dalam hati.

'Agaknya dia dah tidur tak? Masak ke dia? Perlu ke aku beli makanan luar? Tapi.. dia dah beli lauk pauk tadi kan.. and cakap nak makan dinner sekali, mesti dia masak kan..'

'Dia masih tunggu aku ke? Tak mungkinlah.. kenapa pulak dia nak tunggu aku makan pulak? Lagipun dah pukul berapa dah ni. Haish.. perasan betullah kau ni Khalish.'

Khalish berfikir seorang diri. Walaupun dia diam di luar, tapi pelbagai perkara yang dia fikirkan di dalam.

Telefonnya masih off, langsung tak lihat missed call dan pesanan di WhatsApp. Khalish memandu pulang ke rumah.

Dari jauh dilihatnya ruangan bawah masih menyala lampunya. Khalish meletakkan keretanya bersebelahan kereta axia Shira.

Tanpa membunyikan bell, dia masuk setelah screen lock rumah dibuka.

"Assalamualaikum." salam diberikan perlahan. Ruang tamu masih terang benderang. 'Tidur tak tutup lampu..'

Barang-barang Shira di dalam bonet turut dibawa bersamanya.

Khalish menutup lampu-lampu di ruang tamu, sewaktu dia melewati ruang makan, dia melihat tudung saji mengkuang di atas meja.

'Bila pulak rumah aku ada tudung saji? Shira beli kot ' perut yang berkeroncong diabaikan dahulu.

Dia naik ke atas dan mula membersihkan diri. Barang-barang Shira ditinggalkan di depan koridor biliknya.

Tak pasti jika dia mahu sebilik dengan perempuan itu. Khalish terus masuk ke biliknya.

Memandangkan dia sudah solat di office tadi, dia turun semula ke dapur. Mengisi perutnya.

Khalish pelik juga, tiada Shira pun di dalam biliknya.. atau perempuan itu tidur di bilik lain? Entahlah..

Malas dia nak fikir.

Sewaktu Khalish turun, pandangannya tertancap pada sekujur tubuh di atas kerusi di meja makan.

Kaki dilangkahkan menghampiri. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Shira yang tidur memeluk tubuh di atas tiga kerusi di meja makan yang dirapatkan sesama sendiri.

'Patutlah aku tak nampak dia tadi.. tidur dekat sini rupanya..' luar sedar, senyuman tipis menghiasi bibirnya.

Comel.

Khalish menarik kerusi di kaki Shira yang mengerekot, membuatkan perempuan itu terjaga.

Dia mengeliat kecil beserta bunyi,

"Ermmm hurm...haaaa.." Shira menguap besar tanpa menutup mulut sambil bangun dari baringnya dan duduk.

Rambut serabai terkeluar dari sanggul, wajah sudah berbekas sebab tidur dan Shira tergaru-garu lehernya dalam keadaan separa sedar.

Figura yang berdiri di sebelahnya dipandang mamai. Lama sedikit barulah otaknya berfungsi.

"Eh abang!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience