BAB 7

Humor Completed 8905

" Awak, boleh tak awak hantar saya pergi tempat kerja? Kereta saya rosak..," Tegur Norman tiba-tiba ketika aku baru sahaja hendak membuka pintu kereta .

" Apasal nak tumpang aku pulak? Teksi kan ada. Tempat kerja aku dengan tempat kerja kau tu bukannya dekat.Malas aku nak lalu traffic jam!" Malas betul lah nak ke hulu ke hilir. Lagi-lagi apabila kena duduk berduaan dengan Norman dalam satu kereta . Semenjak hari aku masuk biliknya hari itu, aku selalu berdebar-debar apabila berhadapan dengannya. Aku cuba menghalang rasa itu namun semakin aku cuba halang semakin rasa itu menganggu fikiranku.

" Tapi, tolong lah awak..tumpangkan saya..Kali ni je saya mintak tolong..," dia merayu.Hai ,sejak bila dia reti merayu ni. Melihat wajahnya yang penuh berharap, aku jadi kasihan pulak.

" Erm..oklah..," nak tak nak aku terpaksa setuju .

"Terima kasih awak..," dia tersenyum ceria mendengar jawapanku.Aku tidak membalas senyumannya sebaliknya hanya memandangnya sekilas lalu terus menghidupkan enjin kereta.

Sepanjang perjalanan kami hanya berdiam diri.Aku tidak tahu nak borak apa dengannya . Dari tubir mataku, aku perasan yang dia asyik merenung wajahku. Hatiku yang baru beransur tenang menjadi haru biru lagi. Aku ingin membentaknya tapi tidak tahulah kenapa lidahku seperti tidak berfungsi untuk bersuara. Sedang aku melayan perasaan , tiba-tiba sebuah kereta BMW memotong laju keretaku. Aku terpaksa mengelak ke tepi tiba-tiba kerana kereta itu memotong terlalu rapat. Kurang asam!! Darahku mendidih tiba-tiba melihat kebiadapan pemandu kereta itu. Aku apa lagi, terus menekan pedal minyak untuk mengejar kereta itu. Aku pantang dicabar semasa memandu lebih-lebih lagi kepada samseng jalan raya. Aku memecut laju sehingga meter kelajuan mencecah angka 150 km/j .

" Awak,perlahankan sikit kereta.Saya takut!" Norman terjerit melihat kelajuan kereta yang semakin lama semakin bertambah . Aku tidak mempedulikan kata-katanya kerana yang pasti kini pemandu kereta itu mesti diajar! Maka,bermulalah adegan potong-memotong.Sebaik sahaja kereta itu berjaya dipotong aku sengaja membrek mengejut di hadapannya menyebabkan dia turut brek mengejut dan cuba mengelak daripada melanggar keretaku.Kemudian kereta itu terbabas dan keretanya berpusing beberapa kali sebelum berhenti di tengah jalan. Pemandu kereta itu berjaya menghalang keretanya dari merempuh bahu jalan .

" Hooo!! Padan muka!!" Jeritku kuat sambil tergelak sinis. Aku tersenyum puas. Kalau boleh biar dia mampus je! Biadap sangat! Aku memandang Norman di sebelahku. Dia terdiam kaku seperti patung. Wajahnya pucat lesi , mulutnya sedikit ternganga dan matanya bulat memandang ke hadapan. Lama dia begitu.Aku tergelak melihat reaksinya.

" Norman!" Sergahanku membuatkan dia tersentak.Dia pantas berpaling ke arahku.Aku makin galak mentertawakannya.

" Kenapa ?Takut?" soalku dengan sisa gelak masih kedengaran.

" Awak memang selalu bawak kereta macam ni ke?" Suaranya bergetar ,nampak sangat dia ketakutan.

" Tak ada lah selalu tapi kalau ada orang cuba biadap dengan saya, saya pecut lah..," jawabku selamba .Tanganku ligat memutar stereng untuk membelok ke tempat parkir kereta . Dia terdiam mendengar jawapanku. Sebaik sahaja kereta berhenti, dia cepat-cepat turun dari keretaku .

" Terima kasih awak..," suaranya masih bergetar.

" Petang ni, awak nak saya ambilkan ke?" Soalku ingin tahu.

" Err..tak apa lah awak saya balik dengan teksi jela ye..anyway thanx..," lambat-lambat dia menuturkannya.Aku semakin geli hati. Mesti dia dah serik hendak naik kereta aku setelah melihat cara aku memandu.

" Kenapa?" Aku saja ingin mengujinya.

" Err..tak ada apa-apa..," katanya lagi.Aku ketawa dan terus menekan pedal minyak meninggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience