Rate

Bab 6 Akan Ikut Rentaknya

Romance Completed 278212

Suasana kelas menjadi hening. Semua pelajar menoleh kearah Anis dengan nafas tertahan. Pen marker melayang tepat dikepala Anis, rasanya jelas sakit. Namun dia tak ingin menangis disekolah. Boleh bergegar Sekolah Menengah Uthman kalau Anis menangis gara-gara lemparan pen marker dari guru baru yang di anggapnya sombong.

"Kamu bawa buku latihan kedepan, tulis soalan di papan tulis."

"Saya Cikgu?" Tanya Anis ragu.

"Iya kamu, belum juga pekakkan?" Suara Adib tegas, membuatkan semua pelajar saling pandang.

Dug dug dug
Dug dug dug

Dengan jantung yang berdegup kencang, Anis mengambil buku latihannya di atas meja lalu melangkah maju kehadapan. Dia tak pernah dipermalukan seperti ini, apa lagi ini adalah seorang guru baru.

"Pen marker tu kamu pungut, kamu nak tulis pakai apa?" Ucap Adib jelas tak boleh ditolak.

Anis kembali ke mejanya, mengambil semula pen marker dan menuju ke depan semula. Dengan cepat, Anis menulis soalan latihan di papan tulis tanpa kesalahan sama sekali.

"Saya tidak suruh kamu kerjakan soalan nombor satu, kamu buat soalan nombor 3." Adib bersuara saat Anis sudah menyelesaikan soalan nombor satu.

Anis terkejut dengan menahan air mata yang  berdesakan ingin keluar, dia tak boleh kelihatan lemah didepan guru baru tersebut.

"Ya Allah, mimpi apa saya semalam." Ucap Anis perlahan.

"Apa kamu bilang?" Tanya Adib saat terdengar keluhan pelajar didepannya.

"Tidak ada apa-apa Cikgu." Sahut Anis sambil menulis soalan nombor 3.

Airmata Anis ingin meluncur keluar dari matanya, segera dia mendongak menarik nafas panjang berharap perasaannya akan membaik. Dia tak ingin ditindas oleh Adib kalau tahu dia menangis.

Adib tak menyangka gadis itu telah selesai menyiapkan soalan-soalan latihan yang dia beri, baru saja berapa minit Adib melihat what'sup dari rakan-rakannya. Tak yakin Anis boleh menyiapkan soalan-soalan latihan atau dia yang terleka sudah terlalu lama membuka handphonenya sehingga tidak menyedari bahawa waktu sudah berjalan terlalu lama?

Adib melihat jam tangan yang ada di pergelangan tangannya, baru 15 minit berlalu dan pelajar yang lain masih menunduk mengerjakan soalan yang diberikan.

"Sudah ke Cikgu?" Anis sengaja meletakkan pen marker diatas meja guru. Matanya menatap tajam pada lelaki yang pandangan matanya tak teralih saat melihat jawapan dari papan tulis.

Anis memang sudah mempelajari dari awal sampai akhir, hampir semua mata pelajaran. Jadi tidak dinafikan lagi kenapa Anis dapat menjawab semua soalan-soalan yang diberi dengan santai.

"Okay, kamu boleh duduk."

Adib tak habis fikir dengan murid didepannya itu,  memangnya tidak ada yang dilakukannya selain membaca dan belajar?

"Baik Cikgu." Anis kembali ke tempat duduknya dengan pandangan aneh dari Adib.

Gadis yang bukan tipe Adib sama sekali, tapi sangat menarik. Bijak, tak banyak cakap dan cantik alami. Dia hairan kenapa tidak ada lelaki yang cuba mendekati Anis, andainya Anis pandai berlawa, bersosial dan cermin mata lepas dari wajahnya. Pasti ramai lelaki yang tergila-gila dengan Anis.

"Saya harap semua pelajar perhatikan apa yang saya ajar dan saya bahas soalan latihan matematik nanti. Faham?"

"Faham Cikgu!" Jawab semua murid 5 Sains.

"Kalau jawapan yang Cikgu Adib ternyata salah, apa saya harus diam juga?"

Tiba-tiba Anis mengajukan pertanyaan sambil membetulkan cermin matanya yang melorot.

"Insya Allah tidak akan." Jawab Adib Umair tegas sambil memandang Anis yang tersenyum puas.

Adib tersedar bahawa muridnya itu ingin bermusuhan dengannya. Boleh juga, Adib akan ikut rentaknya dengan senang hati.

__________________________________

Petang itu, sepulangnya Anis dari sekolah kelakuan umienya Puan Zulaikha amat mencurigakan Anis.

"Assalamualaikum, umie... Anis dah balik!"

"Waalaikumussalam, sini masuk Anis...umie ada nak bagi Anis try dulu."

Sahutan umie dari dalam rumah membuatkan Anis merasa pelik. Raut kebahagiaan diwajah Puan Zulaikha jelas terpampang.

"Ada apa umie? Nak try apa?" Pertanyaan Anis pada Puan Zulaikha bertubi-tubi.

"Anis pergi dulu simpan beg sekolah dan tukar pakaian ya."

Anis cuma mengangguk pelan sambil berlalu ke biliknya. Setelah selesai membersihkan diri dan berpakaian lengkap, Anis ke ruang tamu untuk bertemu semula dengan Puan Zulaikha.

"Anis dah makan?" Tanya Puan Zulaikha pada Anis setelah melihat Anis muncul didepannya.

"Anis belum lapar umie, apa yang umie nak Anis try tadi tu?" Soal Anis pada Puan Zulaikha.

"Tengok baju ni, cantikkan?" Tanya Puan Zulaikha.

"Cantik umie!" Sahut Anis dengan kerutan didahinya.

"Nanti Anis pakai ya!" Kata Puan Zulaikha dengan bersemangat.

"Baju hari tu yang kita beli dibutik pun belum Anis guna. Ini kenapa terlalu berlebihan umie, terlalu berfesyen." Protes Anis sambil bergidik ngeri.

Puan Zulaikha tergelak melihat gelagat anaknya.

"Cuba Anis pakai, sesuai juga ke dengan badan Anis. Umie nak pastikan dulu."

Puan Zulaikha menghulurkan kepada Anis pakaian tersebut. Anis menyambut dengan muka yang masam, seumur hidupnya dia belum pernah memakai pakaian yang terlalu menonjol... Hiasan pada pakaian tersebut baginya amat berlebihan.

"Umie, kenapa baju ni terlalu banyak hiasannya umie...maniknya pun banyak sangat, Anis tak suka!!"

"Anis guna time kita kenduri kesyukuran nanti, dalam rumah saja...bukan Anis guna kat luar rumah pun." Sahut Puan Zulaikha dengan senyuman yang mengembang.

"Kalau dalam rumah saja, buat apa Anis nak bergaya sangat?"

"Anis sambut-sambut tetamu saja nanti yang datang." Kata Puan Zulaikha lagi sambil menatap anaknya dengan penuh kasih.

"Anis nak guna baju kurung saja umie, boleh ke?"

"Sayang la, umie dah pilih baju ni untuk Anis."

"Umie saja la yang pakai,!!"

"Ehh mana boleh,umie dah pilih ini untuk Anis guna boleh ambil gambar jadikan kenang-kenangan."

Anis pun mencuba pakaian tersebut didepan Puan Zulaikha.

"Wah, cantiknya Anis....!!"

Anis cuma tersenyum singkat mendengar pujian Puan Zulaikha.

Dirumah Adib....

Adib baru sahaja selesai solat fardu asar. Dia merapikan sejadah dan sarung ditempat yang telah ia disediakan.

Tok tok tok
Tok tok tok

"Masuklah, Adib tak kunci." Laung Adib dari dalam biliknya.

Puan Saleha menyelak pintu bilik Adib. Dan menonjolkan kepalanya melihat kedalam bilik.

"Boleh ibu masuk? Ibu tak ganggu Adib ke?"

"Boleh ibu, Adib tiada buat apa-apa juga. Kenapa?"

Puan Saleha masuk ke bilik Adib langsung duduk di kerusi meja solek.

"Ibu nak pastikan, Adib dah beli cincin untuk Anis?"

"Belum lagi ibu!"

"Bila Adib nak beli? Adib tak cukup income ke?" Soal Puan Saleha lembut.

"Insya Allah cukup ibu, cuma Adib belum ada masa." Jawabnya selamba.

"Adib jangan lengah-lengahkan masa, ibu harap Adib serius dengan perjodohan ini." Ucap Puan Saleha dengan wajah ayunya.

"Okay ibu, esok Adib pergi beli cincin tu." Sahutnya tidak bersemangat.

Suasana kelas menjadi hening. Semua pelajar menoleh kearah Anis dengan nafas tertahan. Pen marker melayang tepat dikepala Anis, rasanya jelas sakit. Namun dia tak ingin menangis disekolah. Boleh bergegar Sekolah Menengah Uthman kalau Anis menangis gara-gara lemparan pen marker dari guru baru yang di anggapnya sombong. "Kamu bawa buku latihan kedepan, tulis soalan di papan tulis." "Saya Cikgu?" Tanya Anis ragu. "Iya kamu, belum juga pekakkan?" Suara Adib tegas, membuatkan semua pelajar saling pandang. Dug dug dug Dug dug dug Dengan jantung yang berdegup kencang, Anis mengambil buku latihannya di atas meja lalu melangkah maju kehadapan. Dia tak pernah dipermalukan seperti ini, apa lagi ini adalah seorang guru baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience