BAB 5

Humor Completed 8632

“Ya Allah, aku lupa pulak yang aku pakai baju merah!” Teriak Haji Hamid. Tiba-tiba lembu tersebut berhenti. Rupa-rupanya lembu tersebut telah ditambat oleh Wak Bon.

“Nampak, aku dah kata gila kan? Lembu ni asyik nak langgar orang saja kerjanya.” Kata Wak Bon.

“Ini bukan gila, Wak Bon. Aku dah tahu kenapa lembu ni jadi macam ni.” Kata Tok Mat cuba menyelesaikan persoalan yang dihadapi oleh mereka semua.

“Yang pertama, lembu memang tak boleh tengok warna merah. Sebab itulah dia mengamuk dan hampir langgar Haji Hamid ni.” Terang Tok Mat bersungguh. Razi, Haji Hamid, Pakcik Johari dan Wak Bon mendengar penerangan Tok Mat.

“Yang kedua, cuba kamu semua tengok kaki belah kiri lembu tu.” Tunjuk Tok Mat kepada kaki kiri lembu tersebut. Terdapat kaca tajam yang jelas nampak di kaki lembu tersebut.

“Laa..macam tu rupanya. Patutlah lembu aku ni gila.” Kata Wak Bon memberi konklusinya.

“Kaulah yang gila. Aku dah kata jangan bawak lembu ni pergi tapak pembinaan. Degil sangat. Kau pun sama macam lembu kau.” Marah Pakcik Johari terhadap Wak Bon.

Rupa-rupanya sebelum ini Wak Bon telah membawa lembunya ke tapak pembinaan untuk melihat balai raya yang diubahsuai menjadi perpustakaan kampung. Lembunya telah terpijak kaca di kawasan itu.

Wak Bon hanya tersengih manakala Haji Hamid, Tok Mat, Razi dan Pakcik Johari memandang Wak Bon dengan wajah sinis. Akhirnya, pada Hari Raya Aidiladha, lembu Wak Bon telah dijadikan sebagai korban bersama-sama dengan lembu yang lain. Bye-bye lembu, tak dapat nak tolong dah! Terima kasih kerana berjasa pada umat manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience