BAB 2

Humor Completed 8905

" Tapi mak saya kata, jangan cari gaduh dengan orang dan kena selalu bersabar kalau ada apa-apa yang berlaku.." Gelak yang aku cuba tahan tadi terburai jua. Adoilaa..anak mak rupanya..patutla pengecut!

" Hei, kokya pun nak pegang pesanan mak, biarla bertempat. Kau lawan la! Tak kan kau nak biar diorang pukul kau sampai mampus baru kau nak lawan!Bengap la kau ni!" Sekali lagi budak nerd tu terlopong mendengar herdikan kasarku.Matanya terkebil-kebil. Dia kemudian menggaru kepalanya yang tidak gatal.Nampak macam blurr je. Hish tak faham bahasa ke budak ni. Kritikal juga tahap nerd dia ni, sampai bahasa pasar pun tak faham!

" Dah lah, aku nak balik!" Rengusku.Malas hendak melayan budak blurr ni. Aku terus mengorak langkah meninggalkan dia tercengang di situ.

" Nanti!" Sahutannya membuatkan langkahku terhenti.

" Kau nak apa lagi?!Kau tak nak balik ke?" Soalku malas. Sebenarnya aku hendak cepat-cepat pulang ke rumah untuk berehat setelah seharian turun naik bangunan tinggi untuk mencari kerja namum hampeh, usahaku ternyata sia-sia.

" Terima kasih banyak-banyak kerana selamatkan saya..," katanya sambil tersenyum malu. Erk! Kontrol comel la pulak..

" Bila masa pulak aku selamatkan kau? Tak ada masa!" Aku menjegilkan mata kepadanya. Wajahnya berkerut seperti takut melihat renungan tajamku .Hish,macam tu pun takut ke? Apa la..Aku meneruskan langkahku. Dia mengekoriku dari belakang.

" Erm..boleh saya tahu nama saudari?" Soalnya dengan takut-takut.

" Nak tahu buat apa? Tak penting!" jawabku kasar tanpa berpaling kepadanya.

" Tapi tu penting bagi saya.." aku berhenti melangkah dan menoleh kepadanya. Kelihatan wajahnya cukup berharap. Entah apa-apa jela mamat nih.

" Hurmm just call me Burd.." suaraku sedikit mengendur .Erm..tidak salah rasanya beritahu nama aku.

" Salam perkenalan Burd..nama saya Norman, orang panggil saya Man..," jawabnya dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Manis jugak dia ni senyum sebijik macam susu Merigold punya iklan.Muahaha..

" Ok Man, aku tak ada masa nak borak dengan kau sekarang. Baik kau balik latih diri kau jadi kuat sikit. Jangan jadi manja sangat! Malu sikit dengan aku..Aku pergi dulu!" Tanpa mendengar jawapan daripadanya aku terus melajukan langkah meninggalkannya tercengang di situ.

" Hah satu lagi, bila-bila kau jangan guna lorong ni, bahaya!" Sempat lagi aku berpesan kepadanya yang masih berdiri kaku di tempat tadi sambil menggaru kepalanya. Alahai..blurr lagi ke?

-----------------

" Apa?! Mak nak kahwinkan Yah?!" Ternganga aku apabila ibuku memberitahuku bahawa aku akan kahwin dalam masa sebulan lagi. Gila! Ibuku memang benar-benar membuat keputusan gila . Langsung tidak masuk akal!Dia langsung tidak membincangkan hal ini denganku. Mana boleh!

" Yah..walau macam mana sekalipun , kau mesti kahwin dengan anak Mak Cik Kiah tu!" Tegas ibuku .Faham-faham je lah ibuku, kalau dah kata A memang A lah jawabnya. Orang lain tidak boleh bantah walau anaknya sendiri.

" Tapi mak, kenapa? Mak kan tahu Yah belum dapat kerja lagi. Yah tak berminat nak cari laki lagi la mak.." aku merengek pada ibuku. Lengannya kupaut kemas agar dia mengerti.

" Kau tak payah kerja. Biar laki kau je yang tanggung. Kau tu dah umur 26 tahun. Mak tak nak kau jadi anak dara tua nanti. Malu mak nanti!" Ibuku masih bertegas.

" Mak tak nak bagi Yah kerja?! Mak apa ni mak? 4 tahun Yah belajar mak..bukan belajar saja-saja mak, tapi Yah nak capai cita-cita Yah nak jadi jurutera.Tak kan Yah nak biarkan usaha Yah terkubur macam tu je.." hish ,mak aku ni dah lebih ni. Aku tidak akan buat kerja gila dengan melupakan cita-citaku!

" Yah, kau sedar sikit..kau tu perempuan bukan laki! Kerja tu tak sesuai untuk kau, orang laki je yang layak .Kau tu cuba la jadi perempuan sikit. Ni tengok, pakaian macam laki, rambut macam laki , perangai pun tak ubah macam laki. Anak mak perempuan bukan laki! Mak malu lah dengan jiran-jiran.Tiap-tiap hari ada-ada cerita je pasal kau kata kau tu suka kaum sejenis la, pukul anak orang la dan macam-macam lagi. Mak malu tahu tak? Malu!!" Aku merengus kasar mendengar bebelan ibuku . Ibu aku macam tulah, suka sangat dengar cakap orang, cakap aku tak nak percaya.

" Kenapa mak percaya sangat cakap orang? Yah kan anak mak, tak kan mak tak percaya pada Yah? Yah tak buat lah semua tu. Demi Allah mak..Yah tahu lagi hukum hakam agama.." aku masih menahan sabar dan berlembut dengan ibuku. Seboleh-bolehnya aku akan menahan diri daripada menengking ibuku kerana ibuku ada sakit jantung. Aku tidak mahu dia jatuh sakit lagi.

" Ok..kalau macam tu mak nak kau buktikan yang kau tu perempuan sejati!" Lah..bukti apa pulak ni.Ibuku ni macam-macam lah.

" Bukti apa pulak mak?" Dalam geram dengan ketegasan ibuku, aku ingin tahu kata-kata ibu selanjutnya.

" Mak nak kau kahwin dengan anak Mak cik Kiah!"

" Mak!! Yah tak nak!!Dengar sini mak, Yah cakap..Yah..tak..nak..kahwin!!" Aku menekan kata-kataku. Kesabaranku ternyata sampai ke kemuncaknya. Aku mula meninggikan suara. Ibuku memegang dadanya, terkejut dengan tengkinganku.

" Yah, kau jangan nak kurang ajar dengan mak! Kalau kau tak nak kahwin , jangan mengaku mak ni mak kau!" Kata ibu dan kemudian terus mengorak langkah meninggalkanku.

" Mak.." Aku kehilangan kata.Aku terkedu mendengar ugutan ibuku. Air mata yang jarang mengisi tubir mataku mula bergenang . Tidak ku sangka ibuku sanggup menjadikan soal kahwin sebagai pertaruhan untuk hubungan kami anak beranak. Sudahlah aku tidak punya sesiapa lagi dalam dunia ni selain ibuku.Aku terduduk lesu. Air mata akhirnya basah membasahi pipiku.Pedihnya hatiku saat ni kerana terpaksa menuruti kehendak ibu dan sekali gus melepaskan cita-citaku yang telah kupendam sejak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience