Rate

Bab 16 Keresahan Hati Adib

Romance Completed 278216

Dari pejabat guru, Cikgu Farah melihat Adib yang turut duduk di perhentian bas duduk bersebelahan dengan Anis. Dia merasa kalah dengan Anis dan tak habis fikir kenapa Cikgu Adib cuba menjauhkan diri darinya? Dia tak cukup cantik ke? Apa kelebihan Anis? Dia cuma seorang pelajar yang dapat masuk di sekolah itu kerana biasiswa penuh, penampilan pun sederhana sahaja. Tidak ada yang istimewa jika di bandingkan dengan dirinya. Tidak cukup ke dengan amarannya tadi pada Anis?

Setelah bas yang di tunggu telah datang, Adib memastikan Anis sudah masuk ke dalam perut bas tersebut barulah dia menghampiri keretanya yang masih terparking  indah bahagian parking sekolah.

Baru sahaja Adib nak masuk ke dalam keretanya, Cikgu Farah langsung datang menyapa.

"Cikgu Adib baru nak balik?" Ucap Cikgu Farah lalu mendekati kereta Adib.

"Iya Cikgu Farah, ada apa ya?" Adib langsung menoleh ke arah sumber suara.

"Boleh saya tumpang kereta Cikgu? Kereta saya kena hantar ke bengkel semalam!" kata Cikgu Farah dengan senyuman.

Adib berfikir sejenak, dia tak sampai hati melihat Cikgu Farah yang ingin menumpangnya ... Tapi Adib juga takut pada pandangan orang lain, apa kata orang nanti kalau cikgu Farah menumpang keretanya.

"Rumah Cikgu Farah dekat mana ya?" Tanya Adib singkat ingin tahu.

"Rumah saya dekat Taman Melati saja, boleh ke Cikgu?" Jawab Cikgu Farah dengan senyuman yang mengembang. Hatinya begitu senang kerana akan menaiki kereta Adib.

"Insya Allah boleh Cikgu. Cikgu tak nak ke mana-mana jugakan?" Ucap Adib setelah menimbang-menimbang permintaan Cikgu Farah. Lagipun Cikgu Farah adalah rakan sekerjanya.

"Terima kasih Cikgu." Ucap Cikgu Farah setelah mereka sudah berada di dalam kereta Adib.

Adib cuma mengangguk dalam diam.

Cikgu Farah cuba untuk mencairkan suasana setelah keadaan dalam kereta itu terasa sepi. Apa lagi Cikgu Farah melihat Adib mempunyai sikap yang pendiam dan tidak terlalu ramah. Apa kata, dia saja yang mencairkan suasana... Secara tidak langsung Cikgu Adib boleh tertarik dengan keramahannya.

"Cikgu Adib sebelum ni kerja apa ya?" Soal Cikgu Farah seakan membuka cerita.

"Sebelum ni saya tak ada buat apa-apa pun Cikgu, saya ni baru habis pengajian." Ucap Adib datar.

"Cikgu Adib belajar di mana sebelum ni?"

"Saya belajar dekat UNIVERSITY OF CAMBRIDGE.

"Wow, hebatnya Cikgu!" Ucap Cikgu Farah kagum dan terkejut dengan pencapaian Adib Umair dalam pelajaran.

Adib tersenyum singkat. Dia cuma menjawab soalan-soalan Cikgu Farah seadanya.

"Oh macam tu!" Sahut Cikgu Farah sambil melirik seketika Adib yang fokus mengemudi.

"Cikgu Adib, boleh tak hantar saya sekejap dekat bengkel kereta? Saya mahu lihat keadaan kereta saya." Cikgu Farah cuba mengulur-ngulurkan waktu agar dia boleh berlama-lama berada dekat dengan Adib.

Adib melihat jam dipergelangan tangannya, jam sudah menunjukkan waktu solat zohor.

"Lama ke Cikgu? Saya nak cepat sebab solat waktu zohor dah masuk ni!" Ucap Adib resah.

"Tak juga Cikgu, saya janji takkan lama." Kata Cikgu Farah dengan yakin.

"Di mana bengkelnya tu Cikgu?"

"Bengkel Auto Part Cikgu." Sahut Cikgu Farah dengan senyuman manis.

"Okay!" Sahut Adib singkat.

Hati Adib Umair mula resah dan gelisah, dia tak sangka Cikgu Farah banyak urusan yang perlu dia selesaikan. Adib cuma memandang hadapan untuk menjaga penglihatannya. Perasaan bersalahnya dengan Anis menjadi-jadi walaupun Anis tidak ada pada waktu itu.

"Minta maaf ya Cikgu menyusahkan!" Ucap Cikgu Farah dengan lembut.

"Tak apa Cikgu!" Kata Adib tanpa menoleh kearah Cikgu Farah.

Walaupun begitu, perasaan Cikgu Farah berbunga-bunga, seakan dia tak mahu waktu berjalan dengan cepat. Entah bila lagi dia ada kesempatan berdua-duaan dengan Cikgu Adib seperti ini.

"Cikgu Adib masih bujangkan? Saya ada tengok profil lengkap Cikgu dekat pejabat pengetua." Ucap Cikgu Farah dengan senyuman bahagianya.

Adib hanya diam membisu mendengar kata-kata Cikgu Farah.

"Saya pun masih sendiri Cikgu, biasalah belum ada yang berkenan." Ucapnya lagi tanpa ada perasaan malu.

Adib hanya tersenyum samar tanpa disedari oleh Cikgu Farah.

Setelah lama mengemudi, tujuan yang di maksudkan Cikgu Farah telah pun sampai.

"Cikgu, saya hantar Cikgu sampai bengkel ni..kalau boleh saya nak balik terlebih dahulu, takut tak sempat waktu solat zohor." Ucap Adib panik agar boleh pulang terlebih dahulu.

"Sekejap saja Cikgu, saya tak ada kereta untuk balik." Ucap Cikgu Farah menahan Adib agar tidak meninggalkan dia sendirian di bengkel.

"Sekejap ya Cikgu!" Kata Cikgu Farah lagi sambil berlari-lari anak masuk ke bengkel tersebut. Ia meninggalkan beg tangannya di kerusi penumpang. Melihat keadaan tersebut Adib menjadi kesal sendiri.

Adib tak dapat berkata apa-apa, dia hanya mengeluh dalam diam menunggu Cikgu Farah.

"Hurm....!" Adib menyesal tak sudah. "Inilah pertama dan terakhir aku akan beri tumpangan pada Cikgu Farah." Nekadnya dalam hati.

Adib menyandarkan badannya dikerusi pengemudi sambil memusingkan lagu-lagu rancak di keretanya. Dia merasa bosan juga menunggu orang yang tak kunjung tiba.

Adib melihat kembali jam tangannya, masa berlalu begitu pantas. Adib tak pasti sempat ke dia sampai di rumahnya menunaikan solat zohor. Tak sangka dia akan terjebak dalam situasi begini.

"Maaf cikgu Adib tak sangka saya terlambat!" Ucap Cikgu Farah setelah muncul di kereta Adib.

"Okay Cikgu!" Sahut Adib singkat.

"Oleh kerana saya telah mengacau waktu Cikgu, apa kata saya belanja Cikgu makan?" Pelawa Cikgu Farah pada Adib dengan senyuman yang penuh makna.

"Minta maaf Cikgu, saya bukan menolak rezeki tapi saya mau segera balik ke rumah lepas hantar Cikgu Farah balik rumah. Saya belum solat zohor lagi ni." Sahut Adib sambil mengemudi keretanya dengan kelajuan sedang.

"Owh, baiklah Cikgu." Senyuman Cikgu Farah memudar.

Bukankah Adib boleh solat di surau yang ada di sediakan oleh pihak restaurant?

Cikgu Farah cuma melirik Adib seketika. Walaupun Adib menolak pelawaannya, sekurang-kurangnya hari ni masa Cikgu Adib tersisa banyak berdua-duaan dengan dirinya.

Setelah beberapa minit mengemudi, mereka pun sampai di rumah Cikgu Farah.

"Alhamdulillah dah sampai Cikgu, terima kasih kerana sudi tumpangkan saya tadi."

"Sama-sama cikgu."

"Tak nak singgah Cikgu? Dekat rumah saya pun Cikgu boleh solat zohor." Ucap Cikgu Farah dengan yakin.

"Tidak apa Cikgu, lain kali saja!" Sahut Adib singkat.

Setelah Cikgu Farah sudah turun dari kereta Adib, dia pun terus saja balik ke rumahnya. Adib membersihkan dirinya terlebih dahulu, barulah dia menunaikan solat fardu zohor setelah itu dia menyandarkan badannya di birai katilnya.

Tok tok tok
Tok tok tok

"Adib... Adib sudah makan?" Puan Saleha melaungkan nama Adib Umair dari luar pintu.

"Baik ibu, kejap lagi Adib turun makan."

Dari pejabat guru, Cikgu Farah melihat Adib yang turut duduk di perhentian bas duduk bersebelahan dengan Anis. Dia merasa kalah dengan Anis dan tak habis fikir kenapa Cikgu Adib cuba menjauhkan diri darinya? Dia tak cukup cantik ke? Apa kelebihan Anis? Dia cuma seorang pelajar yang dapat masuk di sekolah itu kerana biasiswa penuh, penampilan pun sederhana sahaja. Tidak ada yang istimewa jika di bandingkan dengan dirinya. Tidak cukup ke dengan amarannya tadi pada Anis? Setelah bas yang di tunggu telah datang, Adib memastikan Anis sudah masuk ke dalam perut bas tersebut barulah dia menghampiri keretanya yang masih terparking  indah bahagian parking sekolah. Baru sahaja Adib nak masuk ke dalam keretanya, Cikgu Farah langsung datang menyapa. "Cikgu Adib baru nak balik?" Ucap Cikgu Farah lalu mendekati kereta Adib. "Iya Cikgu Farah, ada apa ya?" Adib langsung menoleh ke arah sumber suara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience