Bab 8

Romance Completed 15358

(Kai POV)
Aku mengikut Ryoga balik ke rumahnya. Aduh, mereka ni. Gaduh manja pula. Dahlah dia tinggal Sakinah terpinga-pinga macam apa je tadi. Aku lah jadi mangsa orang tengah ini kan?
"Hey, Tiara~" Aku menunduk membelai Tiara seketika lalu kembali berdiri.
Ryoga melabuhkan punggungnya di sofa lalu bersandar. Nampak seperti kepenatan atau kegelisahan sebenarnya. Alah, macam lah aku tak tahu apa yang kau fikir, Ryoga. Aku duduk di sebelah Ryoga.
"Why you just left Sakina-chan like that? Frustrated, huh?" Soalku. Cubalah kau mengaku je kat dia tadi.
"Ah, I don't know!" Jawabnya lalu meroyan di sofa tersebut.
"Why you don't just admit it?" Soalku lagi. Mengaku lah mengaku!
"Nani?" Soalnya masih berdegil untuk mengaku. Aku dah geram. Orang suruh mengaku tak nak.
"Admit that you like her. You mad when she said she didn't found any good husband anymore, right?" Ni aku nak mula bebelan aku ni. Penat dah kalau nak tunggu kau mengaku.
"Who said that I like her?" Dia masih berdegil untuk mengaku. Ada juga yang benjol di sini nanti.
"Put your ego away! I know you. When I said 'just tell her', it makes you more don't want to tell her. If you don't tell her, she didn't know. No way she want to expect that you like her because you don't tell her anything!" Bebelku lagi. Kalau dia kata kau Pak Nujum dia, ni ha aku ni Pak Nujum kau pula. Aku kenal kau lama lah.
Dia meroyan di situ.
"Ah!! What I have to do? Ahh! Didn't she notice that I treat her different than I treat someone else?" Soalnya.
"Mochiron. (Of course.) Now, go persuade her. She's so sad because you suddenly change and not treat her like usually." Ujarku sambil membuka televisyen. Dia terus mencapai telefonnya di atas meja. Aku melihat bersama dia. Nak juga tahu apa jadi.
Dia tekan pada nama Sakinah. Terpapar apa yang mereka sembangkan di ruangan mesej itu sebelum ini. Terketar-ketar tangannya hendak menaip.
"Oi, just type it, you're not face to face with her." Ujarku melihat dia tak taip taip kerana terketar-ketar.
"Ha-hai'." Balasnya.
*Sakina-chan. What are you doing?* Dia menyoal. Kami tekun menunggu jawapan.
Aku melihat pada statusnya. Sama ada dia aktif ataupun tidak.
"Ha! Online. Seen?" Soalku.
"Seen?! Ah, she must mad at me." Ujar Ryoga. Yang api tadi dah jadi air, yang air tadi pula jadi api.
"What I have to do now?" Soal Ryoga lagi.
"If message doesn't work, so you have to talk to her." Jawabku selamba.
Ryoga pun pergi menuju ke rumah dia.
*******
(Sakinah POV)
"Ahh! Annoying lah! Tadi bukan main lagi kau lari, sekarang baru nak tercari-cari. Ugh!" Jeritku dari dalam bilik. Aku geram.
"Haish, kau ni. Orang dah nak pujuk tu, tak payahlah nak merajuk dah." Balas Alyn.
"Ah! Aku nak merajuk juga! Biar dia tahu! Dahlah aku tak tahu apa yang aku tersalah tadi tau, tiba-tiba je dia lari macam tu tinggalkan kita. Aku terpinga-pinga macam apa je kat situ. At least, bagilah tahu aku ada buat salah apa kat dia. Aku minta maaflah kalau aku ada salah." Bebelku pula.
"Hm, lantak lah korang." Ujar Alyn lalu keluar dari bilik.
"So sweet~" Ujar Eca dan Hannah lalu hendak mengekori Alyn keluar bilik. Aku membaling bantal kepada Eca dan Hannah. Mereka segera lari keluar.
Aku baring di atas tilam. Yang lain sedang bersarapan. Aku tak ada selera nak bersarapan. Kalau tak, selalunya aku lah yang paling bersemangat nak sarapan.
'Ting tong'
Aku dengar loceng pintu rumah kami berbunyi.
Tiba-tiba Alyn menjerit.
"Sakinah! Ada orang cari kau ni!" Aku terus bangun.
"Cari aku? Siapa?" Soalku jerit dari dalam bilik.
"Keluar je boleh? Aku nak sambung makan ni." Ujar Alyn.
"Ugh! Yelah, yelah, orang tengah geram ni ada pula orang nak jumpa. Siapalah nak jumpa aku ni? Dia tak ada kerja lain ke? Hish, mana pula tudung ni? Tadi aku letak kat sini je. Alyn! Nampak tak tudung aku?" Aku membebel lalu menyoal Alyn. Alyn juga yang kena tu. Yang kasihannya orang yang nak jumpa aku itu pun kena tempias dimarahi oleh aku.
"Tudung mana satu?" Alyn menyoalku kembali.
"Tudung hitam. Yang aku selalu pakai kat rumah. Tadi rasanya aku ada letak kat sini je." Jawabku sambil mencari di bawah bawah tilam dan di belakang pintu.
"Here, this is your tudung." Kata seorang lelaki. Aku terkejut. Lelaki? Alyn masuk ke bilik lalu memberikan tudungku.
"Kau suka sangat merepek-repek. Tempat lain kau letak tempat lain kau cari, kan?" Ujar Alyn. Aku mengambil tudungku daripada dia lalu memakai tudung itu dam membetulkannya di cermin.
Alyn hendak keluar semula dari bilik tetapi ditahan olehku.
"Weh!"
"Apa?" Soalnya.
"Ryoga ke?" Soalku pula. Dia mengangguk.
"Ah, asal kau tak bagitahu? Ah, tak nak keluar lah macam ni. Aduh! Menyesal pula merajuk dengan dia tadi." Ujarku. Tak terfikir pun dia terus nak datang semata-mata nak pujuk aku.
"Kau tak payah nak mengada-ngada. Dia dah penat datang sini kau pergi keluar. Dia datang semata nak cari kau pula tu." Balas Alyn.
"Tapi aku keluar pun dia nak buat apa? Dia nak cakap apa? Aku nak cakap apa?" Soalku lagi.
"Kau pergi jelah keluar dulu. Banyak pula kau ni soal." Balas Alyn lagi lalu terus keluar.
Aku pun keluar dengan muka kerek aku. Haha!
"Doushite?" Tanyaku.
Dia macam muka bersalah sahaja. Kesian pula aku tengok dia.
"Awak marah ke?" Soalnya.
Aku memandang ke arah ketiga-tiga kawanku yang sedang makan sambil menikmati drama ini.
Ketiga mereka hanya memberi isyarat supaya menjawabnya.
"Mana ada." Jawabku dengan kereknya.
"Saya tahu awak marah. Here, for you. I'm sorry, forgive me." Dia memberikan aku sejambak bunga diascia dan bunga lavender sebagai sampingan. Juga ada coklat sikit.
Aku terkejut.
"How..do you know I like lavenders?" Soalku. Aku memang minat dan suka sangat pada bunga lavender. Sebab lavender wangi dan berwarna ungu.
"Ah, mestilah saya tahu. Dah okey?" Soalnya tentang keadaanku.
Aku berfikir sekejap. Hm, nak maafkan ke tak? Nak maafkan ke tak?
"Hm, kalau saya kata saya belum okey awak nak buat apa?" Soalku ingin tahu.
"What you want me to do?" Soalnya pula.
"Go bring her for breakfast. Dia tak makan lagi tu. Tunggu korang fikir sampai pagi esok pun mahu tercongok lagi dua dua kat situ." Ujar Alyn. Aku gelak.
"Oh okay, shall we?" Soalnya.
Aku mengangguk.
"Eh jap, Lyn, nah." Ujarku memanggil Alyn datang ke arahku.
Alyn terkejut, "Ha? Untuk aku ke? Ya Allah, terima kasihlah, susah susah je."
"Banyaklah kau. Ni aku punya. Aku nak minta tolong letakkan atas luggage je lah. Perasan. Haha!" Ujarku lalu ketawa. Alyn hampa tapi ambil juga bunga tu. Dia bau bunga itu.
"Wah, sedapnya bau lavender dengan diascia ni. Kejap! Diascia? Lavender? Ada maksud ke di sebalik apa yang kau bagi ni?" Soal Alyn dengan laju.
"Ha? I'm Japanese, not Malaysian. Don't talk too fast in Malay. I can't understand really well." Kata Ryoga.
"Eh, hehe. Aku tanya, you gave her this diascia and lavender, right? Diascia memang patut pun kau bagi but, any mean behind this lavender? Hanakotoba? (Flower language?)" Soal Alyn pelik. Bunga diascia memang bermaksud maafkan saya dalam bahasa bunga. Tetapi lavender tu kenapa? Lain macam dia ni.
Dia hanya mengangkat bahu.
Aku berbisik pada Alyn, "Lyn, tak silap aku bukan kau pernah bagitahu aku ke maksud lavender ni? Hm apa ek? Ha maksud lavender 'love at first sight', kan? Ha, aku ingat lagi sebab aku ada tulis dalam diari aku!" Soalku sambil berbisik.
"Itulah pasal. Tapi..ah entahlah. Kau tanya lah dia." Balas Alyn.
"Err, tak berani aku. Aku takut dia jawab bukan bukan pula." Bisikku lagi.
"Eh, dah, dah! Bye-bye! Pergilah makan, bunga kau ni kitorang jaga dengan elok!" Alyn menamatkan persoalan tadi dan menolak aku keluar rumah.
"Kejap, nak ambil beg." Ujarku lalu berlari masuk ke bilik.
(Ryoga POV)
Sakinah masuk ke bilik sebentar untuk mengambil beg dan segala keperluannya. Aku masih menunggu diluar pintu bersama Alyn yang memegang bunga.
"Hontou desu ka?" Soal Alyn tiba-tiba.
"Nani?" Soalku. Apa dia ni? Tiba-tiba sahaja.
"The mean behind this lavenders." Balasnya.
"Tabun. (Mungkin.) Boku demo wakarannai wa. (Aku pun tak tahu.)" Jawabku.
"Oh, that's why you mad when she talked about husband just now, right?" Soalnya lagi.
Aku mengangguk perlahan, "Shikashi, Sakina-chan ni iwanaide kudasai. (Tapi, jangan bagitahu dia.)" Ujarku. Nanti pecah rahsia pula.
"Then, when you want to tell her?" Soal Alyn lagi.
"When the time has come." Jawabku dengan yakin.
"Ha, yelah, tiba masa kau tu agaknya kami dah balik Malaysia pun kau belum beritahu dia." Ujar Alyn. Aku rasa ada betulnya.
"Aku cuma takut, how if she rejects me? And hate me? Hazukashii!" Aku takut dia benci aku.
"Dah sayang kenalah ambil risiko." Ujar Alyn sambil tersenyum lalu berlalu masuk bersama bunga tersebut.
Sakinah keluar. Dia memang jenis pakai ringkas sahaja jadi, memang ringkas lah dia pakai. Kemeja-T muslimah yang labuh, tudung bawal hitam yang agak labuh juga dan seluar track. Rygo dia tidak lupa. Tapi, Rygo hanya dimasukkan dalam poket jaket je.
"You're done?" Soalku.
"Done." Ujarnya lalu kami keluar.

Share this novel

Fukumen Hime
2021-03-23 00:37:11 

Miss Sakura, 1) Ryoga kata “boku demo wakarannai wa” tak berapa tepat kerana sepatutnya “boku ni mo wakarai” dgn “wa” perlu drop sbb ini adalah slang utk kaum hawa di Jepun. 2) shikashi, sakina-chan ni iwanaide kudasai, shikashi kat sini tak tepat kerana ia bernmaksud however dan bukannya tetapi. 3) The meaning behind this flowers baru betul not the mean behind


NovelPlus Premium

The best ads free experience