Saraa duduk bermalas-malasan di sofa sambil menelusuri media sosialnya di ruang tamu. Aplikasi Fac, Instagram, Twitter dan WhatsApp dibukanya satu persatu.
'Argh! Bosannya!' keluhnya dalam hati.
Vroom! Vroom!
"Ibuuuu! Maksu ngan Paksu dah sampai!" laung Saraa untuk memanggil ibunya yang berada di dalam bilik.
Saraa keluar dari rumah dan terus mendekati kereta Proton berwarna merah milik Paksunya.
"Maksu apa khabar?" sapanya sambil bersalaman dengan Maksu apabila Maksu keluar dari perut kereta tersebut.
"Maksu baik-baik je, Saraa," jawab Maksu mesra.
"Meh Saraa tolong angkat barang-barang Maksu,"
"Boleh jugak. Afrina pergi tolong Saraa bawak barang-barang kita masuk rumah," arah Maksu kepada anak perempuannya.
Afrina hanya menuruti sahaja arahan ibunya.
"Saraa, boleh tolong tak?" tanya Afrina sambil tersenyum manis.
"Nak tolong apa?"
"Tolong bawak saya bersiar-siar kat kampung ni boleh tak?" Afrina tersengih-sengih.
"Oh boleh je. Nanti saya bawak. Kita angkat semua barang ni bawak masuk rumah dulu,"
"Okey," Afrina mengenyitkan mata kepada Saraa.
...
"Jemput minum Su," pelawa ibu setelah Saraa selesai menghidangkan air teh dan cucur pisang kepada mereka.
Mereka menikmati minum petang sambil berbual-bual.
"Berapa result SPM Saraa haritu?" tanya Paksu.
Riak wajah Saraa berubah serta-merta. 'Dah mula dah...' ucapnya dalam hati.
"Alhamdulillah, lulus keseluruhan Paksu. Takde yang gagal," jawabnya ringkas.
"Afrina pulak?" tanya ibu.
"Saya dapat 7A," kata Afrina tersenyum bangga.
"Saraa nak sambung belajar kat mana lepas ni?" tanya Paksu lagi.
Belum sempat Saraa menjawab, ayah telah menyampuk terlebih dahulu.
"Kalau boleh aku nak Saraa terus cari kerja. Duit simpanan kami pun cukup-cukup makan je. Belajar ni bila-bila pun boleh. Nanti kalau dia dah ada pendapatan sendiri aku tak halang kalau dia nak sambung belajar," jawab ayah.
Paksu melihat wajah Saraa seolah-olah menunggu kepastian daripada mulutnya sendiri.
Saraa mengukir senyuman.
"Saraa nak cari kerja dulu Paksu," jawabnya ringkas. Wajahnya menunjukkan sedikit kekecewaan.
"Baikla kalau tu keputusan Saraa," kata Paksu sebelum menikmati pisang goreng yang dihidangkan.
Perbualan diteruskan dengan topik yang lain.
Saraa menghantar mesej kepada Adam.
'Kau free tak sekarang?'
'Free. Kenapa?'
'Aku nak kenalkan kau kat seseorang.'
'Hah? Siapa?'
'Anak Maksu aku'
'Oh anak Maksu kau.'
'Jom jumpa kat tempat biasa.'
'Sekarang?'
'Ye la. Bila lagi?'
'Okeyy'
"Ayah, ibu, Saraa nak bawak Afrina bersiar-siar kat kampung ni, boleh?" tanya Saraa.
"Saraa tanyala sendiri kat Maksu dan Paksu," jawab ibu.
Afrina melihat wajah ibu bapanya untuk memohon kebenaran.
Paksu dan Maksu hanya mengangguk.
"Yeay!" Afrina teruja.
"Awak tunggu jap. Saya nak pakai tudung," kata Saraa sebelum berlalu ke dalam bilik.
...
"Awak selalu ke lepak kat sungai ni?" tanya Afrina.
"Selalu. Tapi saya takla lepak sorang-sorang. Saya selalu lepak dengan Adam kat sini," terang Saraa.
"Adam? Pakwe awak ke?"
"Eh takla. Dia kawan saya. Kalau awak tengok muka dia, baby face sangat! Tapi dia tua 2 tahun tau daripada kita," jelas Saraa.
"Ha! Kau kutuk aku eh?" sampuk Adam secara tiba-tiba.
"Eh kau ni! Sejak bila pulak kau sampai? Dahla tak bagi salam. Kalau aku kena serangan jantung tadi macam mana? Sia-sia aku mati kat sini," marah Saraa.
Afrina yang memerhati wajah Adam sedari tadi tidak mengelipkan matanya.
"So inilah Abang Adam?" tanyanya sambil tersenyum.
"Ha'ah. Saya Adam. Nama awak?" tanya Adam kepada Afrina.
"Saya Afrina. Boleh panggil Af je," Afrina memperkenalkan diri.
"Selamat berkenalan Af," Adam tersenyum mesra.
"Awak tak payahla panggil dia Abang. Panggil Adam je," kata Saraa kepada Afrina.
"Suka hati dia lah. Dia tak macam kau, suka panggil aku Adam je. Aku ni tua daripada kau tau. Hormat sikit," bebel Adam.
Saraa hanya membalasnya dengan jelingan.
Senyuman masih tidak lekang dari mulut Afrina.
"Boleh tak kalau saya nak mintak nombor telefon Abang Adam?" tanya Afrina secara drastik.
Adam hanya tersenyum mendengar soalan Afrina.
"Boleh," jawabnya lalu memberi nombor telefonnya kepada Afrina.
Mereka berbual-bual di situ sehingga hampir waktu maghrib.
"Jom kita balik Afrina. Dah nak masuk waktu maghrib dah ni," ajak Saraa.
"Okey jom. Selamat tinggal Abang Adam," ucapnya kepada Adam.
Adam hanya mengangguk sahaja.
...
Usai solat isyak, Saraa malas untuk keluar dari biliknya. Dia hanya berbaring sambil melihat gambar yang diambilnya bersama Afrina dan Adam petang tadi.
"Cantik! Aku nak upload kat Instagram la," katanya seorang diri.
Tok! Tok!
Saraa membuka pintu biliknya. Afrina.
"Kenapa Af?" tanya Saraa.
"Saya nak tidur dengan awak, boleh?" tanya Afrina.
Saraa hairan. Tetapi dia hanya membenarkan saja Afrina untuk tidur bersamanya.
"Awak dah lama kenal Abang Adam?" tanya Afrina lagi.
Saraa hanya mengangguk.
"Abang Adam dah ada girlfriend?"
"Entah. Selama ni,takde la pulak saya tengok dia rapat dengan mana-mana perempuan,"
"Ohh ye ke?"
"Kenapa? Awak berminat ke kat Adam?" tanya Saraa jujur.
Afrina tertawa kecil.
"Eh takdela. Saja nak tanya," dia menidakkan.
"Ada lagi ke nak tanya pasal Adam?" tanya Saraa mengusik.
Topik perbualan mereka pada malam itu ialah Adam. Mereka berborak sehingga larut malam.
Share this novel