Episode 16

Adventure Series 25852

Episode 16- eyka_aqua

Di Hutan Kegelapan,

Sebuah hutan yang dilindungi sihir kuno. Tiada siapa berani memasuki hutan itu dan tiada siapa pernah masuk sehingga kedalam melainkan mereka yang bertuah.

======================

"Kegelapan menelan cahaya~

Embun malam kedengaran~

Di temani cahaya bulan~

Kunci Sakti bercahaya~

Membentuk dunia yang baru~

Naaaa~ Nananana~

Laa~ Lalalala.

Dengarlah suara hatiku~

Perit dan sakit~

Rasa ingin tamatkan diri begitu sahaja~

Apa guna dihidupkan jika hanya rasa sakit~

Jangan ~ Mengalah [corus]

Bangkit dan berlawan semula~[corus]

Banyak bintang di langit tetapi hanya bulan yang setia

Menemani~ [Chorus]

Kegelapan menelan cahaya~

Embun malam kedengaran~

Hanya mendengar suara merdu~

Sepi dan Hutan Kegelapan pisah tiada~

Haaaa~ haaaa~ ha~"

Suara merdu dari hutan menyelebungi setiap pelusuk hutan. Kesemua makhluk di hutan ni berlari-lari pergi ke sebuah tasik yang sekelilingnya diselebungi kabus, hanya ditengah-tengahnya sahaja terang dan nampak bulan dengan jelas.

Cahaya bulan dari bulan sabit telah menerangi seluruh kawasan pokok dan tasik disitu. Tasik ini dikenali sebagai Tasik Bulan.

Disebalik pokok, kelihatan sepasang telinga serigala berwarna emas berserta berekor emas memakai baju kimton ungu iaitu baju tradisi masyarakat wanita Planet Aqua semasa menyambut perayaan di sebalik celah-celah daun.

Di sebalik dahan bertentangan, kelihatan pula seorang lelaki mempunyai sepasang telinga serigala berwarna kelabu, ekor serta rambut dan mata juga berwarna kelabu sedang mengadap bulan. Dia memakai baju Jimton, baju perayaan kaum lelaki.

Mereka diadalah Koson iaitu makhluk kuat dan berstatus tinggi di Hutan Kegelapan. Koson adalah separuh manusia dan separuh serigala jadian. Koson akan berpasangan 'Ko' bermaksud Emas dan 'Son' adalah perak iaitu pelindung kepada 'Ko'.

Nama gadis bertelinga emas dan memakai baju kimton adalah Sei manakala lelaki memakai baju jimton adalah Ko.

Lagu merdu yang didendang tadi oleh Sei. Sei dianugerahkan suara yang amat merdu.

"Ko.." Panggil Sei. Ko memandang kearahnya.

"..."

"Berapa lama lagi kita perlu tunggu?"

"..."

Sei melompat turun dari pokok dan bergerak ke air tasik yang berkilau bak delima.

"Berapa lama lagi untuk ketika keluar dari sini?"

"..."

"Aku penat menunggu."

"..."

"Hanya kita dikurung disini. Koson lain bebas berkeliaran."

"..."

"Kau tak bosan menunggu?" Tanya Sei sambil berjalan dipersisiran tasik.

"..."

Sei berjalan sehinggalah dia terpijak lecak dan tergelincir.

Ko sekelip mata melompat dari dahan dan memeluk Sei dari belakang. Kehangatan dan kekuatan Ko berjaya membuat hati Sei berdebar,

"Hati-hati." Suara halus milik Ko kedengaran ditelinganya.

"Ah! Te..te..ri..ma kasih. Saya tak apa-apa"

Ko melepaskan tangan dari pinggang Sei tetapi mengusap rambut Sei dan lalu membuka reben yang mengikat rambut Sei. Rambut kuning Sei yang panjang melepasi bahu jatuh dengan lembut. Ko mengusap rambut Sei dengan lemah lembut. Jari-jari berkuku tajam milik Ko kelihatan berkilau kerana cahaya dari bulan.

Arsh dirumah.

Arsh masih terlentang atas katil mengenang mimpinya tadi. Masa berlalu tidak diperdulikan Arsh.

"Ahh! Baik aku kemas rumah." Arsh bangun dari katil lalu mencapai tuala dan bergerak ke bilik mandi ditingkat bawah.

Selepas 20 minit, Arsh keluar dari bilik air dengan badannya dibalut dengan tuala serta rambutnya basah. Arsh mengeleng kepala untuk mengeringkan rambutnya. Arsh tidak sedar akan susut badannya mampu membuat perempuan bertukar menjadi serigala.

"Air..Air.." Kata Arsh sambil membuka peti ais. Apa yang tinggal dalam peti ais Arsh hanya sebotol air jus oren 100% organik tanpa gula.

"Erk? Berapa lama aku tak beli barang dapur ni?" Arsh tersedar.

"Ha. Nampaknya terpaksa aku pergi bandar beli barang-barang dapur." Arsh garu rambutnya yang tidak gatal.

Arsh membuka penutup botol lalu meneguknya sambil menaiki tangga untuk ke biliknya. Arsh mencapai baju tshirt dan seluar track suit. Dia bergerak ke cermin dan menyikat rambut serta 'rutin' penjagaan muka dan rambutnya. Jangan terkejut Arsh cukup jaga penampilan dan kebersihan diri kerana itu dia mempunyai rutin perjagaan wajah dan rambut.

"Komputer."

"Tuan panggil saya?" muncul skrin besar diatas kepala Arsh.

"Keluarkan peralatan mengemas."

"Baik. Adakah termasuk set 'suri rumah'?"

"Suri rumah pun suri rumahlah. Hari biar aku mengemas. Kau pergi kemas kini data dan baiki apa-apa yang perlu dalam sistem kau." Arah Arsh.

"Baik!"

"Kalau berlaku kerosakan bagitau aku nanti aku temankan kau pergi kilang."

"Tuan..."

"Huh?" Arsh mengangkat kepalanya. Ternampak wajah yang sedang menangis.

"Kau kenapa komputer?? Rosak ke??" Arsh tanya dengan nada risau.

"Terharu. Tak sangka saya dapat tuan yang baik. Dahlah hensem baik pulak tu." Muncul tangan di skrin sambil mengelap air mata.

"Hoi.. Hoi.. Betul ke kau ni komputer ha, komputer?"

"Betullah tuan."

"Dah. Aku nak mengemas." kata Arsh yang telah siap memakai apron ungu dengan topi mengemas berwarna ungu. Arsh memakai sarung tangan sebelum keluar dari bilik tidur dan pergi ke ruang tamu.

Arsh mengambil pasu hiasan lalu ke tandas untuk dibersihkan dan bunga palsu juga dibasuh dan disidai di belakang rumah.

Arsh mengambil bakul lalu mengutip baju yang ingin dibasuh ke dalam mesin basuh elektroniknya.

Arsh kembali ke ruang tamu dan mula membersih atap syiling dari sawang-sawang. Kemudian dia menyapu setiap celuk rumahnya termasuklah bawah almari atau atas almari dan dipejuru rumahnya. Nasib baiklah rumahnya bulat tidak banyak penjuru.

Selepas menyapu dia memvakum ruang tamu untuk pastikan tiada sisa kotoran terlepas dari pandangan termasuklah atas kerusi dan meja.

Selepas selesai ruang tamu, ia mengemas pula di ruang dapur. Dia mengeluarkan semua pinggan mangkuknya yang berada dalam almari dan mencucinya semula kerana takut berdebu atau dikencing tikus. Walaupun dia tahu tiada tikus atas lipas dirumahnya kerana dikawal rapi oleh komputer tapi ini tetaplangkah berjaga-jaga. Dia dengan tekun mencuci, mengelap dan menyusun semula pingan, mangkuk, sudu, periuk, sudip, cawan dan sebagainya dengan rapi. Kemudian dia menyapu lantai serta mengemop lantai sehingga ke ruang tamu.

Arsh menukar sarung meja makan dengan yang baru manakala yang lama dia memasukkan kedalam mesin basuh. Dia menukar kain kusyen dikerusi makannya serta mencuci bunga palsu pada meja makannya. Dia mengelap kerusi serta disekelilingnya dengan penyembur anti-bakteria, anti-kuman, anti-kulat dan anti-lumut.

Selepas di ruang makan dia beralih ke bilik air. Walaupun rumah Arsh boleh dikatakan rumah kekampungan jika dibandingkan dengan rumah sekelilingnya yang serba canggih, Arsh tetap menjaga rumah peningalan keluarga dengan baik. Bilik air Arsh sangat canggih dan mewah kerana bilik airnya mengunakan bahan bermutu untuk syiling, dinding dan lantai. Jenis yang berkilat dan berkilau serta anti-kulat, anti-lumut serta anti-licin. Bilik airnya mempunyai bathtub yang dibuat dari kaca yang sangat bermutu. Walaupun diperbuat dari kaca tapi bathtub tersebut tidak buat siapa yang berendam dalamnya kelihatan.

Didalam bilik airnya juga terdapat air pancut yang akan muncul pemancut jika ada orang memerlukannya dan akan tertutup sendiri jika pengunanya tidak perlukannya. Singkinya diperbuat dari belian gred C tetapi tetap cantik seperti belian gred A yang mahal kerana singki ini dijaga dan dikilatkan dengan pengilat khas untuk pastikannya berkilat sentiasa.

Selepas penat mencuci tandas serta di sembur minyak pewangi yang menenangkan, Arsh ke bilik keluarganya lalu mengemas tanpa meninggalkan sisa habuk atau debu termasuklah cadar ditukar dengan yang baru. Kemudian barulah dia mengemas biliknya.

==========

Arsh tidak cuba membeli hard disk untuk komputernya membolehkan komputernya mengemas rumah dengan sendiri tanpa diarah kerana dia percaya dengan aktiviti mengemas ini dia akan jadi lebih bertenaga serta sihat kerana mengeluarkan peluh. Dengan aktiviti mengemas ini dia yakin yang dia berjaya tanam perasaan sayang pada rumah dengan mendalam.

Selepas mengemas rumah.

Arsh duduk di sofa yang ada dalam biliknya sambil membuka sarung tangan dan apron serta topinya.

"Huh! Penat betul. Nasib baiklah mesin basuh aku tu automatik tak perlulah aku menyidai baju." Arsh melepaskan lelah selepas 4 jam mengemas rumah.

"Tuan dah siap mengemas?" Tegur komputernya yang tiba-tiba muncul di depan Arsh. Jarak antaranya 15 meter.

Arsh yang menutup matanya kembali buka mata.

"Aah. Sekarang pukul berapa?" Arsh bertanya sebelum kembali menutup matanya.

Arsh rasa penat sangat kerana mimpinya pagi tadi telah menyebabkan badan Arsh bagaikan tidak berehat.

"Pukul 10 pagi, Tuan."

"Patutlah aku lapar. Aku tak makan pape pagi tadi."

"Tuan mahu saya memasak?"

"Ah~ Boleh juga sebab aku malas nak bangun dari duduk ni." Arsh memberi arahan.

"Baik!" Suara komputernya ceria sebelum hilang.

"Kenapa aku rasa penat sangat ni?" Arsh terlelap.

Dalam mimpi Arsh,

Arsh menyangka dia masih berada di sofa sambil menutup matanya tidak menyangka dia terlelap. Sebaik sahaja Arsh membuka mata dia terkejut kerana dia berdiri dikawasan gelap tanpa penghujung.

"Dekat mana ni?" Arsh bermonolog.

Tiada siapa. Sepi.

Tiba-tiba muncul tayangan sleq,

Arsh nampak suatu penduduk yang hidup dengan aman dan damai yang ketawa dengan riang sehinggalah muncul sesuatu yang menyebabkan tercetusnya peperangan yang membunuh ribuan nyawa. Banyak senjata digunakan untuk menentang raksasa yang tidak dikenali serta beratus orang menggunakan sihir untuk berlawan dengan ribuan raksasa kecil seperti pepatung berkepala ulat. Peperangan tercetus sungguh dasyat sehingga badan Arsh menggigil ketakutan.

"Apa semua ni?" tercurah-curah peluh Arsh yang ketakutan.

"Apa yang kau nampak itu terjadi 1000 tahun yang lepas." Suara garau yang mengerunkan tiba-tiba menjawab soalan Arsh.

"Siapa?"

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience