BAB 3

Horror & Thriller Completed 5896

Begitulah cerita bohong aku. Puasla aku malam tu. Cerita aku paling best antara semua yang bercerita. Tapi inilah yang menyusahkan aku selepas itu. Akhirnye cerita ni la yang memakan diri.

Lebih kurang seminggu lepas aku beritahu cerita bohong tu, cerita tersebut telah menjadi kenyataan. Hari tu Jumaat dan hari dah pun malam. Aku main game sampai tak sedar dah pukul 12.30 malam.

Said pula dah balik dalam pukul 10 lebih macam tu kalau tak silap aku. Bila aku perasan dah pukul 12.30, aku pun bersiap-siap nak balik, sebabnye, aku teringat cerita bohong yang aku ceritakan itu, aku sendiri jadi takut. Kalaulah ia betul-betul terjadi memang aku dah aniaya diri sendiri.

Mungkin terkencing aku kat situ. Bila aku habis kemas meja aku, tetiba aku terdengar, bunyi orang buat air kat pantry. Sebijik macam cerita bohong aku. Aku pun gabra la, memang aku tak nak buka pintu pantry tu.

Takut kalau aku betul-betul ade perempuan tu yang buat air macam dalam cerita rekaan tu.

Aku pun terus menuju ke pintu pejabat, kuncikan, lepas tu gerak turun tangga. Memang jantung dah berdebar-debar dah…

Masa kalut nak turun tu, terserempak pula dengan Said.

eh… tadi dah balik… die tegur aku,

“Nak balik ke?”.
Aku tak jawab, tanye die kembali.
“Kenape datang semula?”

Said balas,
“Tinggal barang, nak ambik sat, temankan aku.”

Aku pun dengan berat hati nye ikut Said naik balik ke pejabat…
Memandangkan aku memang tengah pegang kunci, aku pun tolongla bukakan pintu tapi aku tak nak masuk. Aku suruh Said je masuk, sambil pesan kat die jangan masuk pantry. Said angguk. Aku pun tunggu la kat luar pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience