Pasar pagi Kampung Gelugur. Waktu pagi.
Zaihan melihat-lihat jenis ikan yang ada di depan mata. Mulutnya meminta ikan cencaru barang sekilo. Beberapa orang makcik kampung yang memandangnya sambil berbisik-bisik buat perasaannya jadi lain.
“Ingat Miah. Jangan suka zalimi anak yatim. Tak baik. Berdosa besar!” tegas suara Mak Lijah sambil mengerling ke arah Zaihan. Setelah mengambil duit baki. Kakinya terus melangkah pergi dari situ. Mulutnya sudah menyumpah. Setibanya Ibu Zaihan di rumah, ikan dan sayur yang dibeli langsung diletakkan atas meja. Pintu bilik Musalmah diketuk kasar.
“Musalmah! Buka pintu ni!”
Musalmah tarik daun pintu dan perempuan muda itu meluru masuk.
“Eh, kau buat cerita apa pasal aku kat makcik kampung ni!”
Pucat lesi muka Musalmah bila wajah yang cantik itu tiba-tiba menyinga di depan mata.
“Mana ada saya buat cerita apa makcik.”
“Kau jangan nak tipu aku! Aku tahu, kau ada cakap pasal aku kat makcik kampung ni! Lagi sekali aku dengar kau cerita pasal aku, nahas kau, aku kerjakan!”
“Maizurah mana!”
“Mandi.”
Ibu Zaihan keluar dari bilik itu. Mukanya masih menyinga dan sebaik saja dia nampak Maizurah keluar dari bilik mandi, langkahnya maju mendapatkan budak itu. Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Maizurah. Musalmah berlari mendapatkan adiknya sebelum tubuh itu dipeluk.
“Makcik jangan pukul adik saya.”
“Kalau aku dengar lagi kau mengadu macam semalam pada ayah kau, siap kau! Aku piat-piat telinga kau tu sampai putus!”
Musalmah peluk adiknya dan bawa masuk ke bilik.
Terima kasih kerana sudi singgah
Share this novel