Sepanjang perjalanan Ratna hanya diam dibelakang.Hatinya gusar bila Eiyad memaklumkan Arjuna berada di hospital tak sedarkan diri.
Sudah lebih seminggu sejak peristiwa itu, dia menghalang Arjuna berjumpa dengannya.Malah nombor telefon Arjuna turut diblok oleh Ratna kerana dia tidak mahu diganggu lelaki itu.
Semua kata-kata Arjuna dia buat tak endah walaupun dia tahu Arjuna sering bertanya khabar pada adiknya Indah.Ada sesal dalam dirinya kerana melayan suaminya sebegitu.
Diya memandang Ratna dibelakang.Wajah Ratna yang basah dengan air mata itu dipandang kesian.
"Ratna kau tidur dulu ya? Nanti dah sampai kitaorang kejut kau"pesan Diya pada Ratna.
"Betul tu Ratna.Awak nampak penat nanti kesian baby."kata Eiyad yang sedang memandu.
*******
"Abang tak ada ke penerbangan lebih awal saya risaukan Arjuna ni?"soal Datin Habsah.
"Saya dah cek semua tak ada paling awal esok"kata Datuk Arif.
"Ya Allah selamatkan nyawa anak aku.Jangan kau ambil dia daripada kami.Jangan kau pisahkan dia dengan isteri dan anaknya"kata Datin Habsah.
"Jangan risau sangat, kita doa semoga semuanya dalam keadaan baik"kata Datuk Arif yang masih cuma mencari jadual penerbangan dari Istanbul ke KL
*****
Andika dan Maya masih menanti diluar bilik pembedahan.Keputusan doktor Arjuna tetap kena lakukan pembedahan untuk menghentikan pendarahan.
Doktor bertungkus-lumus melakukan pembedahan ke atas Arjuna.Eiyad berjalan ke arah tempat yang diberitahu Andika tadi.
Diya memegang tangan Ratna berjalan bersama.
"Abang tu Eiyad sampai"kata Maya yang ternampak kelibat Eiyad berlari ke arah mereka.
Eiyad bersalaman dengan Andika."Macamana dengan Arjuna?"soal Eiyad ingin tahu.
Ratna dan Diya bersalaman dengan Maya.Andika menggelengkan kepalanya.
"Doktor kata Arjuna ada ruptured spleen atau limpa pecah kesan trauma dari pukulan"kata Andika sambil memandang wajah Eiyad.
"Allahuakbar saya tak tahu pulak teruk macam ni"kata Eiyad cuba menghadam setiap kata-kata Andika.
Eiyad memandang wajah Ratna yang cemas.
"Along ni Ratna isteri kepada Arjuna dan ni Diya kawan Ratna.Dan Ratna ni Andika abang Arjuna dan ni Kak Maya isteri kepada Andika"Eiyad memperkenalkan Ratna kepada Andika dan Maya.
"Jadi awaklah Ratna yang Juna cerita pada kami.Minta maaflah Arjuna tak sempat nak kenalkan Ratna pada kami"kata Andika.
"Macamana dengan keadaan Arjuna sekarang?"soal Ratna.
"Doktor lakukan pembedahan untuk menghentikan pendarahan dalaman.Masa kami jumpa dia dekat rumah, dia pengsan dekat bilik air.Tapi Along pelik mana datang kesan lebam pada badan dia?"soal Andika.
Eiyad tak tentu arah.Dia kena bagitahu Andika tentang kejadian Arjuna kena pukul tempoh hari.
"Sebenarnya ada orang serang Arjuna dua tiga hari lepas.Saya ada cakap dengan dia pergi hospital buat pemeriksaan tapi dia tak pergi katanya sikit aje"kata Eiyad.
"Serang? Dekat mana? Kenapa tak bagitahu dengan Along?"soal Andika.
"Along macam tak tahu Arjuna macamana.Dia dari dulu suka berahsia sebab dia tak nak susahkan orang lain"kata Eiyad.
"Kenapa dengan awak Arjuna? Kenapa awak suka buat saya risau?"kata Ratna sambil memegang Diya.
Diya memimpin Ratna untuk duduk dikerusi menunggu."Ratna sabar ya doktor tengah rawat dia.Kita doakan yang terbaik untuk dia"kata Diya memeluk erat badan Ratna.
Pintu bilik pembedahan terbuka, pembedahan Arjuna telah berjaya.Jururawat menolak katil Arjuna keluar dari bilik pembedahan.
Ratna cepat menuju ke katil tempat Arjuna terbaring.
"Awak...kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak sanggup macam ni?"soal Ratna pada Arjuna yang sarat dengan wayar.
"Ratna sabar.Arjuna dah selamat.Kita tunggu dia sedar"kata Eiyad memujuk Ratna.
*********
Afrina mundar mandir dalam biliknya.Datin Nelly beritahu yang Arjuna masuk sebab kecederaan dalaman.
Ni mesti kesan daripada pukulan Raiqal tempoh hari.Dia mengigit jarinya risau kalau Datin Nelly tahu yang dia bersubahat dengan Raiqal.
Dia tak senang duduk.
********
Tangan Arjuna dipegang Ratna tidak mahu dilepaskan.Wajah pucat dan tidak bermaya itu dipandang.
"Awak....saya ada dekat sini.Saya dan anak kita tunggu awak.Saya tak sanggup tengok awak macam ni.Serba salah saya dengan keadaan awak.Saya halau awak , saya tak nak dengar awak cakap apa dan saya pisahkan awak dengan anak kita"Ratna mengucup tangan Arjuna.
Airmata Ratna merembes jatuh ke pipi.Bahu Ratna disentuh lembut dari belakang.
"Ratna sabar ya.Arjuna akan sedar tak lama lagi.Arjuna orang yang kuat Ratna.Dia pandai berdikari sendiri tanpa bantuan sesiapa.Dan Kak long pasti Arjuna pun akan kuat untuk orang yang dia sayang"nasihat Maya pada Ratna.
"Ratna baliklah dulu rehat"kata Andika.
Ratna menggelengkan kepalanya.Dia tidak mahu meninggalkan Arjuna lagi.
"Tak nak Ratna nak tunggu Arjuna sedar.Ratna tak nak tinggalkan Arjuna lagi.Nanti kalau Arjuna sedar Ratna tak ada macamana?"kata Ratna pada semua yang ada.
"Kalau macam tu kau kena jaga diri kau juga Ratna.Kalau kau sakit macamana nak jaga Arjuna"kata Diya.
"Aku janji aku akan jaga diri.Along Ratna nak minta izin jaga Arjuna"kata Ratna pada Andika.
Andika mengangguk kepala tanda setuju.
"Arjuna suami Ratna.Along tak ada hak nak halang.Tapi betul kata Diya jaga kesihatan juga"kata Andika.
**********
"Maafkan saya Arjuna. Ya Allah berikanlah kesembuhan dan rahmatmu untuk suamiku.Mudahkan jalan untuk dia sembuh seperti dulu.
Ratna membaringkan kepalanya disisi Arjuna.Dia memegang tangan Arjuna dengan erat.
Tangan yang sentiasa memimpinya.Walaupun sebesar mana amarah Arjuna dia tidak pernah mengangkat tangan kepada Ratna.
Cincin yang diberi oleh Andika tadi dipakaikan dijari Arjuna.Dia melelapkan mata kerana terlalu letih dan penat.
*******
Arjuna membuka matanya perlahan.Dia cuba mengingat apa yang terjadi pada dirinya.Semalam dia masih berada dirumah.
Dia cuba mengerakkan tangannya tapi terasa berat rupanya orang yang paling dia rindu ada disisinya.Wajah Ratna yang lena dipandang lama.
Dia mengusik hidung Ratna.Ratna rasa diganggu.Dia membuka matanya memandang wajah Arjuna yang sudah sedarkan diri.
"Awak...awak dah sedar.Awak tahu tak nak gugur jantung saya sebab awak.Boleh tak awak jangan buat saya risau?"kata Ratna pada Arjuna.
"Tak boleh"jawab Arjuna pendek.
"Kenapa? Awak dah penat ke tunggu saya? Awak dah putus asa ke?"soal Ratna pada Arjuna.
"Saya...nak awak yang jaga saya"pinta Arjuna.
"Apa-apa ujian saya akan hadap untuk keluarga kita"ucap Ratna sambil memegang tangan Arjuna.
Arjuna memerhati Ratna.
" Awak jahat. Saya ni separuh mati rindukan awak tapi awak buat tak tahu dekat saya"ucap Arjuna.
"Saya salah sebab saya tak percayakan cinta awak pada saya.I'm sorry"ucap Ratna.
Arjuna memandang wajah Ratna lama-lama.
"Ahh...berapa jahitan saya dapat ni? Asal sakit sangat ni?"kata Arjuna tiba-tiba memegang luka pembedahannya.
Ratna berdiri dia menyelak baju Arjuna."Doktor kata dalam dua puluh jahitan.
Arjuna terlopong.Dia mengeluh berat.
"Ahh badan saya dah kena jahit.Awak tahu tak bertapa saya lindung badan saya untuk awak.Sekarang ni badan saya parut tau"merungut Arjuna.
Ratna terkebil-kebil memandang wajah Arjuna.
"Ahh...sakit"jerit Arjuna sengaja.Ratna gelabah dia mahu keluar memanggil doktor tapi lengannya ditarik Arjuna.
"Awak tak rasa ke doktor tu ada keluarkan organ saya yang lain.Doktor ambil saya punya buah pinggang ke sebab saya rasa macam ada yang hilang"kata Arjuna mengenakan Ratna.
Ratna memukul dada Arjuna.Dia baru sedar yang Arjuna kenakan dia.
"Awak punya parut tu saya aje yang tengok.Ke ada orang lain yang nak tengok parut awak tu?"soal Ratna pada Arjuna.
Arjuna hanya mengenyitkan mata memandang Ratna yang sudah muncung sedepa.
Dia memegang tangan Ratna seeratnya.
Share this novel