MAB 36: PUASA PENUH

Romance Completed 902447

Hampir setahun usia perkahwinan Zahran dan Arianna. Mereka masih tinggal di kondo Zahran kerana rumah yang dibeli Zahran masih dalam proses ubah suai. Hujung minggu, rutin mereka akan bermalam di Villa Seroja dan kediaman TS Albert bergilir-gilir.

Malam ini mereka akan pulang ke Villa Seroja kerana esok adalah hari pertama puasa.

“I tak sabar nak puasa,” ujar Arianna saat kereta yang dipandu Zahran keluar dari kawasan letak kereta.

Zahran tertawa. “Kalau tak larat, makanlah. Then esoknya cuba lagi.”

“It’s okay. Tahun ni first time I puasa. I nak cuba puasa penuh satu hari. Kalau you dengar I cakap lapar ke, haus ke, you jangan suruh I berbuka. You have to encourage me to fast sampai ke garisan penamat.”

“Betul ni?”

“Betul.” Arianna mengangguk yakin.

“Okay. I will give you full support. Kalau you boeh habiskan sebulan, then I will give you present.”

“Wow…” Bersinar mata Arianna mendengar Zahran menyebut hadiah. “What present? Kalau kiss tak nak.”

“Bukan you suka?”

“Suka. But this is the first year I puasa, takkan dapat kiss je.”

“Kiss je?” Sengaja Zahran menekan perkataan ‘je’. “You stole my first kiss and you will have to pay for it for the rest of your life, remember?”

“Itu jelah yang you ungkit from the first day we’re married until now.”

“Of courselah. You penghutang, you takkan ingat hutang you. Tapi I pemiutang, I akan selalu ingat and will always remind you.”

“Dah dekat setahun I bayar tau. Every single day, more than ten times a day…”

“Itu pun baru 0.1 percent of the interest, baby.”

“Wah, lintah darat betul. Kalau tahu, lebih baik I cium tiang.”

Zahran tertawa. “You know what, the thought of our first kiss always makes me smile.”

“You smile or you laugh?”

“Both…Hahahaha!”

“Dah agak!” Zahran memang cukup suka mengungkit tentang ciuman konyol itu, kemudian mengutuk dan mentertawakannya.

“Apa kata anniversary kita nanti, kita pergi semula tempat tu and repeat the moment,” ujar Arianna.

“Boleh. Mintak mall tu tutup kawasan toilet tu sehari suntuk, pasangkan lampu LED, tabur bunga ros, and jangan lupa upah pemuzik, to liven up the atmosphere.”

Arianna terkekeh. “Our first meeting wasn’t romantic, was it? Tak bolehlah. Kenapalah kita tak jumpa depan Eiffel Tower ke, Venice ke, Summitov ke, or at least depan tasik KLCC. Why must it be in front of the toilet?”

“It’s all your fault,” balas Zahran selamba.

“My mistake has given us a sweet ending right?”

Zahran tersenyum. Dengan tangan memegang stereng kereta, tangan kirinya dilingkarkan ke bahu Arianna. Sedikit menarik tubuh isterinya itu ke arahnya, satu ciuman dia hadiahkan ke puncak kepala Arianna.

“Not sweet ending, honey. Sweet beginning.”

Arianna tersenyum. “Yeah.”

.
. .

HARI pertama puasa, Arianna sengaja mengambil cuti, konon mahu menyediakan masakan istimewa untuk berbuka puasa. Walaupun hari ini dia berada di Villa Seroja, namun tetap saja dia mahu menyediakan sekurang-kurangnya pencuci mulut untuk buka puasa mereka.

Namun, ketika jarum jam baru menginjak pukul 11 pagi, perutnya sudah merintih kelaparan. Terasa letih seperti sudah seminggu tidak menjamah makanan. Mahu mengangkat tangan saja tidak mampu, apatah lagi mahu menyediakan pencuci mulut.

Tidak mahu terlalu melayan rasa lapar dan letih itu yang dia yakin hanya mainan minda, dia akhirnya bangkit dari katil. Lebih baik dia keluar, membeli bahan untuk membuat pencuci mulut, daripada dia bermalas-malas di dalam bilik dan membuat matanya beberapa minit sekali asyik melihat jam.

Setelah menukar pakaian, dia mencapai telefon lalu menaip mesej kepada Zahran. ‘I nak keluar beli barang sekejap. Thinking of preparing a dessert for buka puasa.’

Setelah menghantar mesej itu, dia keluar dari bilik, sebelum terserempak dengan Irdina yang juga baru keluar dari biliknya.

“Nak keluar ke?” tanya Arianna.

“Yup. Nak keluar beli barang sikit. Zahrin request nak makan butter prawn.”

“Oh, I pun nak keluar beli barang jugak.”

Langkah Irdina yang sedang mendahului Arianna menuruni tangga terhenti.
“Nak keluar sekali dengan I?” tanyanya sambil toleh memandang Arianna.

“Ermmm…Boleh jugak.” Arianna segera menyetujuinya. Jika tidak bersama Irdina, dia terpaksa meggunakan pemandu kerana dia masih trauma memandu selepas kemalangan bersama Qaiser. Trauma itu sebenarnya sudah tidak begitu mengganggu emosinya, cuma disebabkan sudah lebih lima tahun tidak memandu, dia jadi kekok.

“Okay.”

“You selalu masak?” tanya Arianna. Ketika itu mereka sudah di pasar raya, menolak troli sambil mata melilau mencari bahan yang diperlukan di rak.

“Selalu jugak, sebab I kerja dari rumah,” jawab Irdina sambil tangan mencapai kotak serbuk puding dari rak.

“Oh…Zahrin cerewet makan?” tanyanya.

“Sangat. Sebab dia pandai masak.” Irdina tertawa. “Sebab tu kalau I nak masak, I kena tanya dulu apa yang dia nak makan. Nanti dia akan bagitahu siap dengan detail dia nak makanan tu rasa macam mana. Kalau butter prawn, dia nak sarang tu mesti halus-halus, bukan kasar-kasar makan scramble eggs. Udang tak boleh over cooked. Butter tak nak sampai pecah minyak. Dan telur yang kita jadikan sarang tu mesti tos betul-betul, tak nak ada setitik minyak.”

Arianna turut tertawa. Tidak jauh bezanya dengan Zahran, cuma dari cerita Irdina, Zahrin bunyinya lebih cerewet.

“Kenapa you tanya? Zahran cerewet?” tanya Irdina.

“Entahlah. I…jarang masak. Setahun ni rasanya tak sampai 10 kali I masak. Bila I masak, Zahran rasa sikit je, because he’s not really into vegan food.”

“Oh…”

“I nak masak ayam ke daging ke, rasa macam tak boleh sebab…you know…I terbayang seksanya binatang tu kena sembelih…” Arianna meringis setiap kali memikirkan tentang itu yang membuat keinginannya untuk memasak makanan untuk Zahran terbantut.

“Zahran macam mana?” tanya Irdina.

“Maksudnya?”

“Dia pernah mintak you masak?”

“Tak.”

“So, should be no problem. Jangan paksa diri untuk buat sesuatu yang you tak nak dan tak boleh buat. Zahran pun tak suruh dan tak tuntut apa-apa, jadi you tak perlu susah hati.”

“You think so?”

“Yeah. Lagipun sejak sebelum kahwin dia dah tahu you’re a vegan. So, mesti dia dah masukkan ciri tu dalam pertimbangan dia before he decide to marry you.”

Arianna tersenyum. “You know what, sekarang baru I rasa lega.”

Irdina tertawa. “Why? You rasa bersalah sebab tak pernah masak untuk dia?”

“Bukanlah rasa bersalah, tapi macam…entahlah. My mom always cook for the family. Bukanlah betul-betul memasak, sebab dia jenguk-jenguk sekejap je ke dapur. Tapi dia selalu involve dengan proses memasak. She will taste all the food, make sure semua cukup, sedap, then baru serve atas meja. Tapi I tak boleh macam tu sebab makanan I dengan makanan Zahran tak sama.”

“Arianna…Marriage is not just about cooking food for the husband. Impress him in bed, keep him sexually satisfied, then he won't bring up about you cooking for him or not. Remember…” Irdina menghentikan langkahnya. Anak mata Arianna ditatap lekat membuat Arianna seperti dipukau membalas tatapan itu. “…makanan dia boleh cari kat luar. But, to satisfy his sexual needs, make sure he comes home looking for you.”

“Macam tu…” Arianna memanggut-manggut.

ZAHRAN menjatuhkan tubuhnya di kerusi sebaik sahaja pulang dari menemui client. Sebelum itu dia menghadiri mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam. Letih. Seluk saku seluar, telefonnya ditarik keluar. Meyentuh skrin, dia melihat ada tiga notifikasi mesej daripada Arianna.

‘I nak keluar beli barang sekejap. Thinking of preparing a dessert for buka puasa.’ Zahran melirik jam di pergelangan tangannya. Sudah lebih empat jam Arianna menghantar mesej itu.

‘Tadaa! Creamy vegan butternut squash pudding for buka puasa.’ Tersenyum dia melihat gambar swafoto Arianna bersama puding yang dimasaknya.

‘Lapar.’ Mesej terakhir Arianna yang dihantar lebih sejam yang lalu itu membuat dia tertawa.

‘Puasa.’ Zahran membalas singkat, sebelum meletakkan telefonnya ke tepi. Tidak mungkin dia menyuruh Arianna berbuka kerana semalam isterinya itu sudah mengingatkannya supaya jangan menyuruhnya berbuka. Sekarang mungkin Arianna sengsara kelaparan. Nanti bila sudah kenyang, dia pula dipersalahkan kerana menyuruhnya berbuka.

Baru mahu fokus kepada Macbook di depannya, telefon Zahran bergegar lagi. Malas melayan, namun bimbang jika mesej penting. Dicapai telefon itu lalu melihat notifikasi. Arianna lagi.

‘Nak makan.’

‘Tunggu Maghrib.’ Laju tangan Zahran menaip balasan.

‘Lambat lagi.’
Belum sempat Zahran meletak telefon, Arianna sudah membalas mesejnya.

‘Tidur dulu.’

‘Lily kata kalau tidur batal puasa.’

Zahran tertawa. Aduh, seramai-ramai orang, mengapa kata-kata Lily yang Arianna percaya?

‘Jangan percaya Lily tu. Dia belajar pun belum habis, dah pandai keluar hukum.’

Tiada balasan lagi daripada Arianna selepas itu, membuat Zahran kembali tenang fokus dengan kerjanya. Sudah tidur barangkali tanpa bimbang puasanya terbatal.

.
. .

DUA puluh minit sebelum pukul tujuh petang, baru Zahran sampai ke Villa Seroja. Itupun dia sudah keluar awal dari pejabat, namun tetap juga lambat sampai ke rumah kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Bulan puasa memang selalunya syarikat membenarkan pekerja pulang sejam lebih awal.

Melangkah masuk ke dalam bilik, Zahran melihat Arianna terdampar di atas katil. Tengkurap dengan kedua-dua tangan dan kaki yang tidak berseluar itu terdepang. Sudahlah tubuhnya nipis, berbaring seperti itu dengan drop shoulder tee dress yang sengaja direka besar tersarung di tubuhnya, kelihatan tidak ubah seperti kain alas kaki di depan pintu bilik mandi.

Parah benar keadaan Arianna di hari pertama puasa. Zahran melabuhkan duduk di sisi katil. Telunjuk disua ke hidung Arianna. Mendesah lega dia apabila masih boleh merasa hembusan nafas Arianna. Bimbang juga dia melihat isterinya itu kaku tidak bergerak.

Tidak mahu mengganggu tidur Arianna, diangkat tubuhnya dari katil berniat mahu membersihkan diri sebelum turun berbuka puasa.

“B…” Arianna menggumam, membuat langkah Zahran terhenti.

Toleh, dia melihat Arianna sudah terlentang, dengan mata terkedip-kedip memandang siling.

“Lagi 40 minit,” ujar Zahran.

“I’m dying…”

“But, you’re alive.”

“B, come here…”

Zahran menurut. Arianna mengangkat tubuhnya dari katil. Kedua-dua tangannya bergerak menangkup wajah Zahran. Matanya yang separuh terbuka itu merenung Zahran lama.

“B…I tengok kepala you pun nampak macam cendawan kepala monyet goreng berempah.”

Berdecit geram, Zahran menunjal kepala Arianna dengan telunjuknya.
“Muka handsome macam ni you boleh kata cendawan kepala monyet?!”

“Suami handsome tak buat I kenyang.”

Malas melayan Arianna, Zahran bangun dari katil, meneruskan niatnya yang tertangguh tadi.

“Nak pergi mana?” tanya Arianna.

“Mandi. You dah mandi?”

Arianna tersengih. “Kenapa, nak ajak mandi sekali ke?”

“Puasa.”

Arianna mencebik. “Mandi je kan. Bukan buat apa pun.”

“I don't trust you,” ujar Zahran lalu melangkah walk-in closet.

“You tak percaya I atau you tak percaya dengan iman you yang senipis gegendang telinga tu?"

"Dengan you, jangan kata iman, sabar pun boleh nipis."

Panjang muncung Arianna dengan jawapan Zahran. Cubalah di bulan puasa yang mulia, berkata yang manis-manis menyedapkan telinga isteri. Bukankah dapat pahala? Ini ayat yang keluar dari mulutnya sentiasa menyebalkan. Mujurlah kacak. Cuba kalau hodoh, apa saja yang boleh dipuji? Sudahlah hodoh, mulut pun jahat.

"Turun buka puasa nanti I tak nak pakai seluar! I nak pakai baju ni je!" Geram, hanya itu yang terlintas di otaknya untuk membalas Zahran.

"Buatlah kalau berani."

“Nak masuk mandi sekali!” jeritnya.

Tiada jawapan daripada Zahran, namun Arianna mendengar pintu bilik mandi dikunci membuat dia terkekeh.

TURUN ke ruang makan, Arianna bersandar lesu pada kerusi, menunggu waktu berbuka puasa. Tidak langsung dia menyampuk atau mengambil tahu apa yang dibualkan di meja makan itu. Matanya hanya fokus kepada air. Jus epal dengan titisan air pada gelas benar-benar membuat air liurnya hampir menitis keluar.

“Auntie macam dah nak mati,” ujar Lily tiba-tiba, yang membuat mulutnya dijentik oleh Zahrin.

Arianna mahu ketawa namun dia benar-benar letih. Ya, dia seperti mahu mati sekarang. Mati kehausan. Dia faham maksud Lily kerana dia benar-benar kelihatan seperti orang nazak sekarang.

“You can start preparing funeral wreath for me. White roses please..Fresh flowers…” ujarnya.

“Semalam beria-ia nak puasa,” ujar Zahran.

“Thank you so much sebab tak suruh I berbuka,” ujar Arianna.

“Esok kalau tak larat, puasa separuh hari je dulu. First time kan, belum biasa,” ujar PS Wahida. Kasihan pula melihat menantunya itu benar-benar seperti menunggu ajal.

“Tak apa…Tak apa…Ari nak puasa,” ujar Arianna.

“Bagus…Bagus…Semangat macam nilah yang kita nak,” ujar TS Zahari.

AZAN Maghrib berkumandang membuat Arianna seperti mahu melompat gembira. Laju tangannya mahu mencapai air, namun semua orang menadah tangan terlebih dahulu mengaminkan doa buka puasa yang dibaca TS Zahari membuat dia turut menadah tangannya.

“Amin…”
Pantas Arianna mahu mencapai air epal yang sejak tadi menggoda matanya, namun lagi-lagi hasratnya terbantut apabila melihat semua yang berada di meja itu makan kurma terlebih dahulu. Perlahan tangannya terhulur, mengambil sebiji kurma lalu mengunyahnya dengan susah payah.

Anehnya selepas menghabiskan sebiji kurma itu, keinginan yang membuak-buak mahu meneguk air tadi serta-merta sirna. Mencapai gelas, hanya sedikit dihirupnya sebelum mula menjamah nasi.

Seketika suasana di meja makan itu senyap kecuali bunyi dentingan sudu dan garpu dengan pinggan. Liyyan yang selalunya tidak tahu diam itu diberi iPad oleh Irdina supaya tidak mengganggu waktu buka puasa mereka.

Selesai buka puasa, Arianna tersandar kekenyangan sambil mengusap perutnya. Tidak pernah dia rasa makan senikmat ini sepanjang hidupnya.

“So, how’s your first day?” tanya Zahran.

“Terrible, but…fun…” Arianna tertawa mengingat tingkah konyolnya sian tadi.

“Pengalaman pertama, biasalah..” ujar PS Wahida.

“Oh…Ari ada buat dessert tadi.Trylah” Teringat pencuci mulut yang dibuatnya tadi, Arianna menegakkan tubuhnya. Diambil satu cawan aluminium berisi puding lalu diletak di atas pinggan Zahran.

“Penat-penat puasa pun sempat buat puding,” ujar PS Wahida. Satu cawan puding diambil sebelum diletak di atas pinggan suaminya.

“Bosan.” Arianna terkekeh sambil turut merasa puding yang dibuatnya itu. Sungguh dia teruja kerana ini kali pertama dia memasak sesuatu untuk keluarga Zahran.

“Sedap,” puji Irdina. “Tak manis sangat.”

Tersenyum Arianna menerima pujian itu sebelum dia menoleh memandang Zahran.
“Sedap tak?”

“Sedap.”

Satu patah kata daripada mulut zahran itu membuat segala keletihannya seharian ini hilang begitu sahaja. Membuat otaknya mula befikir, pencuci mulut apa yang akan dia masak esok.

SELESA buka puasa, Arianna merebahkan tubuhnya ke katil. Perut sudah kenyang, matanya pula mengantuk tidak boleh dibawa berbincang.

“Arianna…Bangun…” Suara Zahran itu membuat kelopak mata yang hampir terkatup, celik semula.

“Solat Maghrib dulu…” ujar Zahran.

“Dah puasa pun kena solat jugak ke?”

“Kenalah. Dua-dua wajib.”

“Boleh tak I solat esok je? Maghrib esok I buat double. I mengantuklah B…Tak boleh nak bukak mata.”

“Tak boleh. Solat Maghrib je dulu, Lepas tu tidurlah. Isyak boleh solat lepas sahur nanti.”

“Nak tidur…”

Tiada jawapan, sebaliknya Zahran sudah menarik kaki Arianna sehingga berjuntai di katil, membuat isterinya itu merengek marah. Tidak peduli, tangan Arianna ditarik lalu sedikit menyeret isterinya itu ke bilik mandi.
“Ambik wudu’, nanti terus pergi bilik solat. Ayah dah tunggu kat sana,” ujar Zahran.

Mahu tidak mahu terpaksalah Arianna menurut. Keluarga Zahran memang cukup tegas tentang solat. Maghrib dan Isyak selalunya berjemaah setiap kali dia dan Zahran pulang bermalam di Villa Seroja.

SELESAI solat, Arianna tersandar di dinding, melayan kantuknya yang masih belum hilang. Saat bapa mentuanya membacakan doa pun, kedua-dua tangannya hanya menadah di pangkuan sahaja. Benar-benar mata dan tubuhnya sudah tidak boleh diajak berkompromi. Tidak tahu berapa lama dia tertidur di bilik solat itu, sehingga akhirnya dia dikejutkan Zahran supaya tidur di bilik. Tidak bertanya banyak, dia terus saja mengikuti langkah Zahran kmenuju ke bilik. Saat melihat katil, terus saja dia berbaring tanpa menanggalkan telekung.

Menggeleng Zahran melihat tingkah isterinya itu. Duduk di birai katil, dia menanggalkan telekung Arianna.

Tersenyum dia mengingat tingkah Arianna di hari pertama puasa.
“Proud of you,” ujarnya.

.
. .

SEBULAN berlalu dengan cepat dan Arianna berjaya melalui Ramadan pertamanya dengan sempurna. Ya, sempurna tanpa tertinggal sehari pun walaupun hampir setiap hari dia rasa seperti mahu berbuka ketika jam menginjak ke pukul 11 atau 12 tengah hari. Pada waktu itu, perutnya terasa lapar luar biasa. Mujur juga Zahran tidak pernah lunak dengan rengekannya sehingga dia berjaya melaluinya hari demi hari.

“For you…” Sebuah kotak berwarna biru Tiffany diletakkan di atas meja ketika Arianna membetulkan letak baju kurung moden pada tubuhnya. Baju rayanya yang pertama dan dihadiahkan oleh PS Wahida. Warna yang sama untuk mereka sekeluarga. Hijau pudina.

“Wow…” Tidak dapat menahan senyum, Arianna membuka kotak persegi sama yang terpampang logo Tiffany itu. Bersinar matanya melihat knot double row hinged bangle in rose gold dengan tatahan berlian di dalam kotak itu.

“Hadiah sebab puasa penuh tahun ni,” ujar Zahran.

“Awwh…Thank you…I love you.” Memusingkan tubuh, dia berjengket mencium pipi Zahran yang sedang membutangkan baju melayunya.

“Love you too.”

PULANG dari solat hari raya di masjid, ruang makan mereka tuju. Sudah terhidang segala macam juadah raya di atas meja.

“Semua ni Ari boleh makan, kecuali yang hujung sana tu.” PS Wahida menunjuk ke arah lemang, ketupat, nasi himpit, dan rendang vegan yang menggunakan nangka muda menggantikan ayam di atas meja itu.

“Nasi minyak tu sebab guna minyak sapi, Ari tak boleh makanlah kot. Tapi tadi ibu dah mintak tukang masak masakkan nasi minyak vegan untuk Ari. Sekejap lagi masak la tu kot.”

“Thanks bu.”

“You’re welcome.”

“Hai semua. Selamat Hari Raya…” Zara yang muncul setelah semua orang balik dari solat raya menyapa sebelum menarik kerusi dan duduk di depan Arianna.

“Hari raya pun bangun lambat, patutlah kena tinggal dengan boyfriend.” Celupar Zahran berkata membuat bahunya dipukul kuat oleh Zara.

“Orang uzurlah. Bangun awal pun nak buat apa. Baik tidur.”

Malas mempedulikan abangnya, Zara mencapai pinggan lalu meletakkan nasi himpit dan kuah kacang, Duduk menikmati ‘signature dish’ ibunya setiap kali hari raya itu, matanya tertancap pada bangle di pergelangan tangan Arianna.

“Cantik bangle tu,” ujarnya.

“Oh…” Arianna tertawa sambil melirik Zahran. “…hadiah sebab Kak Ari puasa penuh tahun ni.”

“Wow…Kenapa masa Zara puasa penuh dulu ayah tak bagi hadiah pun.” Zara sedikit merungut.

“Sebab kau anak pungut,” ujar Zahran.

Zara berdecak marah. Tulang ayam yang baru dikeluarkan dari mulutnya dicampak ke arah Zahran.

“Nampak sangat ayah tak sayang kau.” Zahrin pula menimpal membuat dia dan Zahran terkekeh-kekeh melihat wajah Zara yang sudah bertukar masam.

“Ibu…”

“Kan dulu ayah ada beli basikal sebab Zara puasa penuh,” ujar PS Wahida.

“Itu masa berapa tahun bu…”

“Yalah. Dah besar-besar ni, mana puasa penuh dah,” balas PS Wahida.

“You puasa penuh tahun ni?” Irdina bertanya sambil memandang Arianna dengan wajah seperti tidak percaya.

Pertanyaan Irdina itu membuat semua mata di meja itu terarah kepada Arianna.

“Ari puasa penuh, tak tinggal satu hari pun?” PS Wahida pula bertanya dengan wajah berkerut.

“Yalah, puasa penuhlah. Kenapa semua orang tak percaya?” Sedikit kecewa Arianna melihat reaksi mereka. Apa mereka tidak percaya, dia berjaya melakukannya?

Share this novel

Azie Sitam
2022-10-04 18:56:07 

sure la mengandung tuuu...

norsila
2022-10-02 02:39:02 

yess2 mgandung hahaha

Roshasniah Mustafa
2022-10-01 21:49:33 

ari ngandung..yey


NovelPlus Premium

The best ads free experience