Bau lavendar seolah-olah bercampur dengan bau yang aku sendiri tak tahu nak cakap busuk atau wangi.
Tadi lepas Hajar balik bilik dalam keadaan basah kuyup, terus aku temankan dia ke sini.
Tandas perempuan.
Aku tunggu dia di luar sahaja. Lagipun macam tiada keperluan pula untuk aku masuk.
Jadinya, di sinilah aku. Termenung seorang diri dekat bangku yang disediakan di luar tandas.
Dari tadi lagi aku tersenyum sendiri. Bukan apa, tapi aku rasa lawak pula bila teringat tentang kejadian yang menimpa Hajar tadi.
Lepas saja aku tegur dia sebab badan dia basah kuyup, terus dia menempel dekat aku. Aku perasan aje yang dia tengah menangis walaupun aku nampak yang dia dah bersusah payah cover mukanya.
Tapi tak lama pun dia mampu sorok air mata dia tu... Akhirnya, dia juga yang teresak-esak di bahu aku.
Aku sendiri pun tak tahulah kenapa si Hajar tu sampai teresak-esak sangat. Padahal masalah kecil sahaja.
Sebab tu sekarang ni aku tergelak seorang diri. Jahatkan aku? Gelakkan kawan.
Nasiblah. Siapa suruh berkawan dengan aku, kan? Hehe.
Lepas Hajar dah berhenti menangis, aku paksa dia cerita dekat aku masa tu juga. Yelah, risau juga sebenarnya. Mana tahu tiba-tiba tadi dia terjatuh lopak air lepastu dilenyekkan kereta ke kan...
Dan ya! Tekaan aku hampir betul.
Hajar bagitahu yang dia terjatuh dalam lopak air dekat bahagian parkir kereta masjid. Katanya, dia baru nak on the way masuk ke dalam bahagian masjid, entah kenapa tiba-tiba dekat lopak tu jugalah dia nak terjatuh.
Sudahlah terjatuh, bila nak bangun kaki cramp pula.
Itu namanya sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi aku ingat dah stop sampai situ sajalah.
Rupanya, tak cukup tangga nak hempap Hajar, ada pula escalator menghempap.
Ada seorang budak yang entah anak siapa tercurahkan air mineral dari botol yang dipegangnya.
Budak itu tersalah pegang botol itu. Dia pegang dalam keadaan terbalik. Tengok-tengok dah selamat membasahi Hajar.
Belum sempat Hajar nak bangun, datang pula seorang lelaki berkopiah. Rupanya budak yang mencurahkan air ke kepala Hajar tadi merupakan anak lelaki tersebut.
Apa yang membuatkan Hajar menangis teresak adalah apabila lelaki tersebut memarahinya. Tak fasal-fasal Hajar dituduh bergelut dengan anaknya.
Dan ketika itulah aku mengeluarkan tawa aku yang tersangatlah 'sopan'.
Apa kenalah dengan lelaki tu? Boleh pula tuduh perempuan cantik macam Hajar tu bergelut demgan budak kecil? Agaknya dia baru lepas kena marah dengan bini dia mungkin...
Pelikkan kenapa Hajar nak menangis? Satu kelemahan dia yang tak ramai tahu tapi patut tahu.
Dia automatik akan jadi lembik kalau ditengking atau diamarahi oleh mana-mana lelaki.
Aku pun tak faham macam mana dia boleh jadi macam tu. Nak gelak, rasa macam jahat pula. Tapi tulah, aku dah tergelak dah pun.
Selepas sepuluh minit aku termenung, barulah Hajar memunculkan dirinya di sini.
Sekejap. Ni Hajar ke?
Hajar pandang aku. Aku pandang dia. Lama jugalah kami berbalas pandangan. Bila masing-masing dah tak tahu nak cakap apa, Hajarlah yang memecahkan kejanggalan antara kami berdua.
"Kau kenapa pandang aku macam tu?"
Aku tak terus menjawab soalan yang diajukan. Sebaliknya, aku terus pandang dia sedalam-dalamnya.
"Ratna... Ka... kau kena rasuk ke tadi?"
Aku nampak wajah Hajar bertukar pucat. Aku tak tahulah kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dekat Hajar sekarang ni.
"Aja. Kau pergi tukar semula baju kau sekarang," arahku.
"Kenapa? Apa yang tak..."
Sebelum Hajar sempat berkata apa-apa, aku terus memotong ayatnya.
"Baju kau terbaliklah! Sebelum ada orang lain nampak, baik kau tukar semula!"
•••
"Kau memang tak nak ikut aku baliklah ni, Ratna?"
Soalan yang sama Hajar tanya aku. Dah dekat lima kali dah dia soal soalan yang sama. Aku harap, tak adalah dia nak tambah jadi yang keenam lepas ni.
Jawapan aku tetap sama. Aku tak akan ubah walau dia paksa aku macam mana sekalipun.
"Hajar Shakira. Aku cakap no means no, faham?"
"Betul ni?"
Ya Allah... Apa lagi yang budak ni tak faham? Aku rasa aku dah jawab menggunakan bahasa yang mudah difahami dah. Bukan aku cakap bahasa tamil pun.
"Kalau kau tak nak ikut aku balik sebab ada abang-abang aku, jangan risaulah. Along dengan angah tak ada dekat rumah. Dia orang berdua ada kerja dekat Pulau Pinang. Tinggal lagi empat orang tu ajelah."
Pap!
Ha! Tak fasal-fasal dahi Hajar aku tunjal. Habis tak seimbang badan kawan aku yang seorang ni.
"Yang empat orang tulah yang buat aku sakit hati, tahu? Along dengan angah tu nampak jugalah matangnya. Adik kau yang tingkatan empat tu... Kalau bukan sebab aku fikir yang dia anak orang, dah lama kena luku dengan aku. Dia punya kurang ajar tu memang dah tak boleh bawa bincang. Buat sakit hati aku aje tahu?"
Sejujurnya, banyak sebab kenapa aku tak nak ikut Hajar balik ke rumah dia. Dan salah satunya sebab inilah... Adik beradik dia yang menyakitkan hati. Dahlah semuanya lelaki. Bukan aku nak cakap bukan-buka fasal keluarga dia...
Tapi...
Tapi...
Haih. Entahlah. Susah aku nak cakap.
"Sedap betul kau mengutuk adik aku eh? Tapi apa yang kau cakap tu memang betul pun. Aku pun rasa macam tak nak mengaku yang dia tu adik aku."
Hajar tersenyum sumbing ke arah aku. Kemudian, dia bergerak ke katilnya. Berguling-guling sambil pandang aku dengan muka yang seakan masih memujuk.
"Aja, memanglah adik beradik kau tu salah satu penyebab aku tak nak ikut kau balik. Tapi banyak lagi sebab lain. Kau tahu kan? Kalau aku tak balik rumah aku cuti semestar kali ni, macam mana aku nak lunaskan tempahan aku? Macam mana aku nak dapat income untuk sara diri aku masa dekat sini nanti? Lagipun, aku perlukan lebih masa untuk berseorangan, aku perlukan ruang untuk bermeditasi sendiri. Kau faham kan, Hajar?" kataku.
Kalau aku tak balik ke rumahku cuti kali ni, aku rasa aku akan menghadapi satu masalah besar.
Masa cuti akhir semestar lepas, aku pulang mengikut Hajar. Dan memang aku hadap masalah besar.
Ketepikan dulu fasal adik beradik Hajar yang mereng tu. Apa yang lebih mustahak adalah wang perbelanjaan.
Aku duduk seorang diri sejak tiga tahun lepas. Memanglah nampak mudah sebab aku memang dah dapat biasiswa untuk ke universiti. Tapi korang fikir yang duit biasiwa tu tanggung juga ke makan minum aku? Barangan keperluan aku?.
Itu semua aku perlu gunakan wang sendiri. Dan sebab itulah aku ada buka satu perniagaan kecil bila aku dah berada di rumahku sendiri.
Aku ambil tempahan menjahit.
Pada awalnya, memang tak ramai yang berani tempah dengan aku. Kata mereka, aku orang muda, mana mahir buat kerja macam tu.
Tapi lepas aku dah buktikan yang aku boleh, ramai pula yang suka hasil jahitan aku. Jadinya, memang ramai yang akan menempah bila aku balik ke sana.
Kalau aku ikut Hajar, hanya ada satu, dua tempahan sahaja. Tak fasal-fasal aku pergi jadi pelayan kafe hari tu.
Dahlah aku memang tak suka kerja di kafe atau mana-mana kedai. Aku ni sejenis yang payanh sikit nak berkomunikasi.
Kalau nak buka service menjahit di bandar sana, memang susah. Semestinya mereka lebih memilih butik-butik mewah walaupun harganya mencekik tulang.
Aku menjeling ke arah Hajar sekilas.
Tak cukup dengan sekadar menjeling, aku memusingkan lagi kepalaku ke arahnya.
Dan aku nampak...
Aku nampak Hajar dah tertidur. Maknanya tadi aku cakap dengan air liur basi dia ajelah, kan?
Sakit pula hati aku ni...
Share this novel