BAB 7

Humor Completed 9296

Iman Soraya sudah tidak senang duduk. Dibetulkan tudung di kepalanya yang sedikit senget. Alhamdulillah dia sudah mengambil keputusan untuk berhijab dan semoga dia terus istiqamah dengan perubahan ini. Ini semua antara lainnya berkat dorongan dan sokongan dari seseorang yang baru sahaja dia kenali dua minggu lepas. Dia mengenali Kak Natasha sewaktu dia teragak-agak untuk masuk ke masjid universiti. Ketika itu dia berniat untuk melunaskan hajat Aidil yang mahu menderma di tabung masjid universiti. Dia sangkakan tugas itu mudah tetapi apabila dia berada di hadapan masjid baru dia rasa kesusahannya.

Ketika itu dia tidak berhijab. Masakan dia tegar untuk memasuki rumah Allah dengan tidak menutup aurat dengan sempurna. Saat itu juga air matanya mengalir membasahi pipi. Mujurlah ketika itu kawasan masjid lengang. Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang. Dia berpaling ke arah orang yang menyentuh bahunya dan dia terlihat seseorang yang berseri-seri air mukanya sedang tersenyum kepadanya. Itulah detik dia mengenali Kak Natasha. Kak Natasha telah meminjamkan pashmina yang sentiasa dia bawa kepada Iman Soraya untuk dipakai sebelum masuk ke dalam masjid.

Perkenalan mereka tidak berakhir di situ sahaja. Kak Natasha banyak memberi kata-kata semangat kepada dirinya selain selalu mengajaknya ke surau atau masjid. Pada Kak Natasha juga banyak persoalan dia ajukan. Alhamdulillah persoalan yang dahulu tiada jawapan kini sudah semakin jelas. Kefahamannya terhadap Islam juga bertambah.

Dia harus berterima kasih kepada Kak Natasha yang begitu mengambil berat akan dirinya. Sengaja dia tidak menceritakan perihal Kak Natasha ini kepada Aidil. Perancangan asalnya dia mahu bercerita akan jasa Kak Natasha ini setelah dia membuat kejutan kepada Aidil dengan berhijab pada hari sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience