BAB 10

Horror & Thriller Completed 5896

Hal ini berlaku beberapa tahun lalu ketika saya masih bekerja di sebuah syarikat cetak baju di utara tanah air.

Pada malam kejadian nak dijadikan cerita, ada job urgent yang kena kitorang siapkan jadi saya dan dua rakan yang lain iaitu Khalid dan Ahmad kena buat kerja lebih masa.

Masa tu dalam pukul 2.30 pagi kot, kawan saya si Ahmad yang bekerja dibahagian pengeluaran di tingkat atas premis dengan saya mengadu penat dan minta saya buat kerje sendirian dulu sebab dia tak tahan sangat dah. Rasa mengantuk, so saya tolong la buat kerje untuk dia.

Si Ahmad ni dah nyenyak tidur kat dalam bilik bos, saya ni sendirian buat kerje kat pengeluaran sambil dengar radio.

Masa saya tengah buat blok untuk print baju, saya rasa satu macam punya seram. Namun, saya buat tak tau jela kerana pada fikiran saya mungkin tu perasaan saya je kot.

Lepas tu saya perasan ada something kat penjuru bilik production tu. Apabila saya toleh saya nampak diri saya tengah buat kerja dekat penjuru tu.

Betul ke apa yang saya lihat ni?

Apabila saya tengok balik ke arah penjuru bilik tu tak nampak apa2 pula. Saya fikir tu mungkin perasaan saya je ataupun saya berhalusinasi sebab penat kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience