Bab 1

Crime Series 28563

Setibanya di rumah, aku kepeluhan. Menggigil. Ketakutan. Memerhatikan luar rumah. Takut jika dikejar.

Amira yang sedang leka bermain telefon bimbit, memandang aku pelik.

"Kau kenapa, Anna? Macam serba tak kena je duk perhati luar rumah?"

Aku melabuhkan punggung di sebelah Amira.

"Kalau aku cerita, kau takkan percaya."

Amira meletakkan telefon di tepi.

"Tell me. Apa yang kau gelabah sangat ni?"

Aku memejamkan mata.

Aku sedang dikejar. Aku sedang diburu, Mira.

"Aku kena kejar. Kena buru. Dengan sekumpulan geng mafia."

Mata Amira terbeliak.

"What? Kau tak buat laporan polis?"

Aku menggeleng. Aku ketakutan. Aku menjadi saksi kepada satu pembunuhan.

"Kau gila, Anna. Baik kau buat laporan polis."

Aku terdiam.

Sungguh aku takut. Kalau-kalau ketua geng mafia tu ganggu hidup aku pula.

"Kau dari mana sebenarnya?"

"Aku dari kedai mamak tu. Kau tahukan harini aku syif petang. Tu yang aku ikut jalan lorong belakang. Harini ramai customer, tu yang Uncle Ramu halang aku pulang awal. Harini banyak menu yang aku kena masak."

Oh iya. Aku Anna Adriana. 25 tahun. Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda, jurusan Ekonomi. Masih menuntut di Universiti Malaya. Tahun akhir. Itu yang cari pengalaman kerja di restoran mamak. Cari duit poket lebih. Bekerja sebagai tukang masak.

Amira mengeluh.

"Anna, yang kau pergi jalan kat lorong belakang tu kenapa? Kau memang cari pasal. Kau tahukan memang situ ada kes."

Aku cuma mahu pulang cepat ke rumah, tu yang lalu jalan shortcut.

Memang salah aku. Aku mengetuk kepala perlahan.

"Macam mana diorang boleh kejar kau? Kau jerit ke?"

"Tak. Aku da sembunyi balik tiang. Entah macam mana, ketua geng mafia tu terpandangkan aku. Aku jadi kalut."

"Anna... Anna... Lain kali be careful. Aku takut kalau dia kejar kau sampai ke rumah ni. Mafia ni akan kejar kau sampai lubang cacing tau tak."

Amira memarahi aku.

Iya. Aku tahu. Semua salah aku.

"Dia nampak wajah kau dengan jelas tak?"

Aku menjongketkan bahu. Berharap tidak.

"Kau doa jela, dia tak nampak wajah kau dengan jelas. Kalau tak... Nahas kau, Anna. Silap-silap aku juga terbabit sama."

Amira seperti mahu menakutkan aku.

"Dahlah, Anna. Jangan fikir sangat. Aku harap diorang takkan jejak kau sampai ke sini. Baik kau masuk tidur. Apa yang jadi tadi tu, lupakan je okay."

Amira menyentuh bahu aku. Cuba melegakan hati yang kegelisahan.

"Kau nak hot chocolate tak? Aku bancuhkan untuk kau."

Aku menggeleng. Taknak minum apa-apa. Aku cuma mahu tidur.

"Thanks, Mira. Takpe. Aku nak masuk tidur. Esok ada kelas pukul 9 pagi. Goodnight."

Aku menuju ke bilik. Duduk di birai katil. Termenung.

Cuba mengingati apa yang terjadi tadi. Mahu melupakan tetapi tidak mampu.

Bang! Bang! Bang!

Masih terngiang bunyi das tembakan.

Pistol diacukan ke arah aku. Oh tidak...

Aku memeluk lutut.

Berharap aku tidak diburu mereka. Masih terbayang sepasang mata itu merenung aku dengan tajam.

Aku mahu melupakan kejadian tadi. Akhirnya, terlelap di tikar sejadah usai menunaikan solat isyak.

Aku dah terlambat. Malam tadi aku terjaga setelah termimpikan ketua geng mafia semalam.

Aku diculik. Aku diikat dengan tali.

Mimpi semalam seakan nyata.

Aku cepat-cepat bersiap. Penampilan aku harini sangat ringkas. Baby T-shirt pink dipadankan dengan cardigan hitam. Digayakan dengan tudung bawal berona pink putih berflora. Seluar jeans kelabu aku turut sarungkan.

Tangan menggeledah kad matrik di dalam beg tangan.

Tiada. Tak jumpa!

Aikk, mana pergi kad matrik aku? Takkanlah tercicir semalam.

Aduh, aku baru berniat nak pinjam buku di library.

Terpaksa tangguhkan. Kad matrik aku hilang. Berkemungkinan jatuh di lorong gelap semalam.

Matilah aku. Nama aku. Identiti aku. Wajah aku.
Kalau jatuh kat tangan mereka, nyawa aku dalam bahaya.

Segera aku bergegas untuk ke fakulti universiti.

Tiga jam di dalam kelas, tumpuan aku terganggu.
Risau. Apa akan jadi jika kad matrik aku benar-benar jatuh ke tangan mereka?

Janganlah. Aku seperti mahu menangis.

Aku taknak kena tembak. Sia-sia je mati begitu.

Aku masih muda lagi. Masa depan masih jauh ke hadapan. Semoga segalanya baik-baik belaka. Walaupun, hati aku mula rasa tak sedap hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience