BAB 1

Romance Series 2768

"Adam , awak tu dah semakin tua . Nanti lama lama tak laku pula" Datin Mariana teringin benar menimang cucu . Dia cemburu dengan rakan rakan seusianya yang lain . Tapi anaknya seorang ini bukan sekadar tidak mahu kawin , boleh dikatakan amat anti pada perempuan .

"Siapa kata tak laku ? Kalau Adam tua muka berkedut perut dah buncit pun masih ada yang nak asalkan poket tebal duit berkepuk". Adam memandang akuarium disudut ruang tamu itu . Baginya perempuan semua sama , cuma mahukan wang dan harta .

"Tapi mama teringin sangat nak ada cucu . Kawan kawan mama semua dah ada cucu". Datin Mariana mula mengendurkan suaranya seakan akan sedih . Dia kenal amat dengan sikap anaknya yang seorang ini , tidak suka sekiranya dia bersedih .

"Tapi ma". Adam mula rasa serba salah kerana membuat wanita yang disayanginya itu bersedih . Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal . "Apa kata mama ambil anak angkat , ambil yang baby baby sudahlah" Adam memberikan idea yang dia sendiri tahu mamanya tidak akan bersetuju .

"Adam Mikael ! Haish budak ni!" Datin Mariana memicit micit kepalanya yang pening , geram sungguh dia dengan jawapan anaknya .

"Kenapa ni sayang?". Datuk Sabri yang baru habis solat turun kebawah untuk menyertai perbincangan anak beranak itu . Memang begitu lah keluarga kecilnya , usai sahaja solat Isyak mereka akan berkumpul untuk berbincang . Bukan sahaja pasal kerja , baru baru ini pasal umurnya yang semakin meningkat pun dijadikan isu . Datuk Sabri mengambil tempat disebelah isterinya .

"Anak kesayangan awak ni lah , kita nak anak dari benih dia . Disuruhnya kita ambil anak angkat" Menggeleng geleng kepala Datuk Sabri mendengar . Adam hanya tersengih seperti kera sumbang .

"Adam kan dah 30 , tak teringin ke nak beristeri?". Giliran papanya pula menyesakkan otak nya . Adam menarik nafas dalam dalam lalu menghembus perlahan . Dia menyisip minuman yang panas itu .

"Okaylah . Mama papa , bagi Adam masa ya . Paling tidak pun hingga projek baru kita ni selesai ". Adam cuba meleraikan isu yang menyesakkan ini , asalkan mama dan papa nya bahagia . Itu pun sudah cukup baginya .

"Janji dulu". Mamanya menunjukkan isyarat jari kelingking . Dia amat berharap Adam akan menunaikan impiannya . Tidak kisahlah dengan siapa Adam ingin berkahwin asalkan dari keturunan yang baik baik pun dah memadai .

Adam menunjukkan isyarat jari kelingking kearah ibunya . Diam diam Adam berjanji pada dirinya yang dia tidak akan memilih gadis yang bermata duitan . Dia sudah serik dengan gadis seperti ini . Mula mula baik , depan depan pijak semut tak mati , dibelakang keluar dengan jantan lain . Bukan sekali dua , sudah banyak kali perkara ini berlaku pada Adam .

Pernah dia mempercayai seorang gadis ini dah hampir hampir dia mahu melamarnya , tetapi ulahnya terbongkar apabila Adam terserempak dia dengan lelaki lain . Itu yang membuatkan Adam tidak lagi mahu mempercayai wanita dan menganggap semua dari jenis mereka adalah sama .

Datin Mariana tersenyum girang mendengar perjanjian Adam . "Tak sabarnya nak sambut menantu" Datin Mariana menepuk paha Datuk Sabri . "Huish kamu ni , jangan lah tepuk abang , sakit tau" Datuk Sabri turut ketawa bahagia melihat isterinya .

Adam yang melihat keintiman papa dan mamanya turut tumpang bahagia dan berharap hubungannya akan seperti kedua orang tuanya itu walaupun dia tahu janji yang telah dia lakukan tadi akan menyusahkannya kemudian hari .

----------

Adam menghenyakkan tubuhnya keatas katil , menayang nayang jarinya keudara , mulutnya terkumat kamit mengira sesuatu . "Projek baru tu start bulan depan , kira kira 3 atau 4 bulan baru complete . That's mean i only have 5 months in total". Adam mengeluh perlahan nafasnya .

Adam memejamkan matanya . "Mana aku nak cari perempuan yang baik baik , wujud lagi ke perempuan yang tak pandang harta semua ni" . Adam memicit micit kepalanya yang terasa sedikit pening . Tiba tiba dia terfikir akan rakan sebiliknya sewaktu belajar di Australia dulu . 'Boleh minta tolong Khairul carikan' celah hati Adam . 'Kalau tak elok , aku suruh dia carikan yang lain pulak' Adam tersengih memikirkan ideanya yang dirasakan bernas itu .

Khairul bukan seperti dirinya yang boleh dikatakan lebih suka bersosial daripada hanya duduk dibilik berpenghawa dingin dan menyemak kertas kerja . Dia tidak gemar rapat dengan sesiapa , baginya cukup keluarga dan rakannya saja dalam senarai orang orang yang penting .

Adam memeluk bantal dan memejamkan matanya . Dia melihat jam di telefon bimbitnya yang menujukkan sudah pukul 1 pagi . "There's a lot of things to do tomorrow", Adam mengomel sendirian lalu memejamkan matanya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience