Bab 1

Humor Series 30996

Azlan, si gemuk yang sering dijadikan bahan persenda oleh manusia disekelilingnya. Berwajah bulat dan sering mengah andai hendak berjalan ke manamana. Mungkin atas faktor itu, amat sukar untuk dia mempunyai kawan. Apatahkan lagi gadis gadis. Sepanjang hidupnya, Azlan cukup takut untuk jatuh cinta pada sesiapa pun di dalam dunia in. Semuanya kerana Azlan seakan-akannya sudah tahu akan jawapan yang bakal diterimanya.

Tidak! Kita tidak boleh bercinta!

Tidak! Aku tidak sukakan kau, gemuk!

Ternyata hakikat yang perlu ditelan itu amat pahit dan menyakitkan. Ditambah pula semua dialog dialog yang difikirkan itu, pernah dilafazkan oleh gadis yang Azlan pernah jatuh cinta dulu. Kenangan lalu yang betul-betul mengundang luka dan duka. Hati mana yang tak terguris andai dipersendakan? Itu baru dari perempuan. Jangan ditanya bagaimana pula dari lelaki. Cukup dirumuskan ianya banyak melibatkan aktiviti fizikal yang cukup kasar dan keras.

Atas faktor itu, keberanian Azlan untuk berbual dengan mana-mana gadis adalah berada di bawah paras kosong peratus. Azlan merasakan tidak mungkin dia akan rasa bahagia. Tidak mungkin dia akan rasa gembira. Tidak mungkin, dan tidak mungkin. Sampai bila-bila.

Namun pada suatu hari, Azlan jatuh cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience