BAB 6

Family Completed 4316

“Abang...” senyumku.

“Ya sayang..” Zaril memandangku. Sengaja aku mengerling Suraya Imani.

“Abang cintakan Alisa?” soalku dengan nada yang manja.

“Mestilah sayang” jawabnya dengan senyuman.

“Abang kenal dengan Jiha?. Cleaner dekat tempat kerja ayah tu?” soalku. Zaril mengangguk.

“Kahwin dengan dia!”

Mungkin ada halilintar yang memanah pendengarannya sehingga Suraya Iman berdiri dengan cepat.

“Apa akak ni? Akak nak rampas kebahagiaan saya ke?”

Aku senyum simpul.

“Abang pernah berjanji sebelum abang berangkat untuk menikahi Suraya yang abang akan tunaikan apa sahaja permintaan Alisa. Walaupun luar dari kemampuan abang bukan?” mataku tepat memandang Zaril.

“Nikahi dia. Hujung minggu ni. Tepati janji abang. Hari ini Alisa menuntut hak Alisa.... lakukannya demi kesakitan Alisa selama ini”

Zaril memandang wajah Suraya Imani yang sudah pun meraung di kakinya.

“Abang.!!!!!!” Suraya Imani terjerit – jerit di situ dan aku menghampirinya.

“Oleh kerana dia diberi hak untuk mempunyai lebih daripada seorang isteri, maka aku penuhinya demi suamiku. Kau pernah merampas dan kali ini kau rasa pula apabila lelaki yang kau sedang rayu ni dirampas orang lain. Malah direstui oleh isteri tuanya sendiri!” aku berdiri dan terus mengucup pipi Zaril.

Lelaki...... gatal itu fitrah!.

Dia tersenyum... aku juga tersenyum kerana setelah dia mengahwini Jiha aku akan pergi dari hidupnya dan aku bukanlah lagi wanita yang perlu bernaung dibawah lelakai yang bernama Zaril lagi.

Aku juga diberi hak oleh Allah untuk menuntut cerai walaupun bergegar tiang arasy. Aku lakukan demi dia... kerana dia tidak akan pernah adil!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience