Chapter 4

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 4

Riuh kolej kediaman siswi malam itu. Suara manusia menjerit begitu lantang hingga menakutkan penghuni di blok-blok lain. Ada yang memeluk al-Quran, berzikir dan pelbagai amalan keagamaan dilakukan. Seakan esok akan kiamat. Penghuni di bilik Surya juga begitu. Aishah dan Fatihah yang terpaksa menemani Surya malam itu menjadi mangsa jeritan itu. Dan mereka juga bertelekung dan sambil membaca Yassin. Untuk Surya.

Surya meronta-ronta minta dilepaskan. Encik Basri, staf kampus dan beberapa pelajar lelaki yang mahir ilmu spiritual ini juga diminta membantu. Rizal salah seorang pelajar dan juga rakan sekelas Surya tidak menyangka Surya dirasuk sedemikian rupa.

Terkejut apabila dia melihat Surya merangkak seakan harimau dan cuba menerkam sesiapa sahaja yang ada di hadapannya. Tambahan, dia juga bersuara garau. Riak wajahnya juga berubah. Seperti ada sesuatu yang kuat menguasai dirinya.

"Hah... kau orang pergi pegang dia. Ustazah, lepaskan. Pergi uruskan siswi yang lain." Ustazah Amni cuma menurut arahan yang diberi. Dia dan staf wanita lain menguruskan pelajar siswi yang lain dan membawa Aishah dan Fatihah keluar dari bilik Surya.

Sampai di Pusat Islam Siswi di aras bawah, Ustazah Amni cuma memandang satu persatu wajah pucat Fatihah dan Aishah. "Kamu berdua tahu, kenapa Surya jadi macam itu?"

Mereka berdua cuma berdiam dan menggigil seakan duduk di dalam peti beku.

Ustazah Amni menghela nafas panjang bagi mengurangkan tekanan pada dirinya. "Saya ulang lagi sekali... kamu berdua tahu apa punca Surya jadi macam itu?"

***

"Kau biar betul nak naik blok ni?" Fatihah seakan musykil dengan plan Surya. 'Pelik betul perempuan ni. Excited sangat.'

Aishah cuma diam. Tangannya memeluk erat lengan Fatihah yang lebih katang daripadanya. Takut menyelubungi diri kerana keadaan blok C terlalu gelap, kelam, sunyi dan sangat menyeramkan.

Surya seakan terlalu teruja dapat menceroboh pagar blok C. Pada pandangan Fatihah, Surya bukan Surya yang dia kenali sebelum ini, yang suka mengasingkan diri dan cuma bercakap banyak apabila bersama Adila dan Salwa.

Berbekalkan makanan ringan yang dibelinya di pasar malam tadi, mereka mendaki anak tangga satu persatu. Riak muka Surya berubah selepas mereka melepasi aras satu. Fatihah cuma menyuluh tangga mengelakkan tersalah pijak dan bala lain menimpa. Aishah masih lagi memaut pada lengan Fatihah.

Sampai ke aras empat, Surya berlari ke hujung koridor. Wajahnya kembali tersenyum. Tudungnya sedikit terselak kerana ditiup angin lembut. Dingin.

"Cantiklah view sini. Dah acah-acah duduk kat KL..." Fatihah juga agak teruja. Aishah semakin meleraikan pautannya. Menuju ke sisi Surya.

Wajah Surya tersenyum dan menunduk memandang bawah. "Hahahahahahahaha!" Suara Surya berubah. Tubuhnya terus menghadap dua orang rakannya yang cemas. Terkelu. Matanya membuntang memandang ke satu arah. Masih ketawa.

"Surya!!!" Kaget Fatihah dan Aishah melihat Surya yang merangkak seakan harimau. Dan mengaum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience