BAB 5

Short Story Series 3885

Semenjak mengetahui yang Noah bukan manusia, aku terasa diri seperti selalu diperhatikan. Mungkin Noah tengok aku dari jauh sebab aku kan mirip isteri dia. Perasan gila. Sumpah!

Aku sekarang bekerja seperti biasa sahaja. Tak takut pun dengan Noah sebab dia nampak macam manusia biasa je. Dekat syarikat tu pun, aku nampak semua manusia. Mana ada makhluk lain. Diorang tak tunjuk rupa sebenar. Entah-entah Noah tipu je aku. Dia sengaja nak takutkan aku sebab aku ni memang penakut pun.

Aku pun selalu perhatikan Noah dalam diam. Dia makan seperti orang biasa, boleh je berjalan dekat luar waktu matahari terik. Tak nampak kesan apa-apa pun. Mungkin dia ada minum something yang buat dia macam tu. Aku rasalah.

Satu benda aku tak suka pasal Noah. Dia ni memang playboy lah! Setiap hari ada perempuan yang berlainan datang. Aku tahu Noah pergunakan mereka. Noah pernah cakap dekat aku yang dia sukakan darah perempuan sebab lagi manis. Sembang je lebih! Rasanya darah lelaki dan perempuan sama je. Tak ada beza. Nasib baik dia tak usik aku. Kalau dia usik, aku terpaksa tikam jantung dia macam dalam filem drakula tu. Dah dia tak lut pada sinaran cahaya matahari.

Berkaitan kes aku hari tu, daddy dah pecat pembantu rumah kami, Donna. Dialah puncanya. Dia buat pemujaan mengarut untuk lindungi diri dia. Akhirnya aku yang jadi mangsa. Jadi daddy cari pembantu rumah yang baru yang tua. Namanya auntie Lydia.

"Sophea, mr Noah arahkan awak masuk bilik dia sekarang." Kata Sarah.

"Alright."

Aku bingkas bangun menuju ke arah office Noah. Pintu diketuk sebelum aku masuk ke dalam.

Aku nampak dia sedang tekun menulis sesuatu di meja kerja. Bila aku datang mendekatinya, dia terus campak kertas dekat muka aku.

"What is this, Sophea?"

Kertas-kertas itu dikutip satu persatu. Aku pandang Noah dan kertas tadi berselang-seli sambil tersengih.

"Semua tu rubbish you tahu tak!"

"Apa pula rubbish. Ni semua yang encik suruh saya buat. Saya dah buat kan. So?"

"Buat kata you? Dahla tak sempurna, banyak kesalahan pula. You ni nak kerja ke tidak?"

"Kerjalah."

"Habis tu kenapa you main hentam sahaja semua kertas-kertas kerja yang i suruh you buat?"

"Bosan."

"Bosan?" Membulat mata Noah.

Aku buat muka selamba sahaja. Kecoh. Conteng sikit tak boleh.

"Bukan sekali dua you buat. Dah banyak kali. You nak i report dekat daddy you pasal perangai you ke Sophea?"

"Pergilah. Ada saya kisah. Saya pun tak ingin kerja dekat sini."

Aku berjalan ke arah sofa. Letak kaki atas meja, keluarkan telefon dan buka netflix. Baik layan drama dari layan Noah.

"Sophea."

Aku menoleh. Noah sudah duduk di sebelah aku. Matanya merah dan giginya bertaring. Dia nganga mulut seakan mahu menggigit leher aku. Telefon yang sedang aku pegang tercampak.

"Mummy!" jerit aku.

Dengan pantas aku bangun mengambil semula telefon dan keluar. Sempat juga aku dengar suara Noah seakan mengejek diikuti tawa kecil.

"Buat kerja elok-elok ya princess. Kalau you buat i marah lagi, i tak boleh jamin yang you akan selamat."

Kurang ajar betul.

Keluar sahaja dari biliknya. Aku sepak tong sampah berdekatan meja Sarah.

Sarah tercengang.

"Kenapa ni?"

"Boss awak tu gila!" Ucap aku sambil mendengus.

Boleh pula main ugut-ugut kita macam tu kan. Mentang-mentanglah dia bukan manusia. Kalaulah aku boleh bertukar jadi hulk. Aku campak je dia.

No telefonnya aku tukar nama sebagai "mr drakula tua". Argh! Padan muka. Siapa suruh cari pasal.

Suzy my bestie:
Weh, korang free tak malam ni? Kita pergi pub malam ni. On tak on?

Me:
On!

Lisa my bestie:
On

"Tak payah mengada-ngada nak pergi pub malam ni."

Ada pula suara yang menghalang aku pergi. Aku angkat kepala, Noah sedang berdiri di sisi aku.

"Hei! Sibuk je baca whatsapp orang!" Marah aku.

Dia pegang dagu aku dan dongakkan sedikit.

"Princess, perempuan tak elok keluar malam-malam."

"Suka hati sayalah!"

Tangannya aku tepis.

"Tak payah nak busybody hal saya. Jaga hal awak tu dulu. Lagipun awak bukan sesiapa. Huh!"

"You know Sophea, dekat luar sana lagi bahaya."

"Pandai-pandailah saya jaga diri. Dah pergi. Jangan nak ganggu saya."

Noah masih tercegat di situ

Aku bagi isyarat tangan agar dia pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience