BAB 14

Family Completed 1384

Ruang tersebut penuh dengan cecair merah. Kanak-kanak merengek-rengek, ada yang menjerit-jerit dan sudah berjuta-juta air mata berguguran di dalam ruang itu.

Pandangan Allyssa tertangkap pada wajah yang dikenalinya. Perlahan-lahan kakinya melangkah sambil wajahnya ditutup. Takut, dia benar-benar takut. Namun dia menggagahkan diri juga.

Matanya dibuka sedikit demi sedikit. Terkaku dia melihat abangnya terlantar di atas sebuah tilam. Pucat muka abangnya! Allyssa tidak kuat. Badannya tiba-tiba lemah rasa mahu tersungkur ke lantai.

“Abang!! Jangan tinggalkan Allyssa ! Allyssa nak abang!” Jerit Allyssa sambil air matanya menderas laju. Dia tidak mampu untuk menahan kesedihan. Ini merupakan kali ketiga dia ditinggalkan oleh orang-orang yang disayanginya.

Allyssa masih menangis. Dia tidak tahu bagaimana dia mahu meneruskan hidupnya selepas ini. Dia keseorangan.

“Allyssa, jangan sedih-sedih. Doktor akan sentiasa jaga Allyssa di sini. Patutnya Allyssa reda dengan semua yang terjadi. Abang Allyssa pun meninggal dalam keadaan syahid. Tenanglah ya Allyssa. Allyssa kena kuat.” Celah Doktor Bakhtiar cuba memujuk Allyssa.

“Sa…saya akan cuba jadi kuat. Tapi siapa yang lakukan semua ini? Kenapa mereka mahu membunuh kita? Siapa?!!!

“Sabar Allyssa. Ini semua kerja penjahat yang zalim. Entah datang dari mana-mana. Allah SWT akan membalas semula kejahatan mereka nanti. Allyssa kena kuat! Mesti berjuang juga seperti ayah dan abang kamu.”

Saat itu Allyssa merasakan bagai ada satu kuasa yang membarakan api semangatnya.

Dia mahu berjuang demi agama bangsa dan negara juga keluarga tercinta. Sudah tiba masanya untuk dia membalas segala jasa dan pengorbanan juga kasih sayang keluarganya selam ini.

Meskipun mereka sudah tiada dia harus kuat menghadapi tulisan takdir hidupnya.
Dia akan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir demi kasih sayang dan cintanya pada Allah dan keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience