BAB 5

Romance Completed 24711

“Kalau macam tu, awak boleh start kerja hari ni tak?” Adriana menjadi bengang sekejap. ‘Hari ni, biar betul?’

“Ye, saya boleh mula kerja hari ni.” Balas Adriana dengan yakin. ‘Okay kut sebab hari ni hari Jumaat dan first of the month so dapat gaji penuh untuk bulan ni, kan!’ Fikiran sudah jauh memikir hujung bulan.

“So, sekarang awak turun ke tingkat 3 cari Shikin Nasir. Dia kerani syarikat ni, awak minta surat kontrak dan borang pekerja syarikat ni untuk awak lepas tu datang sini balik. Saya nak awak buat arahan saya ni dalam masa tiga puluh minit dari sekarang.” Umar sengaja mengarah Adriana, sedangkan selama ni kalau ada pekerja baru datang kerani sendiri yang naik atas untuk berikan borang kepada dan mengurus segala urusan pekerja baru. Tapi Adriana kena buat sendiri semua tu. Percubaan untuk Adriana kerana dia akan menjadi pembantu aku lepas ni, kena cekap dan pantas dalam pekerjaan. Displin!

Setelah mendengar arahan dari Umar, Adriana terus meninggalkan bilik terus mencari pintu lif. Umar tersenyum lebar melihat gelagat Adriana yang lurus bendul dan cekap mengikuti perintah dan arahannya.

“Assalamualaikum Kak Shikin, Saya Adriana Arman, Pembantu Projek untuk Pengurus Projek Umar Lutfi. Saya nak minta surat kontrak dan borang untuk pekerja dalam syarikat ni.” Adriana memberitahu arahan yang diterima dari Umar dan terus memperkenalkan diri.

“Selamat datang ke Syarikat Azra Holding, duduklah Adriana.” Shikin hairan kenapa Adriana kena minta sendiri, ni mesti Umar sengaja kenakan dia.

“Sekejap ya, saya kena print dulu borang untuk awak, dan surat kontrak kena tunggu dari bahagian atasan Human Resources sebab mereka akan bagi keterangan tentang kerja dan gaji awak.” Lembut sahaja suara Shikin menerangkan kepada Adriana.

“Kak Shikin ni cantiklah dan lemah lembut.” Tegur Adriana, friendly sangat!

“Awak nak minum tak? Kalau awak nak tahu, selalunya pekerja baru yang join syarikat ni tak perlu jumpa kami untuk ambil borang dan surat kontrak sebab kami sendiri yang akan jumpa dan bagi pekerja baru. Tak pe lah, mungkin Encik Umar nak awak kenal saya dengan rapat.” Shikin bercerita dengan tenang pada Adriana. “Lepas ni, awak mungkin kena jumpa kak selalu, sebab kerja-kerja Encik Umar Lutfi kak yang buat selama ni. Bolehlah awak belajar dari Kak lepas ni. Kan? Okay ni borang untuk awak.”

“Surat kontrak mana Adriana?” Umar sengaja bertanya sedangkan dia tahu surat kontrak hanya akan dikeluarkan dari HR bukan Shikin.

“Encik Umar, surat kontrak akan dikeluarkan dari Human Resources sebab tu tak ada dengan saya sekarang.”

“Okay, taka pa. Awak dah isi borangkan? Pastikan borang tu awak sign lepas tu bagi saya untuk approval, then awak bagi Shikin yang copy.

“Original saya simpan.” Sampuk Adriana sambal senyum.

“Bagus! Jom, saya tunjukkan tempat duduk awak. Awak akan duduk dengan saya, tak perlu risau ya, awak ada ofis sendiri yang bersebelahan dengan ofis saya.” Umar membawa Adriana ke bahagian ofis yang dia akan mula bekerja.

“Saya balik dulu ya Encik Umar.” Setelah seharian bekerja Adriana sudah terasa letih tapi perasaan gembira masih lagi ada, tak sabar nak balik rumah! Baru satu hari bekerja dah rindu dengan mama, abah, bilik tidur dan rumah. ‘Rindunya…..’ desis hati Adriana.

“Lewat kau balik Ana, baru interview hari ni dah terus masuk kerjakah?” soal mama menjemput anak kesayangannya dipintu rumah. Adriana tersenyum manja dan bersalam dengan mamanya. Abah tak balik lagi busy dengan kawan kerjanya pergi makan malam.

“Macam mana kerja, okay tak? Mama tengok ceria je muka kau hari ni. Sudah dapat kerja ni carilah pasangan untuk diri tu.” Sengaja Mama pertanyakan soalan cepumas pada Adriana.

“Ya lah mama, memang bertuahkan anak mama ni tau tak, baru pergi interview dah terus masuk kerja. Seronoklah jugak mama, ada kawan baru tempat kerja. Lagi-lagi boss Ana tu kan orang comel tau, hensem lah jugak dapat cuci mata ni kalau stress.” Sengaja saja Adriana tak hiraukan soalan cepumas mamanya. “Ana naik mandi dulu ya mama, nak solat lepas tu Ana nak makan. Lapar!” laju dia meninggalkan mama di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience