BAB 15

Romance Completed 67139

            BUTIR - butir peluh mula merenik lebat pada dahi Aris. Tumpuannya masih tertumpu pada pergerakan tangan kanannya yang sedang memotong ikatan tali tersebut menggunakan sebilah pisau belati tajam.

Pergelangan tangannya kini mula memerah kerana geseran antara kulitnya dan tekstur tali itu yang agak kasar. Sukar juga untuk dia meleraikan ikatan tersebut kerana tali yang digunakan agak tebal.

Aris masih tak berputus asa. Dia pernah berada dalam situasi yang lebih teruk daripada ini. Dia yakin dia dapat melepaskan diri dengan mudah.

Secara tiba-tiba, pintu besi di dalam ruangan dia dikurung dibuka oleh seseorang. Aris segera bertindak menyembunyikan pisau tersebut di belakangnya. Kepalanya ditundukkan seolah dia sedang tidur.

Kedengaran bunyi derapan kaki mendekat ke arahnya membuatkan Aris memejam mata. Mahu kelihatan seperti dia sedang tertidur dengan lena. Dia mengagak Irsyad yang melawat dirinya sekali lagi kali ini.

“Try to escape?”

Sapa satu garau, membuktikan sangkaan Aris salah sama sekali. Kerana bukan Irsyad yang datang pada ketika itu. Tetapi Aiden.

Aris tetap meneruskan lakonannya. Dia langsung tak bergerak. Tak mahu Aiden mengesyaki apa-apa.

Aiden berdecit. Kakinya melangkah ke hujung bilik. Dia mengambil sebuah kerusi besi lipat yang berada di situ. Sebuah baldi yang berisi air juga dibawa bersama.

Lantas, dia kembali semula berdiri di tempat Aris berada. Tanpa amaran, dia mencurah sebaldi air tersebut ke arah Aris tanpa amaran.  Dia tersenyum puas hati.

“Have a bath, Aris. You stink.”

Aiden mengambil tempat di hadapan Aris. Kerusi lipat besi tadi dibuka sebelum dia duduk di situ. Pandangan dihalakan pada Aris yang masih tidak mahu sedarkan diri dengan sengaja.

“Drop the act. Aku tahu kau dah sedar.”

Arah Aiden seraya menyepak kaki Aris. Aris serta-merta menyemburkan air yang termasuk ke dalam mulutnya ke arah Aiden. Dia tersenyum kemenangan.

Mereka berdua berbalas pandangan. Aiden lantas mengerling pada bahagian seluarnya yang basah kerana Aris. Dia hanya beriak tenang. Bibirnya mengukir senyum penuh makna.

Aris masih berusaha membuka ikatan talinya yang hampir terputus. Anak matanya menikam anak mata Aiden yang masih tetap ke arahnya.

“Give me the knife, Aris Hazryn.”

Tegas nada Aiden kini tidak lagi bermain-main. Dia sudah berdiri tegak. Sebelah tangannya yang diseluk di dalam poket dikeluarkan.

“Or what?”

Cabar Aris berani. Sedikit sahaja lagi tali itu akan terputus. Aris mempercepatkan pergerakannya walaupun pergelangan tangannya kini sudah terluka.

Aiden melepaskan tawa halus mendengar jawapan Aris yang dikira berani mati itu. Lelaki itu langsung tak tahu apa yang Aiden boleh buat. Riak muka Aiden berubah tegang.

“Sebelum aku bunuh kau, using the same knife.”

“Really?”

Aris mengesot sedikit mendekati Aiden. Kepalanya disengetkan memandang rendah pada Aiden. Aiden menundukkan badan menyamai kedudukan wajah mereka. Dia mengukir senyuman sinis.

“Oh, watch me.”

Sebaik menuturkan kata itu, tangan Aiden sudah pun naik mencengkam leher Aris. Jari jemarinya menghalang salur pernafasan Aris membuatkan dia tercungap-cungap mencari nafas.

Aris mengenggam erat pisau belati di tangan. Sebelah tangannya cuba meleraikan pegangan Aiden pada batang lehernya. Sekilas, tangannya pantas bergerak menikam bahu Aiden.

Malangnya, pergerakannya terlalu perlahan. Aiden lebih pantas bertindak. Hanya dengan sekali gerakan, Aris tumpas ke lantai. Aiden menahan tubuh lemah Aris dengan menggunakan tubuhnya.

Kepala Aris ditahan pada lantai simen ruangan tersebut. Kedua-dua belah tangannya dipegang . Aiden meletakkan pisau belati itu di bawah leher Aris. Betul-betul pada urat saraf penting milik Aris.

Hanya dengan satu kelar, nyawa Aris melayang. Aris terdongak menghadap siling.

“Sekarang bagitahu aku, where the hell is Iqbal Danial?”

Aris diam langsung tak membuka mulut. Nafasnya naik turun. Tangannya bergerak-gerak cuba melepaskan diri daripada Aiden tetapi gagal. Tubuhnya lemah tiada tenaga selepas dikurung beberapa hari di situ tanpa makanan dan minuman.

“Still don't want to talk?”

Aiden menekan sedikit hujung bilah pisau mengenai kulit leher Aris. Kelihatan darah merah mula mengalir dari luka tersebut. Aris memejam mata menahan rasa pedih. Langsung tiada bunyi yang keluar dari mulut lelaki itu.

Nampak langsung tiada reaksi daripada Aris, Aiden melempar pisau belati itu ke tepi. Dia bangun daripada terus menindih tubuh Aris. Wajahnya tidak beriak.

It's no fun. Apabila mangsanya tidak menjerit memohon belas simpati daripada dia.

Keadaan Aris yang terkulai lemah dipandang Aiden. Aiden mencangkung mendekati Aris ingin mengucapkan sesuatu pada telinga lelaki itu. Ingin menyampaikan sebuah amaran.

“Ini baru sikit apa yang aku boleh buat dekat kau. There's so much more, Aris. Just you wait. And when the time comes, don't beg for my mercy. I don't have any.”

Aiden langsung pergi meninggalkan Aris tanpa menoleh ke belakang lagi. Aris terlentang menghadap siling. Tangannya menahan darah  yang tak henti keluar dari lukanya.

Dia menjeling belakang badan Aiden yang sudah keluar dari bilik tersebut. Aris menutup mata sementara mulutnya melontarkan kata-kata kesat terhadap Aiden.

“Damn you, Aiden.”

           

     RAY segera mendapatkan Dani. Terkejut bukan kepalang dia dibuatnya apabila melihat King yang berada di situ. Dia menundukkan badan tanda hormat. Dani melemparkan pandangan pelik terhadap tindakan Ray.

“Apa kau buat ni, Ray?”

“Tunduk, Dani!”

Bisik Ray yang masih menundukkan badannya. Dani mengendahkan sahaja kata-kata sahabatnya. Siapa lelaki yang digelar King itu sehinggakan dia perlu menunduk hormat?

Ray mempamerkan riak muka tak puas hati. Tak suka apabila melihat Dani yang masih berdegil tak mendengar kata. Tak semena-mena, abdomen Dani dipukul kuat oleh Ray membuatkan dia menundukkan badan menahan sakit.

Wajah Dani yang jelas berkerut menahan rasa langsung tak dipedulikan oleh Ray. Perhatiannya tertumpu pada King. Lelaki itu hanya memerhatikan tingkah Ray dan Dani sejak dari tadi.

“King-”

“Siapa yang pukul budak aku?”

Laju sahaja King mencantas Ray. Bebola matanya memandang tajam ke arah mereka berdua seperti helang mencari mangsanya.

Dani yang mendengar soalan daripada King baru menyedari bahwa lelaki yang bernama Zack tadi merupakan konco kepada King.

“Aku. Aku yang pukul budak kau. Kenapa? Ada masalah?”

Dani mengakui perbuatannya tanpa cuba untuk berselindung. Ray yang mendengar jawapan Dani sudah meraup muka.

“King, maafkan dia. Dia baru lagi. Dia tak tahu apa-apa.”

Jelas Ray cuba melindungi Dani. Dani membuat muka tak puas hati. Dijeling Ray di sebelah. Pengecut.

“Tak perlu nak minta maaf. Budak kau yang salah. Dia yang kurang ajar dengan aku. Kau ketua dia kan. Tak reti ajar budak kau elok-elok?”

Ucap Dani sudah mengambil satu langkah ke hadapan. Matanya mencari anak mata King disebalik topeng muka yang dipakai oleh lelaki itu. Dia tertanya-tanya siapakah identiti sebenar lelaki yang bernama King ini.

“Siapa kau nak ajar aku, budak.”

Perli King bersama nada mengejek. Dia akui dia suka dengan sikap berani milik Dani dihadapannya sekarang. Tetapi mampukah perasaan berani Dani itu kekal lama selepas mengenali siapa dirinya sebenarnya?

Tiada siapa tahu.

Dani melemparkan senyuman sinis. Pandangannya diliarkan sebentar pada topeng muka King sebelum dia menghalakan ke arah lain.

“Siapa aku? Aku Dani. Ingat tu. Jangan pernah lupa nama ni yang akan bunuh kau satu hari nanti.”

Lancar sahaja peringatan itu diberikan oleh Dani dengan sempurna sekali. Dia mengatur langkah ingin keluar dari situ.

“Ray, blah.”

Arah Dani tegas kepada Ray. Ray mengerling ke arah King yang langsung tak menghalang mereka berdua. Dia mula hairan apabila King tak berbuat apa-apa.

“Jadi kau lah budak Aiden.”

Kata-kata King itu serta-merta menarik perhatian Dani. Dia menghentikan langkah. Kepalanya ditoleh sedikit sehingga bahagian bahunya sahaja.

“Dulu ya. Sekarang tak. Jangan kacau urusan aku.”

Dani memberi amaran. Tak suka apabila seseorang masuk campur dalam urusannya. Lebih-lebih lagi pada ketika dia sedang melarikan diri daripada Aiden.

“Aku tahu apa kau nak.”

King masih tak berputus asa. Dani lantas memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu semula. Rasa ingin tahu apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh King.

“Apa? Apa yang aku nak. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nak. Inikan kau yang tiba-tiba datang kononnya tahu semua benda tentang aku. So, enlighten me.”

King tersenyum kemenangan. Tahu Dani sudah termakan dengan kata-katanya. Tak lama lagi akan jatuh dalam perangkap buatannya.

“Aku boleh dapatkan Adara semula. Itu yang kau nak kan, Iqbal Danial.”

Dani menjongketkan sebelah keningnya. Tangannya diseluk ke dalam poket. Dipandang King atas bawah. Seolah meragui kemampuan lelaki itu. Dia takkan tertipu hanya kerana King menggunakan nama Adara.

“Aku tak perlukan bantuan kau. Kau fikir aku bodoh? Kau cuma nak gunakan aku. Dengan cara apa kau nak dapatkan Adara semula hah? Culik dia?”

Dani menekan-nekan jari telunjuknya pada dada King. Dekat dengan jantung milik lelaki itu.

“Do that to her, and I kill you.”

King menepis jari Dani dari dadanya dengan kasar. Kepalanya digelengkan tanda menafikan semua kata-kata Dani terhadapnya.
Bibirnya sudah mengukir senyuman jahat. Cuba memanipulasi Dani.

“Its simple, no need kidnap her. Just work for me.”

             ADARA dan Adila berjalan beriringan menapak masuk ke dalam balai polis. Angin sejuk daripada aircond yang dipasang membuatkan dia mengigil kesejukan. Meremang bulu romanya. Entah kenapa dia pula yang terasa takut.

Sedangkan dia ke sini ingin melaporkan kesalahan Aiden bukan kesalahan dirinya sendiri. Atau mungkin ke itu suatu petanda buruk sejak dari awal lagi? Adara mengeleng kepala.

Membuang jauh perasaan itu. Adila yang menyedari wajah pucat Adara mula risau. Tadi bukan main berani minah ni.

“Woi kau okay tak?” Tanya Adila risau. Dia mengusap tangan Adara. Adara mengangguk tanda tiada apa-apa.

“Aku okay. Cuma nervous sikit.”

“Haih. Ingatkan apa tadi. Tak ada apalah, Ara. Jom cepat. Lagi cepat kita settle kan, lagi cepat kita boleh keluar.”

Adara angguk kecil tanda setuju. Mereka melangkah mendekati kaunter pertanyaan di situ. Kelihatan seorang pegawai polis lelaki berada di situ. Terpapar sebuah nametag bernama Nazrul pada dada kirinya.

“Ada apa-apa yang saya boleh bantu cik berdua?”

Ramah saja pegawai polis bernama Nazrul itu menegur. Lelaki itu mengukir senyuman. Serta-merta menghilangkan rasa gelisah di dalam hati Adara.

“Saya nak buat laporan orang hilang.”

Nazrul mengangguk tanda faham. Dia mula menaip sesuatu di komputer. Adara menyiku Adila yang sedang leka memerhatikan segenap ruang balai polis itu. Jakun sangat. Almaklumlah, bukan selalu datang balai polis la katakan.

“Boleh saya tahu nama cik dan maklumat mangsa?”

Adara segera memberikan maklumat yang dimahukan oleh Nazrul. Kad pengenalannya juga diberikan untuk pengesahan. Adila hanya menjadi pemerhati.

“Dah berapa lama Encik Aris Hazryn hilang?”

“Lebih 24 jam. Dalam tiga hari yang lepas macam tu.”

Jawab Adila mula bersuara bagi pihak Adara. Nazrul tersenyum kecil kepada Adila. Dia menambah maklumat baharu itu ke dalam laporan.

“Kalau macam tu, bila Cik Adara sedar kehilangan Encik Aris? Kaitan Cik dengan Encik Aris?”

Tanya Nazrul lagi dengan serius. Mahu mengambil maklumat lanjut untuk memudahkan urusan mencari Aris.

“Kawan. Dia kawan saya. Sepatutnya kami berjumpa dua hari lepas tapi dia tak datang-datang. Telefon pun tak dapat.”

Jelas Adara menerangkan. Nazrul mengangguk kecil. Sekali lagi, dia menambah maklumat itu ke dalam laporan.

“Ada sesiapa yang boleh disyaki sebagai suspek dalam kes kehilangan Encik Aris?”

Adara pandang Adila. Adila pandang Adara. Adila memberikan isyarat untuk meneruskan sahaja rancangan mereka. Nafas ditarik dalam.

“Ada. Aiden Zharif.”

Mendengar sebaris nama itu, Nazrul serta-merta menghentikan tindakannya. Dia tidak lagi menaip pada papan kekuncinya.

“Cik Adara pasti Encik Aiden Zharif yang terlibat?”

Tanya Nazrul menginginkan kepastian. Adara mengangguk tanda mengiyakan.

“Maafkan saya tapi saya perlu buat satu panggilan sekejap. Cik boleh tunggu di ruangan menunggu dulu ya.”

Nazrul meminta diri untuk seketika. Adara dan Adila akur. Mereka berdua duduk mengambil tempat seperti diminta oleh Nazrul.

Sebaik melihat Adara dan Adila pergi, Nazrul segera menghubungi sebuah nombor yang
disimpan di dalam contact number telefon pintarnya. Matanya memerhatikan Adara dari jauh.

Tak lama kemudian, Nazrul memanggil kembali Adara. Telefon pintarnya disimpan semula ke dalam poket seluar.

“Sekali lagi saya minta maaf tapi sekarang kes Cik Adara berada di bawah jagaan Inspektor Dazrin. Dia yang bertanggungjawab untuk kes kehilangan Encik Aris.”

Maklum Nazrul menerangkan keadaan. Adara hanya mampu mengangguk faham. Siapa Inspektor Dazrin yang dikatakan itu pun dia tak tahu.

“Kalau macam tu, boleh saya jumpa dengan Inspektor Dazrin?”

“Boleh. Tapi dia-”

“Ada apa cari aku?”

Tegur satu suara garau seorang lelaki mencelah perbualan antara Adara dan Nazrul. Nazrul segera memberi tabik hormat. Lelaki tadi hanya mengangguk kecil sebagai balasan.

“Selamat pagi, Tuan.”

Adara menoleh ke arah lelaki yang digelar Tuan oleh Nazrul. Melihat gerangan yang tiba-tiba muncul di situ. Tubuh tegap yang dikenakan kemeja putih bersama seluar slack hitam menyapa pandangan mata Adara.

Holster hitam yang dipakai pada bahu lelaki itu menampakkan otot lengannya yang jelas kelihatan disebalik lengan baju kemeja yang dipakai. Mata Adara bergerak pula pada nametag yang disemat pada dada lelaki itu.

Inspektor Dazrin.

“Sorry, cik ni cik Adara ke? Cik yang laporkan tentang Encik Aiden Zharif kan?”

Tanya lelaki itu tadi. Adara mengangguk tanda mengiyakan. Terpamer segaris senyuman diukir pada wajah lelaki itu buat Adara.

“Nice to meet you, Miss Adara. I'm Inspektor Dayyan Dazrin, in charge for your case.”

Sorry lupa nak update semalam So here's double update! Enjoy and happy reading Stay tune!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience