Bab 58

Drama Completed 35637

Dua bulan berlalu. Tetapi itu tidak bermakna yang hubungan Tiara Adriana dan Ikhwan Hadi sudah pulih. Mereka berdua masih tidak bertegur sapa. Semestinya Tiara yang mengelak untuk menegur Hadi.

Ramai pihak yang perasan akan perubahan itu. Contohnya seperti Hadirah dan Farhan.

Dua minggu pertama mereka masih tidak perasan tentang hal itu. Tetapi masuk minggu yang ketiga, mereka berdua mulai sedar yang Hadi dan Tiara sudah lama tidak berbual bersama.

Kebiasaannya dalam sehari mereka berdua pasti akan berbual paling tidak pun hanya bertegur sapa. Tetapi itu tidak lagi terjadi.

Hadirah pernah bertanya tentang perkara ini pada Tiara tapi setiap kali Hadirah bertanya tentang Hadi, Tiara akan menukar topik perbualan. Dia tidak pernah menjawab persoalan Hadirah berkaitan dengan Hadi.

Ini membuatkan Hadirah dan Farhan beranggapan bahawa Hadi dan Tiara mempunyai masalah antara mereka berdua dan sebagai orang luar tidak perlu masuk campur.

Selain daripada Hadirah dan Farhan, pihak yang menyedari hal ini semestinya dua kawan baik Hadi iaitu Akmal dan Hafiz. Mereka juga perasan yang Hadi berkelakuan lain daripada biasa.

"Kau okey tak dengan Tiara, Di? Aku perasan lah dah dua bulan kot aku tak nampak korang berdua bercakap sesama sendiri. Ada apa-apa jadi ke?" tanya Hafiz.

"Itu lah tu. Macam ada something wrong somewhere je. Kalau kau ada masalah, kitaorang ada. Boleh jadi tempat luahan perasaan kau. Itu pun kalau kau sudi lah nak luah" kata Akmal pula.

Sebagai kawan yang rapat dengan Hadi, mereka berdua ingin tahu masalah yang dihadapi oleh temannya yang seorang itu. Mana tahu ada ada yang boleh ditolong.

Hadi memandang wajah mereka berdua bersilih ganti. Terharu pula rasanya mendengar kata-kata Akmal dan Hafiz.

"Masalah antara aku dengan dia, ada lah sikit. Tapi sikit je lah. Korang tak payah risau. Alah, biasa lah manusia. Manusia mana je yang tak ada masalah kan?" kata Hadi, cuba untuk menutupi kekecewaan yang dirasai sejak dua bulan lalu.

"Siapa cakap aku risau. Aku cuma nak tahu je masalah kau dengan Tiara. Mana tahu boleh buat drama pukul 7 ke. Kan?" gurau Akmal dan gurauannya disambut dengan gelak tawa Hafiz.

"Kurang ajar kau" Hadi menolak bahu Akmal. Sempat pula dia nak berlawak.

"Tapi, betul ni masalah kau biasa je? Kalau ada apa-apa, kitaorang boleh tolong mana mampu" kata Hafiz. Jarang dia melihat Hadi seperti ini. Banyak mendiamkan diri.

"Iya, betul. Percayalah" jawab Hadi, cuba meyakinkan kedua-dua orang teman karib nya itu.

Sebaik sahaja mendengar kata Hadi, Akmal dan Hafiz mempercayai nya. Kemudian dia beralih ke tajuk perbualan yang lain.

Walaupun tidaklah rapat mana dengan Hadi dan Tiara, Nia Natasha dan Rafiq Izuddin tidak ketinggalan untuk menyedari kedinginan hubungan antara Tiara dan Hadi.

Nia yang sudah lama mengimpikan perkara ini berlaku tersangat gembira. Melihat Hadi dan Tiara tidak bertegur sapa dan seperti orang asing adalah impiannya. Kini, impiannya sudah tercapai.

Rafiq juga seperti Nia. Selepas ini, dapatlah dia beramah mesra dengan Tiara tanpa mendapat gangguan daripada Hadi.

Tambahan pula hubungan Hadi dan Tiara menjadi dingin sebelum mereka berdua memulakan rancangan mereka untuk mendapatkan orang yang mereka mahu. Ini memudahkan kerja mereka.

"Abang! Abang tahu tak betapa happy nya Nia bila tengok Hadi dah tak bercakap dengan perempuan tu. Diaorang berdua dah macam tak kenal satu sama lain dah. Ah! Happy sangat!" kata Nia. Dia yang mengajak Rafiq untuk berjumpa kerana dia ingin membincangkan tentang hal ini.

"Wah! Gembira sangat tu. Mula-mula abang tak perasan tau pasal diaorang berdua tu tapi lepas Nia cakap dengan abang hari tu, abang start lah tengok diaorang berdua. And as you said, diaorang macam ambil course lain-lain sedangkan belajar dalam dewan kuliah yang sama" balas Rafiq.

"Kan! Harapnya situasi ni akan berkekalan sampai bila-bila. Tak ada lah Nia nak sakit hati lagi dengan perempuan tu" kata Nia. Dia sudah membayangkan hari-hari selepas ini.

Dia akan kembali menjadi satu-satunya perempuan yang Hadi suka untuk berbual. Dan bukan Tiara Adriana lagi.

"Tapi, pernah tak Nia terfikir kenapa dan mengapa diaorang jadi macam tu. Like, takkan tiba-tiba je diaorang tak bertegur sapa. Mesti ada something jadi kan?"

Nia berfikir. Betul juga apa yang dikatakan oleh Rafiq.

"Pernah jugak Nia terfikir pasal tu but who cares? Tak kisah lah apa pun yang jadi between them yang penting diaorang dah jauhkan diri from each other. Bila dah jauh and tak rapat, Nia akan masuk tengah-tengah and go to Hadi. And you abang, will go to that girl" kata Nia. Tinggi betul cita-cita nya.

Rafiq hanya menggeleng kepala sambil tersenyum melihat Nia yang bercita-cita tinggi itu. Kalau tidak jadilah apa yang Nia rancang itu, dia tidak dapat bayangkan apa yang akan Nia lakukan.

"Oh! bila Nia dah cakap macam tu, baru abang teringat pasal deal kita hari tu. How's the deal? Is it still available?" tanya Rafiq.

Nia memetik jarinya kerana baru teringat tentang itu.

"Yes! That's deal. Absolutely still available. Bila kita dah buat deal kita tu, lagi lah diaorang terpisah dan makin terpisah. Ah! Can't wait! So, bila kita nak start?"

Keterujaan memang terpancar jelas di wajahnya. Tidak sabar dia ingin menjadikan Hadi milik nya.

"Next week maybe. Buat apa lama-lama. As soon as possible. Lagipun diaorang dah macam stranger. That makes our job easier" jawab Rafiq.

"So, the ideas? Kita akan buat asing asing. You do your job and so do I"

"I already have a plan for you and me too" balas Rafiq dengan nada yang sedikit jahat.

Setelah mendengar idea daripada Rafiq, Nia menguntumkan senyuman yang lebar. Dia suka dengan apa yang dirancangkan oleh Rafiq.

"Abang, you are so genius. Kita akan buat ni next week, right?" Nia meminta kepastian.

"Yes, next week. So be prepared"
//
Mulut Tiara terlopong sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh abangnya.

"Jadi, abang dah tahu lah pasal benda ni? Hadi dah bagitahu abang dulu? Kenapa dia cerita dekat abang je? Kenapa tak cerita dekar Ara sekali? Boleh pulak beza-beza" kata Tiara.

Dia mengambil keputusan untuk menceritakan perkara ini kepada abangnya. Disangkakan abangnya akan mengamuk atau marah, tetapi sebaliknya yang terjadi.

Rupanya abangnya sudah sedia maklum tentang perkara itu. Sudah 3 bulan abangnya mengetahui rahsia itu.

"Ada hari tu dia datang sini, jumpa dengan abang. Dia bagitahu benda ni. Dia cakap, jangan bagitahu Ara sebab Ara tak tahu apa-apa. Jadi, abang pun senyap je lah" jawab Luqman dengan tenang. Tiada sekelumit kemarahan pun di wajah nya.

"Abang tak marah? Masa dia bagitahu tu abang tak marah dia? Atau abang benci dia ke?" soal Tiara.

"Ish, ada ke benci pulak. Mula-mula dia cakap tu, abang terkejut jugak. Marah tu sikit lah. Tapi bila abang fikir-fikirkan balik, bukan salah dia. Dan abang pun tahu mesti dia sendiri pun tak nak benda ni jadi. Tambah pula dia rapat dengan Ara" jawab Luqman.

Tiara sedikit terpempan mendengar jawapan abangnya. Sudah dua bulan dia tidak bertegur dengan Hadi disebabkan perkara ini.

"Tapi... Dia boleh je kan terus terang dengan Ara. Tak payah lah nak rahsia sampai Ara tahu benda ni daripada mulut orang" Tiara mempertahankan diri nya.

"Kalau dia terus terang, Ara rasa Ara boleh tak marah dia? Ada beza ke kalau dia bagitahu awal-awal dengan lambat?" sengaja Luqman menduga adik perempuan nya itu.

"Memang lah marah tapi... Dah berapa lama dia rahsia dengan Ara. Dia pun tak tunjuk effort nak bagitahu Ara. Nampak sangat dia nak rahsiakan benda ni sampai bila-bila"

"Ara, dengar abang cakap ni. Kalau abang jadi Hadi, abang akan buat benda yang sama" kata Luqman.

"Kenapa pulak abang cakap macam tu?" tanya Tiara.

Abangnya juga akan berahsia tentang perkara ini?

"Sebab abang tak nak orang yang abang sayang jauh daripada abang sebab abang tahu dia akan terluka bila tahu kebenaran. Abang tahu abang tak patut rahsiakan. Abang kena bagitahu tapi takut kehilangan orang yang abang sayang lagi tinggi. Bersalah memang bersalah tapi abang tak nak dia berubah. Cinta itu buta, Ara. Kadang-kadang kita sanggup buat apa-apa asalkan kita tak kehilangan cinta kita tu" kata Luqman, ikhlas daripada hati. Dia tidak berniat untuk membuat adiknya rasa bersalah tetapi dia hanya berkata apa yang perlu untuk dia katakan.

Air mata Tiara hampir sahaja menitis saat mendengar kata-kata yang diucapkan oleh abangnya. Dia teringat akan kata-kata yang dia lontarkan pada Hadi.

Ya, dia bersalah. Sepatutnya dia terima perkara ini dengan hati yang terbuka dan tidak salahkan sesiapa. Takdir sudah tertulis. Seperti abangnya kata, Hadi juga pastu tidak mahu perkara ini terjadi pada dirinya.

"Kadang-kadang Ara, kita tak perlu berterus terang tentang kebenaran kalau kebenaran itu menyakitkan. Lagi-lagi kalau ia menyakitkan orang yang dia ambil berat" sambung Luqman.

Tiara mengetap kuat giginya. Semua yang abang dia katakan, semuanya benar-benar belaka.

"Abang... Ara bersalah dengan Hadi. Ara tak patut cakap dengan dia macam tu" kata Tiara setelah berdiam diri daripada tadi.

"Alhamdulillah kalau Ara dah sedar. Pergilah mintak maaf dengan Hadi. Insyaallah, abang tahu dia baik" balas Luqman.

Tiara mengangguk perlahan kepalanya. Ketika itu apa yang sangat dia inginkan adalah bertemu dengan Ikhwan Hadi. Insan yang dia sayangi.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update:(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience