BAB 23

Romance Completed 3910

''Mirul,.baru bangun ke? Tak ada kelas hari ni?'' Amirul mendonggak, umminya sedang memandangnya dengan wajah hairan. Amirul tersengeh dalam terpaksa.Kantoi,.sebab bangun lewat. Janganlah ummi tanya aku, aku solat subuh atau tak,tak memasal aku kena tipu ummi pagi-pagi ni.

''Pagi tadi ummi kejut bangun solat subuh, bangun ke tidak?'' Amirul berhenti melangkah. Dia sengeh lagi, mahu atau tak, dia tetap kena kelentong umminya pagi ni, kalau tak gerenti dia kena leter teruk dengan ummi.

''Mestilah ummi! Mirulkan anak bongsu ummi yang paling rajin sekali,.cuma,.'' dia tersengeh lagi sambil tangan sudah mencengkam rambutnya sendiri untuk mencari idea, bagaimana nak menyelamatkan diri untuk memberi alasan kiranya ummi tahu dia bangun lewat. Memang pantang ummi dan walidnya kalau masih tidur selepas solat subuh. Macam-macam pantang larang ummi dan walid,.konon Islam itu mudah tapi semuanya tak boleh. Haih!,.Amirul mengeluh di dalam hati.

''Cuma apa? Ni kusut masai semacam ni, Mirul baru bangun tidur ya??'' suara Hajjah Mastura sudah dikuatkan sedikit. Tergamam Amirul mendengar tengkingan umminya itu, namun dia cuba tidak melatah melalui situasi ini. Amirul terus mempamerkan giginya.

''Alaa ummi,.Mirul bukannya sengaja. Mirul tidur lewat semalam sebab siapkan assigment yang Prof bagi. Ni pagi ni ada kelas pukul 11.00 nanti, Prof Haizi tu bukan boleh percaya sangat ummi, kalau tak siap assigment yang dia bagi tu tepat pada masanya, mesti kena denda. Dia ingat ini sekolah menegah ke apa, nak kena denda bagai,'' Amirul cuba menyalahkan Profesornya pula. Hajjah Mastura mengerling jam di dinding rumahnya sambil kepala digelengkan berkali-kali.

''Kalau dah tahu ada kelas pukul 11.00 kenapa pukul 12.30 baru bangun? Kelas Mirul tu pukul 11.00 pagi ke pukul 11.00 malam?'' terbuntang mata Amirul, takkan selewat ini dia bangun? Dengan pantas dia menoleh ke arah jam di dinding rumahnya. Biar bebetul! Amirul kepanasan. Macam mana boleh terbabas masa ni?

'' Ya Allah! Macam mana ni ummi? Habislah Mirul kalau Prof Haizi tu mengamuk,.'' Amirul pura-pura cemas. Sebenarnya hari ni dia ada kelas pukul 9.00 pagi. Sejak akhir-akhir ni semua kertas assigmentnya Amirul upah pelajar sekuliahnya siapkan. Amirul hanya hulurkan duit.saja.

'' Kenapa dengan Mirul ni? Sejak akhir-akhir ni ummi tengok Mirul buat apa pun sambil lewa ja. Masjid pun Mirul dah tak pergi. Sebenarnya Mirul buat apa berkurung dalam bilik tu siang malam? Betul ke Mirul buat assigment? Ummi tengok, Mirul mengadap ja komputer tu,Mirul dah tak bercampur dengan orang lain. Kalau kakak Mirul dan abang Mirul balik ke rumah pun, Mirul buat tak kisah ja. Cuba cerita dengan ummi,.'' Hajjah Mastura bertanya ragu. Sudah lama ingin disiasat gelagat anak bujangnya ini tapi dalam masa yang sama dia ingin mempercayai Amirul. Dia tak mahu mengongkong kebebasan Amirul.

''Ummi ni,.zaman sekarang ni ummi, bukan macam zaman dulu-dulu. Ummi tahulahkan, sekarang ni segala maklumat ada dalam internet. Dulu ummi, kalau nak mencari maklumat kena berkurung dalam library. Sekarang ni nak cari maklumat cuma perlu search dan klik ja. Dah ada kemudahan ummi, buat apa Mirul nak susah payah lagi. Kalau nak berkawan pun sekarang ni, orang cari dalam internet, boleh berchatting, skpye.whatssapp dan macam-macam lagilah. Banyak sangat ummi, nak dengan tak mau ja semua tu,.'' dengan yakinnya Amirul memberitahu umminya itu, macamlah umminya tak tahu apa-apa pasal internet.

''Ummi tahu semua tu tapi Mirul kena jugak ingat, internet ni banyak buruk dari baiknya. Kalau nak buat rujukan sekali pun takkan sampai tak berdunia dengan orang? Maksud ummi, Mirul dah tak mahu campur dengan orang-orang masjid lagi. Masjid tu bukannya jauh mana pun Mirul.Sebelah rumah kita ni ja. Mirul balik kolej sekarang ni berkurung saja dalam bilik, mengadap ja komputer tu.'' Hajjah Mastura menyuarakan sekali lagi keraguannya. Amirul memang banyak berubah sejak mula belajar di kolej. Tak macam kakak dan abangnya yang lebih suka melanjutkan pelajaran ke Universiti yang lebih menekankan kepentingan agama. Entah apa yang membuatkan Amirul berubah.

''Ummi!,.Mirul laparlah! Ummi masak apa hari ni?'' Amirul menukar topik perbualan mereka sambil tersengeh. Dia menuju ke meja makan yang sudah siap tersedia tudung saji di atasnya.

'' Ummi buat masak lemak cili padi ikan patin campur tempoyak'' sengaja Hajjah Mastura menyebut masakan itu kerana dia tahu Amirul memang alah dengan makanan yang berbau kuat, macam durian,tempoyak,belacan,budu,cencalok,petai dan jering. Amirul berhenti melangkah dan menoleh semula ke arah Hajjah Mastura sambil mencerunkan wajahnya. Tangan kanannya spontan menutup hidung.

''Alah ummi ni!'' wajahnya dimasamkan. Hajjah Mastura mengelengkan kepalanya tanpa sedar. Perangai tak senonoh betul anak terunanya yang seorang ni,dia tak boleh makan sekali dengan dengan orang lain pun tak boleh makan jugak.

''Ummi bukan masak untuk Mirul.Ummi masak untuk walid,Mirul tak nak makan sudah. Puasa ja,.ni dah dekat bulan Rejab, nanti nak masuk Saaban dan Ramadan. Eloklah kalau mula sekarang,..'' Hajjah Mastura melebarkan senyumannya bila Amirul masih berwajah murung, Tegak kaku berdekatan meja makan.

''Dahlah ummi!.Mirul naik mandi dululah, nanti Mirul makan di luar ja, ummi tak sayang Mirul lagi. Asyik-asyik walid ja,'' Amirul bersuara rajuk. Hajjah Mastura sudah berderai tawa. Umur dah 20 tahun tapi perangai masih macam budak-budak lagi.

''Eloklah tu,pergi mandi dulu,nanti turun makan sekali. Kita ada tetamu sekejap lagi. Walid pun dah telefon tadi nak balik makan tengahari di rumah. Nanti solat zohor kita boleh pergi masjid berjemaah sekali.'' Amirul yang sudah berpusing untuk berlalu menoleh ke arah umminya sekali lagi. Ayat tengah dan ayat terakhir umminya menarik minatnya.

''Tetamu? Siapa ummi? Err,.ummi, bab solat jemaah tu tak bolehlah, sebab Mirul dah janji dengan kawan-kawan dalam pukul 1.00 nanti nak keluar. Lain kalilah ummi ya,ni pun dah lewat ni. Mirul naik dululah ummi,'' cepat saja Amirul mengatur langkah, ingin melarikan diri tapi baru tiga langkah dia menoleh semula.

''Siapa yang nak datang ummi?''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience