BAB 03

Action Series 6386

"Aduhhh..."

Amanda mengerang kesakitan. Dahinya berkerut, muncungnya panjang kedepa. Serta-merta bahagian buku lalinya diurut perlahan.

"Dasar kasut keturunan iblis! Time macam ni juga kau buat hal kan!" hambus Amanda geram.

"Excuse me, miss. Need some help?"

Teguran satu suara garau. Dia mengangkat kepala. Mata bertentang mata silih berganti. Air liur ditelan.

Walaupun suaranya tenang namun jantung bergetar tatkala sepasang mata yang mengingatkan pada seseorang ditatap. Wajah wanita di hadapan mengingatkan Darris Anaqeef pada seseorang membuatkan hidupnya kucar-kacir.

"Who are you?" Amanda mengetap gigi. Wajah lelaki itu seperti...

"Darris." jawab lelaki itu yang ingin menghulur bantuan.

"Tolonglah angkat. Buta ke? Tak nampak orang jatuh." bebel Amanda sambil cuba membantu dirinya untuk bangun.

"Nak saya dukung?"

"Nak tolong buat cara nak tolong. Tak payah nak menggatal dengan orang cantik macam aku ni. Nanti tak tidur malam pula kau nanti." dalam keadaan begini pun, Amanda masih bersuara angkuh.

"Okey! Saya tak nak nanti tidur saya tak lena." ucap Darris lalu kakinya diangkat ingin berlalu.

Eleh! Ingat aku hairan sangat dengan bantuan dia? Aku boleh bangun sendirilah. Sikit pun tak kisah! gumam Amanda dalam hati. Lelaki itu dijeling.

Amanda cuba bangun sendiri namun lututnya rasa lemah. Tidak kuat menampung beban badannya. Amanda terduduk semula.

"Arghhh!" jerit Amanda. Matanya dipejam rapat menahan rasa sakit.

"Kan bagus kalau berbudi bahasa minta tolong."

Akhirnya Darris kembali semula apabila gegendang telinganya menangkap suara jeritan Amanda. Dia tidak sampai hati meninggalkan wanita yang pernah amat dikenalinya sebelum ini. Namun dia hairan mengapa gadis itu seperti tidak mengingatnya? Hilang ingatankah?

"Nak tolong tu, tolong je lah. Bebel-bebel pula."

Bebelan Amanda tidak dihiraukan sebaliknya tubuh langsing Amanda diangkat dan dibawa ke keretanya.

"Aku nak duduk belakang. " suara Amanda saat tiba di hadapan kereta Darris.

"Sorry lah. Tak sempat nak ambik kursus van ambulans. " tenang suara Darris membalas permintaan Amanda.

"Erghhh! Serabut! " tingkap kereta dibuka sebelum perlahan-lahan dia masuk ke dalam perut kereta. Dia serata membuang pandangan ke arah lain. Kembang-kempis hidungnya menahan geram.

"Budi bahasa budaya kita..." sengaja Darris menyanyikan lagu Dato Siti Nurhaliza lalu menjeling ke arah Amanda.

"Budi bahasa budaya kita... " ajuk Amanda dengan riak wajah menyampah.

Ingat aku hairan?

"Nama awak apa? " tanya Darris saat suasana agak sepi.

"Ikan keli. "

" Sedapnya nama... binti apa? Belut ke cencaru? " seloroh wajah Darris dengan wajah bersahaja.

" Siput babi! " balas Amanda geram.

" Wahhh, nama mak, duyung ke? " Darris masih bergurau.

" Taklah, salmon. " Amanda berpeluk tubuh. Nafasnya kedengaran kasar.

"Alaaa... janganlah main-main. Bagilah tau nama awak apa." jari telunjuk membuat pusaran di paha Amanda.

"Apa sentuh-sentuh ni!" tangan Darris ditepis namun lelaki itu masih tetap berdegil.

"Amanda! Sanalah..." Amanda terpaksa menggunakan nama keduanya daripada lelaki itu tahu siapa dia. Ada niat lain? Dia terpaksa mengalah daripada membuatkan lelaki itu terus membuatkan dia geram.

Amanda? Dia tak salah mengenal orangkah? gumam Darris dalam hati.

"Sedap nama..."

"Gila!" bengkak hati Amanda. Mujur dia tak mampu berjalan sendiri. Kalau tak, dah lama dia keluar daripada kereta ini.

Sementara menantu Naura tiba untuk membantunya masuk ke klinik, Amanda hanya menahan hati dengan perangai lelaki disebelahnya yang macam budak-budak.

"Give me your phone." Darris menghulurkan tapak tangan.

Entah kenapa Darris ingin berkenalan dengannya lebih dalam. Firasatnya berkata bahawa Amanda adalah Nuhayra. Namun dia hanya berdiam. Ada saru tarikan dalam diri Amanda yang membuatkan dia rasa lain.

"Apa benda kau ni? Tak payah nak macam bagus sangat " dengus Amanda.

Permintaan lelaki itu tidak dihiraukan. Dia hanya menunggu masa untuk keluar daripada kereta yang langsung tidak memberi kesejukan dalam hatinya meskipun aircond dibuka tahap paling maksimum.

"Give me your phone." kali ini suara Darris tegas.

" Ah lantaklah! Sukati akulah nak bagi ke tak. Yang kau sibuk nak pinjam phone orang pahal? " Amanda menjeling.

" Saya nak buat panggilan. Kredit saya tak ada. "

" Pakailah public phone. " cebik Amanda.

" Bagilah saya pinjam kejap. "

Amanda buat muka tidak faham. Pura-pura tidak dengar dengan permintaan lelaki itu. Dia menjeling. Kakinya menghentak-hentak lantai mereka.

"Awak... pinjam kejap je." meleret suara Darris.

"Ishhh!"

Akhirnya Amanda terpaksa beralah. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu diserahkan dengan keadaan tidak rela. Perlakuan Darris yang sedang menekan papan kekunci telefon bimbitnya diperhatikan oleh ekor mata.

"Jangan nak buat bukan-bukan eh."

"Tak buat apapun. Save nombor saya je. By the way, saya Darris tau."

"Thanks." telefon bimbit Amanda dipulangkan setelah nombor wanita itu dibuat panggilan ke telefon bimbitnya.

"Kau apahal nak ambik nombor phone aku?" bahu Darris ditumbuk geram. Giginya diketap menahan rasa.

"Kalau saya minta awak bagi ke?"

"Eiii! Aku harap lepas ni kau bisu! Kau pekak! Kau buta! Kau hilang ingatan! Gr..."

"Doalah. Biasanya doa orang jahil ni tak termakbul."

Boleh tahan juga mulut mamat ni, gumam Amanda sendiri. Berjuta kali dia menyumpah lelaki disebelahnya.

Segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience