Start your content...BAB 2
“ Hanisha?” Cik Mona berpeluk tubuh saat memandang ke arah Hanisha yang baru muncul di ruangan locker pekerja. Pandangan mata wanita itu jelas menunjukkan rasa tidak berpuas hatinya.
“ Apa pulak si Mak Lampir ni” Hanisha mendengus perlahan. Pasti ada yang tak kena.
“ Ada apa Cik Mona?” Hanisha bermanis muka.
“ Awak kemana tadi?” Cik Mona sepertinya akan menelan Hanisha hidup-hidup tika itu.
“ Saya dari toilet” Jawab Hanisha jujur.
“ Toilet kat sini kan ada”
“ Kebetulan pulak air kencing saya tadi tak nak keluar kat sini. Jadi saya guna toilet yang ada kat hujung sana tu. Agak dekat jugaklah. Betul-betul masa saya nak kencing tadi” Hanisha tersengih.
“ Awak jangan nak loyar buruk dengan saya ye. Awak jangan lupa yang saya ni boss awak” Cik Mona meninggi suaranya.
“ Maafkan saya Cik Mona” Hanisha menghentikan sengihannya. Wajahnya kembali tegang.
“ Habislah kau Sha. Kau asyik nak melawan mak lampir tu dah kenapa?” Damia yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik locker itu menggelengkan kepalanya. Tidak di perdulikannya Hanisha yang sedang berhadapan dengan Cik Mona. Perkara itu sudah biasa baginya. Cik Mona memang suka mencari pasal dengan Hanisha. Yelah! Hanya Hanisha seorang sahaja yang berani melawan setiap arahan yang di berikan oleh perempuan itu.
“ Mulai hari ni awak tak perlu kerja ikut shift lagi” Cik Mona mengambil tempat duduk di salah sebuahj kerusi kayu panjang yang ada di situ.
“ Kenapa pulak Cik Mona?” Hanisha membeliakkan matanya. Adakah dia kena buang kerja, kerna hampir semua cleaner di resort itu bekerja mengikut shift yang telah di tetapkan.
“ Awak ni ada pakai jampi apa sampai Tengku Hariz tu nak awak jadi private cleaner sekaligus pembantu dia untuk sebulan? Awak memang jenis yang suka menggatal dengan lelaki kaya ke?” Cik Mona kembali menyerang.
“ Kenapa pulak mamat perasan kacak tu nak ambik aku jadi private cleaner pulak? Bilik dia tu besar sangat ke sampai aku yang kena bersihkan? Jangan-janagan mamat perasan handsome tu tikus jadian tak? Jenis pengotor nak mampus. Ehhhh tapi bersih pulak aku tengok pakaian dia. Kemas! Tak selekeh! Tang mana pulak yang dia ni perlukan private cleaner sekaligus pembantuperibadi?” Pelbagai persoalan muncul di benak fikiran Hanisha hingga gadis itu terpaksa menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Jangan dia nak ambil kesempatan dekat aku sebab aku lepaskan peluang dia sebab nak kacau Damia?” Bulat mata Hanisha memikirkan alasan yang baru sahaja di binanya sendiri.
“ Eh! Yang awak tu dah nak berangan kenapa? Awak fikir Tengku Hariz tu syok ke dekat awak sampai dia nak awak jadi pembantu peribadi dia? Awak jangan nak berangan lebih dia. Dia tu tak pandang perermpuan lebih-lebih lagi yang buruk rupa macam awak ni. Bawah kaki dia je tau” Cik Mona mengangkat punggungnya.
“ Macamlah dia tu cantik sangat nak mengata aku macam tu. Make up tebal satu inci. Kalau lebah hinggap, terus melekat kaki lebah tu tak dapat nak tanggal! Nak mengata orang pulak minah lampir ni” Gerutu Hanisha dalam hati sambil menjuihkan bibirnya.
“ Jangan awak lupa pulak kerja awak. Bermula esok. Tengku Hariz tu orangnya menepati masa. Kalau awak lambat sikit, memang awak kena buang kerja on th e spot” Cik Mona memberi kata-kata terakhirnya sebelum menghilang di balik pintu.
“ Eh Sha! Kenapa kau kena kerja under Tengku Hariz?” Damia yang sedari tadi mencuri dengar perbualan antara Hanisha dan Cik Mona tiba-tiba muncul dari belakang Hanisha.
“ Manalah aku tahu. Kalau aku tahu, taklah otak aku ni tengah pening berfikir” Hanisha mendengus.
“ Jangan-jangan dia nak kahwin dengan kau tak?” Damia kembali teringat akan ayat yang di dengarnya dari mulut pemuda itu siang tadi.
“ Kau ni pun. Cakap tu logiklah sikit! Tak kan dia nak kahwin dengan aku? Agak-agaklah! Ada banyak lagi betina yang ada kat Malaysia ni kot” Hanisha kedengaran agak marah.
“ Yang kau ni nak naik angin dengan aku dah kenapa? Aku gurau je pun” Damia menepuk belakang Hanisha agak kuat hingga kedengaran Hanisha mengaduh kecil. Damia kembali menyusun langkahnya menuju ke locker miliknya. Mengambil beg galasnya lalu mengeluarkan bekal makanan yang di bawanya dari rumah.
“ Kau tak nak makan ke?” Damia menyoal usai menoleh sesaat ke arah Hanisha yang tengah memikirkan sesuatu. Terkumat-kamit mulut gadis itu berbicara sendirian dengan bait bicara yang sukar di tangkap di pendengaran Damia.
“ Kau makanlah dulu. Aku tak ada selera” Hanisha membaringkan kepalanya di atas meja. Matanya di tutup rapat.
“ Awak nak tak kahwin dengan saya?” Bicara lembut dari bibir Hariz membuka mata Hanisha semula sepantas kilat. Terkebil-kebil gadis itu mengingat kembali saat kedua pasang mata mereka bertemu. Macam babak dalam filem hindustan. Pendek kata macam Kajol dan Shah Rukh Khan!
“ Eeeeeeeeeee.. kenapalah dia cakap macam tu? Kan aku dah tergila bayang!” Hanisha menggaru kepalanya agak kasar hingga menyebabkan tudung hitam yang di kenakan olehnya itu agak lari dari kedudukan asal.
Damia yang baru sahaja mengambil tempat di hadapan Hanisha sedikit pelik dengan tindak-tanduk Hanisha yang sukar di duga itu. Namun Damia membiarkan sahaja. Kalau perangai temannya itu tak serabut dan sukar di jangka, itu bukan Hanisha Sofea namanya.
“ Sabar Sha! Kau kena fikir secara waras” Hanisha berbisik di dalam hati sambil mengurut dadanya berulang kali.
“ Kau kan dah ada Encik Ameer Reza. Kau tak payah nak menggatal dengan lelaki lain selain dari Ameer. Dah dua tahun kau simpan perasaan kau tu dekat dia kan? Jadi kau jangan pandang lelaki lain” Hanisha cuba menyamankan hatinya.
“ Tapi muka Tengku Hariz tu macam hero cerita Turki tu.. Can Yaman! Handsome ooooo.. dengan jambang dia. Dengan rambut agak panjang dia, lepas tu dengan badan sasa dia. Alah-alah! Ada la imbas-imbas Shah Rukh Khan sikit” Hanisha tersengih sendirian.
“ Dah kenapa pulak si Hanisha ni senyum-senyum sendiri” Damia berkerut memerhatikan riak wajah temannya yang berubah-rubah.
“ No Hanisha! Ameer lebih handsome. Kau kan cakap yang muka Ameer tu macam muka Hrithik Roshan!” Kedengaran satu suara berbisik di cuping telinga Hanisha membuat senyum di bibir Hanisha terhenti.
“ Eh… tapi Shah Rukh Khan handsome lagi kot!” Suara lain pulak yang muncul.
“ Jangan! Tak kan kau nak sia-siakan cinta yang kau oendam untuk Ameer yang dah nak 2 tahun tu?”
“ Ya ALLAH! Susahnya hidup kalau dah banyak yang minat!” Hanisha tiba-tiba ketawa mengekek sendiri. Damia menjadi semakin pelik. Apa sahajalah yang ada dalam kepala otak gadis itu hingga membuatkan moodnya sentiasa berubah-rubah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ U yakin ke nak kahwinkan Hariz tu dengan anak bekas pemandu kita?” Tengku Iskandar menjamah wajah isterinya penuh makna. Inginkan jawapan yang pasti dari mulut wanita itu.
“ U ni tanya I dah beratus kali. Jawapan I tetap sama. I nak Hariz kahwin dengan anak Ibrahim” Tengku Fauziah menekan setiap patah perkataan yang lahir dari bibirnya.
“ Mahu ke Pak Ibrahim tu nanti?” Tengku Iskandar kedengaran mengeluh berat.
“ Kenapa pulak dia tak mahu? Apa yang kurang dekat anak kita? Handsome! Kaya! Bijak! Ada nama dan pangkat! Sopan santun! Berbudi bahasa. Tak ada satu pun yang kurang dekat Hariz” Tengku Fauziah mengerling suaminya tajam.
“ U kena ingat! Hariz tu baru setahunhun bercerai dengan Bella” Tengku Iskandar cuba mengingatkan isterinya.
“ U tak payah nak sebut nama betina murah tu depan I ye. Benci I mendengarnya” Dengus Tengku Fauziah.
“ I bukan sengaja nak sebut, tapi Hariz tu kan baru je bercerai. I tak nak kalau dia tak dapat terima apa yang u sedang buat ni”
“ Maksud u, menjodohkan Hariz dengan pilihan kita?” Tengku Fauziah mengatur posisi duduknya.
“ U dengar sini. Niat I tu baik tau. Nak buat Hariz lupakan betina tak sedar diri tu. I nak Hariz lupakan kenangan pahit dia dan bina hidup yang baru”
“ Tapi Hariz tak kenal pun dengan anak Pak Ibrahim tu”
“ Sebab tu la I suruh Hariz jumpa dia kat resort kita tu. Supaya dia kenal sendiri dengan calon isteri dia” wajah Tengku Fauziah berubah ceria.
“ Nak ke Hariz dengan budak tu?” Tengku Iskandar kelihatan gusar.
“ U tak payah nak risau. I yakin pilihan I tepat”
“ Apa nama dia? I lupa pulak”
“ Hanisha Sofea. Manis orangnya. Bertudung. Baik tutur katanya. Hormat orang tua. Merendah diri. Berkenan benar I dengan dia” Senyuman Tengku Fauziah hingga ke telinga. Begitu lebar selebar harapan dan keinginan yang menggunung di hatinya.
“ Jadi u ke resort kita tempoh hari bukan sebab nak bercuti? Nak sport check si Hanisha tu?” duga Tengku Iskandar.
“ Memanglah nak kena check. I nak yang terbaik untuk anak I. I tak nak bakal isteri Hariz tu sama dengan perangai kurang ajar si Bella tu. I tak kisah kaya atau miskin asalkan budi bahasa dan tingkah laku dia sedap di mata kita. Bukan menyakitkan hati dan kepala kita” Bebelan Tengku Fauziah membuat Tengku Iskandar menggelengkan kepalanya.
“ U yakin ke dengan pilihan u tu? Mahu ke Hariz dengan Hanisha nanti?”
“ U! Lelaki bodoh je yang sanggup lepaskan gadis sebaik Hanisha tu. Limited edition tau tak”
“ Tapi mereka berdua tu lansung tak kenal. Lansung tak ada perasaan cinta”
“ Tak payah nak bercinta sangat. Lepas kahwin je bercinta. U ni cakap macam u tak setuju je dengan rancangan I” Tengku Fauziah mengerutkan dahinya.
“ Siapa cakap I tak setuju. I pun dah tengok sendiri anak Pak Ibrahim tu. I pun memang berkenan dengan dia, cuma u tak rasa ke yang kita ni terlampau memaksa Hariz?” Ujar Tengku Iskandar menyatakan kegusarannya.
“ No! I tak rasa kita sebagai orang tua Hariz memaksa dia. Hariz tu anak kita. Kita tahu yang terbaik untuk dia. Masa Hariz kenalkan kita dengan Bella dulu, I tahu yang Bella tu bukan jodoh yang tepat untk Hariz. And then, apa yang jadi? Bella tinggalkan Hariz sebab nak kejar cita-cita dia jadi model terkenal. Bella tetap pergi walaupun Hariz dah larang berulang kali. Dari dulu lagi I memang tak suka dengan Bella tu! Tapi sebab Hariz dah suka, I terpaksa terima” bicara Tengku Fauziah panjang lebar.
“ I tahu. I tahu yang Bella tu memang tak sesuai untuk Hariz…” Tengku Iskandar mengiakan kata-kata isterinya.
“ So, tak payah lagi nak cakap nama betina tu depan I. Jijik I mendengarnya!”
“ Hmmmm.. mahu ke tak Hanisha tu dengan anak kita nanti?” Tengku Iskandar menukar topik perbualan.
“ U tak payah risau. I akan pastikan Hanisha tu jadi menantu kita” Tengku Fauziah bingkas bangun, melangkah masuk menuju ke dalam kediaman mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ U yakin ke nak balik ke Malaysia?” Tasha menjamah wajah Bella dalam.
“ Kenapa? U nak jadi tua kat sini ke?” Bella mengerling tajam.
“ Tak lah.. kerjaya u tengah naik kat sini. Takkan u nak balik ke Malaysia tu?” Tasha membalas.
“ I dah jemu kat sini..”
“ U jemu kat sini ke, u rindukan your ex husband?” Tasha menduga.
“ Rindulah jugak..” Bella senyum meleret. Rokok yang ada di tangannya di hisap semula. Asap hitam itu di hembusnya laju ke udara.
“ U masih sayangkan Hariz?” Tasha menyoal ingin tahu.
“ Sayang jugaklah..” balas Bella ringkas.
“ Kalau sayang kenapa u nak bercerai dengan dia?”
“ Bukan I yang nak bercerai, mama Hariz tu yang paksa Hariz untuk ceraikan aku. Dasar perempuan gila!” Bella mencemik. Kembali terbayangkan wajah bekas mama mertuanya yang begitu di bencinya.
“ U yang tak pandai nak ambil hati mama dia..”
“ U nak salahkan I pulak?” Bella menjeling lagi.
“ I tak salahkan u, tapi u sendiri tahukan yang Tengku Fauziah tu mama kepada Hariz. Seeloknya u jaga hati dan perasaan dia. Kenalah pandai nak bodek dia” Tasha membalas.
“ U ingat I tak cuba ke buat tu semua? I dah try jadi perempuan lemah lembut tau. Jadi perempuan yang baik budi bahasa depan dia. Nak buat macamana kalau dia tetap nak perempuan melayu terakhir jadi menantu dia. I bukan jenis perempuan yang bertudung, tutup sana sini tau tak” komen Bella geram.
“ Hmm.. kalau u sayangkan dia, ikut jelah cakap mama dia. U tak rugi apa-apa. Duit mengalir macam air. Hidup senang tak payah nak bersusah payah”
“ U cakap memanglah senang. Duit memang tak ada masalah tapi yang masalahnya mama dia. Dia yang control Hariz. U nak ke suami u ikut je cakap mama dia?” Bella menghenyekkan puntung rokoknya yang masih berbaki separuh itu ke dalam bekas abu rokok kaca yang ada di hadapannya itu.
“ So apa tujuan u balik ke Malaysia?” Tasha menjadi pelik.
“ Nak melepas rindu dekat Hariz..” Bella senyum hingga ke telinga. Wajah tampan Hariz kembali muncul di kotak fikirannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hariz menarik nafasnya dalam. Peluh hangat yang mengalir dari rongga kulitnya di biarkan kering di tiup angin awal pagi yang begitu menyamankan itu. Hariz bercekak pinggang memerhatikan ombak laut yang memecah lantai pantai di resort milik keluarganya itu. Larian yang di lakukannya sebentar tadi cukup meletihkan kakinya. Pemuda itu tanpa berfikir panjang duduk id atas rumput hijau yang tumbuh meliar di situ.
“ Encik Tengku?” satu suara memanggil dari belakang. Hariz menoleh ke arah si empunya suara.
“ Hanisha?” nama itu meniti di bibir Hariz perlahan. Senyum nipis terukir saat terpandang Hanisha yang tertunduk bertongkat lutut menahan keletihan dek berlari menuju ke arah Hariz.
“ Laju nya Encik Tengku lari” Hanisha kedengaran termegah-megah.
“ Dah nama joggingkan?” Hariz membalas selamba.
“ Kalau jogging tak lari laju macam tu Encik Tengku. Naik pitam saya berlari tadi” Hanisha menyandarkan tubuhnya di pokok kelapa yang berada tidak jauh darinya.
“ Saya lari perlahan je. Awak tu yang kurang stamina. Sebab tu awak cepat letih” Hariz ingin menghamburkan tawanya melihat memek wajah Hanisha yang mencuka sebaik mendengar ayat dari bibirnya.
“ Eeee mamat perasan kacak ni. Sukahati dia je nak cakap aku kurang stamina” terkumat-kamit mulut Hanisha mengata Hariz dari belakang.
“ Kenapa awak lambat?” Hariz menyoal agak tegas.
“ Mana ada saya lambat Encik Tengku. Saya dah cakap tadi yang saya lari macam nak rak ke sini. Saya dah panggil Encik Tengku berulang kali tadi, tapi Encik Tengku tak dengar..” Hanisha cuba mempertahankan dirinya.
“ Saya tak nak ambil tahu tentang tu. Kalau ikut jam saya, awak dah lambat 35 minit tahu tak” Hariz bersuara agak tegas usai menoleh ke arah jam tangannya beberapa saat.
“ Ye lah tu. Dia je yang betul..” Hanisha mencemuh dalam hati.
“ Awak mengata saya ke?” Hariz bangun. Melangkah menuju ke arah Hanisha dengan pandangan mata yang tajam.
“ Eh mana ada. Mana ada saya mengata Encik Tengku” Hanisha gugup. Sepantas kilat gadis itu meluruskan tubuhnya.
“ Saya paling tak suka kalau ada orang yang mengata saya dari belakang. Saya paling pantang dengan jenis manusia yang macam tu” Hariz bersuara serius. Sengaja untuk menakutkan gadis yang ada di hadapannya ketakutan.
“ Ye ke?” Hanisha bagaikan memerli. Namun dia tidak berani untuk membalas lebih lanjut. Yang ada di hadapannya kini bukanlah Mr David ataupun Cik Mona yang boleh di guraunya sesuka hati. Yang berada di hadapannya kini adalah CEO resort tempatnya bekerja. Kalau salah sikit kena buang kerjalah jawabnya. Mana nak carik kerja zaman sekarang?
“ Mr David dah bagitahu awak tentang kerja awak?” Hariz menyoal.
“ Dah” Hanisha membalas ringkas.
“ Jadi awak tahulah yang awak kena ada dengan saya 24 jam selama sebulan sepanjang saya berada kat resort ni?”
“ Eh, 24 jam tak boleh Encik Tengku. Saya ni tak tidur ke? Asyik nak berkepit dengan Encik Tengku je. Saya kenalah balik rehat kat rumah. Robot pun pandai rosak kalau asyik bekerja 24 jam” pantas Hanisha menjawab permintaan Hariz yang tidak masuk akal itu.
Hariz hampir saja menghamburkan tawanya dek ucapan yang di ucapkan oleh gadis di hadapannya itu namun dia cuba untuk mengekalkan wajah seriusnya. Tidak mahu Hanisha memandang rendah pada dirinya. Hanisha harus gerun dan takut.
“ Sebab tu saya suruh awak kahwin dengan saya, supaya awa dapat teman saya 24 jam” Hariz menoleh semula ke arah ombak yang masih lagi menghempas ke pantai.
“ Gulp! Kenapa mamat perasan kacak ni cakap balik benda tu? Aku dah cuba buang ayat yang dia sebut semalam. Eeeee berpuaka ayat tu sampai buat aku tak tidur malam. Jadi gila bayang pulak aku di buatnya. Ke dia memang syok kat aku semenjak kali pertama dia terpandang muka aku ni ha.. alaaah! Aku ni bukan tak cantik. Cantik kot! Anak ketua kampung pun syok kat aku” Hanisha tersengih-sengih seendirian tanpa menyedari Hariz memerhatikan tingkah-lakunya.
“ Awak ni dah kenapa?” Hariz berkerut.
Serentak dengan itu sengihan Hanisha di berhentikan. Wajahnya kembali seperti biasa. Di sempat melemparkan senyum ke arah Hariz namun tampak begitu kelat. Hariz menggelengkan kepalanya. Pemuda itu mengatur langkah meninggalkan Hanisha di belakang, kembali menyusuri persisisran pantai yang belum habis di jelajahinya itu.
“ Encik Tengku? Tunggulah saya” Hanisha berlari anak mengejar Hariz yang mulai meneruskan lariannya.
“ Eeeee mamat ni! Kalau nak ajak aku lari baik tak payah. Bawaklah personal trainer ke, apa ke. Seumur hidup aku tak pernah nak berlari macam ni” Hanisha membebel geram. Namun gadis itu tetap berlari mengejar Hariz yang agak jauh di hadapan.
~~~~~~~~~~~~~~~
“ Esok pagi tunggu saya kat depan suite saya” Hariz menekan butang lift.
“ Esok pagi?” dahi Hanisha berkerut. Dia mulai memikirkan larian yang di lakukannya tadi bersama dengan Hariz. Penatnya masih belum hilang, Hariz sudah memberikan kerja untuk nya.
“ Taklah! Tahun depan” Hariz mengerling tajam.
“ Kita nak berlari lagi ke Encik Tengku?” Hanisha memberanikan diri untuk bertanya.
“ Tak” Ujar pemuda itu sepatah sebelum melangkah masuk kedalam lift.
“ Ya ALLAH! Terima kasih ya Allah! Sekurang-kurangnya aku tidak lagi berlari mengejar mamat perasan handsome ni” Hanisha menadah tangannya tanda syukur seraya berbisik kelegaan di dalam hati.
Hariz yang sudah berada didalam perut lift berkerut melihat tindak-tanduk Hanisha. Butang lift terpaksa di tekan untuk menghalang pintu daripada tertutup.
“ Apa yang awak tercegat kat situ? Awak tak nak masuk ke?” sergah Hariz sekaligus mematikan khayalan gadis itu.
“ Bukan ke kerja saya dah habis?” Hanisha berkerut.
“ Apa yang awak merepek ni? Awak baru je 2 jam yang lepas teman saya jogging! Takkan sehari awak kerja 2 jam? Ada banyak lagi kerja yang awak kena buat” Tempelak Hariz.
“ Kerja apa lagi Encik Tengku?” Hanisha mulai panik. Kerja apa yang sampai menemani Hariz ke suite nya? Jangan-jangan… Hanisha mulai berfikir yang bukan-bukan. Sepantas kilat gadis itu menutup dadanya dengan kedua belah tangannya.
“ Kenapa pulak dengan minah ni?” Hariz berbisik perlahan. Memerhatikan Hanisha masuk kedalam lift dengan ekor matanya.
“ Kita nak kemana Encik Tengku?” Hanisha memberanikan diri menyoal saat lift itu mulai bergerak menuju ke tingkat yang paling atas.
“ Nak ke suite saya” Hariz melemparkan senyum nakalnya pada Hanisha. Dia tahu apa yang gadis itu tengah fikirkan.
Gadis itu menggigit bibirnya. Itu bukannya mimpi. Ianya kenyataan. Memang benar Hariz akan berbuat benda yang tak elok pada dirinya. Dia perlu melakukan sesuatu. Tapi apa? Nak buat apa?
“ Kita nak buat apa kat suite Encik Tengku?”
“ Awak rasa?” Hariz cuba menahan tawanya.
“ Emmm.. saya ni tak boleh berduaan dengan Encik Tengku dalam suite tu” Hanisha bersuara putus-putus.
“ Berduaan?” Hariz menoleh ke arah Hanisha.
“ Yelah! Kita berdua ni bukan muhrim Encik Tengku” Beritahu Hanisha.
“ So?”
“ Eeeee mamat ni? Dah tak tahu halal haram ke?” desis hati kecil Hanisha.
“ Tak elok kalau lelaki dan perempuan ada dalam satu bilik. Nanti ada yang ke tiga” tambah Hanisha bersungguh-sungguh.
“ Mana datangnya yang ketiga tu?” sengaja Hariz terus mengusik Hanisha.
“ Mamat ni dulu duduk kat negara orang putih lama sangat ke sampai tak tahu apa itu iblis. Memang nak kena aku ajar ke?” Hanisha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Hmmmm maksud saya.. emm makhluk halus”
“ Jadi?” Hariz melangkah keluar dari lift sebaik sahaja pintu itu terbuka semula.
“ Jadi saya tak boleh benarkan ada orang ke tiga dalam suite Encik Tengku” Hanisha mengejar Hariz dari belakang.
“ Awak cemburu ke?” Hariz menghentikan langkahnya sekaligus memalingkan tubuhnya ke belakang hingga wajah Hanisha tersembam ke dada bidang milik Hariz. Gadis itu terkedu. Bulat matanya saat kedua belah tangannya itu secara spontan memegang dada pemuda itu. Tidak berkelip matanya saat melihat manik peluh yang menitik di leher Hariz.
“ Wei Hanisha! Kau pandang apa tu?” Ada suara nakal berbisik di cuping telinganya.
“ Ya ALLAH!” Hanisha panik. Menapak ke belakang usai menarik tangannya sepantas kilat. Kedua belah tangan itu di sembunyikan belakang tubuhnya.
“ Saya mintak maaf Encik Tengku. Saya tak sengaja.. lagipun Encik Tengku pusing mengejut tadi. Tak sempat saya nak berhenti..” Hanisha gagap.
“ Kenapa awak nak mintak maaf, kalau awak suka nak tengok badan saya atau nak pegang badan saya, saya boleh bagi awak tengok lebih lama lagi…” Hariz mengangkat tshirtnya, berniat untuk membukanya.
“ Ehhhh.. tak payah Encik Tengku” Hanisha panik. Sepantas kilat matanya di pejam lalu di tutup dengan kedua belah tepalak tangannya.
Hariz senyum nipis. Tshirt nya di jatuhkan semula ke kedudukan asalnya. Pemuda itu menapak ke hadapan. Menundukkan wajahnya sedikit agar sama dengan wajah Hanisha.
“ Awak malu ke? Atau awak berpura-pura malu sebab nak sorokkan yang awak memang suka dengan badan saya ni?” Hariz semakin ligat mengusik.
“ Tak! Tak! Saya tak suka” Hanisha menidakkan tanggapan Hariz dengan menggeleng kepalanya laju.
“ Awak dah ada boyfriend?”
“ Eh? Kenapa soalan mamat perasan kacak ni pelik?” Hanisha memberanikan dirinya membuka kedua belah matanya perlahan. Cuba mencuri pandang ke arah Hariz. Bimbang pulak kalau pemuda itu hilang akal membuyka baju di hadapannya.
“ Mujurlah dia tak buka baju dia” Hanisha mengeluh lega.
“ Saya tanya awak ni? Awak ada boyfriend ke?” Hariz menyoal kembali.
“ Kenapa Encik Tengku nak tahu?” Hanisha bertanya agak keras.
“ Sebab saya perlu tahu samada bakal isteri saya ni dah berpunya ke tidak?” Hariz mengangkat wajahnya semula. Kedua belah tangannya di masukkan kedalam poket seluar. Kedengaran pemuda itu mengeluh kecil di hujung ayatnya.
“ Bakal isteri? Siapa? Saya ke?” Kali ini kedua bebola mata Hanisha bagaikan ingin tersembul keluar.
“ Ada orang lain ke selain awak kat sini?”
“ Agaknya Encik Tengku ni dah terlebih makan ubat agaknya. Kalau macam tu lebih baik Encik Tengku rehat dulu. Kalau ada apa-apa Encik Tengku boleh text je saya” Hanisha cuba menyembunyikan rasa gugupnya sedaya upaya.
“ Saya tak sakit. Kenapa saya nak makan ubat?” Hariz membalas pantas.
“ Saya dengar awak suka dengan manager resort ni. Apa nama mamat tu? Ameer kan?” Hariz tidak mengambil masa yang lama untuk menyambung ayatnya. Tidak mahu Hanisha mencelah kata-kata yang sudah pun di atur olehnya.
“ Mana Encik Tengku tahu?” Hanisha berkerut.
“ Saya tak pekak lagi semalam. Saya dengar nama lelaki yang jadi idaman awak tu..”
“ Dia tahu awak suka dekat dia?” Hariz menambah.
“ Dia ni dah kenapa? Busybody pulak pasal hal orang. Dah macam mulut makcik bawang pulak aku tengok” Dengus Hanisha dalam hati.
“ Dari segi awak cakap kemarin, saya rasa si Ameer tu tak tahu yang awak suka dekat dia.. jadi kat sini, saya rasa saya ada peluang nak jadikan awak sebagai isteri saya” Hariz menguntum senyuman.
Hanisha menjadi semakin pelik. Kenapa? Kenapa asyik membicarakan tentang perkahwinan dengannnya. Hariz salah orang ke? Atau Hariz sengaja hendak mempermainkannya? Permainan itu harus di hentikan. Ianya harus di selesaikan sekarang jugak. Kalau tidak Hariz akan berterusan mengusiknya dengan bermodalkan bahan usikan yang sama.
“ Encik Tengku ni suka saya ke?” Hanisha menyoal sambil berpeluk tubuh.
“ Maybe... soon..” Jawapan yang di berikan ringkas. Selamba seperi wajah yang di pamerkannya tika itu.
“ Cakap orang putih pulak dia..” Gerutu Hanisha dalam hati.
“ Kalau Encik Tengku marahkan saya pasal apa yang saya cakap pasal Encik Tengku semalam, saya mintak maaf. Saya tak ada niat nak memperkecikkan hati Enck Tengku” ujar Hanisha bersungguh-sungguh.
“ Kenapa pulak saya nak kecik hati? Apa yang awak cakap tentang saya kemarin adalah kata-kata pujian. Kaya, handsome, berkedudukan tinggi..” Hariz senyum lagi.
“ Mamat ni kang. Aku terajang baru tahu berhenti nak senyum. Dahlah dia senyum tu buat jantung aku hampir nak meletup!” bisik Hanisha lagi.
“ Tapi saya tak bermaksud macam tu…”
“ Jadi awak nak cakap saya tak handsome, tak kaya..” Hariz memintas.
“ Bukan bukan macam tu Encik Tengku..” Hanisha kehilangan kata-kata.
“ Jadi?” Hariz menunggu jawapan.
“ Walaupun Encik Tengku ni kaya, handsome, orang berada.. Saya dan Encik Tengku tak sepadan.. macam langit dan bumi”
“ Apa yang masalahnya. Asalkan saya suka dekat awak.. awak suka kat saya”
“ Baru je tadi Encik Tengku cakap Encik Tengku tak suka saya…”
“ Bila masa pulak saya cakap saya tak suka.. saya cakap coming soon” Balas Hariz.
“ Sama jelah! Saya pun tak suka dekat Encik Tengku. Kalau dah tak suka, kenapa nak kahwin?” Hanisha senyum puas. Dia yakin jawapan yang di berikan olehnya kepada Hariz akan mengunci mulut pemuda itu dari membicarakan soal yang sama.
“ Sebab.. sebab awak cantik” Hariz mendekatkan semula wajahnya di wajah Hanisha
Hanisha terkedu. Tidak berkelip matanya saat mata Hariz memandang ke arah matanya dengan jarak yang begitu dekat. Hembusan nafas Hariz turut dirasakan di wajah. Hanisha menelan air liurnya.
“ Saya pergi dulu. Kalau Encik Tengku perlukan apa-apa, text je saya” Hanisha cepat-cepat menyedarkan dirinnya lalu berlari anak meninggalkan Hariz tanpa menoleh ke belakang.
“ Mahu atau tak, awak tetap kena kahwin dengan saya Hanisha” Hariz menyelak rambutnya kebelakang sambil memerhatikan kelibat Hanisha yang bagai lipas kudung itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
second bab dah guys! Jangan lupa komen. sokong karya saya ok.. take care.. bab ke 3 akan muncul kejap lagi.. heheheheh
Share this novel