BAB 27

Romance Completed 11647

Aku menilik wajah di hadapan cermin yang tergantung di dalam bilikku. Sebiji jerawat tumbuh di atas dahi. Patutlah terasa sakit apabila disentuh. Tak sangka besar juga jerawat ini.

Semenjak di rumah ini, aku langsung tidak mencuci muka. Nasib baiklah kulitku tidak mempunyai masalah. Biasalah bila tengah datang bulan, jerawat belumba lumba nak tumbuh. Macam cendawan tumbuh lepas hujan.

Sewaktu aku hendak keluar dari bilik, aku tersempak dengan Hamka. Kebetulan dia juga hendak keluar dari bilik. Mungkin hendak ke bilik air kerana dia hanya melilit tuala di pinggangnya. Aku hanya menelan air liur melihat tubuh sasanya.

"Erk Hamka. Belanja Rose." Aku cuba mengawal keadaan. Nasib baik perasaan gugup dapat dikawal.

"Belanja apa?" Tanya Hamka.

"Jerawat. Belanja beli pencuci muka." Ujarku sambil menunjukkan jerawat di dahi.

"Alah satu je pun. Takpelah malam nanti kita beli." Kata Hamka. Sebelum berlalu ke bilik air, sempat dia mengenyitkan mata kepadaku.

Aku menjeling ke arahnya. Sajalah tu nak goda aku. Menyampah!

Langkah kaki diatur menuju ke dapur. Aroma asam pedas yang dimasak oleh Mak Mah membangkitkan selera aku.

"Wahh sedapnya. Lapar lah pula." Kataku kepada Mak Mah.

Mak Mah yang sedang mengacau kuah asam pedas menjawab, "Baguslah kalau lapar. Memang Mak Mah masak ni untuk makan."

"Ada apa apa nak tolong tak?" Tanyaku. Takkan lah nak turun makan je kan? Kenalah tolong juga.

"Pandai buat sambal tak?"

"Pandai." Aku mengangguk laju. Ibu selalu mengajarku membuat sambal ketika di rumah.

"Pergilah buat." Suruh Mak Mah.

Aku membuka peti ais untuk mencari cili padi. Bersinar sinar mataku melihat cili padi merah yang masih segar. Aku mengambil beberapa biji buah pauh yang ditelakkan di atas meja lalu mengupas kulitnya.

Ketika kami sedang makan, Hamka menjerit. "Mak. Pedas. Nak air."

Mak Mah menghulurkan segelas air Roselle yang telah diletakkan ais kepada Hamka. "Makan apa yang pedas sangat?" Tanya Mak Mah apabila air yang dihulur disambut.

"Sambal. Pedas macam nak terbakar lidah." Kata Hamka sebelum menyambung kembali meneguk air.

"Pedas sangat ke?" Mak Mah menyudu sambal di dalam mangkuk kecil ke dalam pinggannya. Dia mengecap sedikit sambal itu. Kemudian cepat cepat tangannya mencapai air.

"Siapa yang buat sambal ni?" Tanya Hamka.

"Rose yang buat." Jawab Mak Mah. Berair matanya menahan pedas.

"Tapi Pak Mid tengok Rose okay je makan. Tak pedas ke?" Ujar Pak Mid yang sedari tadi menyepi.

Aku tersengih menunjukkan barisan gigi. "Pedas la jugak. Tapi boleh tahan la." Aku sudah biasa makan makanan yang pedas. Sejak kecil lagi aku berminat dengan cili padi kerana rupanya yang menarik.

" Lidah jenis apa Rose ni?" Ujar Hamka.

"Lidah batu." Jawabku selamba. Semua yang berada di meja makan menghamburkan tawa mendengar jawapanku.

Aku mengenakan blaus pink dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam. Pashmina yang turut berwarna hitam dibelit di kepala. Sebelum ini, Hamka ada menunjukkan aku video di Youtube tentang cara cara untuk memakai pashmina.

Semasa aku turun ke bawah, Hamka sudah sedia menunggu. Dia yang sedang duduk di kerusi rotan tidak lepas dari memandangku. Sebuah senyuman terukir indah di bibirnya.

"Amboi Hamka. Jangan tengok anak orang macam tu. Kalau berkenan, pinang ajelah." Ujar Pak Mid. Kata katanya disambut dengan gelak tawa Mak Mah yang sedang menonton televisyen.

"Ayahlah tolong pinangkan untuk Hamka. Ujar Hamka selamba. Kata katanya membuatkan mukaku terasa berbahang. Beraninya dia malukan aku di sini.

"Betul ke ni? Ayah pun dah berkenan sangat dengan Rose." Ujar Pak Mid bersungguh sungguh. Dua beranak ni, saja nak kenakan aku.

"Alaa sudah sudah la. Mereka nak keluar tu, lain kali lah bincang." Sampuk Mak Mah.

Nasib baik Mak Mah menyelamatkan aku daripada terus dibahan mereka berdua.

Hamka meminta diri untuk keluar. Aku hanya tersenyum ke arah Pak Mid dan Mak Mah. Perasaan malu masih menebal. Dengan cepat aku melangkah keluar daripada rumah teres dua tingkat itu.

"Kenapa diam je ni? Biasa banyak mulut." Tegur Hamka selepas aku mendiamkan diri dari tadi.

Aku tidak menjawab pertanyaannya. Pandangan dialihkan ke luar tingkap. Melihatku diam tidak berkutik, Hamka fokus pada pemanduan. Padan muka! Lain kali malukan aku lagi ye, Hamka.

"Baby, merajuk lagi ke?" Tanya Hamka apabila kereta sudah diparkir. Geli geleman badanku mendengar suaranya.

"Euw gelilah. Kalau nak pujuk pun, janganlah buat macam tu. Guna cara lain boleh?" Kataku. Lidahku dijelirkan dan jari telunjuk ditunjuk ke arah lidah, menunjukkan reaksi seperti hendak muntah.

"Tak boleh. Nak merajuk lagi tak?" Jawab Hamka. Dia memandang tepat ke dalam anak mataku. Matanya dikedip kedip seperti gaya kucing kurap meminta simpati.

"Okay. Tak merajuk dah." Aku tersengih menunjukkan barisan gigiku. Pintu kereta dibuka dan kaki dilangkah ke arah pintu masuk pasaraya AEON.

Hamka berlari untuk menyaingi langkahku. "Tunggulah dulu. Nanti sesat tak tahu."

"Kalau sesat, Hamka carilah. Sia sia jelah kerja polis kalau macam tu." Jawabku. Dia mencebikkan bibirnya. Comel.

Dia menarik sebuah troli. "Pegang troli ni. Nanti hilang." Arah Hamka.

Aku hanya mengikut arahannya. Troli dipegang. Langkah kaki diatur ke bahagian makanan ringan. Sedang aku memilih Mamee Monster, seorang kanak kanak menarik blaus yang dipakai. Aku menunduk untuk melihat anak kecil yang sedang menarik bajuku.

"Kakak, boleh tak tolong ambilkan Super Ring kat atas." Ujar kanak kanak itu. Jarinya diarahkan ke arah plastik Super Ring yang tersusun kemas.

"Boleh." Aku tersenyum memandangnya. Super Ring dicapai dan diserahkan kepada anak kecil itu.

"Belle!" Jerit satu suara.

"Ya Allah, puas mama cari Belle." Tangan kanak kanak itu dipegang oleh seorang wanita.

Aku memandang wanita itu. Seperti aku kenal.

"Mama, kakak ni tolong Belle ambil Super Ring." Kata kanak kanak itu. Jadi namanya Belle.

"Terima kasih. Maaf menyusahkan awak." Dia memandang ke arahku sambil menguntum senyuman manis.

Aku tergamam melihat empunya diri itu.

"Kak Sofia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience