BAB 2 BEBAS

Romance Series 24257

“ Papa boleh ke Ara kerja part time sementara tunggu result SPM nanti? Ara bosan la duduk je kat rumah.. lagi pun papa mama selalu tak ada kat rumah..” Ammara memujuk papanya yang sedang sibuk dengan laptop di ruang kerja didalam rumah mereka.. ye rumah yang luas dan besar tapi hanya 4 orang sahaja yang ada dalam rumah tersebut.. termasuk orang gaji mereka, Makcik Esah.
“ Papa bukan tak bagi kamu kerja.. papa masih mampu bagi kamu makan pakai semua.. apa yang kurangnya lagi.. duit belanja papa bagi tiap-tiap minggu tak cukup ke? ” En. Arfan meletak laptopnya ke tepi, sambil memandang anaknya.
“ Papa bukan apa, papa tak nak kamu penat, buat masa sekarang cukup mama dan papa je cari duit untuk keluarga kita. Kami masih mampu tunaikan apa yang kamu inginkan. Papa dan mama hanya minta kamu tumpukan pada pelajaran kamu je, sama ada nak masuk universiti dalam atau luar negara.. kami akan usahakan yang terbaik buat kamu, kamu hanya seorang anak kami.. kami inginkan yang terbaik buat kamu.” En. Arfan sangat sayangkan anaknya kerana untuk dapatkkan Ammara pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkkan zuriat sendiri.
Ammara tahu apa jawapan yang akan dia terima tiap kali soalan yang sama dia tanyakan pada En. Arfan.
Pn. Maya yang sedang membawa air kopi untuk suaminya terdengar perbualan suami dan anaknya. Dia tahu apa yang di inginkn anaknya.. hidup seperti anak-anak remaja yang lain bebas untuk berkawan, keluar menonton wayang bersama kawan-kawan, ingin merasa berdikari. Hal itu pernah Ammara luahkan padanya, tapi apakan daya dia tak mampu untuk menolong puterinya sendiri.
“ Sibuk betul dua beranak ni menyembang ye.. tak perasan pun mama masuk bilik kerja papa ni.. Ara pergilah tidur, dah lewat ni.. mama ada hal nak bincangkan dengan papa kamu. Dah pukul 10 malam dah pun.. dah lewat sangat dah pun tak elok anak dara tidur lewat, nanti cepat tua .” sambil pn. Maya tersenyum kepada anaknya.
Ammara hanya mampu tersenyum tiap kali mamanya melawak, mamanya adalah makhluk yang sangat lembut dan penyayang tak kira di rumah, di pejabat ataupun dimana saja. Sebaliknya pula dengan En. Arfan seorang yang sangat tegas walaupun dimana je dia berada. Ye selayaknya seorang pemimpin yang memegang sebuah firma guaman yang tersendiri.
Ammara bangun dari kerusi sambil salam dengan En. Arfan dan Pn. Maya tanda ucapan selamat malam.

Tiba-tiba telefon bimbit Ammara yang berada di sebelah katilnya berbunyi menandakan ada wassap masuk. Dengan malas Ammara mencapai telefonnya. Melihat siapa yang berpagi-pagian menghantar wasap ke nombor telefonnnya, hanya ada wassap dari Pn. Maya dan jam telah menujukkkan pukul 10.30 pagi.
‘ Ara mama dah pujuk papa untuk kamu kerja sementara kamu tunggu result nanti, tapi janji dengan mama selepas kamu dapat result nanti kamu kena berhenti kerja. Okey?? Nanti kalau ada apa-apa kamu nak tanya boleh call mama ’ .

Dengan senang hati Ammara membalas wassap Pn. Maya dengan emoji love. Dan terus telefon Dhia untuk perkhabaran gembira, dia akan mencari kerja dikedai buku dimana Dhia berkerja sekarang.
Dan dia terus bangun mandi. Dia tahu untuk waktu sekarang hanya dia dengan mak cik Esah je ada kat rumah. Kerana En. Arfan dan Pn. Maya awal-awal pagi sudah berangkat keluar kerja. Selepas mandi dia terus siap-siap untuk keluar ke kedai buku tersebut.. hanya dalam 15 minit dia telah sampai ke kedai tersebut.
Dengan kecantikkan yang dia miliki tinggi, putih, mata bulat, hidung mancung, rambut ikal cukup untuk membuat orang sekeliling memadangnya, dengan pakaian yang santai t’shirt, seluar jeans dan memakai kasut cukup untuk membuat dirinya menarik perhatian.
Itu adalah hari yang dimana dia impikan.. jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan oleh papa mamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience