Cuba

Poetry Series 2151

Bukannya aku tak pernah cuba untuk selam dalam-dalam apa yang perlu aku faham.

Aku cuma takut aku tak mampu untuk terima segala apa yang akan jadi kemudian hari. Ya, perkara yang aku tak tahu dan tak mampu untuk jangkakan.

Sebab aku bukan Tuhan atau Malaikat.

Aku tak mampu untuk menolak,
makanya aku CUBA untuk menerima.
(walhal aku tak mampu sebenarnya untuk menerima atau menolak)

Aku tak mampu untuk jadi seperti apa yang dia mahu,
makanya aku CUBA jadi yang terbaik sebaik mungkin.
(sedangkan cinta itu tentang menerima seadanya)

Aku tak mampu untuk terus menerus menipu diri,
makanya aku CUBA untuk berterus terang.
(tanpa sedar, aku lukakan hati orang)

Pokok pangkalnya, aku dah CUBA sehabis baik untuk diri aku, orang lain dan seluruhnya. Aku mungkin mampu CUBA tapi tak mampu untuk puaskan kesemuanya.

Ya, sebab aku cuma manusia biasa.
Aku cuma mampu jadi diri aku sendiri.
dan,
mampu CUBA sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience