LZ 3: Bayangan Perasaan

Drama Completed 178287

DI ATAS bantal putih nan gebu, dia menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan. Seperti sedang gelisah dan sangat tidak selesa, dan mungkin saja tidurnya sedang terganggu.

"IKHA, tolonglah jangan macam ni. Penat Yaz cuba minta maaf, tau. Benda pun dah dah lama. Takkan Ikha tak boleh lupa," rayu Yazid yang ketika itu masih mengenakan seragam sekolah menengah di badannya.

"Apa ni, Yaz?" Ikha bengang. "Kalau ya pun tak payahlah sampai nak pegang tangan orang. Cakap jelah macam biasa," tegurnya sambil menghentak perlahan tangannya yang disambar tiba-tiba oleh Yazid.

"Habis tu Ikha asyik mengelak dari Yaz. Bagilah Yaz peluang, Ikha." Yazid masih merayu.

"Peluang apanya? Peluang kita masih terbentang luas lagi, Yaz. Kita sekarang ni masih dalam proses belajar. Bab cintan-cintun, perasaan semua tu tolak tepi dulu. Kita masih tak cukup dewasa," bidas Ikha. Cukup tegas.

"Tapi Ikha masih marah Yaz sebab Yaz salah cakap dulu kan? Takkan sampai sekarang Ikha masih simpannya?"

"Tak ada maknalah, Yaz. Ikha dah lupakan semua tu. Itu semua hal masa kita kecik-kecik dulu."

"Tapi sejak saat itu Ikha terus menjauh dari Yaz. Ikha dah tak nak main dengan Yaz, Ikha dah kurang bercakap dengan Yaz. Please, Ikha. Kita kawan macam dulu balik. Ok, Yaz janji,Yaz tak akan ungkit pasal perasaan apa semua sebelum kita dewasa. Tapi sekurang-kurangnya kita kawanlah macam dulu balik. Ikha..." Yazid masih membuat rayuan.

"Yaz! Kena ingat. Walaupun kita masih tak cukup dewasa, tapi kita dah sama-sama akhil baligh. Tak manis dipandang orang bila kita rapat macam masa kita kecik-kecik dulu! Lebih-lebih lagi ayah Ikha adalah salah satu pengajar di sekolah ini. Boleh dikatakan Ikha ni jadi contoh kepada pelajar lain untuk menunjukkan perilaku yang baik. Kalau Ikha rapat dengan Yaz sepertimana kita kecil dulu, Yaz boleh bayang tak apa dia orang akan kata? Takkan itupun tak boleh fikir?"

Yazid terkedu beberapa ketika mendengar penerangan dari Ikha. Gadis ini memang cukup tegas, terutama dalam menyampaikan teguran.

Sifat seorang guru yang diturunkan oleh Cikgu Arsyad terlihat sangat menyerlah di jiwa Ikha. Tidak mustahil jika gadis ini kelak juga akan menjadi tenaga pengajar sama seperti ayahnya.

Yazid kehilangan kata selepas disekolahkan oleh Ikha sebentar tadi. Air mukanya berubah dan mula memerah terasa bahang. Dia turunkan pandangan tanda dia mulai segan.

Melihat perubahan di wajah Yazid, hati Ikha mula diketuk rasa bersalah. Niatnya hanya mahu menegur kerna Yazid adalah sepupunya. Tidak pula dia berniat mahu membuat Yazid terasa hati. Tapi perubahan air muka pemuda itu telah membuat Ikha mulai sangsi. Mungkinkah tegurannya barusan agak berlebihan?

"Yaz! Yaz terasa hati ke dengan apa Ikha cakap?" ujar Ikha. Yazid perlahan mengangkat wajahnya.

"Sorry! Ikha bukan maksud nak singgung perasaan Yaz. Ikha cuma nak, Yaz fokus pada belajar. Soal perasaan apa semua ni, kita boleh bincang nanti selepas kita tamat sekolah," pujuk Ikha.

Mendengarnya, ekspresi wajah Yazid terus berubah. Awan mendung yang meliputi wajahnya tadi langsung sirna. Senyum pun terkoyak lebar. Kata-kata Ikha barusan seolah memberi satu peluang untuknya.

"Betul ke apa Ikha cakap ni?"

Ikha hanya menguntum senyum manis hingga matanya tertutup. Anggukan kecil terlihat buat meyakinkan Yazid supaya mempercayainya.

Sejak saat itu, Yazid pun berpegang pada janji. Dia tidak lagi mengganggu Ikha sepanjang mereka bergelar pelajar sekolah. Dia terpaksa bersabar menunggu sehingga mereka menamatkan zaman belajar.

Namun setelah mereka sama-sama selesai menduduki bangku SPM, Ikha pula mendapat tawaran masuk universiti memandangkan markah yang diperolehinya sangat memuaskan. Tanpa ragu dia terus meneruskan menyambung pengajian.

"Ikha. Boleh Yaz tanya tentang janji yang dulu Ikha sempat katakan sewaktu kita masih sekolah?" Yazid datang dan menuntut janjinya.

"Ikha nak sambung belajar, Yaz. Ikha nak jadi guru macam ayah. Ayah tak ada nak lain melainkan Ikha. Biarlah Ikha yang menjadi penerus ayah sebagai seorang pengajar. Harap Yaz faham ya."

Buat kali berikutnya Yazid terpaksa bersetuju bagi memberi ruang pada Ikha meneruskan pengajian. Walau sebenar hatinya sudah mulai sangsi, adakah Ikha sengaja mahu melengah-lengahkan masa untuk menghindar darinya?

Bagaimanapun Yazid sangat mencintainya, dia tetap tidak mahu menghalang Ikha dari meneruskan langkah mengejar impian. Yazid pun tidak lagi menuntut, dan kembali bersabar menunggu Ikha sehingga mereka sama-sama habis belajar nanti.

Yazid sanggup mengabaikan gadis-gadis yang datang mendekatinya dan menolak mereka mentah-mentah bila gadis-gadis itu menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya. Dia tetap berpegang pada janji yang dia akan tetap setia menunggu Ikha. Walaupun janji itu hanya disetujui oleh dirinya sendiri.

Berjauhan selama beberapa tahun ketika mereka sama-sama menuntut pada peringkat pengajian selanjutnya. Yazid berharap kepulangannya ke kampung halaman nanti, huluran cintanya akan disambut oleh Ikha.

Namun alangkah menyakitkan bila yang ditunggu-tunggu rupanya tidak sama haluan. Buat kali ke tiga Yazid cuba mengutarakan niatnya pada Ikha untuk terus masuk meminang. Jika sebelum ini alasan yang Ikha beri dapat diterima oleh Yazid dengan hati terbuka, namun tidak untuk alasan kali ini.

"Maafkan Ikha, Yaz. Cikgu Aydan dah masuk meminang Ikha, dan ayah telah menerimanya. Cuti sekolah hujung tahun ini kami akan bertunang. Harap Yaz boleh terima ya."

Bagai gelas kaca dihempas pada permukaan marmar, begitulah berkecainya hati Yazid mendengar ungkapan Ikha. Dia tidak boleh terima, dan tidak akan menerima sama sekali. Sudah cukup puas dia melipat gandakan kesabarannya untuk menunggu Ikha, namun apa yang dia dapat sangat tidak berbaloi dengan pengorbanannya.

ZULAIKHA tiba di perkarangan kondominium itu dengan tergesa-gesa. Selesai dia memarkir kendaraan, dia terus berlari anak menuju lif dan segera menekan butangnya dengan begitu rakus sekali.

Lif terbuka. Ikha tidak menunggu lama untuk menyumbat badannya ke dalam sana. Nombor 25 dia tekan meski tangannya sudah seram sejuk oleh gigil. Dia tidak sabar untuk cepat-cepat sampai ke atas sana, bimbang dengan keadaan Yazid. Risau jika sepupunya itu benar-benar mengakhiri hidupnya sendiri.

Terbuka sahaja pintu, Ikha sepantas kilat menerobos keluar. Bagai dikejar hantu, dia sudah tidak sempat memikir apa-apa lagi sekarang ini. Unit nombor 5 yang tidak jauh dari lif secepatnya dia hampiri. Pintu dituju dan ditekan locengnya. Bertubi-tubi Ikha menekan loceng sambil memanggil nama Yazid berulang kali.

"Yaz. Yaz buka pintu, Yaz. Ikha datang ni. Yaz," panggilnya penuh kerisauan.

Tidak lama, daun pintu terkuak bila Ikha tidak sengaja memusing tombolnya. Rupanya pintu itu tidak berkunci. Maka segera dia tolak dan masuk tanpa rasa curiga.

Sempat Ikha terpinga-pinga sebaik dia masuk ke dalam rumah Yazid yang untuk pertama kali dia jejaki itu. Selama ini dia tidak pernah tahu keadaan rumah sepupunya itu. Dia hanya tahu di mana Yazid tinggal berbekalkan maklumat dari Mak Longnya dan juga Pakcik Jul. Jika tidak, dia pun tiada keperluan untuk menyoal langsung pada si tuan empunya.

Cantik! Memang begini agaknya rumah orang ada-ada ni. Nampak dari luar macam rumah burung. Tetapi di dalam, woww! Mewah dan elegant.

Berkonsepkan luxury untuk interior, membawa tema seakan negara Italy, ianya seolah menjelaskan akan pribadi si pemilik adalah jenis yang hight taste. Membuat Ikha terkagum seketika dan sempat terlupa akan niatnya menjejakkan kaki ke rumah ini.

Namun perkara itu tidaklah berlangsung lama. Kekagumananya tadi sekelip mata bertukar menjadi tegang apabila terdengar pintu utama yang dia biarkan terbuka tadi terkatup kencang hingga menimbulkan suara yang nyaring. Bahu Ikha terhinjut dan langsung berpusing mengubah pandangangan.

Yazid muncul di situ. Dengan mengenakan sweater berhud menutupi kepala, dia merung Ikha cukup tajam dan menggerunkan. Tidak hanya itu, Yazid juga telah bertindak mengunci pintu. Lebih membuat Ikha cemas pabila lelaki itu memperlihatkan senyum sumbing beserta tenungan yang menakutkan.

Ikha menapak kebelakang selangkah demi selangkah bila Yazid sudah mulai menghampiri. Ikha masih tidak tahu apa niat sepupunya itu. Namun, seperti Ikha dapat menduga bahwa nasibnya ketika ini sedang dalam bahaya.

"Yaz! Yaz okay ke?" Ikha cuba bertanya, meski lututnya sudah bergegar hebat.

Pemuda itu tidak menjawap, hanya langkahnya diteruskan mendekati Ikha sambil membawa tenungan yang amat menggerunkan.

"Yaz nak apa ni? Kalau Yaz okay, Ikha nak balik. Yaz..."

"Tak ada apa! Yaz cuma, nak Ikha je," ujar pemuda itu bersuara garau.

"Nak Ikha? Apa maksud Yaz?" Ikha semakin menggigil dan menambah undurnya.

"Yaz cuma nak, Ikha jadi milik Yaz. Tiada siapa boleh miliki Ikha selain Yaz."

Yazid tidak lagi memperlahankan pergerakannya selepas itu. Dengan pantas dia menyambar tubuh Ikha dan meratahnya tanpa belas kasihan.

Hanya jeritan serta tangisan terdengar dari dalam unit kondo itu meraung pilu meminta ehsan. Malangnya, suara itu semakin lama semakin perlahan hingga kemudian hilang sama sekali.

***

"AAAAAAAAA....!"

Jeritan seakan histeria itu kembali kedengaran. Berasal dari dalam bilik utama kondominium mewah tersebut. Gadis itu kembali meraung sayu selepas dia terjaga dari mimpi yang mengganggunya.

Dia berharap semua ini hanyalah mimpi. Namun selepas dia membuka mata, tubunya masih berada di dalam bilik lelaki itu dengan keadaan tanpa busana.

Tangisnya bertambah pilu mengenang nasib diri yang sudah hancur tak bersisa seperti ini. Jika mati boleh dipilih, mungkin dia lebih menyanggupinya.

Cadar comforter ditarik buat menutupi badan yang sudah terdedah tiada sempadan. Matanya yang berbalam akibat genangan air itu cuba mengesan sesebuah kehadiran. Dia meliar ke sekeliling bilik dan mendapati cuaca di luar juga sudah gelap melalui tingkap yang masih terbuka tirainya. Namun dia masih tidak mengesan kehadiran siapa-siapa di bilik itu selain dirinya seorang diri.

Apa yang harus dilakukannya kini? Bagaimana dia hendak pulang ke rumah dengan keadaan seperti ini? Sudah pasti semua orang sedang risau menanti dia pulang. Dan sudah pasti majlis pertunangannya tidak jadi dilangsungkan. Puas dia memaki dirinya sendiri yang begitu bodoh percaya dengan perangkap lelaki itu. Dan kini, dia harus menaggung akibatnya.

Ikha kembali meraung dan tangisnya semakin sayu. Dia tidak rela hidupnya dihancurkan dengan cara seperti itu. Hidup yang sepatutnya gemilang dengan masa depan yang cerah, kini telah musnah sekelip mata direntap dan dipijak-pijak tanpa belas kasihan oleh hawa nafsu jalang.

Tidak lama, tangisan Ikha mendadak tertahan. Pintu bilik telah dibuka oleh seseorang. Ikha mendongak untuk melihat siapa yang datang. Selimut yang membaluti badan semakin dikemaskan supaya seinci kulitpun dia tidak kelihatan.

Bersama senyum manis Yazid tiba ke bilik itu untuk melihat si gadis pujaan. Wajahnya tampak ceria dan tiada lagi kelihatan muram. Di tangannya juga terdapat dulang berisi makanan, hasil dia memerah tenaga di dapur barusan.

Ikha kalihkan pandangan. Teramat jijik melihat wajah itu muncul di hadapannya. Bahkan senyum manis yang tunjukkan juga bagi Ikha amat meloyakan.

Yazid tahu Ikha pasti marah padanya. Dan pasti gadis itu enggan dia dekati. Namun dia peduli apa? Dia tetap hampiri juga meski dia sedar Ikha tentu tidak rela.

"Honey! Ikha dah bangun?" tegur Yazid lemah lembut bicara. Dulang diletakkan di atas meja di sisi katil perlahan-lahan.

"Mari makan. Yaz ada buat pizza ni. Ingat tak? Dulu Yaz pernah buat pizza macam ni masa datang ke rumah Ikha. Pak Ngah dan Mak Ngah bukan main suka lagi. Kalau Ikha nak tahu, Yaz belajar buat pizza istimewa ni dari kawan sewaktu Yaz belajar di Italy dulu. Dapat resepi langsung dari orang Italy, mestilah citarasa Italy dia kuat, kan. Jom makan sama. Ikha mesti lapar," pujujnya. Langsung tidak menggambarkan sikap kejam seperti tadi. Pemuda itu juga telah meletakkan punggung di sisi Ikha dengan berhati-hati.

"Kenapa tak biarkan Ikha mati je? Biar puas hati Yaz." Terdengar gumam dari mulut Ikha tanpa dia mengangkat mukanya.

Yazid tersenyum tipis yang menandakan dia faham dengan apa yang sedang Ikha rasa. Tak apalah, baru-baru lagi. Lama-lama nanti pasti biasa, fikirnya.

"Ikha, jangan cakap macam tu. Yaz sayangkan Ikha, Yaz cintakan Ikha. Mana mungkin Yaz biarkan Ikha kelaparan. Jom makan," pujuknya sekali lagi.

"Sayang?" Ikha mengangkat muka dan menatap muka Yazid tepat dengan tenungan penuh kebencian.

"Sayang ke setan? Yaz tahu tak yang Yaz ni macam setan? Bahkan Ikha rasa setan pun tak sekejam itu. Yaz lebih setan daripada setan. Lebih tepatnya, Yaz adalah iblis," semburnya pedas. Meluahkan rasa kebencian yang tidak dapat digambarkan dengan apapun jua.

Mendengar herdikan pedas dan juga kata-kata kesat gadis itu, wajah suci murni Yazid tadi langsung berubah gerun. Matanya merah menyala dan mencerlung tajam seperti helang mahu menerkam mangsa. Nafasnya dihembus kasar hingga terdengar seperti sebuah dengusan. Dia masih cuba mengawal tangan dari bertindak lebih kejam. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia mengoyak-ngoyak selimut yang sedang membaluti badan Ikha.

"Aku pujuk baik-baik, tapi kau malah cerca aku macam tu. Kau memang jenis keras kepala, kan." ujar Yazid ditekan dalam-dalam.

"Lalu apa masalah kau kalau aku keras kepala sekalipun? Kenapa perlu kau buat aku macam ni sekali? Kau tak ada hak, Yazid, kau tak ada hak. Aku akan bertunang dengan Aydan dan akan menjadi isteri dia. Tapi kau telah hancurkan semuanya. Setan apa yang merasuki kau sehingga kau menjadi iblis seperti ini?"

Diiringi air mata yang berjurai deras Ikha meluahkan lebih lantang. Dia tidak peduli lagi dengan tenungan Yazdi yang ketika itu amat menggerunkan. Dia kesal, dia kecewa, dia marah dan juga benci.

Namun, nampaknya sekali lagi kata-kata Ikha itu kembali menyuluh api di dada Yazid semakin membara. Lelaki itu telah merapatkan kelopak matanya bersama dengusan.Tatkala matanya kembali dibuka, tubuh Ikha adalah sasaran utama untuk dimangsa sekali lagi olehnya.

Ikha cuba bertahan agar kain selimut itu masih menutupi diri, namun Yazid telah mengerahkan seluruh tenaga untuk merentapnya. Selimutpun terlepas. Tubuh Ikha yang tanpa seurat benang itu kembali terdedah buat tatapannya.

Tanpa membuang masa, Yazid langsung menerkam tubuh itu bagai hilang ehsan kemanusiaan. Kedua tapak tangan Ikha dicengkam lalu ditekan pada permukaan tilam yang kemudian dikuci oleh jari jemarinya. Tubuh Ikha yang tanpa busana itu tentu amat membantu dirinya lebih mudah membuat kerja.

Ikha kembali meraung menahan kesakitan. Sakit luar dan dalam. Sekali lagi dia terpaksa membiarkan dirinya dimangsa oleh Yazid yang seperti sedang dirasuk setan.

"Bunuh je Ikha, Yaz. Untuk apa lagi Ikha hidup dengan keadaan macam ni." Terdengar suara itu lirih diantara tangisan.

Yazid mengoyak senyum senget sambil merenung wajah Ikha penuh nafsu. "Yaz bukan pembunuh, dan Yaz tak akan jadi pembunuh. Tapi, Yaz adalah perogol. Yeah! Rogol Ikha adalah benda paling nikmat dalam hidup Yaz. Yaz suka! Kalau boleh Yaz nak lakukkannya sepanjang malam!" Yazid ketawa sumbang sesuai ujarnya yang garau. Memperlihatkan sifat seperti seorang psychopath.

Bukan seorang dewasa namanya jika tidak turut menikmati sentuhan dari hubungan yang terjadi itu. Ikha tidak menafi yang perasaan kasihnya sempat hadir bila melihat Yazid kecewa dengan berita pertunangannya. Hal itu sempat membuat Ikha berasa simpati yang turut diiringi dengan perasaan sayang yang mula bermunculan.

Namun bukanlah cara seperti yang dia mahukan. Hubungan yang sepatutnya nikmat dilakukan oleh sepasang insan, ianya justeru terasa amat menjijikkan. Bahkan perasaan yang sempat hadir itu turut lenyap tanpa bayangan.

Yang tinggal kini hanyalah rasa benci. Benci yang teramat sehingga membuatkan wajah tampan pemuda itu terlalu jijik untuk dipandang.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience