BAB 3

Mystery & Detective Completed 4732

"Aku akan mandikan engkau selepasni." Ujarnya.

"Apa yang awak merepek ni? Saya boleh mandikan diri saya sendirilah." Aku mula tidak berasa selesa dengan lelaki ini.

"Kalau kau nak mandi sendiri pun, dapat ke kau nak ambil sabun dengan berus gigi semua tu. Kau bukannya nampak pun semua tu mana tahu nanti kau tak nampak sabun kat lantai lepastu tergelincir dekat sana." Ujarnya.

"Kalau tak disebabkan awak yang buat saya buta, sekarang ni saya dah boleh mandi sendiri tau." Ujarku.

Dia tanpa berfikir apa-apa terus menngangkat tubuh Fiona dan menuju ke arah bilik mandi. Fiona mula meronta-ronta untuk minta dilepaskan.

"Lepaslah!!! Awak nak buat apa ni?!!" Jeritku dengan kuat.

Dia menempatkan aku pada tab mandi. Bajuku mula dilucutkan olehnya. Aku cuba untuk menepis tangannya tetapi dia lebih cepat bertindak. Aku hanya membiarkan sahaja. Selepas aku merasakan sudah telanjang sepenuhnya, aku cepat-cepat menutup bahagian dadaku dan mencangkung. Hati aku mula menyumpah seranah terhadapnya kerana dia sesuka hati sahaja membogelkan aku depannya.

"Tak perlu nak berlindung sangat. Aku pernah nampak semua tu." Ujarnya

Pernah nampak? Apa maksud dia?

"Apa awak buat dekat saya sampai awak dah nampak semua badan saya? Awak ada buat sesuatu yang tak baik dekat saya ke?!" Jeritku ke arahnya.

"Aku pernah nampak semua ni selama 3 tahun. Kau je yang tak tahu." Ujarnya. Aku mula membuntangkan mataku. Dia stalker aku ke selama ni?

"Baik awak mengaku, awak pernah stalker saya ke?" Ujarku.

"Bukan stalker tapi kau yang bagi aku tengok." Katanya dengan slamber.

"Awak merepek apa ni? Bila masa pula saya nak bagi awak sesuka hati nak tengok badan saya ha? Saya kenal awak pun tidak. Awak memang sengaja nak buat-buat ceritakan?" Ujarku.

"Suka hati kaulah sama ada nak percaya ke tidak. Tapi kau kena ingat yang semua aku cerita tu, semuanya betul." Ujarnya. Betul ke semua itu ataupun dia cuba untuk membohongi aku. Lantaklah jangan sesekali percaya dengan jantan ni!!!

Aku merasakan rambutku dibilas olehnya.

"Awak buat apa ni?" Ujarku

"Aku nak mandikan engkaulah, kau boleh tak tolong diam sikit!!." Ujarnya dengan nada yang tinggi. Aku cuma hanya mampu mengalah sahaja dan membiarkan segala pergerakkan tangannya pada tubuhku. Aku mula rasa berdosa pada arwah suamiku kerana membiarkan lelaki sesuka hati menyentuh tubuhku. Sungguh aku rindukan pada arwah suamiku. Saya rindu awak sangat-sangat Rayden...

Aku merasakan dia mula menggosok kepalaku dengan perlahan menggunakan syampu. Dia menggosok kepalaku dengan terasa nyaman sekali sehingga aku terbuai. Aku mula teringat di mana Rayden pernah menggosok rambutku sewaktu kami mandi bersama-sama. Wajahku mula merah mengingatkan peristiwa itu. Tetapi apakan daya kerana semua itu hanyalah kenangan seketika.

Selepas itu, dia mula menggosok badanku menggunakan sabun cecair. Aku mula berasa sangat malu kerana seluruh tubuhku diterokai oleh tangannya. Termasuklah bahagian tubuh sensitif aku. Kalau diikutkan hati aku nak je terajang muka mamat ni tapi malangnya aku sendiri tidak boleh melihatnya. Dia mula membilas badanku dengan perlahan menggunakan pancuran air. Tetapi mengapa aku merasakan bahawa belaian ini mengingatkan belaian daripada arwah suamiku?

"Buka mulut.." Ujarnya.

Aku membuka mulutku dan dia memegang erat di bahagian daguku. Dia terus memasukkan berus gigi di dalam mulutku dan mengosokknya dengan perlahan. Bukankah aku boleh buat semua ini sendiri?

Aku malas mahu bertekak lagi dan membiarkan sahaja perbuatannya. Aku seolah-olah dilayan seperti budak kecil yang langsung tidak mengetahui apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience