Bab 59

Romance Completed 53837

Akak..sesuai ke baju ini dengan saya? Tanya Iman kepada Wirda apabila mencuba baju kurung songket pahang berwarna putih untuk majlis pernikahannya dengan Azman nanti. Iman rasa janggal sedikit kerana inilah kali pertama dia mengenakan pakaian seperti ini. Selalunya hanya memakai jubah sahaja. Dengan keadaannya yg berpurdah semestinya penampilannya kena terjaga selalu. Iman berjalan ke arah Wirda yg masih menunggu di ruang sofa tidak jauh dari situ.

Wauu!! Cantiknya...Wahh..wahh..tak salah Azman pilih baju songket pahang ini dekat Iman. Apa tanya soalan macam tu..Sesuai sangat haa..Pusing sikit? Eee..Cantik. Tak sabarkan nak tunggu majlis nanti. Puji Wirda melambungnya dekat Iman apabila melihat bakal adik iparnya ini memcuba baju pernikahannya. Wirda senang akan mendapat seorang lagi birasnya. Maka selepas ini, cukuplah kuota dalam keluarga besar bonda dan walid. Semua anak terunanya sudah disunting orang. Iman hanya senyum manis sahaja selepas mendengar pujian dari Wirda. Malu saja dirinya di layan baik oleh Wirda. Walaupun senyuman itu terlindung di dalam niqab Wirda tahu Iman adalah seorang wanita yg cantik. Selepas ini mereka bertiga boleh lah bergosip bersama. Pakat kenakan suami masing-masing.

Wehhh bro..cepatlah..apahal ko lama sangat dekat dalam tu..Bising Azfar setelah menunggu 30 minit Azman memcuba baju melayu untuk pernikahannya itu. Apa yg lama sangat Azman buat di dalam pun tak tahu. Azfar melihat jam di tangannya menunjukkan pukul 11.30 p.m. Kelibat Azhar dan Munirah masih tidak muncul lagi. Sudahlah tidak jawab panggilan telefon. Risau Azfar dibuatnya menunggu mereka datang ke sini. Munirah tengah sarat mengandung sekarang. Azfar tidak mahu menggangu dia dan Azhar yg sedang berehat di rumah saja.

Sabarlah..halah...Macam mana nak lipat sampin ni..Aduh..ehh along..tolong aku jap! Kata Azman lalu keluar dari bilik persalinan itu sambil membawa sampin yg masih belum di pakainya. Azman terus memberi sampin itu kepada Azfar untuk menolongnya.

Hahaha!! Itulah engko..time raya bukan main nak berfesyen..ikut trend semasalah..Sekarang adat melayu bernikah pakai sampin pon tak pandai. Mehh sini aku tolong!! Haishh..nak kahwin pandai pula ehhh ko..Ketawa Azfar seronoknya melihat wajah Azman menahan malu meminta pertolongan daripadanya. Azfar mengambil sampin itu dan memakaikan semula kepada Azman. Hidup adiknya ini terlebih sosial sangat sampaikan lupa sekejap yg dirinya akan menjadi suami tidak lama lagi. Pilihan hatinya sangat memuaskan apabila memilih seorang wanita berpurdah dan kuat pegangan agama. Selepas ini, mungkin hidup Azman akan dikawal ketat. Tidaklah terlalu bebas melepak setiap malam. Bukanlah melepak di kelab malam tetapi pergi bermain futsal selalu. Hidup membujang sudah biasa kalau aktiviti malam bermain futsal. Jika hendak dibandingkan Azfar dan Azhar sekarang hanya membela perut saja. Menjaga dan berada di samping isteri selalu. Suami mithalilah orang kata.

Assalamualaikum...Ucap Munirah apabila baru tiba di butik itu bersama Azhar. Munirah berjalan menuju ke arah Wirda dan Iman apabila perasan mereka berdua sudah ada di situ. Di tinggalkan Azhar yg masih mengalas beg tangannya dan juga memegang beberapa bungkusan makanan untuk mereka semua. Sudah menjadi kebiasaannya sekarang membawa semua barangan dan membiarkan saja Munirah berlengang.

Haaa..tudia..mak buyung kita dah sampai haa..ingatkan tak jadi datang tadi. Baru nak call tau. Tengok-tengok dah ada depan mata. Kata Wirda sambil membalas pelukan manja Munirah ini. Sudah lama mereka tidak berjumpa dan melepak sekali. Seronok Wirda melihat baby bump Munirah. Sudah tidak lama lagi akan sampai juga jangkanya.

Ehhh..ofcourse lah kena datang..nak tengok bakal pengantin kita ni haa. Wuu..cantiknya baju songket pahang ni..Sesuai sangat dengan akak..Ujar Munirah senang sekali melihat Iman akan bernikah dengan Azman. Pandai Azman menjaga "Jodoh" dalam diam.

Ermm..terima kasih..Irah pun apa kurangnya juga..Dah tak lama kan nak dapat twin tu..Syukur alhamdulilah rezeki sekali dapat sepasang. Akak Wirda pun sama. Dah nampak baby bump tersorok tu. Balas Iman seronok berbual begini dengan mereka berdua. Percakapan antara wanita sahaja.

Tengoklah siapa yg buntingkan dia...Sampuk Azhar apabila mendengar percakapan mereka bertiga itu. Sempat lagi dia mengeluarkan minuman dan disedutnya banyak kali. Sambil itu juga dia menunjukkan lengan kuat ke arah mereka bertiga. Terbutang mata Munirah melihat Azhar berbuat begitu. Iman dan Wirda terus memandang ke arah lain. Rasa kelakar saja Azhar menyakat Munirah. Bukan main bangga sekali Azhar berkata begini. Merah padat wajah Munirah menahan malu yg tidak terhingga ini.

Ehh..Cikgu Muhd Azhar..behave!!! Tegas saja suara Munirah itu terhadap Azhar. Kalau Azhar berada di sampingnya sudah lama satu cubitan maut dilepaskan ke perut Azhar. Munirah terus memberi jelingan maut ke arah Azhar. Malas dia mahu melayan perangai menyakat Azhar itu. Mereka bertiga terus berbual kosong saja. Diabaikan saja Azhar yg mula rasa bosan menunggu bakal pengantin lelaki yg masih belum muncul lagi.

Haishh...Tengah make-up ke apa lama sangat ni..Bersuara Azhar setelah melihat jam di tangannya menunjukkan pukul 11.45 a.m. Sudah 15 minit mereka menunggu bakal pengantin lelaki masih belum muncul lagi. Azhar mula bangun dan berjalan pergi untuk melihat apa yg telah terjadi kepada Azman di dalam bilik persalinan. Munirah sudah lama duduk di atas sofa. Rasa sengal saja badannya bila berdiri lama sangat. Wirda masih lagi seronok menunjukkan gambar hantaran kepada Iman. Beruntung sekejap mereka semua kerana ibu Wirda merupakan pemilik besar butik perkahwinan ini. Jadi, segalanya sudah diberi dengan harga tawar-menawar sekali. Bukan itu sahaja, Tempahan baju sedondon keluarga Azhar sudah di tempah khas untuk majlis akad nikah Azman dan Iman yg akan berlangsung tidak lama lagi.

Pang..kerang pang pang.!!! Mempersembahkan..bakal pengantin lelaki, Muhd Azman bin Haji Darus. Bersuara Azhar seronoknya berbuat demikian sambil menepuk tangannya seolah dirinya sedang memegang kompang saja. Azfar juga buat perkara sama dengan Azhar. Mereka berdua menyambut baik kedatangan bakal pengantin lelaki tidak lama lagi ini. Azman terus menepuk dahinya melihat kerenah kedua abangnya ini. Malu saja dia berjalan sambil di iringi oleh kedua abang yg berperangai pelik. Dari jauh Wirda dan Munirah memandang geram saja melihat tabiat pelik suami mereka berdua itu.

Akak..suami siapa tu.. akak kenal ke?? Kata Munirah masih tidak lepas memandang ke arah mereka bertiga lagi. Dia ingatkan Azhar seorang saja mempunyai tabiat seperti ini. Baru sekarang dia tahu abang iparnya juga terpengaruh dengannya.

Ehtah...Akak pun tak kenal Irah..Irah jum!! Balas Wirda lalu mengangkat kening ke arah Munirah pula. Munirah seakan faham sahaja apa yg sedang Wirda maksudkan itu. Mereka berdua segera bangun dari tempat duduk. Di pandang wajah Iman yg masih tidak tahu apa maksud mereka berdua itu. Setelah berbincang beberapa minit, mereka bertiap pun berdiri selari. Giliran Wirda melangkah kaki ke hadapan dahulu memandangkan dirinya yg paling tua antara mereka berdua. Azfar, Azhar dan Azman sudah bersedia apa yg akan dibalas oleh mereka bertiga kali ini. Tidak mudah yaa mahu masuk jalan sesuka hati memikat anak dara di hujung sana.

Erm..ermm. 'Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali,
Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli.' Pantun Wirda sambil berjalan menuju ke arah Azfar selepas itu dia menolak tubuh Azfar semula yg cuba mendekatinya. Azfar cuma tergoda yg isterinya ini memang pandai memikat hatinya. Azhar dan Azman masih menanti apa pula yg akan dikatakan oleh dua orang wanita di belakang itu.

'Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih.' Sambung Munirah sambil berjalan menuju ke arah Azhar. Selepas itu digenggam kuat leher baju Azhar. Azfar dan Azman hanya mampu ketawa sahaja melihat tindakan Munirah terhadap Azhar. Munirah sememangnya seorang isteri yg garang sahaja. Azhar buat tidak kisah sahaja dengan tindakan Munirah ini. Senyuman gatal terus diukir di bibirnya. Nakal saja isterinya ini bermain cinta. Kini yg di nantikan tinggal lah giliran Iman pula untuk memikat hati bakal suaminya, Azman. Iman menundukkan pandangannya ke bawah sahaja. Kerana tahu batas pergaulannya masih lagi haram bersama Azman. Mereka tidak mengikat tali pertunangan langsung kerana Azman terus melamarnya untuk menikah sahaja. Benda yg baik buat apa di simpan lama. Azfar berjalan pergi ke arah Wirda manakala Azhar pergi ke arah Munirah. Kini, tinggal lah pasangan bakal pengantin bersua muka pula.

Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga Melati;
Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai dalam hati. Kata iman tergagapnya untuk menyampaikan semua ini kepada Azman. Iman masih takut jika dirinya mempunyai banyak kekurangan di mata Azman. Iman seorang wanita bertaraf biasa saja. Seorang anak yatim dan hanya tinggal bersama ibunya di Pusat Jagaan itu.

Perkenalan mereka bermula di mana Azman sendiri datang ke pusat jagaan itu untuk menyalurkan bantuan. Hampir sebulan juga mereka saling kenal dan berbual rapat antara satu sama lain. Pada mulanya, Iman hanya memganggap Azman hanya sebagai adik kepada Azhar sahaja. Tidak lebih dari itu hubungan mereka berdua. Setelah itu, satu luahan yg sudah mengubah segalanya di mana Azman sendiri luahkan rasa cintanya terhadap Iman. Sejak daripada itu, hubungan mereka semakin akrab. Mendapat restu dari kedua belah pihak keluarga mereka sendiri. Akhirnya, Azman sendiri membawa rombongan berjumpa dengan keluarga Iman. Dia sudah berazam untuk menghalalkan hubungannya dengan Iman secepat mungkin. Kedua belah pihak keluarga telah merancang perkahwinan untuk mereka berdua bersatu sebagai suami dan isteri. Pendek saja perkenalan cinta mereka berdua tetapi semua ini ketentuan jodoh tuhan yg akan menyatukan mereka berdua juga akhirnya.

"Nur Iman Isabilah Bt Abu Hanafi. Apa beza awak dengan kuali?" pendek saja soalan itu ditujukan kepada Iman. Azman cuba memberikan satu 'pickup line' kepada Iman. Terpegun saja Azman melihat bakal isterinya ini cantik sangat mengayakan busana baju kurung songket pahang. Memang tepat pilihannya itu. Mereka berempat terus tergamam mendengar apa yg ditanya oleh Azman kepada Iman. Kejam sungguh lelaki bernama Azman ini.

"Sampai hati awak samakan saya dengan kuali.." Tak sesuai ke baju ni dengan saya..Jawab Iman mula rasa sedih Azman sanggup berkata begini kepadanya. Dia tidak mampu menjawab lagi pertanyaan Azman. Iman terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Azman mula tidak duduk senang melihat reaksi Iman begini. Tanpa membuang masa lagi dia terus menjawab jawapan yg benarnya terhadap Iman.

"Kuali boleh dipinjam-pinjam, Tapi, awak adalah milik saya seorang sahaja!" Balas Azman terus memberikan senyuman gatal ke arah Iman. Dapat juga dia hasilkan satu 'pickup line' lain dari yg lain ini. Mereka berdua terus ketawa di situ. Sama-sama melayan aroma romantik bersama.

Wtf..Sweet ke do pickup line macam tu..ayang..biy nak bagi satu pickup line dekat ayang boleh? Kata Azfar kepada Wirda selepas melihat Azman memberi pickup line dekat Iman. Dirinya mula rasa tercabar dengan usikkan Azman ini.

Haa!! Tak payah ngada-ngada..berani buat..Ko tidur luar malam ni. Ugut Wirda apabila Azfar juga cuba untuk meniru gaya Azman tadi. Mereka berdua terus bergaduh manja di situ.

Hahaha..Haishh..ada-ada sajalah..Aduh..duh..sakit perut Irah ketawa. ujar Munirah mula memegang perutnya yg terasa kejang sedikit kerana seronok ketawa saja. Silap hari bulan terberanak dekat sini pula nanti.

Sayang..janganlah ketawa sangat..kan dah rasa kejang. Meh kita duduk dulu. Ini semua Azman punya pasal la ni. Apa punya pickup line lah dia tu..kita lagi romantik kan sayang..tak perlu pickup line bagai..sentuhan cinta setiap hari sudah memadai. Hehehe. Ketawa Azhar gatalnya berkata begitu kepada Munirah. Memang benar bukan percakapan yg melambangkan satu kebahagian tetapi sentuhan cinta setiap hari sudah memberi erti sebuah kebahagian. Masing-masing masih seronok melayan buah hati mereka. Selepas ini lengkaplah keluarga besar Haji Dsrus dan Hajah Fazilah.

................................................................................

Abang..malam jumaat ini kita ke rumah Haji Darus yee..Anak bongsunya, Azman sudah mahu menikah nanti. Munirah kata majlis secara kecil-kecil sahaja. Jemputan untuk sanak-saudara yg terdekat. Kata Puan Ruziah untuk mengingati semula semua itu kepada En Shukri. Sejak kebelakangan ini suaminya kerap sakit kepala sahaja. Mungkin sibuk bekerja siang dan malam tanpa ada rehatnya. Puan Ruziah menghidangkan air teh o panas untuk suaminya ini makan santapan petang bersama kuih che mek molek buatannya sendiri. Mereka berdua duduk di meja batu di depan rumah sahaja. Sunyi suasana rumah ini sejak tiada Munirah dan Mikhail di sini. Puan Ruziah faham Mikhail sedang menjaga Munirah di sana. Sudah lama dia mengizinkan Mikhail untuk tinggal bersama Munirah. Boleh juga dia melihat perkembangan Munirah sama.

Owhh..Nasib saja awak ingatkan saya..hampir lupa rasanya. Lengkap keluarga Haji Darus nanti yee..sudah mendapat menantu lagi. Saya senang melihat hubungan Azhar dan Munirah kembali pulih semula. Bukan apa, ini semua anak di dalam kandungannya juga. Ermm..tak sabar rasanya nak menimbang cucu nanti. Anak kembar pulakan..Alhamdulilah, Cepat sungguh Munirah merasai menjadi ibu di usia yg masih muda. Itulah orang kata..Rezeki di tangan tuhan. Tak sia-siakan penantian Munirah selama 6 tahun. Sekarang, tuhan membalasnya mendapat rezeki awal. Ujar En Shukri lalu meniup air teh o panas di dalam cawannya itu. Tiada apa yg lebih gembira akan menjadi seorang atuk tidak lama lagi. Usia mereka berdua sudah semakin mungkin. Sudah tiba masanya mereka bermain cucu pula nanti. Puan Ruziah hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Faham apa yg suaminya ini cuba sampaikan. Mereka berdua terus berbual kosong di waktu petang bersama. Inilah setiap hari masa terluang mereka berdua sebagai sepasang suami isteri.

Assalamualaikum..ucap Huzair setelah keluar dari perut kereta bmw nya itu. Tujuan Huzair datang ke sini hanyalah untuk menyampaikan ubat-ubatan yg telah di tempah oleh Munirah kepada En Shukri. Selepas Puan Ruziah kerap mengadu yg abahnya ini kerap sakit kepala dan tidak cukup rehat, Munirah telah maklumkan semua ini kepada Huzair sendiri. Nasib sahaja Huzair sedia membantunya seperti selalu. Sedikit pun Huzair tidak pernah menolak pelawaannya itu.

Waalaikumusalam..Haa, Huzair..jemputlah duduk..Susah-susah saja kamu datang ke mari. Jemput Puan Ruziah ramahnya kepada Huzair.

Huzair sudah banyak membantu Munirah selama ini. Tiada apa yg mampu mereka balaskan kepada Huzair. Hanya layanan mesra dan menjaga hubungan baik dengan Huzair sahaja yg mereka mampu lakukan. Huzair menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan En Shukri. Selepas itu mereka hanya berbual kosong sahaja di situ. Huzair rasa senang sahaja melawat keluarga Munirah. Miskipun dirinya bukan jodoh Munirah, tetapi dia sudah menganggap yg Munirah seperti adiknya sendiri. Apa saja yg Munirah perlukan dia sedia membantu. Seperti itu juga layanannya kepada orang lain. Sebagai seorang doktor, Huzair suka membantu semua orang. Sikapnya yg 'humble' dan seorang yg peramah pasti akan dilayan baik sekali oleh orang disekelilingnya. Jam menunjukkan pukul 6.30 p.m. Huzair meminta diri untuk pulang dahulu. Tiba-tiba muncul sebuah kereta Subaru BRZ di belakangnya keretanya. Huzair mula tertanya-tanya milik siapakah kereta mewah itu yg datang ke rumah Munirah dalam waktu sekarang. Segera dia berjalan menuju ke arah empunya kereta itu.

Alamak..kereta BMW siapa pulak ni...Kacau sial orang nak park kat dalam rumah bapa mentua aku. Celoteh Amar sambil menumbuk sedikit stereng keretanya itu. Amar terus mematikan enjin keretanya dan pergi melihat siapakah yg sudah sampai ke rumah Munirah sebelum dirinya. Amar membetulkan rambutnya sedikit lalu mengambil sejambak bunga Mawar putih untuk dihadiahkan kepada Munirah nanti. Seraya dia keluar dari perut keretanya Huzair sudah pun berdiri di tepi pintu keretanya itu. Mereka terus berpandangan antara satu sama lain.

Excuse me..boleh alihkan kereta En tak? saya nak keluar. Bersuara Huzair setelah melihat lelaki di depannya ini hanya tergamam sahaja melihat dirinya ini. Huzair tidak pernah melihat pula lelaki di hadapannya sebelum ini. Dirinya masih mahu mengambil tahu apa hubungan lelaki ini dengan keluarga Munirah. Sejambak bunga mawar putih itu seakan ingin diberi kepada seseorang sahaja.

Ohh..kereta kau ke..ingatkan milik siapa pulakan.. Btw, apa tujuan kau datang ke sini ehh? Kawan Mikhail? Tanya Amar juga berminat ingin mengetahui siapakah lelaki di depannya ini. Dari segi gayanya seperti seorang anak orang kaya sahaja. Amar melihat dari bawah sehingga atas penampilan Huzair itu. Rupa paras Huzair sangat menarik perhatiannya.

Perlu ke aku jawab semua itu. Kau pula..apa tujuan kau datang ke sini? Bunga itu untuk siapa? Soal Huzair semula terus mengukirkan senyuman sinis ke arah Amar. Agak biadap lelaki di depannya ini. Lain di minta lain di balasnya. Seolah ada sesuatu yg disembunyikan olehnya sahaja.

Owhh..sokay..Btw..aku Amar Asyraf Bin YB Dato' Yunus. Bakal Suami Munirah Safiyah Bt Ahmad Shukri. And u?? Balas Amar lalu memperkenalkan siapakah dirinya sebenarnya kepada Huzair. Buang masa saja selagi dia melayan Huzair lama di sini. Lelaki di depannya ini tiada taraf untuk bertanding mendapatkan cinta Munirah. Hanya dirinya sahaja yg layak untuk Munirah di dunia ini. Tergamam Huzair setelah mendengar apa yg telah dikatakan oleh Amar sendiri. Huzair seakan tidak percaya sahaja apa yg dikatakan oleh Amar ini.

Apa yg telah berlaku sebenarnya ini..adakah..Munirah dan Azhar sudah tahu tentang semua ini...Nguman Huzair sendiri di situ. Dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja tentang apa yg dikatakan oleh Amar tadi. Rasanya Huzair tidak perlu bertanya lebih lagi. Mungkin semua ini ada kena mengena dengan hubungan Azhar dan Munirah selama ini. Huzair terus mengalihkan keretanya dahulu. Benda pertama yg dia perlu lakukan adalah memberitahu semua ini kepada Azhar dahulu. Yaa, mana mungkin hubungan rumah tangga mereka akan retak lagi. Cukuplah segala ujian dan dugaan yg telah mereka lalui selama ini. Amar tidak layak untuk memiliki Munirah semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience