lima puluh sembilan

Romance Series 207093

"Come in.." beg pakaian Shira diangkat sebelah tangan sambil berpimpinan dengan si isteri ke dalam kediaman En. Razi dan Pn. Zaleha.

"Assalamualaikum umi.. abi.." salam diberikan Shira dan kedua ibu bapa Khalish di ruang tamu menyambut ramah kedatangan anak menantunya.

"Waalaikumsalam. Shira.. meh duduk sini dekat umi." Pn Zaleha menggamit si menantu duduk dengannya.

"Pergilah. Abang nak letak beg dalam bilik." ujar Khalish perlahan. Shira hanya mengiyakan saja.

"Macam mana keadaan kamu? Makin baik?" soal Pn Zaleha ramah. Risau juga apabila diberitahu Khalish bahwa Shira diculik semasa di PD kelmarin.

"Alhamdulillah.. baik je mi. Lagipun Shira tak ada cedera mana-manapun. Umi dan abi apa khabar? Sihat?" beritahunya sopan seraya bertanya khabar. Ayu gitu.

Mereka berbual agak lama sebelum Khalish muncul di anak tangga.

"Yang.." semua mata memandang ke pada arah suara itu.

"Am.. can you go up here? I need you.." perlahan suaranya memanggil si isteri malu-malu. Segan pula apabila ibu bapanya turut memandang.

"Pergilah Shira.. ada la dia nak apa tu." Pn Zaleha membenarkan baik. Shira meminta diri terlebih dahulu sebelum memanjat tangga. Menuju ke bilik si suami.

Jauh dalam hati ibunya, terasa bersyukur yang amat dengan perubahan dan kehidupan baru yang dibawa Shira kepada Khalish.

Anak itu kelihatan bahagia sekali semenjak kehadiran si isteri kini walaupun pada awal perkahwinan mereka tidak seindah yang dipandang.

Shira terus naik ke bilik. Kelibat Khalish sudah tidak kelihatan di tangga. Tombol pintu yang tidak berkunci itu dibukanya.

"Abang? Bang...?" berkerut keningnya tidak melihat Khalish di dalam bilik. Langkah diatur ke wardrobe pula.

"Haih.. mana buah hati aku ni?" omelnya sendirian apabila panggilannya pada Khalish tidak berjawab.

"Sayang." manja saja suara dingin itu memeluknya dari belakang. Khalish yang sedari tadi bersembunyi di belakang pintu mengejutkan Shira.

"Hei.. elok sangatlah tu kejutkan orang. Kalau Shira ade sakit jantung tadi macam mana? Saje je tau." lengan Khalish yang melingkar di pinggangnya itu ditampar manja.

"Alah.. abang gurau jela yang.. Marah ke?" soalnya perlahan. Macam merajuk je..

Tersenyum melebar Shira dengan perangai luar jangka Khalish. Kepala di atas bahunya diusap rambut lebat itu lembut. Memujuk.

"Mana ade Shira marah.. mana boleh nak marah sayang Shira ni?..." meleret saja suaranya bertanya.

Sedang Khalish dalam mood manja ni, biarlah Shira manfaatkannya.

"Nak mandi.." rengek Khalish pula. Tubuh Shira dalam dakapannya diajak manja.

"Please.. Please.. Please?" Ajaknya lagi. Ya Tuhan, mengadanye dia!

Shira mula berpaling, membiarkan saja pelukan Khalish di pinggangnya. Kedua tangan naik menjalar ke leher jinjang si suami pula.

"Dah tu? Pi la mandi sendiri.. dah besar-besar pun tak kan Shira yang kene mandikan? Hmm?" acahnya pula. Malu lihat effort si suami.

"Tak nak.." alah-alah..

"Nape..?" soalnya pula, bagai anak kecil saja bualan mereka.

"Ayang takde.. rindu." wajah dingin Khalish tak sesuai langsung dengan perlakuannya. Cute.

Melebar senyuman Shira. "Yela, yela.. jom mandi. Tapi, jangan ke lain pulak. Shira tendang keluar nanti." usiknya sambil menyingkap t-shirt Khalish ke atas.

"Thanks hon.." bersinar mata kelam itu kelihatan.

Gembira apabila keinginannya dipenuhi. Sebenarnya dia terlalu rindukan Shira dan menginginkannya lagi memandangkan kondisi Shira sudah baik daripada peristiwa gelap itu.

Air pancutan jenis dbl-exposed rain shower itu membasahi kedua mereka. Khalish hanya membuang pandangan ke tubuh di hadapannya. Leka sambil memikirkan sesuatu.

Shira membasahkan rambut panjang lebatnya. Dalam tak sedar, dia tak mendengar sebarang bunyi pun dari arah belakangnya.

Dia berpaling dan ternyata, Khalish sedang enak meratah pandangan pada tubuhnya sambil bersandar di batu dinding jenis pivot doors itu dan berpeluk tubuh.

Terangkat sebelah kening Shira dengan senyuman mengusik.

"Ooo.. ni kerja abang ek ajak orang mandi. Gatal." ujar Shira dengan ketawa kecil sebelum menyibukkan diri, menyabun tubuh.

Sesekali dikerling juga bayang suami di belakangnya melalui cermin kaca bersebelahannya.

Musykil. Khalish hanya memandangnya dingin tanpa membalas. Sesekali jelas kelihatan rahangnya bergerak-gerak apabila diketap.

Geramkah dia? Atau marahkan dia? Shira ada buat salahkah?

Jadi tak selesa pula Shira tika itu. Sebaik siap menyabun diri, air dialirkan pula, memasahkan tubuh.

Khalish di belakang tidak berani ditegur lagi. Biarlah dia, nanti tak semena-mena angin baik suaminya itu berubah. Mood swing!

"Tell me.." suara garau Khalish membuatkan Shira berpaling.

'Ingatkan takde mulut tadi..'

"Beritahu apa?" soalnya biasa. Riak biasa cuba dikekalkan.

Khalish mengeluh berat sebelum tubuh itu merapatkan diri dengannya. Shira hanya membiarkan.

Air shower ditutup dan tubuh Shira ditindihnya ke dinding batu. Too close!

"Did he saw this? All of this?" soal Khalish bersebelahan cuping telinganya. Terlalu rapat!

Buat sekian kalinya, pandangan dibiarkan meliar ke batang tubuh di hadapannya kini. Sensual.

"T-tak. Darien tak tengok apa-apa." tertunduk malu Shira menjawab. Tahu apa yang bakal dia hadapi selepas ini.

Bukankah terlalu awal? Huaaa..

"Good. Dah siap mandi kan? Dry yourself.. I'm desperately want you tonight. Hmm?" rambut basah Shira yang berbau wangian shampoo itu dihidu kasar. Bahu terdedahnya dikucup ghairah.

Bergetar nalurinya setelah hari pertama mereka 'bersama' di hotel semasa di PD. Peluang di depan mata, apa salahnya bukan?

"Let's go in now, I can't breathe anymore.." bisikan Schizo ini menyesakkan dada Shira. Now? Oh my..

Dengan wajah berbahang, kepala dianggukkan juga mengiyakan. Shira terperasankan sesuatu,

"Abang?"

"Cepatlah." Khalish menjelingnya sekilas sebelum menarik Shira keluar, beku!

Tubuh dan rambut dikeringkan ala kadar sebelum Khalish mengendongnya dan diletakkan di atas katil.

Bathrobes di tubuh dibiarkan saja dibuka si suami dengan fikiran yang melayang.

'Is it true what I saw earlier? Did he smile just now?'

"Stop daydreaming sayang, treat me well." suara Khalish menyentakkan lamunannya.

Bibir kemerahan itu mula meneroka miliknya rakus.

~~~~~~~~~~~~~~~

"Gelap je? Diorang takde dekat rumah ke? Aduhh!" rengus Shura kasar.

Hoodie di kepala disingkap kasar sebelum rambut ditolak ke belakang. Stress!

Bagaimana dia mahu lari lagi? Dia tidak punya sesiapa. Ingin mencari Shira dan Khalish untuk menerangkan segalanya, tetapi merek di mana?

Kediaman dua tingkat berkembar itu diperhatinya dari jauh. Gelap. Sudah semestinya tiada sesiapa di rumah memandangkan kereta Khalish juga tiada.

Shura buntu. Jika dapat dia mencari Shira, dapatlah dia memujuk kakaknya itu untuk menarik balik dakwaan. Shira pasti akan memujuk Khalish!

Tak mungkin kakaknya itu sanggup membiarkan dia meringkuk di dalam penjara. Tidak mungkin.

Tetapi jika betullah begitu, memang dia tamatkan saja riwayat hidup perempuan tak guna itu! Mengapa segala yang baik-baik saja yang diperoleh Shira? Padahal dia lagi bagus daripada perempuan itu?

"Sial punya betina." gumamnya geram. Tetapi tiada apa yang boleh dia lakukan. Kaki diliarkan tanpa tuju, dalam kekelaman malam.

Ingin saja dia pulang ke rumah tetapi Shura yakin pasti ada mata-mata yang memerhati di sekeliling untuk menangkapnya. Dia tidak bodoh!

Telefonnya juga sudah mati. Keretanya pula terpaksa dia tinggalkan apabila tertangkap. Nasib baiklah dia dapat melihat dari jauh dua orang lelaki berpakaian kasual yang mencurigakan sekitar keretanya.

Siapa lagi jika bukan pihak polis! Dia buntu!

Sekarang dia adalah buruan. Di tambah lagi dengan orang upahan Khalish, bagaimana mahu hidup di kota Kuala Lumpur ini?

Shira menuju ke pondok telefon berdekatan sebuah perhentian bas. Nombor seseorang dihubunginya dalam keterdesakkan ini.

Dia terpaksa mengambil tugas itu, hanya itulah satu-satunya jalan untuk dia larikan diri daripada masalah ini.

"Hello? Ni I la mama.. Shura." dia memperkenalkan diri kepada Mama Lim.

"I nak back to work dengan U." ujarnya lagi. Suara disebelah sana panggilan didengari tekun.

Dia perlukan tempat berlindung dan kehidupan baru.

"I terdesak sangat ni mama. I janji, I tak lari lagi. Kita sign contract. Tapi u janji kene bagi I tempat tinggal dan bayaran. Okay?"

Berpeluh dia bercakap di kawasan awam itu seorang diri. Sesekali sekeliling diperhati was-was, takut ada yang memerhati.

"Thanks mama. I datang sekarang jugak." tersenyum Shura akhirnya.

Jika menjadi pelacur di kelab mama Lim dapat mengelakkan dirinya daripada hidup disebalik palang besi, dia sanggup!

Bayaran sewaannya akan dikurangkan kerana dipotong 2/5 daripada bayaran kepada mama. Tetapi tidak mengapa, asalkan dia punya kehidupan bebas, Shura tidak kisahkan semua itu.

Dengan pantas, panggilan ditamatkan dan Shura terus berlalu pergi. Ke dunia gelap barunya.

'Semuanya berlaku disebabkan Shira! Kakak pentingkan diri. Tak bolehkah kau mengalah pada aku?' api dendamnya dikuburkan sementara.

Sekarang dia sedang terdesak. Lebih baik selamatkan diri dahulu daripada berfikir cara untuk membalas pada Shira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience