BAB 3

Mystery & Detective Completed 6709

Setengah jam berlalu

Tangan Hazlan terhenti dari menguis tanah. Hazrul hanya memandang Hazlan

dengan harapan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang lembut kena pada

hujung kayu.

“Abang…” Hazlan telan air liur. Betul ke ada orang ini. Wajah pucat

Hazrul dipandang. Hazrul hanya mengangguk. Lafaz bismillah sudah meniti

diulas bibir mereka berdua. Hati-hati Hazlan menarik objek tersebut.

Sebaik sahaja hampir keluar Hazlan tersentak. Dia bersandar pada tebing

yang sudah digali.

“Orang!” Hazlan terjerit kecil.

“Abang tarik dia keluar cepat” Hazlan mengangguk. Dia seperti terpukau

dengan kata-kata Hazrul. Sedaya upaya dia menarik objek tersebut keluar

dari tanah.

Nafas dia megah. Dia sudah terbaring diatas tanah. Seorang perempuan

yang kusut masai terbaring atasnya. Perempuan? Cepat-cepat Hazlan

bangkit. Tubuh itu ditolak kuat sehingga bergolek kembali ke dalam

lubang hasil kerja dia dan Hazrul.

“Abang!” Hazrul dah menjerit. Dia meluru mendapatkan perempuan itu.

Ditarik kembali pada pemukaan tanah. Tubuh itu dibaring. Kain yang

menekup kepala gadis itu cuba dilonggarkan. Ya satu benda yang pasti dia

masih belum jelas melihat wajah empunya tubuh. Wajah itu ditutupi dengan

sehelai karung guni dan diikat pada badan perempuan itu,

Hazlan hanya mampu melihat adiknya itu bertungkus-lumus membuka karung

guni yang tertekup pada kepala dan separuh badan perempuan itu. Dia

sudah mengigil terkejut. Mahu tak terkejut bila kena gali mayat orang.

Mayat? Muka Hazlan kembali pucat. Seperti ada satu bayangan yang sering

dia takuti kembali.

Peluh mula merembas keluar. Bunyi hutan kian bergema. Menandakan hari

sudah terlalu lewat. dia kaku. Minda dan fikiran dia sudah terbang

melayang. Dia hanya merenung kosong melihat Hazrul cemas.

“Abang tolong adik bang” Hazlan tersentak. Jika tadi dia berada dalam

hutan kini dia sudah berada ditepi pantai. Kelihatan tangan Orked

merawang pada pemukaan air. Dia hanya kaku ditempat duduk. Dari jauh

kelihatan seorang lelaki terjun ke dalam laut dan berenang kea rah

Orked. Ia dia kenal. Kenal lelaki itu. Lelaki itu adalah dia. Serta

merta tubuh dia mengigil hebat. Pada gigi pantai mama dan papa sudah

menjerit meminta tolong dari orang ramai. Dari dua orang kini berpuluh

orang. Ada yang turut sama terjun kedalam laut.

Suasana yang berlaku beberapa tahun lalu bermain dihadapannya seperti

baru sahaja berlaku. Bibit rentetan itu semakin segar. Sebaik sahaja

Orked keluar dari lautan dia diberi CPR oleh seorang gadis. Dia kaku

disitu. Jelas kelihatan mama dan papa membawa Orked untuk ke hospital.

Dia yang masih basah mengigil dan berlari mengikut mama dan papa. Hazrul

yang masih terkebil-kebil dipimpin. Barang-barang piknik mereka

dibiarkan. Kini mereka sekeluarga lebih mementingkan Orked yang masih

lemah. Dalam kelam-kabut memandu mama tidak putus-putus mencium dahi

Orked. Dia hanya mampu melihat.

“Orked jangan tinggalkan mama”

“Orked bertahan nak papa bawak Orked pergi hospital.

“Orked…”

Dalam situasi yang cemas dia tanpa sedar jelas kedengaran bunyi hon yang

kuat dari arah bertentangan.

Kini dia berada dihospital bukan dalam kereta. Jururawat dan doctor

bertungkus-lumus cuba menyelamatkan keluarganya. Dia bangkit dari katil.

Namun langkah dia ditahan beberapa doctor.

“Mama…papa…”

“Abang!” jeritan dari Hazrul mengembalikan dia ke alam nyata. Kini dia

berada didalam hutan yang gelap. Lupa akan situasi yang baru berlaku.

Pandangan dia terpaku pada perempuan yang terbaring kaku atas tanah.

“Abang tolong dia buat CPR”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience